Assalamu'alaikum.
09 | 05 | 2018 Rabu. Lepas 10 minit menunggu bas, dalam 12.20 pm kami bergerak keluar dari Yongmoeri Coast untuk ke destinasi seterusnya,
Cheonjeyeon Waterfalls! Wah, walaupun takde kereta, dah 2 tempat kami cover setakat jam 12 tengah hari. Not bad. Ternyata rumors yang cakap susah naik bas di Jeju tak benar sama sekali.
Anyway, Jeju ni bukan saje kaya dengan pembentukan batu semulajadi, lava caves, craters(kawah) , gunung dan banyak lagi tetapi Jeju jugak kaya dengan alam semulajadi; antaranya air terjun dan ada tiga air terjun yang mudah untuk diakses oleh pelancong. Antaranya Jeongbang Waterfall, Cheonjiyeon Waterfall dan Cheonjeyeon Waterfall (tak pasti apa beza ejaan
JI-yeon dan
JE-yeon tu).
|
Jarak antara Cheojeyeon Waterfall dengan Cheojiyeon Waterfall. Dalam 50 minit jugak tu. |
|
Dan jarak antara Cheonjiyeon Waterfall dengan Jeongbang Waterfall. Cheonjiyeon dekat dengan Jeongbang. |
|
Jeongbang Waterfall. Gambar ihsan Google. Air terjun di Jeongbang di satu-satunya air terjun di Asia yang direct mengalir ke laut. Menarik kan? Kalau sempat memang aku nak ke sini. |
|
Cheonjiyeon Waterfall. Gambar ihsan Google. Katanyer kena masuk jauh ke dalam dan kekadang kalau takde air, kita boleh tengok batu-batu je. So tak nak ambil risiko. |
|
Cheoonjeyeon Waterfall. Gambar ihsan Google. Wahh cantik! Air yang berwarna emerald green gittuh~ Dan satu-satunya air terjun yang terletak ditengah-tengah bandar Jungmun katanyer. |
Disebabkan kekangan kami yang takde kereta ni, aku pilih untuk lawat satu je waterfall sebab macam tak berbaloi nak visit ketiga-tiga waterfalls tu dan bila aku check review pelancong yang pernah ke sana, ramai suggest pergi ke Cheonjeyeon Waterfall sebab lebih dekat dengan Jungmun (yelah kami dah keluar dari jam 800 pagi tadi dan tak lunch pun lagi) dan antara tiga-tiga waterfalls ni, ramai cakap di Cheonjeyeon lebih cantik.
Mudah sangat perjalanan kami hari ni. Aku pun pelik. Hahaha. Takde sesat, takde kena tunggu bas lama-lama, dan terus sampai ke destinasi yang dituju. Dalam 1250pm kami dah sampai di
Cheonjeyeon Waterfall. Dari bus stop di jalan utama, jalan kaki dalam 200m dah sampai depan kaunter tiket dan tetiba ada wifi connection sebab ada 'i' counter. Serius aku rasa satu Jeju ada wifi. Hahaha. Aku rasa macam sepanjang masa ada wifi dekat phone ni. Anyway, tiket masuk ke Cheonjeyeon ni seorang dalam KRW2,500 (RM 10). Adoi letih jugak kalau semua tempat kena bayar ni. Tapi dah sampai, jom kita masuk! Masa ni bateri phone aku dah flat sebab asyik guna untuk tangkap gambar dan cari jalan dan tengah dok ralit hayati keindahan alam kiri kanan tetiba dengar orang menjerit.
|
Bergambar dulu depan papan informasi. |
|
Bacanya tidak tapi sebok bergambar. Haha. |
|
Masa tengah bergambar ni lah tetiba dengar orang jerit. |
Aku selaku wakil geng bawang se-Malaysia, sebok join orang kumpul ramai-ramai dan aku nampak ada ular bisa melintas depan kitorang. Allahuakbar. Nasiblah mak aku tak nampak sebab dia sangat takut dengan kelibat ular. Perjalanan diteruskan tapi dalam keadaan takut-takut terserempak dengan ular dan subhanallahhhhhh~ Cantiknyaaaa!
|
Birunyaaaaa air! Air terjun ni terletak dekat tengah-tengah jalan utama. |
|
Cantik kan? Kena turun tangga nak ke bawah. |
|
Baru kat tangga dah start bergambar. Haha. |
|
Eh mana abah? |
|
Ada tu haaa. Haha. |
|
Subhanallah. Memang cantik. |
|
Berbaloi jugak la kami ke sini. Tapi macam takde orang mandi pun. |
|
Sesi bergambar dari segala sudut bermula. Masa ni tak ramai lagi orang yang datang. |
|
Actually kalau aku buat tangan camtu, aku tengah gayat tu. Haha. Sebab pakai kasut tak sesuai & takut tergelincir jatuh. |
|
Bongkah batu yang ada di sini. |
|
Cheonjeyeon Waterfall. Mampu ucap Subhanallah je. |
|
Adik aku ni mementang dia pakai sport shoes. |
|
Berani betul ke tengah. Aku takut jatuh je dengan sandal yang aku pakai ni. |
|
Kasik zoom sikit. |
|
Bersama family terchenta. Kami mintak orang yang ada dekat sekitar ambilkan gambar. Hehe. |
|
Cuba bergambar duduk atas batu pulak. Susah woiii! Sakit bontot aku. Dahla licin. |
|
Cantik kan gambar ni? |
|
Dan lagi. Padahal tajam tau batu tu.Demi sekeping dua gambar. Haha. |
|
Mak aku pun nak Haha. |
|
Ayah aku pun. Hahahaha. |
Masa dekat sini, aku ternampak couple dari Malaysia. Again, selalu geng makcik bawang se-Malaysia, aku tegur dorang. Dorang pun sama naik ramahnya. Katanya esok dah nak balik. Kitorang sempat la bertukar-tukar cerita dan semestinya aku cerita kes IDP Brunei aku tu. Kot-kot la dorang kesian dan offer guna lesen dorang untuk sewa kereta. Hahahahaha.
|
Sempat bersembang dengan orang Malaysia yang kami jumpa di sini. Nasib bila aku tegur, si bini tu pon mesra semacam. Aku pernah tegur satu couple ni di Perth, si bini tu jeling je dekat aku sambil senyum sumbing. |
Tour diteruskan ke bahagian yang lebih dalam di Cheonjeyeon Waterfall ni. Cuak jugak sebab takut terserempak dengan ular lagi tapi bahagian dalam Cheonjeyeon ni laaaagi cantik!Subhanallah. Tak sia-sia kami ke sini.
|
Jom ke bahagian lain pulak. Besar sebenarnya area waterfall ni. Samada larat nak explore ke tak. |
|
Mak aku trauma dengan kes ular masa kitorang memula sampai. |
|
Geng pancasitara~ |
|
Subhanallah memang tenang dan nyaman udara dekat sini. |
|
Orang memang tak ramai pun. Berapa kerat je. |
|
Apalah yang aku kerut sangat tu? |
|
Risau jugak kot ada ular atas pokok. Hehe. |
|
Tempat yang tenang dan bersih. |
|
Abah dan topi koboinya. |
|
Opppsss.. apa tu? |
|
Oh danger. Hati-hati ye. Dorang ni memang tak tebang segala pokok yang ada di sini kot. Memang menjaga sungguh alam semujadi. |
|
Jom turun bawah. Natural lighting baik punya. |
|
Dan tadaaaaaaa~ Subhanallah! |
|
Cantiknyaaaaa. |
|
Bermulalah sesi bergambar. |
|
Selalu kawasan air terjun dekat Malaysia mesti kotor. Tapi dekat sini bersih & nyaman gila. |
|
Terjumpa couple Malaysia tadi & mintak dorang ambilkan gambar kami sekeluarga. |
|
Sedih pulak adik laki dan kakak serta family dia tak dapat join trip ni. Next time kita plan biar semua dapat join okay? |
|
Bermula lah sesi model profesional beraksi. Wakaka. |
|
Alhamdulillah walaupun tak dapat sewa kereta, kami berjaya sampai ke sini. |
|
Ok, model lain pulak. |
|
First snap. |
|
Second snap. |
|
Third snap. Ini baru photographer sejati. Tangkap gambar banyak-banyak selagi boleh. Hahaha. |
|
Turn mak ayah aku pulak. First snap. |
|
Second snap. Yang lain banyak lagi tapi cukuplah untuk blog ni aku letak 2 keping je. Hehe. |
|
Acah-acah nak minum air terjun tu tapi tak jadik. |
|
Jom kita bergerak balik. |
|
Babai Cheonjeyeon. Nanti aku bawak adik laki dan kakak aku serta family dorang datang pulak okay? |
|
Adoila letih sungguh nak menapak naik ke atas. |
|
Bila dah sampai atas, mengah giler wehhh. Ambil nyawa sat. |
|
Nasib orang tak ramai. Kalau tak sesak jugak otak nak berhimpit. |
Kami teruskan berjalan lagi sebab dari air terjun tadi nampak macam ada jambatan lengkung so nak tengok jugak jambatan apa kan?
|
Haaa jambatan tu la. Dari jauh dah nampak. |
|
Keep out sebab dia takde safety net dekat railing ni. |
|
Jom seberang jambatan. Curam wehhh. |
|
Sempat mak aku bergambar dekat sini. Hehe. |
|
Dah kat atas jambatan. Nampak tak laut tu? |
|
Kuat sungguh mak ayah aku. Aku pulak yang dah semput. |
|
Ada orang melukis di sini tapi berbayar lah. |
|
Sementara orang tak ramai, kita ga,bar dulu. |
|
Panjang jugak bridge ni. |
|
Dekat atas jambatan ni, terserempak lagi dengan couple Malaysian tu. Dorang dah sampai ke seberang & bila tanya, dorang cakap takde apa pun. Just KPOP things gituh. |
|
KPOP? Takpelah malas nak sampai seberang. Kita selfie dulu sebelum turun dan balik. |
|
Berjalan balik ke pintu keluar. |
Semput gila tour waterfall ni. Jenuh turun naik tangga. Dahlah tak makan lunch lagi. Habis segala lemak tepu yang aku ternak ni tapi overall memang wajar dilawati. Sebelum kami keluar dari kawasan parking Cheonjeyeon Waterfall ni, aku dan adik sempat bertanyakan staff di 'i' counter cara untuk ke
Seogwipo Olle Market. Destinasi terakhir kami untuk hari ni. Staff yang fasih berbahasa Inggeris tu bagitau dekat mana kami kena naik bas dan bas nombor ada dan dekat mana kami perlu turun. Memang detail explanations yang dia bagi. So
chulbal~
Kami nak ke Seogwipo Olle Market ni sebab nak makan lunch dan beli barang basah untuk dinner. Lagipun inilah masanya untuk kami yang takde kereta ni nak berjalan ke market. Lepas market, boleh terus balik rumah. Tak perlu menjijit barang belian ke sana sini. Orang takde kereta kan?Haha. Anyway, tunggu bas dekat bus stop depan waterfall ni then macam staff di 'i' counter pesan, nampak je Jeju Bank sebelah kiri, terus tekan loceng dan turun di next bus stop. Mudah dan selamat sampai di Seogwipo Olle Market. Sebelum tu, adik aku nak beli kad
T-Money untuk digunakan bila naik bas sebab susah giler pakai cash especially bila takde duit pecah. So nampak kedai 7-eleven dan kami beli T-Money dekat situ. Aku dah tak ingat berapa deposit kad tu dan kitorang topup kad tu regularly bila tengok baki dah berkurangan. Satu kad je diperlukan untuk kegunaan kami berempat.
|
Kad T-Money. Gambar ihsan Google. |
|
Soeogwipo Olle Market. Macam pasar tani dekat Malaysia tapi lebih lapang dan bersih. |
|
Buah-buahan segar merata-rata tapi kita cari toilet dulu sebab 3 trip member aku dah tak tahan nak melabur. Haha. |
|
Rasanya kitorang je foreigner dekat sini. |
|
Laluan ke toilet setelah berayam itik dengan makcik-makcik dekat pasar tadi. |
|
Ternampak kepah dan mak aku nak beli untuk dinner nanti. Aku dah tak ingat harganya tapi memang mahal. Tak silap 200gram dekat RM50. Celah mana orang cakap seafood sini murah? |
|
Macam ikan belut version kecik. |
|
Pakcik ni lah tak boleh kurang langsung. |
Selesai beli kepah dan buah oren Hallabong (makcik kedai tak bagi aku ambil gambar buah dia. Kekwat bajet retis. Hahaha.) aku cakap dekat mak kita kena makan dulu. Dah jam 3.30 petang tapi tak lunch lagi. Last makan kuih sotong dekat Yongmeori Coast tadi. Aku cuba cari halal restaurant menggunakan Google Maps yang aku dah save sebelum meninggalkan 'i' counter tadi, tapi it brings us to nowhere. Perut dah lapar giler tapi tak jumpa pun restoran halal. So bila ternampak
Lotteria terus masuk ke dalam. Dari aritu adik aku cakap Shrimp Burger di Lotteria wajib try. Alhamdulillah. Berjaya place order dan bayar dan tunggulah sampai burger sampai.
|
Shrimp burger untuk 4 orang dan cola. |
|
Lapar dah ni. Jom makan! |
|
Abah dan mak aku yang dah kepenatan. |
|
Buah oren Hallabong. Sebiji dalam KRW2,000. Manih! |
|
Buah oren Hallabong ni cuba tengok dekat kepala dia. Macam ada benjol. Besar. |
|
Aku rasa gambar ni cantik (of course la adik aku memang cantik. Hahaha.) so aku nak save dekat blog ni. |
Selesai makan burger udang (sedap gila!), kami meneruskan aktivity shopping di Olle Market ni. Ikutkan pilihan tak banyak tapi boleh lah untuk kami beli buah dan kimchi sikit-sikit untuk dinner kami nanti. Barang basah di sini agak mahal.
|
Lepas kenyang kita sambung membeli. |
|
Kimchi! Kami jumpa kedai kimchi dan kami nak beli kimchi sotong. Masa aku dan mak ke Korea 3 tahun lepas, kami beli kimchi sotong dan memang sedap sangat. |
|
100gram kimchi sotong dalam KRW3,000. So kitorang order 10 pack terus sebab kakak aku pesan dan adik aku nak bagi dekat kawan-kawan dia. |
|
Aneka pilihan kimchi tapi kami suka kimchi sotong je. |
|
Singgah beli buah pulak. |
|
Buahan dia nampak sangat segar. Harapnya memang manis. |
|
Strawberi pun ada. |
|
Pilih jangan tak pilih. |
|
Kami beli buah melon kuning tu. Ya Auloh paling manih dan crunchy! Sampai sekarang terasa manis buah tu. |
Tak banyak pun kami borong dekat sini sebab mahal gila. Kitorang beli kepah, sotong, kimchi sotong, buah-buahan dan sayur sikit. By 500pm kami dah nak balik. Rindu pulak dekat kawasan Andeok-myeon yang tenang itu. Hehe.
|
Menunggu bas untuk pulang ke Andeok-myeon. |
|
Tunggu 5 minit je bas pun sampai. |
Dalam 5 minit je tunggu, bas yang ditunggu pun sampai. Hari pertama guna bas, terus mahir dengan sistem bas di Jeju. Haha. Dah tau nak tengok dekat mana, lagi berapa lama bas yang ditunggu akan sampai, nak turun dekat mana kemudian naik bas lagi dekat mana dan lain-lain. Tambang berapa semua dalam genggaman dah. Haha. Bagi aku sistem bas di Jeju sangat efisyen. Lagipun memang dorang tengah upgrade semua bas di pelosok Jeju so worry not untuk travel Jeju dengan bas.
|
Di Jeju banyak warna emas so yang muda ni kena lah bagi tempat duduk. Jaranglah aku dapat duduk sebab memang ramai warga emas dekat sini. |
|
Lalu stadium bola di Jeju. Mak ayah aku semangat nak datang sini konon nak tunjuk dekat adik laki aku yang dorang sampai stadium bola Jeju. Haha. Ada team antarabangsa penah main dekat sini katanyer. |
|
Setiap rumah di Jeju ada pokok bunga. |
|
Bila dah sampai station Deopyeong-ri di Andeok-myeon, aku snap segala jadual bas yang ada so boleh tau bila bas yang bakal dinaiki bergerak. |
|
Cafe berdekatan bus stop Daopyeong-ri. Ayah aku suka dengan cafe-cafe yang ada dekat sini. |
|
Singgah beli banana uyu(milk) di kedai 24-jam. Macam-macam ada. |
|
Sempat lagi sebelum sampai rumah. Haha. |
Syukur Alhamdulillah. Hari yang sangat efektif buat kami sekeluarga di Jeju. Berjaya cover 4 tempat dengan hanya menaiki bas dan teksi. Semalam aku ingatkan dah takde harapan untuk kami berjalan di Jeju. Malam ni aku masak kepah yang dibeli tadi campur dengan perencah mee bandung Muar. Haha. Campur je semua asalkan jadi makanan. Macam semalam, nasi adik aku masak, lembik lagi. Serius aku dah start pelik, tak kan rice cooker rosak? Ke Korean memang makan nasi lembik?
|
Jemput makan simple dinner kami. |
|
Dessert buah oren Hallabong. |
Selesai makan, macam malam sebelumnya, aku dan adik check siap-siap nombor bas yang kami kena naik untuk ke destinasi yang akan dituju. Kami dah makin yakin untuk travel Jeju dengan bas. Tak sabar nak jalan ke bus stop esok pagi dan naik bas dengan ahjumma-ahjumma yang sepesen je fashion rambut dan baju. Good night~
Sekian.
bestnya, tak sabar nak g, terima kasih tau kongsi
ReplyDeleteThanks juga sudi baca. Enjoy your trip in Jeju!
Delete