Day 02: (Part 2) Perth, Western Australia

Assalamu'alaikum.

Dari Fremantle Train Station, kitorang patah semula ke Perth CBD by bus. Bus mana nak naik? Refer pada pamhplet yang kita dapat masa di Fremantle Train Station. Tak pun tanya je pada driver bus. Bus ni akan stop di Perth Station. Memandangkan masa tu dah masuk Zohor, dan memandangkan takde surau khusus dekat Perth Station, kitorang solat jamak qasar Zuhur Asar dekat dalam nursing room je. InsyaaAllah dorang tak kacau or marah. Next destination kitorang adalah Harbour Town, Murray Street/Hay Street, London Court dan Grafton Street. Pendek citer, aktiviti seterusnya adalah shopping! Sebenarnya takdelah nak shopping mana tapi sebab baca blog blogger yang pernah datang ke Perth, dorang recommend lawat kawasan-kawasan ni so aku pon layan je. Harbour Town ni macam factory outlet. Kawan aku tunang dia orang Perth dan dia pon beriya suruh aku pegi Harbour Town ni. Dia kata murah giler barang branded kat sini. Macam mana nak ke sini? Alamak! Aku dah tak ingat tapi memang naik bus yang berenti betul-betul sebelah Harbour Town ni. Memang murah giler barang kat sini woi! Geram giler aku tengok tapi sebab takde cash lebih, beli sikit-sikit je. Rasa macam ralat giler tak tukar duit AUD lebih. Huhu.

Ini lah Harbour Town. Biasa je area dia. Tapi semua ada sini. Kitorang beli souvenir murah jugak kat sini. Mak aku siap beli carpet kulit ala ala  kulit kangaroo*. Teringin katanya. Dalam AUD 150 tak silap.
Mak aku yang tengah sakit perut. So dia shopping tak all out lagi ni. Macam plan nak datang lagi bagi dia shopping puas-puas. We'll 


Lepas bershopping sikit-sikit tu, kitorang decided nak beli halal kebab di Ispa Kebabs dekat ground floor of Harbour Town ni. Harga not bad. Aku pon dah tak ingat apa aku makan tapi sedap jugaklah kebab dia. Dekat Perth ni memang banyak giler restaurant jual kebab. Pelik aku. Dorang patut ada kedai jual nasi lemak jugak! Oh, masa kat Harbour Town ni, kesian dekat mak aku. Dia asyik ulang alik ke toilet je. Ni semua sebab Yeo's jilake tu. So kitorang agak terkocoh nak balek. Masa tu baru pukul 500pm. Paham-paham la toilet kat negara matsaleh ni mana ada air. Kering! kena bawak botol mineral sendiri untuk isi air. Iskh, nak termuntah pulak aku bila ingat. Haha. Tapi sebab toilet dorang kering, memang tak berbau langsung. Bersih je.


Inilah Ispa Kebabs.Yang bertudung kat belakang tu tourist dari Malaysia jugak. 
Sombong nak mampos. Bila tegur dia jeling je pastu terus blah. Yadap ngad!


Beriya aku order kat kaunter. Naseb abang kaunter biasa-biasa je. 
Kalau dia segak helok, mesti aku dah borong semua kebab kat kedai ni. Keke.



Tengah tunggu bus untuk ke hotel pulak. Hamboi, beli pettew? Nampak tak color kuning & merah kat bus stop tu? That means only red and yellow CAT buses je lalu sini. Kena refer map untuk laluan-laluan bus ni. Map leh dapat kat mana? Refer balik entry sini.


Disebabkan aku dengan hadek tercantik aku still nak berjalan lagi, so kitorang decided hantar dulu mak ayah aku ke hotel. Lepas tu baru kitorang jalan berdua. Ingat tak on my first day dekat Perth, aku cakap plan nak pegi King's Park? Tapi sebab masa tu dah lewat giler, so kitorang tak jadik pegi. Ingatkan lepas hantar parent aku balik hotel kitorang nak pegi ke King's Park. Masa kitorang naik bus nak ke King's Park, driver bus tu buat muka pelik tau tapi dia hantar la jugak kitorang kat King's Park. Sekali sampai sana, gelap gelita. Macam kompius kejap aku. Takkan park tak bukak for 24-hour. Rupa-rupanya park tu masa winter tutup 5pm tak silap. Matilah kena naik teksi nak balek ke hotel sebab bus tadi last bus untuk hari tu *nanges*. Bila kitorang patah balek, rupanya driver bus tu tunggu kitorang. Dia cakap dia pelik kitorang nak pegi King's Park (masa tu baru 700pm tapi memang dah gelap giler. Winter kan.) tapi dia layan je. Dia cakap dia tolong hantar kitorang dekat jalan besar, so nanti jalan kaki or ambik teksi je dari sana untuk ke hotel. Thanks for your concern pakcik saleh! Kalau tak memang nanges la kitorang nak cari teksi sebab memang takde kete masuk area King's Park memalam ni. Bila pakcik bus tadi drop kitorang kat main road, aku dengan hadek tercantik aku decided untuk jalan kaki je sampai hotel sebab kitorang nak ambik peluang ni enjoy night view dekat Perth. Nak tau apa kitorang jumpa? Tadaaaaa~


Sorry Abam. I'm taken~
Abam..Malu la I~ Hahaha.
Tengah berjalan tu, tetiba nampak mall ni so kitorang masuk dalam mall ni sebab adik aku nak cari ubat untuk mak aku yang tengah sakit perut.





 Sumpah aku tak tau pakai mesin ni. Naseb hadek aku penah study kat UK so dia tau cara guna menatang ni. Self-service cashier cuolls. Korang just need to scan the bar code dekat goods korang. Then dia akan keluar berapa kena bayar then korang slot in je duit tu. Nanti kalau ada balance dia kuar dekat bahagian notes out tu. Pieww~



Tak pasti nak sebut macam mana nama mall ni. en100ex?

Street plate of respected Perth's Architect. Sepanjang jalan ada plate ni.
Jalan depan lagi, jumpa Perth Concert Hall. Jenuh aku adjust setting kamera nak bagi nampak walopon dalam gelap. Dahla tak brape pro. Layan je.


Hah?! Sesat lagi ke?


Aku kagum dengan landscape di Perth CBD ni sebab dorang memaksimakan penggunaan streetscape di jalan-jalan yang terdapat dekat sini. Memang tak boring langsung walaupun dah berjalan 2-3 kilometer. Tapi sampai je bilik, memang berurut kaki memasing. Haha. Esok nak kena ambil kereta dan check-out dari Goodearth Hotel because we are going to Albany! Woot woot! So kena tidur awal. Good night~



Sekian.




Notakaki:

Aku tak sempat nak cover London Court. Huhu. Sebab winter ni cepat sangat gelap. By 500pm dah gelap plus pagi-pagi kitorang tak boleh gerak awal sebab aku & mak aku sakit perut sebab salah makan tu la. Wajib pegi London Court ni sebenarnya sebab it's a unique retail walkway yang ada 38 specialty outlets dan architecture sekitar tu ala-ala Tudor England. Macam-macam lah korang leh dapatkan kat sini. Just name it! Souvenir? Clothing? Money exchange pon ada kat sini. *Sigh*

Xoxo,

Share:

1 comment: