AWAS! Entry ni mungkin banyak tulisan dari gambar dan entry ni lah paling susah nak ditulis sebab aku kena ingat balik pengalaman yang pahit untuk kami sekeluarga. Lukanya amat dalam. Hahahaha. Stay tune~
***
Assalamu'alaikum.
***
Assalamu'alaikum.
1|1|2018 Isnin. Selamat Tahun Baru everyone! Kami sambut tahun baru di India yaww~ Harapnya perjalanan hari ni ke Delhi dipermudahkan. Amin. Pada mulanya, flight kami dari Srinagar ke Delhi dengan Jet Airways dijadualkan pada jam 3.20 petang, dan akan sampai di Delhi pada 4.45 petang. Direct flight. Tapi pada 30/12/2017 baru dapat notis dari GeTS Holidays ada perubahan waktu. Jet Airways takde direct flight ke Delhi pada hari ni. Option yang ada, kami kena naik flight jam 130 petang dari Srinagar dan transit di Dehradun. Kemudian dari Dehradun ke Delhi pada 4.30 petang. Another option adalah kami naik flight pagi esoknya dan direct ke Delhi. Tapi ada extra cost untuk bermalam di Kashmir la pulak plus kami dah bayar pakej di Delhi bermula dari 1/1/2018. So nak tak nak kami agreed dengan first option. Kami sangat stress masa ni sebab nak ber-transit bagai. Dah lah tak pernah dengar nama Dehradun tu. Padahal kalau direct flight, ambil masa sejam lebih je untuk sampai Delhi. Memasing cuba untuk redho sebab benda tak boleh elak.
Lepas sarapan buat terakhir kalinya di Kashmir, kami bergerak ke airport pada jam 10 pagi. Sedih jugak nak tinggalkan houseboat dan Uncle Nabi tapi kami lagi tak sabar nak balik Malaysia. Hahaha. Sebelum balik, kami bagi tips 1000 rupees pada khadam Uncle Nabi sebab menjaga kami sepanjang percutian di Kashmir. Masa dalam kereta, kami serahkan tips 1000 rupees dekat Nadeem. Kira kami dah bagi separuh gaji untuk dorang untuk bulan ni tau. Gaji khadam Uncle Nabi dalam 3000 rupees sebab dah keje 20 tahun. Gaji Nadeem pulak 2000 rupees katanyer. Sebab tu dekat India ni memang main tips je sebab gaji bulanan kecik sangat. Dahla perempuan di Kashmir tak ramai yang bekerja. Semua harap income laki je. Aku rasa patut buat entry khas pasal kiraan tips dekat India. Hahaha.
Sejuk giler. Grrrrr~ |
Sementara menunggu breakfast, aku dan adik bergambar dulu. Hihi. |
Tenang je perasaan masa ni. |
Bergambar kenangan bersama Uncle Nabi dan wife, Nadeem dan khadam Uncle Nabi. Actually aku lupa nama khadam dia. Tapi Uncle Nabi memang kenalkan dia sebagai khadam. |
Sementara tunggu Nadeem, kami bergambar buat terakhir kali di sini. |
InsyaaAllah kalau ada rezeki kami datang lagi tapi nak duduk hotel pulak. Haha. |
Me and the maple leaf. Patut pakai je kasut ni naik Gulmarg. Takdelah licin. |
Sebelum bergerak ke airport, Nadeem suruh print screen siap-siap semua e-ticket flight yang dah di email oleh GeTS Holidays sebab nanti bila nak masuk airport, kena tunjuk dekat tentera yang jaga pintu masuk airport ok! Giler ah scary bila aku dengar Nadeem pesan cenggitu. Dah macam nak masuk kem tentera je. Kawalan ketat semacam je. Dan sepertimana Nadeem bagitau tadi, memang tentera yang kawal pintu masuk ke airport mintak bukti tiket kami berempat so aku serahkan phone aku dekat Nadeem untuk tunjuk bukti pembelian tiket. Lepas tu, dia suruh drive masuk. Fuhhh lega~
Bila dah lepas kawalan tentera, kena berhenti lagi untuk scan semua bagasi kami. Kecik je tempat tu. Ada mesin scan dengan dua orang tentera yang jaga. Nasib masa kami sampai, takde orang. Kalau tak, Nadeem cakap beratur panjang jugak. Selesai scan, baru boleh gerak ke bahagian drop-off. Di situ, runner yang tolong kami masa memula sampai di Srinagar dah sedia menunggu. Dia yang tolong bawak beg kami sampai ke bahagian dalam. Of course, kena tips lagi. Hihi. Ayah aku dan Nadeem bertukar nombor telefon (dan hingga ke saat ini dorang masih berhubung).
Dalam airport, runner tunjukkan kami kaunter tiket dan dia tunggu sampai kami dapat tiket. Thanks! Masa di kaunter tiket, beriya minah yang jaga tu suruh kami upgrade seat kami dari Srinagar ke Dehradun dari ekonomi ke business class. Konon dia Islam so dia memang bukak offer untuk orang Islam je. Tempted la jugak sebab sorang kena tambah dalam RM60 je tapi nasib ada adik aku yang super keras hatinya. Hahaha. Kitorang stick pada seat economy tapi minah tu siap cakap kami akan menyesal. TAK MUNGKIN. Haha.
Dah dapat tiket. Jom! |
Aku bagi hint. Jet Airways is sucks. So tolong jangan naik flight ni. Serius. |
Selesai urusan check-in, kami menuju ke balai berlepas. Dekat sini of course kena scan lagi. Scan badan dan beg ok. Untuk perempuan, dorang check badan dalam ruang kecik yang ditutup dengan langsir. Of course yang check pun pegawai perempuan. Fikir logik, bagus buat macam ni sebab masa dorang raba badan, takde orang nampak. Terlindung dari pandangan mata ajnabi gittuh. Tetiba bag pack aku tak lepas. Aku dah cuak. Pasaipa tak lepas. Rupanya mak aku sumbat telur rebus dalam beg aku. Tak boleh bawak naik flight katanya. Dah la ada 4-5 bijik. Depan kastam tu jugak kami kena makan telur rebus tu sebab nak buang, sayang. Nasib baik masa naik flight tak kentut bau telur. Haru sungguh laaaa. Oh dorang akan cop hand-carry tag kita tau. So kalau dorang tak cop, sila tanya sebab itu bukti kita dah di scan. Bukan apa, untuk elak suspicion dari tentera atau polis yang berlegar dalam airport.
Ingatkan dah selesai, tapi rupanya belum lagi. Kami kena check lagi sekali beg yang dah di check in semasa di kaunter tiket tadi. Rupanya, lepas kita check-in, dorang akan scan buat kali kedua beg kita di kawasan yang kita tak nampak. Then, kita kena hantar sorang wakil (kalau travel berkumpulan) untuk check beg-beg tu sekali lagi. Untuk pastikan memang itu beg kita dan kalau ada barang yang kita tak boleh bawak keluar, masa ni lah kena bersoal jawab. So aku suruh ayah aku yang masuk. Ada tentera dengan senapang jaga depan ruangan tu ok. Masam nak mati muka dia. Aku bukan nak takutkan tapi nak cerita betapa ketat kawalan airport di Kashmir. Alhamdulillah takde apa-apa dan lepas selesai abah aku chack beg kami, kami naik escalator menunggu di atas. Ye, airport Kashmir dua tingkat je. So balai menunggu dekat bahagian atas. Giler ramai orang! Macam dekat pekan rabu. Haha.
Di ruangan balai berlepas. |
Ada jugak cafe dan booth jual makanan. Siap ada kucing ok! |
Cafe Dosa? Dah berapa kali asyik beli air je sebab haus. Nak beli makanan macam ragu-ragu. |
Sementara dok tunggu tu meh la kita posing dulu. |
Namastee~ Ada je problem sepanjang trip kami di India. |
Memula je sejuk dalam airport ni. Tapi makin ramai orang makin panas la pulak. |
Actually signboard belakang ni semua filem-filem di Bollywood yang menjalankan penggambaran di Kashmir. Filem Bobby pun ada! |
Masa tengah berlegar-legar tu, ternampak couple Malaysia dan anak-anak dorang (alaa yang kami jumpa di kedai karpet dan di Gulmarg tu) . Dorang naik flight Air Asia ke Delhi. Flight dorang pun delay. Flight dorang sepatutnya jam 230pm tak silap. Sempat jugak si suami tu cerita anak-anak demam bila di Gulmarg. Sejuk sangat kot. Lepas sejam dorang tunggu, flight dorang dah ready nak berlepas. Lagilah kami gabra sebab pi mana Jet Airways ni??!! Awat slow sangat??!! Dah 2 jam lebih kami tunggu! Lepas 3 jam, satu-satu flight berlepas tapi takde lagi panggilan untuk flight kami. Lebih 10 kali kot aku dan adik pi tanya ground staff Jet Airways dan bagitau dia problem kami yang ada connecting flight. Dia dok cakap 'Shouldn't be a problem'. Masuk 3 jam kami delay, baru lah kami dipanggil. Rasa nak teriak sebab ikut kira-kira macam tak sempat ni nak kejar connecting flight tapi since kami dah maklum dekat ground staff Jet Airways yang kami ada connecting flight, kami assume dia dah inform lah kaunter di Dehradun.
Macam nak muntah kami tunggu. |
Sabar ye abah ibu. |
Hadiah dari pihak airport sebab flight delay. Baguih lagi airport Srinagar dari KLIA2 Haha. |
Penerbangan dari Srinagar ke Dehradun mengambil masa 45 minit je. Sesampainya kami di Dehradun, kami terus berlari macam orang gila ok! Tapi nak masuk ke kaunter tiket pun kena scan lagi beg dan passport. Arghh stress! Sampai di kaunter, sah-sah dah tutup. Dan bila tanya ground staff di situ, dia cakap flight dah berlepas. Segala makian carutan dah keluar dalam hati. Kami dah maklum awal dekat ground staff Jet Airways di Srinagar, dia cakap ok-ok. Noharom sungguh. Minah yang jaga kaunter Jet Airways cakap, kami boleh full refund je kalau kami tak nak naik flight esok petang sebab flight pagi ke Delhi dah penuh. Jadah nak naik esok petang. Kami pilih full refund tapi duit akan dimasuk ke akaun GeTS Holidays sebab dorang yang belikan tiket kami dan sementara tunggu dorang dapatkan beg-beg kami, melilau lah ke setiap kaunter untuk beli tiket ke Delhi malam tu jugak. Malangnya semua dah penuh. Puas adjust setting phone, baru dapat line.
"Noharom tol simkad India ni sebab kena manually adjust dekat setting setiap kali berada di daerah lain."
Bila aku call agent GeTS Holidays, dorang terkejut sebab kami tak sampai-sampai di Delhi dan nak contact takde line pulak. Tapi bagi aku dorang tak membantu sangat pun. Dorang just tau pong pang pong pang dalam phone tapi takde solution untuk kami. Bayangkan boss besar GeTS tu pon call kami. Lepas dia habis call, staff dia 2-3 orang call. Tapi itulah, just pong pang tapi takde bagitau solution. Serius macam nak nanges weh! Dah la tak pernah tau pasal Dehradun ni.
Inilah airport Dehradun. Terus laju-laju naik bas untuk ke bangunan terminal. Gambar ihsan Google. |
Masa nak pi ambil beg-beg kitorang di kaunter Jets Airways, ada Indian couple ni dan berkat ayah aku yang super ramah, dia pi approach dorang. Dia assume dorang pun sama kes macam kami yang tertinggal flight untuk ke Delhi. And guess what? Memang Indian couple tu pon sama kes macam kami dan tengah claim untuk full refund. Tapi sebab dorang memang local, so dorang tau lah mana nak tuju bila dah terlepas flight. Ayah aku tanya dorang, boleh tak kami ikut dorang ke Delhi sebab kami memang blank nak naik apa untuk ke Delhi sebab semua tiket flight ke Delhi untuk malam ni dan esok pagi dah full. Alhamdulillah si laki cakap OK. Sumpah nak nangis! Kami memang tawakal je ni. Kami keluar airport dengan dorang dan tuju ke kaunter teksi di luar. Si laki ni dok cakap urdu dengan orang teksi, kami dan wife dia berdiri je kat belakang. Sambil tu memang aku dan adik dah cakap, kalau charge dari Dehradun ke Delhi ni mahai, kita pasrah je lah. Dah lah sejuk giler.
Entah dari mana leh faham jugak apa dorang tengah bercakap dekat kaunter tu. Dari lenggok bahasa dan badan dorang kot. Seems like orang teksi sengih-sengih suruh si laki tu charge kami extra sebab foreigner kan tapi nampak lah laki ni geleng kepala dengan riak muka tak suka dengan cadangan orang teksi. Mungkin sebab dah beberapa hari deal dengan orang India ni, kami trauma sebab memang kuat main duit dorang ni. Asal nampak foreigner memang kaw-kaw dorang libas duit kita. Anyway, si laki ni cakap dengan kami, plan dia camni. Dari airport kami ke bus station. Dari situ baru naik bas atau van untuk ke Delhi. We'll see how katanyer sebab dia cakap, dia check online, tiket bas dari Dehradun ke Delhi cuma ada 3 kosong. Kitorang semua termasuk couple tu dah enam orang. Kalau diikutkan dia dengan wife nak tinggalkan kitorang pun takpe. Be selfish kan. Tapi yang terharunya dia cakap tengok dulu camne. Dia cuba dapatkan prebet sapu untuk ke Delhi. Untuk masa sekarang kami kena ke bus station dulu. Try our luck kot ada tiket bas kosong. Dari Dehradun Airport ke Bus Station Dehradun, teksi charge kami seorang dalam 150 rupees tak silap aku iaitu bersamaan dalam RM10. Memang harga local. So far kami rasa couple ni jujur dan baik dan cuba lindungi kami tapi masih simpan was-was dalam hati sebab dah selalu dengar orang bagitau India banyak scammer. Untuk first trip ni, dia bayarkan dulu. Nanti baru kami bayar dekat dia.
Dari Dehradun Airport ke ISBT Dehradun mengambil masa selama 47 minit tapi dalam sejam jugak kami nak sampai dengan jammed bagai. |
Ya Auloh, teruk giler jalan dekat Dehradun ni. Berlopak dalam dan bengkang bengkok dan sakit bontot kitorang tapi redho je ni. Sambil tu sembang-sembang lah dengan couple ni tapi si laki je boleh cakap English. Si bini tak boleh so dia banyak diam. Nama si laki ni Abdul Razif dan dia Islam. Alhamdulillah. Pergi ke Kashmir sebab honeymoon. Baru kahwin lah kiranya. Bekerja sebagai pegawai IT. Muda lagi baru 28 tahun tak silap aku. Ramah orangnya tapi dalam hati aku memang doa je agar dia ni jujur orangnya. Lepas tu kami cerita la pengalaman kami di Kashmir. Dia terkejut gila kami boleh stay dekat houseboat sebab dia cakap, dia duduk houseboat sejam je then terus check-out sebab sejuk sangat dan end-up duduk hotel. Hahaha. Memang banyak la dia cerita. Dia kata dorang naik pony tu bayar 300 rupees je berbanding kami kena bayar 1000 rupees seorang dan photographer 80 rupees je berbanding kami 300 rupees sekeping gambar. Cait! Beza gila dorang ni kapak pelancong asing. Dah la mintak tips pulak tu. Eh emo pulak I~ Haha.
Kami sampai di ISBT Dehradun (station bas Dehradun) lepas sejam perjalanan. Razif suruh kami dengan wife dia tunggu dalam kereta sementara dia check tiket bas. Ayah aku pulak keluar belikan kami air dan keropok untuk alas perut sebab last kami makan berat masa pagi tadi di Kashmir. Lapar ya robbi. Then Razif masuk ke dalam teksi dan cakap tiket bas memang ada 3 seat je yang kosong. Dia cuba nak dapatkan prebet sapu (tau kan prebet sapu tu apa? Hahaha.) tapi sekarang ramai yang tak nak bawak kitorang ke Delhi sebab kabus tebal (fogging). Untuk info, memang kalau jalan masa musim sejuk, cenggini lah antara halangannya. Actually masa ni kami dah susah hati kalau Razif ni tetiba selfish dan tinggalkan kami dekat station bas. Lepas sejam menunggu, abang teksi yang bawak kami ni berjaya dapatkan prebet sapu yang sanggup redah fogging dengan kami ke Delhi. Syukur ya Allah! Razif cakap seorang kena bayar dalam 750 rupees bersamaan kurang lebih RM60. Ok sangat harganya pada kami sebab naik bas pun harga lebih kurang plus memang jauh Dehradun-Delhi. Dalam 5-6 jam sehala ok! Syukur sekali lagi kami ditemukan dengan Razif dan wife. Tak semua orang India tu suka menipu tau. Syukur! Lepas tukar kereta dan barang-barang, kami bergerak ke Delhi. Yang aku perasan, abang teksi tadi tolong kami pun dengan ikhlas. Takde mintak tips ke apa. Mungkin sebab kami ada dengan Razif. Razif cakap dekat dia kami ni kawan dari Malaysia kot. Hihi.
Dehradun to Delhi. Dah lah ada kabus tebal nak kena redah ni. Mungkin ambil masa 6-7jam jugak baru sampai Delhi. |
Haaa? Tengok tak video di atas? Tak nampak apa. Dalam jam 1230am, kami berhenti makan di kedai tepi jalan. Keadaan kedai takyah cakap. Redho je ni. Razif yang order untuk kami. Lewat giler kan dinner kami?
Aku tak ingat gravy apa ni. Rasanya kacang hitam dan kentang. Aku cicah kuah je. Sedap jugak. |
Bawang tu sebagai side dish ok. Haha. Amek kau, telan la bawang tu. Aku memang tak makan. |
Capati dia sedikit berminyak. Aku sorang je balun 3 keping. Lapar bhai~ |
2|1|2018 Selasa. Sekitar jam 500 pagi, aku terjaga bila dengar Razif bercakap dengan ayah aku. Kitorang dah masuk Delhi rupanya. Sebelum ke Delhi, aku dah call agent kami di GeTS Holidays yang kami akan call semula bila dah masuk Delhi so dorang kena alert. Dan bila dah masuk Delhi, aku call sekali lagi dan Razif bercakap dengan dia yang kami akan sampai lagi 30 minit di rumah Razif. Ayah aku cakap dia memang tak tidur langsung sepanjang perjalanan sebab dia risau driver bawak laju dan macam mengantuk. So ayah aku lah dok bercakap dengan driver tu sebab takut dia tertidur. Ayah aku cakap memang pengalaman paling menakutkan pernah dia rasa. Memang berzikir je. Nasib kami tidur. Haha. Kami hantar Razif dekat rumah dia dan ayah aku bertukar nombor dengan Razif. Kami memang terharu sangat-sangat dengan bantuan yang Razif hulurkan. Dia tak perlu pun bersusah dengan kami tapi sebab humanity kot, dia tolong kami sampai ke Delhi. Kami duduk je dalam kereta, dia lah yang uruskan semua. Thanks Razif! Kalau ada rezeki, datang Malaysia, insyaaAllah kami layan macam raja! Semoga cepat-cepat dapat baby ya. Amin!
Razif dan wife dah selamat sampai rumah dia tapi driver GeTS kami tak sampai lagi. Padahal dah call dan bagitau suruh dia get ready. Dalam 30 minit jugak kami tunggu. Dahlah driver Dehradun tu sanggup tunggu dengan kami. Ayah aku dah start angin. Kami suruh driver Dehradun tu balik je tapi dia cakap dia tunggu. Razif dah pesan mintak dia tunggu sampai driver dari GeTS sampai. Ya Auloh mulianya hati Razif (touching lagi. Haha.) Lepas 30 minit baru driver dan agent dari GeTS sampai. Perkara pertama, memang kena marah lah dengan ayah aku. Padan muka. Kami berempat dah la badmood dari semalam dengan pengalaman yang tak diduga. Dorang datang lambat siap sengih-sengih. Ikutkan dorang kena ambil kami di Dehradun tau sebab kami ambil pakej dengan dorang. Ini tak. Kami setel sendiri.
Lepas driver Dehradun blah, kami bergerak dengan driver GeTS untuk ke destinasi yang kami patut tuju sebaik tiba di Delhi semalam iaitu ke Surya International Hotel dan memang kami berempat sepakat nak ke hotel dulu, rehat dan mandi sebelum ke Agra sebab masih ada dalam 5-6 jam lagi sebelum kena check-out. Tapi driver GeTS ni cadang kami terus ke Agra sebab dari Delhi ke Agra amabil masa dalam 3 jam. Gila apa nak terus ke Agra. Kami baru 6 jam travel dari Dehradun ke Delhi dengan van (tak termasuk 3jam kami stuck dekat Dehradun). Ini nak suruh kami travel lagi ke Agra? Dia ingat kami backpackers ke apa? Kalau aku sorang je takpe lah nak terus ke Agra. Dengan muka kelat, dia bawak kami ke hotel di Delhi setelah sesat lebih 30 minit. Serius aku rasa menggigil tahan marah. How come dia sebagai driver, tak tau hotel tu dekat mana. Dalam jam 630am kami check in di Surya International Hotel, Delhi. Serius aku ada bad feeling dekat driver ni.
Aku check-in guna voucher yang GeTS Holidays dah bagi sebelum kami ke Srinagar. Urusan check-in mudah dan kami diberikan dua kunci bilik. Alhamdulillah sampai jugak Delhi selepas melalui pengalaman yang tak mungkin kami lupakan. Patutlah dari sebelum ke India, kami rasa tak sedap hati. Syukur sangat-sangat Allah SWT temukan kami dengan Razif dan wife, driver teksi yang honest dan jugak driver Dehradun yang sanggup bawak kami redah fogging. Kami semua dah penat, aku sambung next entry ya. So diingatkan say NO to Jets Airways!
Sekian.
Notakaki:
Xoxo,
blogwalking.. Keep blogging and thankz for sharing your stories to us!
ReplyDeleteThanks Shin for reading my stories!
ReplyDeleteCerita awak terpaksa naik prebet sapu dari Dehradun ke Delhi sebab masalah flight sama macam cerita hindustan Chalo Dilli (serius best cerita ni)... Saya suka pengalaman yang tak terjangka macam tu...time kena mungkin nak marah tapi bila dikenangkan mungkin menjadi pengalaman yang berharga
ReplyDeleteSorry! Dah bersawang blog ni lama tak bukak. Ok kena cari cerita tu😂 Tapi memang drama sangat trip kitorang ke India. Pengalaman yg tak boleh dilupakan 😂 banyak kali travel memang byk kali jgk la pengalaman tak dijangka. Same goes to our trip di Jeju😅
ReplyDelete