Day 03 (Part 1): Mount Halla, Seogwipo.

Assalamu'alaikum.

10 | 05 | 2018  Khamis. Nikmatnya bila bangun tidur, bukak tingkap, nampak laut tapi grrrrrr...sejuknyaa so terpaksa tutup balik tingkap. Haha. Aku suka betul konsep toilet rumah ni. Dorang design curb di antara lantai toilet dan living area dan laminate dengan timber flooring. Memang menarik. Yang penting takde masalah air bertakung melimpah keluar ke apa.

Untuk rekod aku. Haha. Kot la nanti nak buat rumah, aku nak guna idea ni. Aritu buat design untuk rumah mak ayah, tak sempat nak masukkan elemen level lantai camni.

Pagi ni kitorang nak ke Halla-san atau Gunung Halla. San tu bermaksud gunung. Sebenarnya aku pun tak faham kenapa aku masukkan Halla-san dalam itinerary kitorang di Jeju. Hahaha. Sebabnya kitorang ni bukan jenis suka mendaki bukit tapi sebab banyak baca blog para traveler terdahulu, dorang semua akan singgah ke Halla-san. Anyway, untuk ke Halla-san, kami bertukar bas sebanyak 2 kali je. Macam biasa pagi-pagi berjalan kaki ke Daepyeong-ri Station sambil ditegur manis oleh ahjumma yang ramah. Dan aku perasan ramai warga emas yang naik bas dengan kitorang, complete with hiking wears tau. Kitorang je nampak tourist.

Di bus stop pertama sebelum transfer naik bas yang masuk ke Halla-san. Kemain dengan baju ropol-ropol. Haha.
Tengok gambar ni, kesian pulak dekat parents aku kena naik bas.

Nak masuk ke Halla-san ni banyak entrance dan route yang berbeza. Antaranya Eorimok, Yeongsil dan Seongpanak dan aku pilih masuk dari Eorimok lepas aku baca satu blog ni, dia cakap paling pendek dan ramai tourist. Rupanya route yang paling pendek dan untuk tourist adalah Yeongsil sebab dalam 3.7km je berbanding Eorimok 4.7km. Patutlah masa bas lalu di Entrance Yeongsil, aku tengok ramai giler orang berbanding di Eorimok yang kena menapak sejauh 1 km untuk masuk ke bahagian tiket & parking kereta. Semput gila nak jalan kaki dari bus stop ke atas! Nasib si pengguna bas. Haha.

Dah sampai di Eorimok Station.

Jom start mendak.

Tengok lengang je takde kereta.

Menggunakan peluang yang ada. Tapi memang alert selalu takut kereta lalu.

Acah-acah photo shot dekat jalan.

Abah aku.

Aku dan baju rompol ku. Hehe.
Sambil jalan sambil bergambar. Hehe.

Pelbagai aksi kami buat sepanjang 1km berjalan ke bahagian kaunter tiket & parking.

Kitorang jalan dekat bahagian tepi. Cuma bila nak bergambar laju-laju lari tengah jalan. Hehe.

Nasib mak aku dah biasa berjalan. Kalau mak ayah orang lain, tak tau lah boleh ikut ke tak itinerary adhoc kami ni.
Alhamdulillah sampai jugak dekat kawasan tiket & parking. Belakang aku tu Halla-san.

Nak parking sini kena bayar. Tak ingat berapa.

Mak aku lepas keluar dari toilet. Hehe.

Banyak bas di sini. Bas-bas ni lah bagi wifi dekat kitorang. Haha.

Selagi tak naik Halla-san, selagi tu bergambar. Haha.

Halla-san. Sejuk mata memandang.

Kami di Eorimok trail.
Di papan informasi.

Takde apa yang menarik dekat sini. Saje je dah sejenis suka bergambar. Haha.

Sebelum masuk ke Eorimok trail.

Of course sorang satu kena ada gambar dekat sini. Haha.

Termasuklah adik aku ni. Haha.

Tetiba ada orang cina ni offer ambilkan gambar kitorang. Lepas dia tangkap gambar ni, dia dok cong cang cong cang tapi kitorang tak faham. Mungkin dia nak tumpang kitorang kot tapi kitorang mana ada kereta. 

Gambar solo pulak. Wajib.

Hihi. Mak ayah aku dah ke depan.

Papan informasi tentang Halla-san.

Tapi jadi prop kami bergambar. Hahaha.


Masa dekat kaunter tiket untuk naik ke bahagian kawah Halla-san, malangnya kami tak dibenarkan naik sebab baju dan kasut yang tak sesuai. Bahaya katanya dan syarat untuk naik ke atas kena pakai proper hiking attire. Takpe lah, aku bukan hiker pun so kitorang lepak je lah dulu dekat atas ni.

Ikut perancangan nak naik atas tengok crater ni. Halla-san kan gunung berapi di Jeju dan terletak tengah-tengah Jeju.


Dah tak dapat masuk, kita bergambar dekat luar je la.

Pintu masuk Eorimok trail.

Macam mana nak lepas masuk dengan baju rompol-rompol tu. Hahaha.

Aku pun tak tau kena pakai proper attire kalau nak naik ke atas.

Takpe lah. Takde rezeki nak naik.

Halla-san ni di-iktiraf oleh UNESCO sebagai nature heritage.

Bergambar dekat sini pon jadiklah. Haha.

Actually ada cop dekat sini tapi kitorang takut nak cop dalam passport.

One more person. Ok done. Haha.

Ini lah cop nya. Tapi takut nak cop dekat passport. Nanti tak pasal tak lepas dekat imigresen.

Macam aku cakap sebelum ni, di mana ada 'i' counter, di situ ada wifi connection dan di mana ada public bus, disitu juga ada wifi connection. So kitorang relaks-relaks dulu dekat atas ni. Bagi aku, tak datang ke Halla-san ni pun takpe. Lain lah kalau memang suka hiking. Kalau datang dengan kereta, tak rasa ralat sangat tapi ni kitorang naik bas, so perjalanan nak ke sini pun dah tukar bas 2-3kali. Tak masuk lagi waktu menunggu bas. Walaupun tak lama tapi still, penat kot menunggu. Dengan nak kena berjalan kaki sejauh 1km nak naik dekat bahagian parking dan tiket ni. So yeah, bagi aku tak berbaloi.

Berjalan di taman yang terdapat di Halla-san.

Acah-acah jadi photographer.
Terik. Baru 1130am.

Ada ukiran patung binatang.

Banyak burung gagak ganas dekat sini.
Haruslah hakak nak bergambar dekat sini. Keke.

Papan info apetah tu.

Berehat di pondok.

Takde orang so ini pondok kami yang punya! Haha.

Cik Esah berkaca mata hitam.

Merenung apa tu Cik Esah sayang?
Cari makanan nak kunyah. Haha.
Memula ingatkan nak solat dekat sini tapi bila check jadual bas untuk ke Jeju City, lagi 20minit bas tu akan sampai. Apa lagi, kelam kabut kami nak turun ke bawah. Bukan apa, bas yang masuk ke Halla-san ni tak sekerap bas di bandar. Tak pasal nanti kami kena tunggu 2 jam kalau terlepas bas.

Sempat selfie. Hehe.

Sebelum keluar mak aku request ambil gambar dekat sini.

Adik dan ayah aku dah takde. Laju giler dorang turun.

Terkedek-kedek mak aku lari. Haha.

Ibu, tungguuuuu~

Aku tau kena kejar bas cuma tak faham kenapa nak lari. Haha.

Dapat jugak catch-up ayah dan adik aku.

Comel pulak ayah aku galas backpack aku.

Ayah dan mak aku cemas giler takut terlepas bas. Haha.

Sampai jugak bus stop.

Ayah aku kepenatan berlari. Haha.

Bus stop di seberang jalan.

Bawah ni pun ada parking lot.
Helda Hallabong. Hehehe.

Nasib bawak buah Hallabong. Boleh jugak alas perut.

Sedap dan manis.
Tadi punyalah gelabah memasing turun bukit siap berlari terkedek-kedek konon nak kejar bas. Sekali bas tak sampai pun. Kitorang tunggu dalam 30 minit jugak. Dah lah panas dekat sini. Masa ni mula lah terkenang balik insiden tak dapat sewa kereta. Semalam bukan main smooth perjalanan kami. Harini Allah uji sikit. Bila aku dan adik check bus stop seberang jalan, takde pun nombor bas yang kami tunggu so maksudnya betullah bus stop yang mak ayah aku duduk tu. Tapi ada 2 kali bas yang bernombor sama, lalu. Last-last aku tanya driver bas tu, kalau nak ke Jeju City, boleh ke naik bas dia sebab fikir logik, naik je lah memana bas asalkan keluar dari Halla-san ni.

Sekali driver bas cakap boleh. Naiklah katanyer. Tap kad T-Money dan Alhamdulillah kami selamat keluar dari Halla-san. Hehe. Aku plan nak bawak family makan di satu restoran Hotpot Halal di Jeju City. Kawan aku, kak Jemz dah share satu list restoran halal di Jeju. So aku memang nak cari sampai jumpa! Jom ke Jeju City lah kita! Aku sambung next entry samada aku jumpa ke tak kedai tu. Hehe.


Sekian.


Notakaki:

Bagi aku, aku dah bazirkan masa datang ke Halla-san. Aku patut boleh slot tour ke Jeongbang Waterfall ke, atau lepak-lepak di pantai sambil minum-minum di cafe ke. Salah aku jugak sebab dah banyak kali travel pun, masih tak tau preference diri sendiri. Aku bukan minat hiking-hiking ni so sepatutnya dah boleh fikir, skip je trip ke Halla-san ni. Lain lah kalau dapat sewa kereta, takde lah seletih ini kan?


Xoxo,


Share: