Day 02 (Part 2): Yongmeori Coast, Seogwipo.

Assalamu'alaikum.

09 | 05 | 2018 Rabu. Memula tu dari Jusangjeolli Cliff, macam nak naik bas untuk ke Yongmeori Coast tapi adik aku cakap baik naik teksi je sebab kami berempat. Tambang bas sorang je dalam KRW1,200. Empat orang total dalam KRW4,800. Naik teksi starting fare baru KRW2,800. Lagi pun kami dah jimat banyak sebab 'tak jadi' sewa kereta. Ok jugak so tahan teksi dan kami cakap kami nak ke Yongmeori Coast. Culbal~ (Culbal = Let's go!)

Yongmeori Coast ni merupakan sebahagian dari Gunung Sanbangsan dan terletak di kaki gunung Sanbangsan. Kalau sekali tengok, nampak macam kepala naga terbenam di laut. Hah gittuh hasil kaji selidik aku. Keke. Actually bentuk-bentuk naga ke, heksagon ke semua ni kejadian alam kesan dari letusan gunung berapi Halla berjuta tahun dulu. Hebatnya kuasa Allah SWT kan? Yongmeori Coast ni memang terkenal sebagai tumpuan pelancong sebab dia merupakan salah satu 7 natural wonders in the world. Dan selalu pelancong akan cari 'Gulbang' untuk bergambar. Gulbang ni macam susunan batu-batu dan menyerupai bilik. Kalau nak tengok sea diver boleh lah ke sini dan selalunya lepas dorang menyelam, dorang akan jual hasil tangkapan di sini dan kita boleh makan mentah-mentah contohnya gamat laut. Erkkk..

Haa itulah Gulbang. Nampak kan? Kitorang nak bergambar dekat sini la. Hihi. Plus nak tengok dari dekat kesan letusan gunung berani jutaan tahun dulu. Orang cakap cantik giler. Gambar ihsan Google.

Masa kitorang sampai, angin kuat sangat tapi aku suka. Haha. Nyaman je rasa. Dan untuk ke Yongmeori ni, kena menapak turun ke bawah. Dah nama pun terletak di kaki gunung kan? Agak curam jugak jalan nak turun ke bawah. Oh, sorry, tak ingat tambang teksi berapa tapi dari Jusangjeolli ke Yongmeori ni dalam 30 minit.

Hero dah beraksi.

Pantai Yongmeori. Cantik sangat.

Kawasan parking. Sob..sob..

Sebelum turun kita bergambar dulu.

Gunung Sanbangsan dan banyak jugak kedai makan dekat sini.

Bus stop di Yongmeori/Sanbangsan.

Kasik zoom sikit.

Plate bukti Yongmeori ni diiktiraf UNESCO

Berlatar belakangkan perumahan yang terdapat di Yongmeori.

New 7 wonders of nature.

Tak lengkap trip tu kalau minah ni takde gambar di setiap sudut. Haha.
Tengokla amek gambar aku siap ada imbas jari lagi. *rolling eyes*

Jom kita turun. Turun ok lagi. Nak naik nanti confirm semput.
Cantik view ni. Depan-depan lagi cantik.

Tak turun lagi tapi dah banyak gambar. Haha.

Masa kami turun tu, kami ternampak satu kedai menjual snacks kuih sotong dan ada aiskrim Hallabong(buah oren yang hanya terdapat di Jeju) so apa lagi. singgah dulu makan-makan apa yang patut. Hihi. Bukan rushing pun. Lagipun ramai pesan wajib rasa aiskrim Hallabong bila ke Jeju.

Antara kedai yang ada dekat bawah ni.

Laju giler mak dan adik aku jalan. Aku terkedek-kedek nak ikut siap ayah pimpin sebab pakai kasut tak sesuai. Ni semua gara-gara adik aku terlupa bawak kasut sukan yang aku beli dan pos ke Muar. Huhu.

Kami order 2 ketoi kuih sotong dan 1 cawan aiskrim Hallabong. Mahai jugak tapi bolehlah nak rasa.

Sementara tunggu order siap, kita ambil gambar dulu. Hehe.

Photographer in action.

Onni(kakak) in action.
Kakak tu diam je sambil buat kuih sotong dia.

Sedapnya bau kuih sotong dia. Ralit mak aku tengok dia masak.

Ibu, tengok kamera sikit please~ Hehe.

Di depan cafe kuih sotong & aiskrim Hallabong.

Colorful cafe ni sama colorful macam aku. Haha.

Haa nampak tu harga? Kuih sotong, satu tangkai KRW3,000 (RM12 sebatang) dan aiskrim Hollabong KRW3,500(RM14 satu cup). Mahai tapi kami lapaq. Hehe.

Comelkan cafe nya? Jangan lupa cari cafe ni kalau ke Yongmeori. 

Eh tak habis posing lagi? Haha.

Angin agak kuat di sini.
Takde yang lebih bermakna bila dapat bawak mak ayah tengok negara orang.

Ibu dan aiskrim Hollabong. Sedap jugak aiskrimnya.

Leh caye ke tu ibu nak ambil gambar? Haha.

Best jugak relaks-relaks sambil makan-makan dekat sini.

Abah dan topi koiboinya.
Kuih sotong. Sedap! Kami yakin je halal sebab material dia tepung + cheese + gula. Rasa dia lemak-lemak manis. Crunchy!

Rakusnya mak i~ Hahahaha.

Hahahaha. Huduh naw~
Aksi makan kuih sotong meleleh-leleh. Haha.

Sedap sangat ke abah? Haha.

Maaa turn~ Sedap kuih ni.

Ada cheese tu yang best. Ingat nak order lagi tapi mak aku suruh bawak mengucap. Hahaha.
Lepas alas perut (ingat kenyang ke makan kuih sotong tu? Dahla share. Hahahaha.), kami turun ke bawah. Adik dan mak aku laju giler jalan sampai dorang terlepas kaunter tiket untuk masuk ke bahagian coastal tapi sebenarnya kaunter tu tutup. Takde rezeki kami nak masuk ke bahagian coastal. Dorang ada tampal memo bagitau yang ombak agak ganas dan laut bergelora so bahaya untuk untuk turun ke bahagian coastal. Patutlah angin agak kuat masa kami sampai. Anyway, tiket masuk ke Yongmeori Coast adalah sebanyak KRW2,000 seorang (bersamaan RM8). Takde rezeki masuk, kami berjalan ke kawasan siring pantai je. Memang kena pegang tudung sebab angin memang kuat.

Comey je rumah-rumah dekat sini. Full of arts.

Aku dan ayah terpisah dengan adik dan mak. Laju giler dorang jalan.

Nampak tu? Ni pun aku zoom. Haha..

Ada kapal lanun dan kuda.
Tu haaa mak & adik aku.

Masa ni dorang tak sedar dorang dah lepas kaunter masuk ke coastal.

Ayah dan aku sakan bergambar. Haha.

Kali ni dengan background Mount Sanbangsan.
Takde apa sangat pun dekat bawah ni melainkan laluan orang berjalan kaki/jogging mengadap laut. Angin tak payah cakap, makin kuat. Bila turun bawah ni, dapat wifi connection. Rupanya ada 'i' counter. Sempatlah jugak check cara nak ke destinasi seterusnya.

Tudung bawal adik aku memang senget benget dekat sini.

Tudung serlup Neelofar mak aku je maintain terletak.

Hahaha. Mengamuk kawan tudung tak jadi.

Cantik jugak bahagian bawah ni.

Aku nampak dorang macam letak wave breaker jugak. Agaknya memang ganas ombak dekat sini.

Ada sorang Ahjumma lalu, kami mintak dia ambilkan gambar.

Menikmati angin di pantai Yongmeori.

Nasiblah sekarang bukan zaman pakai kodak. Haha.

Cantik kan?

Dia ni bab posing memang nombor 1.

Erkk.. Lalu ke nak makan mentah-mentah?

Gamat laut. Tengok pun dah meremang. Aku tanya mak ayah aku kot-kot dorang nak makan. Hakak nak beli. Laju dorang geleng kepala. Hahaha.

Iskh iskh. Geli pulak tengok.
Pose like a mafia. Hahaha.

Cengeynya muka cik Esah.
Abah aku request untuk bergambar di tulisan Korea tu. 

Bhahaha. Aku tak pasti apa yang ada dalam fikiran aku sampai posing cenggitu.

Hat ni pon layan ja sampai muncung mulut-mulut.


Mak aku berehat kejap. Penat bergambar.

Ok, last sebelum kami bergerak balik. Cuaca pun dah start mendung.
Parents dan adik kesayangan. Kakak dan adik laki aku ada komitmen lain so dorang jarang boleh join kami berjalan.

Parents dengan trip planner. Haha.

Wajib ambil gambar solo dekat spot yang sama. Haha.

Jom-jom balik. Nampak macam nak hujan je.
Bunga kuning kecik-kecik ni memang banyak dekat sini.

Wow kelapa.

Mak aku yang tak-miss nak bergambar dengan bunga.

Dan lagi.

Haa dekat belakang tu lah kaunter tiket ke bahagian coastal tapi dah tutup sebab safety guard cakap tak selamat untuk turun sebab laut macam tengah bad mood.

Buah oren Hallabong tapi macam mahai. Lagipun kami nak ke Seogwipo Olle Market nanti.
Jenuhlah menapak naik. 

Menanti bas datang setelah teksi tak lalu-lalu..
Memula tu kami nak naik teksi ke destinasi seterusnya iaitu ke salah satu waterfall famous yang terdapat di Jeju. Itu nanti aku story on the next entry ok? Tapi bila check Google Maps tadi, ada bas akan sampai dan bas tu menuju ke Seogwipo City. Aku nak pesan, check betul-betul nombor bas yang akan lalu dekat bus stop yang kita tunggu. Lagi 2 minit bas nak sampai, baru aku dan adik perasan kami kena tunggu bas di bus stop seberang jalan. So yeah, sila check bebetul. Dekat bus stop dorang ada jadual bas dan kalau bernasib baik, ada screen yang memaparkan perjalanan bas yang ditunggu.


Sekian.

Notakaki:

So, sila check dulu cuaca di Yongmeori Coast, samada ok ke tak, boleh masuk ke tak sebelum korang datang ke sini. Kalau drive takpe. Ni yang naik bas dan teksi ni, jenuh jugak lah. Overall, Yongmeori Coast pada aku worth to visit. Dan kalau rajin, bolehlah daki Gunung Sanbangsan. Hihihi.


Xoxo,



Share:

4 comments:

  1. Wah cantik la blog. Boleh ajar nak buat camni? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Macam ku kenal siapa kau. Hahaha. Download je template untuk blogs dekat btemplates.com tak silap.

      Delete
  2. Salam..nak tahu..barang makan semua letak dalam beg besar yer.. Kena declare x kita bawa makanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Selalunya kalau travel memana memang sy letak dalam beg asing sebab senang nak ambil bawak keluar. Masuk Jeju ritu tak payah declare pun makanan.

      Delete