Assalamu'alaikum.
2|1|2018 Selasa. Alhamdulillah, walaupun kami hanya tidur dalam 4 jam je, tapi rasa lega sikit badan dan hati ni. Serius, aku dah takde mood nak travel India for the remaining days. Nasib katil hotel empuk semacam so sejuk sikit hati tapi agaknya memang 'trademark' dorang kot, lantai melekit. Memang kitorang solat atas katil. Tapi buat pertama kalinya di India, aku mandi dengan air panas. Haha. Sebelum keluar untuk breakfast yang disediakan oleh pihak hotel, adik aku sempat rebus makanan dari brand Brahim's untuk lunch kami nanti. Kami bawak rice cooker sendiri ok.
Kitorang makan capati dan kuah dal kentang. Sedap jugak. Mungkin sebab lembu ni Tuhan kepada penganut agama Hindu, memang takde daging dihidangkan. Bagus jugak dekat situ. So takdelah ragu-ragu nak makan. Selesai sarap dan check-out, kami menuju ke destinasi kami seterusnya, iaitu
Agra, India! Agra merupakan bandar yang terletak di tebing sungai Yamuna, utara Uttar Pradesh, India. Sungai Yamuna? Yes, Taj Mahal yang terletak di selatan tebing Sungai Yamuna memang di Agra. Kalau takde Taj Mahal, jangan harap lah kami nak sampai Agra. Haha. Dari Delhi ke Agra memakan masa lebih kurang 4-5 jam bergantung kepada traffic. Paham-paham ler India kan. Bad traffic je memanjang.
|
Normal traffic di India. Boleh kematu bontot. Gambar ihsan Google Image. |
Dari Delhi kami terus shoot ke Taj Mahal. Semestinya aku dah terkulai layu. Sedar-sedar je dah masuk kawasan Taj Mahal. Driver kitorang ni dia macam blur. Dia tak tau pun mana nak beli tiket masuk, mana yang dia patut parking, serius memang bebetul driver. Aku rasa macam, dia ni tak pernah datang Taj Mahal pun. Dia turunkan kitorang dekat satu kawasan parking ni, then dia suruh kami cari kaunter sendiri. Bila ko upah agent untuk bawakkan ko berjalan, memang ko expect ko follow je mana dia bawak kan? Kalau aku yang kena buat semua, baik aku tak payah ambil agent. At least tunjuk kaunter nak beli tiket dekat mana pun dah ok. Aku tahan sabar je ni tapi sumpah aku dah start menyampah dekat driver ni. Sabar Helda. Sabar. Turun je dari kereta, memang kitorang blur nak tuju mana. Lepas tu ayah aku tanya sorang mat saleh ni, dia macam tengah beratur tepi jalan. Dia cakap, nak ke kaunter tiket, kena menapak jauh lagi so dorang beli tiket shuttle bus dan sekarang dorang tengah tunggu bas tu. So kitorang pun ikut je lah, pegi beli tiket shuttle bus tu dan ikut sama beratur. Sorang tak silap aku dalam 50sen je kot. Padat macam tin sardin shuttle bus tu. Sepatutnya driver tu boleh drive kan kami sampai ke depan kaunter tapi....fuhh sabar Helda. Kalau aku pergi sendiri-sendiri, aku tak expect much. Tapi sebab upah agent, so haruslah aku nak perjalanan kitorang smooth je. Anyway masa kitorang jejak je kaki di perkarangan Taj Mahal, ramai giler serbu. Konon sebagai tourist guide. Dorang boleh tolong belikan tiket dan bawak kitorang masuk ke dalam Taj Mahal. Ada jugak yang offer jadi photographer. Tapi haruslah kitorang reject sebab takut kena tipu. Hahaha.
Turun dari shuttle bus, sekali lagi blur nak tuju mana. Yang kitorang nampak barisan panjang gila tengah beratur nak masuk Taj Mahal. adalah dalam 1km ok! Tapi semua orang India. Masa kitorang memula turun dari shuttle bus, ada ternampak toilet. Aku cakap dekat parents, kalau ikut ilmu Architecture ni, kaunter tiket mesti dekat dengan toilet. Tapi dorang tak caye cakap aku. So kitorang pun join beratur barisan yang panjang namateyy tu. Sekali ada sorang Indian ni, dia tegur ayah aku. Dia cakap kitorang foreigner patut beli tiket dekat situ (sambil dia tunjuk ke arah toilet yang aku cakap awai-awai tadi.) *rolling eyes* Memula macam takut mamat India tu nak mintak tips tapi lepas tu dia cakap, dia owner kedai dekat situ dan dia nampak kitorang salah masuk barisan. Itu yang dia lari tegur. Fuhhh... Nampak sangat kitorang terlampau takut nak tegur local kan? Hahaha. Orang India ni sebenarnya 30% je kot kuat mintak balasan tapi 70% baik je dan suka menolong. Tapi sebab aku dah baca terlampau banyak benda negatif pasal dorang, aku pun jadi takut-takut. Anyway, kitorang berjaya dapatkan tiket untuk masuk ke dalam Taj Mahal. Memang tak ramai pun foreigner yang tengah beratur masa tu. Untuk foreigner, bayaran masuk adalah sebanyak 1000 rupees (bersamaan RM80 tak silap aku)
dan diberi plastik untuk balut kasut
dan 1 botol drink water
dan bila nak masuk taj mahal, lalu express lane. So tak perlu beratur panjang-panjang sekali dengan local. Untuk local, bayaran dalam 30 rupees kot.
|
Taj Mahal dalam bayangan aku. Cantik kan? Gambar ihsan Google Image. |
Untuk masuk ke dalam Taj Mahal, selepas beli tiket, kami kena beratur untuk masuk. Of course beratur dekat express lane. Sebelum masuk tu kena lalu pemeriksaan polis macam dekat airport tu. Pemeriksaan untuk kaum Hawa tak lama. yang lama tu kaum Adam. So terpaksa tunggu ayah aku lepas dari pemeriksaan baru kitorang gerak masuk.
|
Tengah mencari kaunter tiket. Gangster betul Cik Esah kiter. Hihi. |
|
Selepas pemeriksaan polis. Elak bawak nail cutter dan segala barang-barang tajam. |
|
Tengah menunggu ayah aku selesai diperiksa. |
|
Ayah aku masih dalam barisan sebenarnya. Punyalah lama. |
|
Kita bergambar dulu sementara menanti ayahanda lepas pemeriksaan. Memang ramai kaum hawa tunggu dekat sini. |
|
Alhamdulillah dah setel. Nampak tak belakang tu ramai orang? |
Dikhabarkan ada 4 pintu masuk/keluar ke Taj Mahal. Aku tak ingat kitorang masuk arah timur ke barat ke utara ke selatan ke. Dan setiap pintu masuk ada pemeriksaan polis. Moh kita bergerak ke arah main subject! Masa kitorang lepas dari pemeriksaan polis, memang ramai yang serbu offer khidmat tour guide & photographer. Semua kitorang tolak. Tapi fikir-fikir balik, nape lah tak tanya je harga khidmat dorang tu berapa kan? At least ada jugak yang explain pasal Taj Mahal ni.
|
Kubah legend yang menjadi pintu masuk utama ke Taj Mahal. Giler ah berhimpit ok! |
|
Sesak nafas. Tapi dah nampak Taj Mahal tu. |
|
Subhanallah. Macam mana boleh nampak keseluruhan Taj Mahal dalam opening yang kecil ni? Nampak macam kecik je Taj Mahal. |
|
TAJ MAHAL!!! Finally!!! |
Tak tau nak rasa apa bila nampak Taj Mahal. Haha. Sebab keadaan yang bersesak dan langit yang kelabu. Aku tak rasa wow sangat bila memula nampak Taj Mahal berbanding masa aku tengok pyramid di Egypt buat pertama kalinya. Nampak macam masjid je. Hehe. Tapi orang tersangat ramai. Mungkin sebab musim sejuk sama. Musim sejuk di Agra tak berapa panas tp tak jugak sejuk. Dia berangin je. Cepat-cepat kitorang ambil gambar sebelum kena tolak orang ramai. Hehe.
|
Hilang mood abah aku. Memang pakai snap je ni. |
|
Gambar mak aku pun jadi kabur. Punyalah rushing sebab nak bagi peluang dekat orang lain pulak bergambar dekat spot ni. |
|
Mencuba gaya lain pulak. |
|
My turn. Pufffffffff!~ |
|
Baru lah nampak Taj Mahal. Bukti aku dah sampai. Haha. |
|
Bergerak menuju ke arah Taj Mahal. Sambil-sambil tu bergambar lagi. Hihi. |
|
Tak sangka sampai jugak ke sini. Masa stranded dekat Dehradun semalam memang fikir Taj Mahal je. |
|
Ayah aku berselfie nak hantar dekat kawan-kawan lettew~ |
|
Langit yang tak berapa nak cerah. Kesan daripada fogging semalam kot. |
|
Besar giler kawasan dia. Mau separuh hari habis dekat sini. |
|
Nak ambil gambar berempat takut dorang 'kidnap' kamera aku. Haha. |
|
My mom. Puas hati dapat bawak dorang ke sini. |
|
Nampak tak orang ramai-ramai kat belakang tu? |
|
Dan lagi. Hahahaha. Bukan apa, kitorang takut gambar sebelum-sebelum ni tak jadi. Itu yang banyak giler kitorang snap gambar dekat sini. Sekali check, sayang pulak kalau tak upload dalam blog aku ni. |
|
Dah tak tau nak buat gaya apa. Tetiba blank bila nampak Taj Mahal. |
|
Nak bernasyid katanyer. HAHAHA. |
|
Uniknya Taj Mahal. Dari jauh nampak putih tapi bila dekat, jadi warna coklat krim. |
|
Photo-shot masih sedang berjalan. |
|
Cik Esah tak nak kalah. Hihi. |
|
Dah puas bergambar, kitorang menapak ke depan. Giler ah ramai namatey. |
|
Taj Mahal. Keajaiban dunia ketiga yang aku dah visit. Alhamdulillah. |
Masa jalan ke arah Taj Mahal tu, nampak macam stage dan penuh orang bergambar dekat situ. So kitorang pun naik lah. Kot la spot situ buat gambar jadi lebih menarik.
|
Sama je tengok. Cuma nampak Taj Mahal lagi dekat. Tapi orang terlampau ramai. |
|
Haaa ni ok sikit. Ada story sikit dekat sini. Hehe. |
Masa kitorang dekat atas stage ni, ada sorang mamat India ni dok bercakap telefon. Lama kitorang tunggu dia blah. Bayangkan, dia bercakap telefon, tapi berdiri tengah-tengah stage. Sape tak bengang kan? Aku tengok foreigner keliling muka annoy. Aku ni mood dah tak berapa baik sebab driver kitorang tu, dengan muka macam taik, aku terus cuit mamat tu, suruh dia blah sebab kitorang nak bergambar. Peduli hape aku negara dia ke apa. Takde common sense langsung. Nak bercakap telefon, pi la tempat lain. Ini terpacak kat tengah-tengah spot orang nak amek gambar Taj Mahal. Nasib dia blah. Tapi maintain dok bercakap telefon. Fuh! #donemembebel.
|
Subhanallah. Cantik memang cantik tapi tak dapat elak dengan samakan Taj Mahal dan masjid. |
|
Haa itulah suspeknya. Sibuk cakap telefon dekat tengah-tengah stage ni. |
|
Berjaya halau suspek tersebut tapi still susah nak dapatkan gambar yang cantik dekat sini. |
|
Baru dapat spot kat tengah-tengah ni. Tapi sebab ramai orang menunggu, so snap gambar laju-laju. |
|
Haa mamat tu la. Yang pakai jaket hitam tu. Semak tol lah! Rosak gambar adik aku. |
|
Striking off the third seven wonders of the world. Alhamdulillah. |
|
Macam-macam gaya orang buat. Bukan senang nak datang sini kan? |
|
Mak aku ambil gambar lagi. Hihi. Serius susah nak dapat gambar yang orang takde kat belakang. |
|
Tu hat belakang tu dok main phone apa lagi?? Hish orang India ni aku perasan suka gila bercakap dekat phone. |
|
Haaa terpaksa buat cenggini sebab taknak nampak orang dekat belakang. Tapi dah nampak macam copy paste muka aku dekat gambar lain. Haha. |
|
Taj Mahal yang merupakan lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal. Tapi elok brape bulan Mumtaz Mahal mati, Shah Jahan kawen dengan adik Mumtaz. Lambang cinta sejati sangat *rolling eyes* |
|
Kawasan yang tak dijaga. Berkarah air kolam tu. |
|
Bayar mahal-mahal tapi dorang tak jaga pun Taj Mahal ni. Kemana perginya duit tiket itu? #misteri |
|
Gasak orang tunggu. Kitorang pun beratur ok nak bergambar dekat sini. Hehe. Nampak tak kolam yang berdaki tu? Jangan tengok lelama. Leh muntah. |
|
Selfie sekeping with the group. |
|
Yuk, kita masuk Taj Mahal. |
|
Semoga Allah merahmati mereka yang membaca blog ini. Amin. |
|
Waktu malam lagi lawa katanya sebab ada pantulan cahaya dari dinding marble |
|
Bahan binaan Taj Mahal dikatakan dari marble yang diimport dari Eropah. Yeke? |
|
Mana tah pintu masuk nak ke Taj Mahal ni? Pening berpusing. |
|
Korang ingat putih kan warna dinding Taj Mahal ni? Nopeeee. |
|
Minaret di Taj Mahal.Minaret ni dikatakan untuk melindungi Taj Mahal daripada rosak ketika gempa bumi. |
|
Tengah dibaik pulih. |
|
Pagar sekeliling Taj Mahal. |
Nak masuk ke dalam Taj Mahal ni, kena pakai sarung plastik yang disediakan. Dan masa kitorang tengah mencari pintu masuk, kitorang lalu di bahagian VIP Lane. Bayar mahal kot. Rupanya memang foreigner masuk di bahagian VIP Lane. Jangan pulak korang beratur sekali dengan local yang nak masuk ke Taj Mahal.
|
Ayah aku tengah nak pakai sarung kasut. |
|
Sembang apa tak tau. Ramah sungguh la. |
|
Haaa ni maksud aku. Jangan pulak korang join dorang ni beratur. Foreigner diberi kelebihan potong Q sebab bayar mahal. Hehe. |
Kitorang tak dibenarkan bergambar/mengambil gambar dalam Taj Mahal. Tapi ada je spesis batak yang ignore rules tu. Bagi aku tak susah pun nak ikut rules so tak faham kenapa mesti taknak ikut? Dalam Taj Mahal tu memang gelap gelita. Yang ada keranda seketul dekat tengah-tengah tapi dikhabarkan itu bukan kubur Mumtaz. Kubur sebenar berada di bawah tanah. Memang sesak nafas masuk Taj Mahal ni sebab sesak dengan orang yang bertolak-tolak. Lega gila bila dapat keluar.
|
Antara gerbang di Taj Mahal. Cantik tu memang cantik. Halus sangat buatannya. |
|
Dah letih masa ni. Tapi paksa jugak dorang bergambar. Kenangan wehh. Aku tak rasa nak datang lagi tempat ni. Hahaha. |
|
Nak jugekkkk. |
|
Sungai Yamuna. |
|
Kabus. Disebabkan dah petang, cuaca agak sejuk masa ni. |
|
Aku tak pasti bangunan apa tu. Tapi dikhabarkan ada surau dan bilik di keliling Taj Mahal. Mungkin bangunan tu salah satu. |
|
Cantik jugak bangunan tu. |
|
Abah yang kena paksa bergambar. Sibuk tengok phone je sepanjang di Taj Mahal. |
|
Sebelum datang ke sini, aku ada search posing menarik di Taj Mahal. Ada satu gambar tu dorang shot dekat bangunan belakang aku ni. Serius menyesal sebab terlupa nak ambil gambar dekat tempat yang sama. |
|
See? Ramaikan orang? Tak tau mana dorang datang. |
Dah puas tour di sekitar Taj Mahal, kami nak balik. Tak tahan dah. Lapar satu hal. Pening serabut pun satu hal. Banyak kali aku ulang, aku rasa sayang dorang tak jaga kawasan ni. Ada aku baca satu blog ni, kalau nak gambar takde orang, datang pagi buta lepas subuh tu. Kitorang sampai Delhi pun masa subuh.
|
Namastee~ |
|
Namastee too~ |
|
Namastee jugak? Haha. |
|
Ok, try gaya lain pulak. Haha. Serius lupa segala posing yang ada dalam mind kalau dah sampai Taj Mahal. Haha. |
|
Ayah aku yang dah kepenatan.Somehow rasa tak sesuai bawak parents mai India. |
|
Ambil nyawa dulu sebelum bergerak pulang. |
|
Menuju ke arah pintu masuk. Orang makin ramai. |
|
Landscape yang biasa-biasa aja di Taj Mahal. |
|
Dekat belakang tu lah yang kitorang bergambar memula. |
|
Babai Taj Mahal~ |
|
Pelan Taj Mahal. |
|
Masa dah keluar dari gerbang pertama, ternampak kawasan ni. Macam camtik la pulak. |
|
Apa lagi. Bergambar lah. Haha. |
|
Wajib ada gambar minah ni jugak. |
|
Dan si sado ni jugak. Hihi. |
|
Pintu keluar. Kami tak pasti dekat sini bahagian mana. Serius pening! |
|
Cubaan ambil gambar portrait. |
|
Pintu masuk dekat belakang aku ni sangat tinggi. Tapi sebab portrait tak menjadi so nampak penyek. |
Kitorang masuk dari utara tapi keluar di barat. Begitulah perumpaannya. Serius tak tau nak macam mana nak keluar ke pintu masuk yang memula kitorang masuk tu. Driver dah pesan suruh keluar dari pintu yang sama tapi memang takde 'EXIT' dekat pintu kitorang masuk tu. Alihnya, kitorang terpaksa call dia, dan mintak guard yang jaga pintu barat untuk bercakap dengan driver kami. Ada lah dalam 30minit baru dia sampai. Aku syak dia ni tak tau pun pasal Taj Mahal sebab guard yang bercakap dengan dia bagitau, dia tak yakin driver tu faham apa dia cakap. Padahal dua-dua cakap urdu.
Lepas 30 minit menunggu, dengan segala bau dan udara yang dah dihirup semasa menunggu driver terhormat, Alhamdulillah sampai jugak. Aku memang not in the mood sebab letih sama. Sekali boleh lah driver tu membebel dekat kitorang. Dia cakap patut sejam lebih je lawat Taj Mahal tu tapi kitorang ambil masa 3 jam. Dah lah kitorang keluar pintu yang salah katanyer so dia terpaksa rempuh traffic. Kan aku dah cakap aku memang tengah takde mood, sekali dia membebel macam tu. Kena sedebik dengan aku. Aku cakap
'ko pun tak tau kat mana kaunter tiket, ko expect kami keluar within an hour & half? Dah lah besar Taj Mahal tu. Dengan sesat cari pintu keluar. Bukan hari-hari kami datang Taj Mahal yang ko expect kitorang expert jalan sini.' Fuh..memang aku tahan gigil dan kontrol suara. Ayat je nampak kasar tapi tone suara aku sangat sopan lagi masa ni. Dsar betul driver ni. Kita bayar dia kot. Nak membebel pulak.
|
Off to Taj Villa, our hotel dekat Agra. Segala macam ada dekat India ni. |
Disebabkan dah petang dan solat pun belum, kami terus shoot ke Taj Villa Hotel yang terletak di Fatehbad Road untuk check-in. Agak dekat dengan Taj Mahal. Kami bawak turun beg yang perlu je. Dari luar cute je hotelnya. Bahagian reception pun cantik je. Macam biasa, serahkan voucher hotel yang dah diberi oleh wakil GeTS Holidays dan urusan check-in selesai.
|
Hotel ni seketoi je dekat tengah-tengah kawasan. |
|
Bilik kami untuk 2 orang. Kiranya dia bagi 2 bilik untuk kami berempat. |
|
Reception. |
|
Dining area yang menghadap swimming pool. |
|
Corridor nak ke bilik. |
|
Memang cantik biliknya. Tapi maintain lantai melekit dan cadar-cadar nampak kusam. |
|
Toilet. Puas mandi. |
|
Swimming pool di basement. |
Semua gambar hotel adalah ihsan booking.com. Aku tak ambil pun gambar hotel sebab letih yakmat. Nak baring dan tido je. Kami tidur hotel ni semalam je. Untuk itinerary hari esok, sambung next entry ye. Doakan aku rajin menulis. Hihi.
Sekian.
Notakaki:
Aku cadangkan hire je tour guide bila masuk Taj Mahal. Rate dia dalam 1000-1500 rupees sebab selain dorang boleh bercerita pasal sejarah Taj Mahal, dorang jugak boleh cadangkan spot mana cantik untuk bergambar. Jangan kedekut macam kitorang. Hahaha. Kitorang terlampau was-was dan takut-takut.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment