Assalamu'alaikum.
3 | 01 | 2018 Rabu. Kitorang mengalami gatal-gatal bila tidur di Taj Villa ni. Tak pasti sebab apa. Cadar dan sarung bantal macam baru tukar tapi macam lusuh. Anyway, Agra ni menjadi tumpuan pelancong sebab bangunan-bangunan yang bercirikan Mughal Architecture seperti Taj Mahal, Agra Fort dan Fatehpur Sikri. Tapi kami tak berminat nak masuk Agra Fort sebab dah terlampau letih, kesan dari merentasi jalan berlubang dari Dehradun ke Delhi. Jadi di Agra, kami hanya lawat Taj Mahal je. Kami tengok Agra Fort dari luar je atau nama lainnya Red Fort.
|
Agra Fort. Gambar ihsan Google Image. Dikhabarkan, Agra Fort merupakan 'penjara' untuk Syah Jahan. Anak dia (tak ingat mana satu) dah tangkap & kurungkan dia dalam ni disebabkan minat Syah Jahan menghabiskan segala wang untuk membina bangunan-bangunan gah sehingga rakyat pun terseksa. Jadi untuk melarang Syah Jahan terus menghabiskan wang untuk membina bangunan-bangunan yang takde kepentingan, anak dia terpaksa kurung dia di Agra Fort ni sampailah dia meninggal dunia. Dan dikhabarkan dari bilik dia dikurung, boleh nampak Taj Mahal. Wallahualam. |
Jadi, pagi ni kami terus nak ke Jaipur yang diasaskan oleh Jai Singh II pada 18/11/1727 (info fari Wikipedia). Jaipur atau nama lainnya Pink City merupakan antara negeri terbesar di India dan sebab utama kami nak ke sana bukan sebab Amer Fort tapi aku dimaklumkan, shopping di Jaipur sangat heaven. Hahahaha. #typicalladiestraveler So pagi ni, lepas adik aku siap rebus makanan dari Brahim, kitorang bersiap-siap dan turun untuk breakfast. Kami maklumkan pada driver yang kami akan turun jam 830am selepas breakfast.
|
Sarapan pagi ni. Sedap. Banyak kali jugak aku topup Haha. Adik aku siap stapau embunyi-sembunyi. |
|
Masih keletihan. |
|
Tapi better lah dari semalam sebab dah cukup rehat. |
|
Kita makan dulu. |
|
Perjalanan diteruskan. |
|
Nampak tak beg-beg kitorang? Haha. Kesian adik aku terpaksa berkorban. |
Kami cakap dekat driver, kami nak terus ke Jaipur. Tapi dah sejenis degil tak nak dengar cakap ni, dia pergi jugak ke Fatehpur Sikri. Kawasan keliling sangat berkabus. Kalau masuk pun memang tak nampak apa. Anyway, aku tak berapa pasti pasal Fatehpur Sikri ni sebab malas nak Google. Haha. Tapi binaan yang terdapat di Fatehpur Sikri ni macam melibatkan terowong jugak.
|
Fatehpur Sikri di Agra. Dah nama Maghul Architecture, sama je semua bangunan. |
Nak masuk ke Fatehpur Sikri ni kena bayar. So skip. Haha. Duit cash dah tak berapa ada bhai~ Dekat India ni semua benda kena bayar kalau nak masuk ke satu-satu tempat. Kalau dorang jaga takpe jugak. Ini macam terbiar je. Motif kutip entrance fee? Driver ni pulak sengaja nak uji kesabaran kami sekeluarga. Lepas dah cakap tak nak turun, baru dia ke Jaipur tapi dengan muka yang masam. Samada memang cenggitu rupa dia atau memang dia bengang kami tak nak visit ke Fatehpur Sikri. Like I care~
Sampai di satu kawasan, driver cakap dia nak guna toilet so kami berhenti di kawasan RNR di Mahwah, Rajashtan. Dekat dah dengan Jaipur. Kecik je areanya. Ada foodcourt, toilet, dan kedai menjual souvenir. Paling best ada ladang mustard seluas-luasnya. Apa lagi, turun bergambar la.
|
RNR di Mahwah, Rajashtan, India. Agak sejuk di sini berbanding di Agra. |
|
Apa lagi, ternampak ladang mustard, terus pulun bergambar. Haha. |
|
Sanggup Cik Esah panjat benteng tu. Haha. |
|
Ladang mustard di Mahwah. |
|
Eh Cik Esah dah puas tangkap gambar terus nak balik? Haha. |
|
Turn kitorang pulak nak bergambar. Haha. |
|
Humko Hamise Churralooo~ |
|
Ladang mustard yang luas giler. |
|
Saujana mata memandang. |
|
Hero family kami nak jugak. Hehe. |
|
Check balik hasil 'tangkapan'. Hehe. |
|
Macam kelakar je muka pakcik dekat belakang tu. Haha. Ayah aku ajak masuk. Dia nak minum kopi. |
Lepas dah bergambar tu kami masuk ke dalam bangunan RNR tapi sebab tak boleh ambil gambar, so takde gambar dalam tu. Ayah dan mak aku cakap toilet dia bersih. Sementara dorang masuk toilet, aku usha-usha souvenir dalam tu. Macam-macam ada tapi agak mahal. Dekat sini, kami ambil kesempatan makan makanan Brahim yang dah direbus sebelum keluar hotel. Kenyang perut senang hati~
|
HR stands for Helda Rosly. Hihi. |
|
Innova baru okay. |
Selesai berehat sekejap di RNR, kami meneruskan perjalanan ke Jaipur. Plannya, singgah hotel untuk check-in dan solat then terus keluar untuk sight-seeing sekitar bandar Jaipur. Mengikut study aku yang tak seberapa (sebab ingatkan agent yang uruskan itinerary kitorang. Huh!), aku ingat ada Hawa Mahal di Jaipur. Adik aku pulak cakap dia terbaca ada Johri Bazaar dekat dengan Hawa Mahal tu. Apa itu Hawa Mahal? Tunggu sat bagi kami check-in hotel dulu. Di Jaipur, kami menginap di Suryaa Villa Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Jaipur.
|
Proses check-in macam biasa. Kami serahkan passport untuk di photocopy dan serahkan voucher yang diberi oleh GeTS Holidays. |
|
Settled. Jom masuk bilik! Tak solat lagi ni. |
|
Bilik kami di tingkat 1. Jenuh angkut beg. Kami tidur semalam je dekat sini. |
Meh aku bawak tour hotel kami menginap di Suryaa Villa ni. Dalam banyak-banyak penginapan, kitorang suka hotel ni. Lantai sini better dari hotel lain, bilik bersih besar dan selesa. Environment pun ok. Kesimpulannya kalau datang Jaipur memang akan duduk hotel ni lagi. KALAUUUUU.... Hahahaha. Gambar hotel atas ihsan Booking.com.
|
Ada swimming pool ok. |
|
Dining area yang mengadap swimming pool. |
|
Boleh jugak mengopi dekat luar ni. |
|
Bilik aku dan adik. Besar kan? |
|
Toilet. |
|
Bilik parents aku. |
|
Klasik biliknya. Ok la, kitorang suka sebab selesa dan sunyi. |
|
Corridor. |
|
Lobby hotel. Kekadang dorang buat event dekat sini. |
|
Entrance hotel. |
Selesai solat dan membuang segala isi perut, off to our next itinerary! Sight seeing dekat Jaipur! Masalah dengan GeTS Holidays ni, dorang provide driver yang tak bagus dekat kitorang. Sebelum ke India, aku memang dah discuss dengan agent GeTS Holidays pasal itinerary kitorang. Aku dah tanya, kalau kami nak berhenti dekat memana attraction boleh ke? Agent tu cakap, boleh takde hal sebab memang kami bayar untuk driver & hotel. Just inform driver mana kitorang nak pergi. So kitorang assume trip kitorang di Jaipur ni relaks-relaks je. So untuk sight seeing di Jaipur, aku cakap dekat driver, ada dua tempat kami nak pi.
Hawa Mahal &
Johri Bazaar. Dia cakap OK. So let's go~
|
Sebelum bergerak, kita bergambar kenangan dulu di depan Suryaa Villa Hotel. Jalan nak masuk ke sini memang sempit. Muat-muat 1 kereta je. |
Sesak padat giler Jaipur ni. Lagi padat dari Agra. Untuk info,Jaipur jugak dikenali dengan nama Pink City. Pada tahun 1876, Prince Albert nak lawat Jaipur tapi masa tu Jaipur takde apa-apa yang menarik unlike Agra yang ada Taj Mahal & Agra Fort. So untuk mencipta kelainan & trademark Jaipur, Maharaja Sawai Ram Singh yang memerintah Jaipur masa tu, semua bangunan mesti diperbuatan daripada bahan terracotta yang berwarna pink. Pink untuk terracotta bukan lah warna hat merah jampu Hello Kitty tu. Warna pink untuk terracotta seakan warna tanah. Haa itulah sejarah Pink City
|
Pink City. Idok ler bebetul pink tapi ada masa-masa, reflection dari terracotta ni memang akan nampak macam dull pink. |
|
Jaipur yang sibuk. |
Anyway, masa dalam perjalanan tu, kitorang lalu Johri Gate so adik aku cakap lah pasal Johri Bazaar. Driver tu kata yes, memang sini area Johri Bazaar tapi dia takde tanda-tanda nak berhenti kejap ke apa. Kitorang dah lalu dah pun tapi pasaipa driver ni tak berhenti? Bersangka baik, mungkin dia nak parking somewhere. Lepas tu lalu Hawa Mahal. Eh pun dia tak berhenti. Dia terus je memandu. Aku tanya dia, kitorang nak ke situ (sambil tunjuk Hawa Mahal). Dia cakap ok, dia nak park dulu. So ok la sebab memang jalan tengah jammed walaupun dalam hati macam pelik, apa susah drop je la kitorang kat tepi jalan.
|
Eh Hawa Mahal lah! |
|
Makin dekat. Subhanallah. Bagi aku, cantikkk. |
|
Kasik zoom sikit. Hawa Mahal ni mengandungi beribu lemon tingkap. Pasaipa? Nanti aku story. |
|
Subhanllah. Macam mana dorang buat weh?? Intricacy yang sangat awesome. |
|
Nampak macam sekeping je kan? Gambar ni aku tangkap masa kenderaan tengah bergerak. |
Ya Auloh, bagi aku cantik sangat Hawa Mahal ni. Hawa Mahal ni merupakan tempat di mana perempuan-perempuan high-class (kasta tinggi macam bini menteri, anak raja,etc) masa zaman dulu gunakan untuk 'mengintai' dunia luar. Kalau ada perarakan ke apa, dorang tak boleh join the crowd. Dorang just boleh usha dari tingkap-tingkap ni je. Seksanya ya robbi. Terlampau menjaga pandangan katanyer.
Anyway, makin jauh pulak driver ni bawak kitorang. Kemudian dia park kereta dekat satu kawasan parking kereta. Jauh giler kottt kalau nak berjalan ke Hawa Mahal & Johri Bazaar. Dia cakap boleh lawat kawasan sekitar dulu dan beli tiket untuk masuk Hawa Mahal. Kitorang bukan nak masuk pun tapi just nak tengok dari dekat tapi takpe lah. Nanti nak balik hotel, lalu jugak kawasan tu. Boleh suruh dia drop je kitorang. Sorry to say, India ni tersangatlah kotor. Aku memang kembang tekak sepanjang berjalan di sana (kecuali Kashmir sebab kashmir bersih sikit). Banyak lopak air yang macam dekat lorong-lorong belakang kedai mamak dekat Malaysia. Haha.
|
Driver berhentikan kitorang dekat dengan Jantar Mantar. Sumpah tak tau menda ni. Tapi tengok ramai-ramai beratur beli tiket. Itu harganya. Kitorang memang dah tak cukup duit untuk masuk semua attraction so kitorang decided masuk Jantar Mantar je sebab paling murah. Haha. |
|
Jantar Mantar yang mendapat pengiktirafan UNESCO. |
Anyway, aku check Google,
Jantar Mantar ada 5 tempat di India tapi yang paling besar adalah di Jaipur. Jantar Mantar ni merupakan lokasi di mana dorang tempatkan bukti-bukti kajian sains pasal ilmu alam. Contohnya, macam mana orang dulu decide siang & malam, pukul berapa sekarang, graviti dan macam-macam lagi. Pendek cerita Jantar Mantar ni sesuai untuk Science-Freak. Hahaha. Serius aku tak berminat langsung nak ambil tau apa yang ada dekat sini. Cukuplah 5 tahun aku mengabdikan diri dalam aliran sains.
|
Blur tak tau nak buat apa. |
|
Apa lagi, bergambar je la. Komponen belakang kitorang tu, tak silap cara nak tentukan pukul berapa sekarang. |
|
Ayah aku pun berposing je la. Haha. |
|
Dekat Jaipur tak sejuk langsung tapi tak tau pasaipa mak aku pakai sweater. |
|
Ermm tak pasti belakang parents aku tu untuk tentukan apa. Siang atau malam kot? |
|
Monumen paling besar yang ada di Jantar Mantar. Serius tak ingat untuk apa tu. |
|
Haa sila baca sendiri. |
|
Orang ramai dekat sini. Ramai rupanya yang minat sains. Ke dorang pun 'tertipu' macam kitorang? Haha. |
|
Photographer tak rasmi. |
|
Memang takde apa yang berminat nak tengok. |
|
Ayah aku bergambar dengan monumen horoskop. |
|
Mak aku pun nak jugak. |
|
Aku pon. Hihi. |
|
Tengoklah gambar kami sampai lebam. Hehe. |
|
Kesian dorang. Next year kita try pi Europe pulak noh? |
|
Aku rasa adik aku ni je faham apa yang ada di Jantar Mantar ni. Dia cerdik sikit. Haha. |
|
Ambil peluang lepak di tempat redup. Panas terik kowttt~ Tak leh bayang kalau datang India masa summer. Winter pun dah panas. |
|
Tak silap tingkap kecik-kecik tu menentukan masa & waktu. |
|
Kalau tengok shadow dari tingkap-tingkap tu, kita leh tau pukul berapa sekarang. Macam tu tak silap aku. |
|
Penat berjalan. Lepak kejap. |
|
Mood dah kelaut nak berjalan. Kan best kalau dekat Johri Bazaar sekarang ni. Haha. |
|
Panoramic view. |
|
Mereka yang cuba memahami fungsi monumen-monumen di sini. Bagus betul. |
|
The best travel partner. |
|
Rumah kecik ni pun jadi kalau nak bergambar. Haha. |
Bagi aku takde apa yang menarik di Jantar Mantar. Aku lebih suka tengok Architecure atau Nature. Sains-sains bukan forte aku. Tapi sebab dah bayar, layan je. Plus kitorang sebenarnya dah takde mood nak berjalan dekat sini. Ini pertama kali aku rasa tak best bila travel. Too much frustration.
|
Harga nak masuk ke Royal Jaipur. |
|
Istana maharaja lama katanyer. Bergambar dekat luar je. Malas nak masuk. Semua kena bayar. |
|
Di pintu gerbang manatah. Sebab cantik itu yang amek jugak gambar. Hehe. |
|
Intricacy memang terbaik. |
|
Tadi gambar mak sorang. Ni sekali dengan ayah. Hahaha. |
Boring. Selesai lawatan dekat sini. So kitorang call driver cakap done. Dengan harapan nak pi ke Hawa Mahal tadi. Tapi driver bagi excuse,sekarang tengah jammed teruk, bad traffic, bla bla bla so bahaya nak berhenti tengah jalan. Ok, aku rasa nak marah tapi aku istigfar banyak-banyak. Sabar Helda. Esok ada lagi. Ayah aku pun cakap better esok sebab panjang sikit masa nak shopping. Macam tak banyak benda kitorang buat harini. Itu yang aku rasa annoyed. Setakat tengok Jantar Mantar je. Aku expect trip ni macam dekat Kashmir, at least. Boleh pusing-pusing tengok sekeling, hop on hop off dari satu tempat ke tempat lain. Tetiba rindu Nadeem, driver kami di Kashmir. Nadeem memang sempoi. Siap bawak kitorang gi makan pie ayam tepi jalan lagi.
Tapi driver cakap dia akan bawak kami ke satu tempat yang jual sari sebab kami cakap nak beli sari. Kawan aku bagitau sari dekat Jaipur cantik-cantik dan murah-murah. Driver ni bawak kitorang dekat kawasan perumahan dan dorang jual sari dekat situ. Memang ada sari tapi mahal gila! Driver ni bengong ke apa. Mintak turun dekat Johri Bazaar, dia tak nak. Tapi bawak kitorang ke kedai sari yang mahal nak mampos. Tahap Kareena Kapoor je mampu pakai.
|
Menuju ke kedai sari yang dijanjikan. Memang bad traffic tapi still bergerak. Bukan stop terus. |
|
Statue pahlawan Jaipur kot? |
|
Eh apa tu? Macam menarik je. Bila tanya driver, dia cakap itu Albert Hall Jaipur. Dibina masa kedatang Prince Albert ke Jaipur. |
|
Siap ada burung merpati terbang-terbang lagi. So aku dan adik request suruh dia berhenti tepi jalan kejap sebab nak ambil gambar. |
|
Dia berhenti tapi dok membebel suruh cepat. Takut nanti polis saman. First time jumpa Indian di India yang ikut rules. |
|
Kena buat boomerang ni. |
Cubaan pertama, kedua dan ketiga. Haha.
|
Macam masjid pun ye. Tapi intricacy Mughal Architecture memang tak boleh disangkal. |
|
Aku pun tak terkecuali. Pakej dengan boomerang. Hehe. |
Tak puas hati dengan kedai super mahal tu, driver bawak kitorang ke satu lagi kedai tepi jalan. Memang besar kedai sari tu. Pendek cerita kami sambar la jugak sari yang ada dekat situ. Aku sambar 2 pasang, mak sambar sepasang, sepasang lagi untuk kakak aku dan adik aku sambar sepasang untuk officemate dia. Takde gambar sebab sebok membelek sari. Hehe. Kualiti sari dia biasa-biasa je so kitorang assume memang cenggitulah sari dekat India ni. Dan kitorang swipe credit card dekat kedai ni. Memang dah cakap awai-awai dekat tuan kedai, kami takde cash. So boleh beli dengan swipe credit card je.
Dah nama pun winter, walaupun panas jugak di Jaipur, tapi langit tetap bergerak pantas ke malam hari. Sedar-sedar dah gelap. Kitorang mintak driver berhenti makan dekat restoran vegetarian sebab aku baca, traveler sebelum ni cadang makan di restoran vegetarian sebab mostly bersih dan sah-sah halal.
|
Nampak bangunan ni. Cantikkan? |
Driver berhentikan kitorang di satu restoran Vegetarian ni selepas dia call kawan-kawan dia (serius dia memang tak tau apa yang ada di Jaipur) & ayah aku ajak dia makan sekali. Memula dia tolak tapi sebab kena paksa, dia masuk jugak. Dia cakap takpe ke makan sini sebab mahai sikit tapi restoran ni je yang dekat dengan lokasi kitorang & yang penting vegetarian restoran. Sekali tengok harga & menu, Allahuakbar, murah gila! Teh susu baru dalam RM1 tak silap. Capati takyah cakap, berkeping-keping pun still murah. Sedih mikir bila dia cakap RM1 tu mahai dah. Rasa bersalah pulak bila fikir aku rasa nak marah dekat dia.
|
Fokus makan. |
|
Sorry ibu, tengah lapar ni. Hahahaha. |
|
Memang sedap capati dan dal di India ni. Itu tak dapat dinafikan. |
Selesai bayar, kitorang bergerak balik ke hotel. Takde apa sangat yang dilakukan di bilik hotel melainkan bersembang dengan adik terchenta dan siapkan baju untuk esok. Esok kami akan check-out dari Suryaa Villa ni dan ke New Delhi; lokasi terakhir kami di India. Yeayyyy! Tapi sebelum tu kami nak ke Johri Bazaar (tak kirak!) dan Amer Fort. InsyaaAllah.
Sekian.
Notakaki:
Bila dah balik dari India, aku Google pasal Jaipur, memang banyak lagi tempat yang boleh kami lawat selain Jantar Mantar yang memboringkan itu (bagi aku). Antaranya; Jal Mahal, Digamber Jain Temple, dan banyak lagi. Jaipur bukan kota yang membosankan. Tapi dah nasib kami dapat driver/tourist agent yang tak membantu langsung.
Xoxo,
Hai helda.
ReplyDeleteMemang peranan driver mempengaruhi percutian kita masa ada best atau tak.
Betul. Kami rasa kami tak enjoy trip India sebab driver macam apa je. Sepatutnya dia local, dia lagi tau tempat menarik di sana.
Delete