Post-Mortem Perth Trip 2015

Assalamu'alaikum.

Berakhirlah sudah Winter Trip aku & keluarga di Perth, Western Australia. Walaupun dah setahun berlalu, memories di sana masih terpahat di hati. Gittuh~ Sorry kalau aku cerita mana-mana yang aku ingat je. Pasal budget memang aku tak ingat secara detail tapi secara kasarnya aku dah spend RM 4500 (termasuk penginapan, transport, makan, tiket masuk ke tempat-tempat menarik dan shopping untuk 4 orang dewasa). Bagi aku kira murah lah kan? Seorang jatuh dalam RM 1200 + RM1000 (flight ticket). Sebenarnya memang boleh jimat lagi tapi saje tak nak budget trip . Kekwat tak aku? Haha.

Kalau sebelum ni ada entry pasal persediaan ke Perth, mestilah ada entry untuk penutupnya jugak kan. Harapnya pada sape-sape yang terbaca entry ni, dapat ambik ikhtibar dan alert untuk trip korang ke Perth nanti especially kalau pergi time Winter. Kesimpulannya, berdasarkan kepada trip Perth Raya 2015 ni, dapat aku simpulkan:

  1. Gerak awal terutamanya yang pergi masa Winter dan berniat nak travel luar dari Perth City. Paling kurang jam 730am dah gerak keluar ke tempat-tempat yang ada dalam itinerary korang sebabnya masa winter, jam 500pm dah gelap. Laju pulak tu matahari jatuh. Serius laju. Korang memang boleh nampak matahari turun dengan lajunya. Hakak sado tak tipu.
  2. Kalau plan nak ke selatan atau utara Perth, sila target untuk sampai siang sebab highway kat sana memang takde lampu. Lagipun sepanjang highway tu view memang cantik dan walaupun dalam Google Maps tulis 4-5 jam sahaja, for sure kita akan singgah-singgah, posing-posing dan berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan yang kita tak penah nampak kat negara kita. Makanya plan lah untuk sampai siang. Jangan jadi macam aku yang kononnya 'takpe sampai malam. Dalam kereta je pun.'
  3. Prepare itinerary based on your kind of interest & masa. Jangan terpengaruh dengan blog-blog korang baca, termasuk blog aku. Sila tapis sebabnya kalau tak, jadi macam aku. Semua tempat nak pegi, alih-alih efek jadual yang lain. 
  4. Sewalah Internet. Tak dinafikan, trip aku kali ni agak kelam kabut sebab first time buat road trip. Jadi banyak tempat-tempat yang GPS tak boleh cari, tapi Google Maps boleh cari. So kinda waste your time & hope la kalau bergantung sangat kat GPS. Tapi GPS penting jugak sebabnya ada tempat-tempat yang takde line internet ni tapi GPS still boleh detect laluan kita.
  5. Proper plan for your meal kat sana. Kalau perlu bawak beras, bawak je. Kita ni perut melayu, memang nak nasik jugak. Jangan jadi macam aku yang bajet minah saleh ni. Konon tak nak bawak beras sebab berat & konon nak cari je makanan kat sana. Sekali, cirits birits kau. Ngeri! Dan jangan lupa cari susu dan biskut coklat kat sana. Sedap giler!
  6. Boleh plan itinerary awal 2-3 bulan, tapinya please study semula sehari dua dari tarikh trip korang. Paling penting, study semula dari airport tu, apa step seterusnya. So that bila korang touched down bumi Perth, dengan konfidennya korang dah tau mana nak pergi, apa nak buat dan apa yang nak dicari. Jangan jadi macam aku yang terlupa nak buat revision, terus kena panic attack. Hamek kau. Haha.  
  7. Be confident speaking in English! Tetambah yang travel ke negara matsaleh ni. Takyah takut atau malu atau teragak-agak. Dorang pun bukan betul sangat 'grammar'nya dan dorang bukan macam Malaysian yang gelak kalau speaking English berterabur. Haha. Sebab aku admit, takut-takut nak bertanya dekat local, punca trip kita akan delay or kita akan tersesat.
  8. Aku tak berapa nak syok bila sewa kereta dengan Bays Water Car Rental. Memang dia yang termurah tapi jadi kelam kabut nak hantar semula lepas guna. Dahlah beg banyak, takkan lah lepas hantar kereta kena angkut beg naik bus ke airport. Letih kot! Lainlah memang pegi trip dengan kawan-kawan je, boleh la kot. Maybe kalau ada rezeki ke Perth sekali lagi, aku nak sewa kereta yang boleh ambik dan hantar kat airport je. Senang.
  9. Bawak extension! Sebab kepala plug tu ada 1 je, point electric pulak untuk certain accom ada 1-2 je. Masing-masing ada dua phone, laptop lagi, nak charge bateri kamera lagi. Tu tak masuk kalau ada ipad, tab dan powerbank lagi. Jangan jadi macam aku yang last day tak dapat guna kamera sebab tak dapat charge. Arghh! Stress kalau ingat balek.
  10. Jangan sombong. Kalau jumpa orang Malaysia masa korang travel luar, dan mulut tu berat nak tegur, senyum dan angkat tangan sikit pun dah jadi. Make it as your habit & culture. Malu weh matsaleh ramah tamah tapi melayu sendiri sombong nak mampos. Baru datang Perth dah sombong. Kalau dapat ke bulan, agaknya jeling kat kita pon taknak. Haha. And last but certainly not least,
  11. Kalau nampak abam atau aweks salleh yang smokin hawts or memang taste korang, jangan malu nak tegur sebab aku percaya jodoh itu datang secara percuma. #statementmintaklempang HAHAHA!

Sekian dahulu post-mortem untuk trip Perth Raya 2015 aku ni, Setiap orang mungkin lain conclusion nya, ye dok? Depend pada apa yang kita lalui, rasai dan nikmati. Gittuh. Semoga aku, kau dan dia ada rezeki untuk jejakkan kaki ke bumi Perth(lagi). Amin. Walaupun macam-macam jadi, aku dan family memang suka sangat trip ni terutamanya di Albany. Next trip kitorang ke mana? Annyeong!

Xoxo,

Share:

Day 05: Augusta - Perth, Western Australia

Assalamu'alaikum.

23|07|2015 Khamis. Selepas melalui pengalaman road trip yang mengerikan semalam, hari ni kitorang akan bergerak ke Perth City sebab flight kitorang ke KLIA adalah pada 24|07|2015 jam 0030am. Stress kan? Tapi perjalanan dari Augusta ke Perth City dalam 3jam 30min je. So, lepas bersiap-siap dan tangkap gambar (macam biasa collect memories sebelum check-out), ayah mak dan hadek tercantik aku susun siap-siap barang dalam bonet so that nanti dari Augusta terus je ke Perth International Airport untuk drop luggage sebelum pulangkan balik RAV4 ni ke tempat asalnya. Sementara dorang susun barang tu, aku masuk dapur kat tingkat bawah (dapur asing ye dari bilik and it's fully equipped with kitchenware) untuk panaskan pie & roti yang kitorang beli masa singgah kat Albany Town. Untuk urusan check-out, aku just need to drop our room's key dalam box yang dah disediakan je. Memang 100% dorang trust customer dorang kan? Kalau buat macam ni kat Malaysia, maunya hilang barang-barang dalam bilik tu.


Sebab trauma kes semalam, pagi ni bangun awal giler. Haha. View dari bilik aku.

 Sebelah bilik kitorang ada balcony ni. Sejuk hati lepak pagi-pagi kat sini.


 Suka la texture wall dia. Classic ngad!


 Inilah Baywatch Manor YHA, Augusta. Semalam AUD200 je utk 2 bilik private with toilet inside.Ikutkan lagi mahai dari accom kat Albany kan? Haha.

Busy pack barang katanya. Hujung tulah bilik kitorang. Mengadap jalan.


 Rasa macam nak duduk sini je. Tenang Augusta ni, macam Albany.



Inilah kawasan dapur accom ni. Besor giler dapur. Sebab agak ragu-ragu nak guna sabun, so just bilas bilas je  pinggan kitorang tu.
  


Kawasan lepak dia. Siap ada tv and free wifi.


Bila semuanya dah siap, set GPS & let's go to Cape Leeuwin & Lighthouse where we can see the point of Indian Ocean meets the Southern Ocean! Perjalanan ke Cape Leeuwin & Lighthouse ni tak silap aku ambik masa dalam 15 minit je. Memang dekat sesangat tetapi jalan dia masuk ke dalammmmmm nun. Mood pagi ni memang best sangat. Walaupun cuaca mendung tapi rasa tenang je. Tetapi sesampainya kitorang di sana, unfortunately, gate untuk ke lighthouse tak bukak lagi. Baru pukul 8am. Disebabkan mak ayah aku dah trauma kes semalam, so kitorang bertolak awal giler pagi ni, Haha. Takde rezeki nak tengok meet point tu, kitorang ambik gambar dari luar je. Tengah syok nak ambik gambar, tiba-tiba kamera aku takde bateri! Rasa dah charged semalam tapi taktau pasaipa dia takleh on. Sedih! Terpaksa guna kamera phone je. Dahlah sini agak cantik tempatnya, dan disebabkan mendung masa tu, keadaan laut bergelora agak dahsyat. Takut jugak tengok. Kalau tak silap aku ada fee kalau nak masuk Cape Leeuwin & Lighthouse ni. Dalam AUD 6 kot. Masa dia pon dari 830am sampai 400pm tak silap aku. Best kalau dapat tengok sunset kat sini.


 Nampak tak laut dia? Tapi aku suka la view ni sebab rare. Hihi.

Tak nampak pong meet point tu. Huhu.


 Tutup lagi. Huhu. Nampak tak hakak sado terpaksa pakai glove? Sebab sejuk giler time ni. Berangin pulak tu.


Belakang hakak sado tu la meet point Indian & Southern Ocean. Haish tutup pulak.

Selesai di Cape Leeuwin, kitorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, which is Margaret River. Kat Margaret River ni, bandar dia macam cowboy area. Kecik je dan terkenal dengan pembuatan wine. Disebabkan kitorang pegi time Winter, pokok-pokok anggur takde. Ladang kosong je yang ada. Tapi kitorang stop jugak la sekejap kat sini.


Macam taman tapi tak tau taman apa. Saje singgah. Hehe.


Hildas?? I'm Helda not Hildas! Lol.


Rasanya Margaret River ni femes dengan susu jugak kot.

Ermm. Pioneer Park? 


Macam takde apa sangat pun kat Margaret River ni tapi semalam memang kitorang lalu sini. Tapi sebab dah gelap so tak nampak apa. Pub pon tak bukak. Baik pulak matsaleh kat sini. Haha. So kitorang teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya, Busselton Jetty! Ada apa kat Busselton Jetty ni? Kat sini ada the longest wooden jetty in the world stretching almost 2 km out to sea! So leh bayang tak, 2 km panjangnya jetty ni kat tengah tengah laut? Yang lagi best, ada train atas jetty ni untuk bawak kita ke hujung. Harga ticket return tak silap aku dalam AUD18 sorang. Yes, a bit pricey tapi bukan selalu naik kan? Kat sini pon view lawa. Mana nak dapat woi amek gambar tengah-tengah laut? Memang recommended untuk korang datang sini dan try naik train tu. Masa tengah tunggu nak naik train kat Busselton Jetty ni, kitorang terserempak dengan group chinese family dari Johor. Dorang cakap dorang stay kat Albany 3 hari ok! Ayah aku semangat cerita apa yang jadi kat kitorang semalam, pastu dorang pun cakap memang tak suggest travel malam kat sini. Bahaya. It's ok abah. Next time kita datang lagi Albany tapi kali ni kita travel siang. Haha. Train ni dia bawak slow je, ngantuk la pulak. Lagi laju kalau aku berjalan. Tapi aku sayang lemak-lemak kat peha Beyonce aku ni. Keke. Kitorang memang naik train ni sampai ke hujung. Dah sampai hujung, sementara dia tukar kepala train, dia bagi kitorang masa 10min untuk berjalan-jalan dan ambik gambar.

Ini lah bentuk ticketnya. Takde harga la pulak.

 Busselton Jetty, Busselton, Western Australia.


 Dalam train ready to depart.


 Hakak sado termenung lagi memikirkan dah nak balek KL. Hehe. Cool kan? Train atas laut.


 Aku harap dapat datang sini lagi. Amin.


 Rumah-rumah tu tempat jual tiket dan kedai souvenir dia Busselton Jetty. Mahal dowh souvenir dia.


Kat sini jugak orang boleh jogging dan beriadah dengan family. Tenang sangat tempatnya.

Hmmm. tak habes-habes aku kagum sebab dorang boleh create something to generate income dan secara tak langsung jadi tempat tumpuan pelancong. Masa pun dah nak ke 12pm, so ayuh! Kita bergerak turun ke Mandurah, Rockingham dan langsung ke Perth City. Ikutnya plan aku gitu lah. Tapi aku hanya mampu merancang, parent aku lah penentunya. Haha. Dorang dah cuak takut tak sempat nak ke airport. Kalau boleh dorang nak awal ada kat airport 12jam sebelum departure. Hahaha. Makanya aku terpaksa skip plan nak ke Mandurah dan Rockingham. Sayang sebab aku tengok gambar google, memang lawa tempat-tempat ni. Dekat Rockingham siap ada masjid untuk kita solat. Mood aku dah swing masa ni sebab skip tempat-tempat ni tapi kejap je lah. Haha. So dari Busselton, kitorang terus shoot ke Perth International Airport untuk drop luggage before kitorang hantar kereta. Dekat Perth International Airport memang ada locker tapi macam mahal je sebab beg kitorang banyak. So sesampainya di airport, ayah aku decide nak tunggu beg-beg kitorang kat airport sementara aku, mak dan hadek tercantik aku gi pulangkan kereta. Ayah aku dah penat drive kot. Aku kena pulangkan kereta by 500pm tapi masa tu baru 330pm. 

Disebabkan masih awal, aku gigih jugak nak cari Danish Patisserie sampai jumpa. Haha. Aku memang cenggini. Once aku dah target, memang aku nak jugak.  Jumpa tu jumpa tapi kitorang terlambat 5 minit. Dia dah tutup. Sedihnya! Dengan hati yang hampa dan perut yang lapar, kitorang menuju ke Perth CBD untuk isi full tank dan return the RAV4. Urusan pemulangan kereta senang & pantas. Selesai je, kitorang ambik peluang ni untuk round keliling Perth CBD untuk terakhir kali. Sebab kamera dah takde bateri, so aku tak ambik gambar University of Western Australia yang bas aku naik tu lalu. Memang cantik! Lepas tu bus akan stop di Perth Station. Di Perth Station, kitorang beli nasi goreng untuk vegeterian, dan solat kat nursing room. Then, turun bawah, cari bus yang menghala ke Perth International Airport. Sedih sangat rasa masa ni. Rasa macam kau dah kena dump. Haha. Tiket ke airport aku tak ingat tapi berbayar lah. Dalam AUD 4.20 sorang. Sesampainya di airport, ayah aku menunggu dengan muka yang sangat sedih. Ya Ampun abah! lupa nak bagi duit untuk makan dan your handphone! Dahla berjam jugak ayah aku tunggu kitorang. Naseb ada biskut dan susu sedap tu. Sorry abah!

Masa memula sampai kan aku kena panic attack so tak sempat bergambar kat depan ni. Nak balek baru sempat.



 Proses nak check-in luggage. Sedihnya.


HAHAHA! Sampai kemik teruk kau. Inilah penyelamat kitorang nak masuk toilet sepanjang di Perth. 
Berjasa sangat benda ni. Haha.

Di Perth International Airport ada tempat untuk solat dan wudhu tau. Tapi dia tak panggil surau or musolla. Dia panggil house of worship or something. Aku tak ingat term dia. Bersih, tapi bercampurlah. Flight kitorang delay sejam. Masuk je flight, terus tido! Pkul 100am kitorang selamat berlepas ke KLIA. Bye bye Perth. Jumpa lagi~ *sob sob* Sekian berakhirnya trip kitorang di Perth. Harap-harap ada rezeki nak datang lagi. Amin. Sekian.

Notakaki:

If I were to describe Perth in one word, it would be Peaceful!

Xoxo,


Share:

Day 04: (Part 2) Albany-Augusta, Western Australia.



Assalamu'alaikum.

Selepas tamat sesi melawat Albany Town, kitorang teruskan perjalanan ke Augusta. Ada apa dekat Augusta ni? Augusta ni antara daerah yang terdekat dengan Cape Leeuwin. Di Cape Leeuwin ni kita boleh nampak (dengan izin Allah) point where the Indian Ocean meets the Southern Ocean gittuh. Selama ni aku selalu terpikir camne oceans ni meet? Kat mana? Bagaimana? Yelah, bila belajar geografi kan kena tau nama-nama ocean ni. Anyway, bila set GPS untuk ke Augusta, jalan yang kitorang nak lalu (aku tak ingat), akan lalu Albany Wind Farm. Aku ajak ayah aku pegi tengok. Memang takde apa-apa pun tapi saja nak tengok. Nak ke Albany Wind Farm mudah je tapi jalan masuk tu agak scary. Kiri kanan semak yang menakutkan macam dalam cerita 'Wrong Turn' yang Eliza Dushku berlakon. Dahla kincir angin tu kuarkan bunyi macam sangkakala 'bong bong bong grik grik'. Cumanya bagi aku pengalaman yang menakutkan tapi unik la kalau datang sini. Selalu tengok wind farm ni dalam movie je.

 Dalam gambar tak nampak scary la pulak. Haha. Haa itula kincir angin yang kuarkan bunyi yang sangat scary.

Aku tak cadang ladies traveler datang sini. Somehow rasa tak sedap hati bila masuk area ni. Kekadang tempat yang takde isu macam Kashmir lagi bahaya tau.

 Cepat-cepat ayah aku pusing balik. Memang semua orang rasa tak sedap hati bila masuk sini.

Lepas ke Albany Wind Farm ni, kitorang cari Princess Royal Harbour pulak. Jumpa tu jumpa tapi macam takde apa pun. Aku tau kewujudan harbour ni sebab baca blog lah. Mungkin interest aku dengan blogger itu berbeda. Keke. Cumanya kawasan Princess Royal Harbour tu lawa la. Standard Albany la kan, laut yang memukau. Nah, aku lanjer gambar sekepin' dua.

 Jalan sepanjang nak ke Princess Royal Harbour. Air laut tu sipi je nak sama level dengan jalan. Cool!
Princess Royal Harbour~

 Lawa tu lawa lah tapi macam scary pon ada. Haha.

No filter ok. Menunjuk betapa cantiknya tempat ini. Bkan wide lens jugak. Subhanallah.


 Jalan cenggini pun bersih. Macam ada orang jaga kan?

 Ada sejarah pasal cruise tu tapi tak ingatlah. Setahun lepas sudah. Huhu.

Ada jugak package untuk explore coastal of Albany ni tapi tak sure berapa harga dia.

Perjalanan ke Augusta diteruskan tetapi sebelum lebih jauh, kami berhenti di Albany Airport sebab nak ke toilet dan solat jamak qasar Zohor Asar terus. Risau nanti dah keluar dari Albany takde tempat untuk solat. Albany Airport ni kecik je untuk domestic flight sahaja dan kitorang solat sebelah kereta kat parking lot je. Takdenya matsaleh ni nak kesah, dorang buat dek je. Lepas selesai solat, perjalanan diteruskan. Sama macam Albany Highway, highway untuk ke Augusta pun cantik je jalannya. Highway dorang tak macam highway kita yang besar gabak siap ada penghadang. Highway dorang ni macam jalan-jalan kampung dan diapit dengan padang rumput dan hutan tebal. Sepanjang perjalanan tu, memang ada view yang tenang, ada yang scary,dan ada jugak bangkai kangaroo liar. Asal nampak signage kangaroo melintas, ayah aku slowkan kereta. Takut la jugak kalau dia tiba-tiba melintas. Mau caruts aku nanti. Dahla saiz dia sangat besar. Aku terlupa nak tangkap gambar bangkai kangaroo tu sebab bangkai kot so tak terpikir nak snap pic. Macam cuak jugak sebenarnya bila travel ikut GPS ni sebabnya memang kiri kanan hutan je. Biar betoi. Ni antara view yang wujud bersebelahan highway untuk ke Augusta.

 Haa, Inilah highway nak ke Augusta. Lengang.

 Apa tengok-tengok? Hakak sado tau la hakak cantik. Takyah lah usha sampai cenggitu.

Tetiba semua menatang ni berkumpul tengok kitorang.

Kan best kalau highway kat Malaysia nampak view cenggini. Hehe.

Sepanjang trip dari Perth CBD ke Albany dan Augusta, mak aku dah pesan awal-awal kat aku, jangan tido sebab aku yang kontrol itinerary dan GPS. Aku ni spesis masuk je kereta, mata mula la buat hal nak terkulai layu di tasik madu. Bagi menahan mata aku dari tertidur, aku memang cakap tak berenti dengan ayah aku sebab tak nak ayah aku mengantuk jugak. Masa ni dah gelap sesangat dan kitorang memang tawakal guna GPS ni. Kalau GPS ni tipu, memang aku bakor! Dahla gelap, lampu jalan takde, kiri kanan hutan tebal plus takde benteng pun kat kiri kanan jalan. Buatnya tiba-tiba ada raksasa melintas, tak ke terancam nyawa kitorang? Nak jadi lagi menakutkan, tiba-tiba hujan dan makin lebat pulak tu. Memang lebat giler-giler dan aku tak pernah tengok hujan selebat itu dan nak jadi lagi dramatik, tiba-tiba ada signage 'Alert! 20 km flooding area' . Gulp! Jilake punya signage. Gigil giler time ni. Dahlah tak nampak apa, hujan lebat giler, buatnya memang area tu dah banjir, memang kitorang takkan nampak. Ayah aku yang tak pernah bawak lebih dari 80km/j memang press giler minyak dan aku yang dok pot pet pot pet dari tadi, terus terdiam. Suasana dalam kereta krik krik krik. Ya Allah, naseblah aku tergerak hati nak sewa RAV4 atleast yakin lah sikit nak drive dalam keadaan cenggitu. Dalam hati memang pray hard jangan lah ada musibah. 100% bergantung dekat GPS ni. Lepas dari flooding area tu, baru nampak signage Augusta turn left. But still, tak nampak apa dan sekali lagi kitorang 100% put the trust on GPS. 

Alhamdulillah, setelah berjam-jam perjalanan dan setelah melalui satu pengalaman yang ngeri, kitorang selamat sampai di penginapan kitorang di Baywatch Manor YHA, Augusta. Thanks GPS! Sesi check-in mudah sebab owner (local and wife dia Thais) tinggal kat situ jugak. Kitorang sampai dalam pukul 900pm. Baywatch Manor YHA ni memang terkenal di kalangan backpackers sebab dia provide dorm. Tapi aku tak amek dorm la. Aku ambik 2 private room with toilet inside. Aku suka style accom ni. Classic dan sempoi. Disebabkan kitorang sampai dah malam, kitorang ambik dan bawak masuk bilik mana-mana yang patut je. Dinner macam biasa, megi je. Haha. Promise, next trip aku akan plan properly pasal makanan. Selesai bersihkan diri, solat, makan, transfer gambar dalam laptop, makanya terus tido. apa kitorang plan for esok? Sambung dekat next entry ya. Sekian.

Notakaki:

Dari Albany ke Augusta perjalanan mengambil masa 4jam 45min dan akan melalui Denmark dan Walpole. Kitorang tak singgah pun, just jeling je signage tepi jalan sebab memang dah lambat sangat kitorang ni sebab tadi kan keluar lambat. Dahla by 500pm memang dah start gelap. Laju pulak tu dia gelap. Tapi aku ada baca blog, memang ada yang suggest stop kat dua tempat ni. Maybe next time aku akan stop kat Denmark & Walpole.

Xoxo,




Share:

Day 04: (Part 1) Albany, Western Australia.

Assalamu'alaikum.

22|07|2015 Rabu. Semalam kan kitorang sampai Albany dah malam, so memang tak nampak apa. Gelapnya Albany tu as if kita ni kena pack dalam kotak. Memang tak nampak apa. So bila mentari dah merembeskan sinarnya, Subhanallah. Cantiknya perumahan di Albany ni. Dengan tak mandinya, aku terus keluar tengok keadaan kat luar. Memang aman damai je perumahan dia. I'm in love! Terus hilang rasa tak best sebab tidor dalam kesejukan semalam. Terus rasa nak sign up dengan agent carik jodoh kat sini kot kot dapat abam joe orang Albany. Keke. Disebabkan masih dalam mood raya, aku dengan hadek tercantik aku dah plan nak bergambar pakai baju raya kat sini. Memang sakan kitorang collect memories bergambar raya ni. Haruslah kan sebab lepas ni entah bila nak ada peluang datang ke sini lagi. Mata hanya melihat, tapi gambar tu ada sebagai bukti memories kita di sini. Gittuh. Anyway, dari dalam sampailah keluar rumah kitorang bergambar. Jakun katanya. Haha.

 Abah is chilling outside. Sebelah tu Dolphin Lodge untuk backpackers kot.

 Perumahan yang tak berpagar tapi memang selamat.


 Selamat hari raya daripada kami di Albany,Western Australia!

 Miss this neighborhood. Aman sangat. Really recommended! 


 Patut abah pun kena pakai baju Melayu. Baru letops!

Inilah depan guesthouse kitorang kat Albany. Atas tulah bilik tidur yang menjadi sejarah aku tidur dalam kesejukan. 

 Tak cukup kat dalam, kitorang tangkap gambar raya kat luar jugak. Haha.

This big signage sangat membantu kitorang untuk jumpa rumah ni. Naseb tepi jalan je.


Dah puas bergambar tu, barulah kitorang bersiap-siap untuk check-out. Rasa sedih pulak nak tinggalkan perumahan yang mabeles ni. Arghh! Patut stay sini 2-3 hari. Sepatutnya ikut plan nak gerak pukul 800am tapi disebabkan rasa tak puas bermanja dengan rumah ni, kitorang checkout at 930am. Plan hari ni, lepas check-out, kitorang akan tour sekitar Albany then baru gerak ke Augusta. Ada apa di Augusta? Next entry aku story ok? Makanya, lepas selesai segala urusan check-out, dah masuk semua luggage dalam bonet kereta, set GPS then let's go to Dog Rock at Middleton Road! Sebenarnya kitorang lalu Middleton Road ni masa nak ke guesthouse tapi sebab dah sampai malam dan tak nampak apa, so kitorang tak perasan Dog Rock ni. Apa signifikasinya melawat Dog Rock ni? Dog Rock ni salah satu tanda kekuasaan Allah la kot. Hihi. Sebabnya dia batu yang nampak macam kepala anjing. Memula aku pon macam jadah apa Dog Rock ni. Tapi sebab alang-alang dah sampai, layankan aje. Tapi serius memang nampak macam kepala anjing. Buktinya seperti di bawah ni.

Dog Rock at Middleton Road.

 Abah aku dengan Dog Rock. Angin agak kuat masa ni. Nampak je tenang.

 Che Da(pesaing Che Ta) kemahen posing dengan boot baru beli dekat Habour Town. Naseb orang tak ramai lagi. Kalau tak segan jugak nak posing. Haha.

 Perumahan di Albany yang tenang.

 Stop kejap dekat Mart ni untuk beli ubat sakit perut untuk ibu aku.

Selesai berposing di Dog Rock, kitorang bergerak ke destinasi seterusnya which is Middleton Beach! Walopon aku ni dok pulau, keliling tu beaches, tapi sebab dah sampai tempat orang ni, nak la tengok macam mana bentuk beach dia. Jalan untuk ke Middleton Beach pon so mesmerizing! Aaa, nak cari keje kat sini boleh?

Perkuburan yang tak menakutkan. Hihi. Semalam pun kitorang lalu sini.

Jalan nak ke Middleton Beach. Lawa kan? Biru je langit.

Senang je nak jumpa Middleton Beach ni once dah set GPS. Alhamdulillah cuaca pon helok sangat. Sesampai je dekat Middleton Beach, memang nampak laut biru crystal clear yang terbentang luas. Subhanallah! Rasa macam ada kat Maldives. Masa sampai sini, orang tak ramai and got few people je la yang tengah jogging sambil bawak anjing. Tengok macam bahagia je hidup dorang. Tetiba aku rasa jealous. Haha. Dekat Middleton Beach ni, aku tengok setiap pokok dibalut dengan kain warna warni yang berkait macam for a campaign support apetah, aku dah lupa. Tak membuang masa, kitorang pon start bergambar kumpul memory & sedut udara dalam dalam kat sini. Subhanallah, MasyaaAllah, Allahu cantiknya tempat ni! Aku kongsi few pics je sebab taknak korang jatuh cinta tengok gambar aku banyak banyak. Kah! 

 Happiness is travelling with your partner gittuh. Cantikkan laut dia?

 Oh National Tree Day rupanya. Memang cute dorang balut pokok pokok kat sini dengan kain warna warni ni.

 Cute sangat anak matsaleh ni. Dahla tak takut orang. Eiii gigit kang!

HAHAHA! Aku sendiri malu tengok gambar ni tapi sebab nak tunjuk background belakang tu sebenarnya. Kemahen kau hakak sado berposing ala ala Che Ta.

 No words can describe how grateful I am.

 Kelebihan kamera Canon X60HS ni, dia boleh zoom 20 kali ganda. Maka terhasillah gambar ni as if aku duduk dalam air kan bila tangkap gambar ni?

 Zoom out sikit. Lawanya!! Such a breath taking view!

 Boardwalk ni boleh sampai ke hujung. Tapi sebab perut aku tak berapa nak best, malas nak jalan sampai ke hujung. Lagipun taknak kaco orang tengah berjogging kat boardwalk ni.

HAHAHA! sekali lagi. Konon nak posing ala ala supermodel tapi sebab peha Beyonce ada kat situ, maka terhasillah gambar cenggini. Boot AUD50 beli kat Harbour Town. Baju letops hakak sado beli kat Vietnam. Baju kaler cenggini lah kena pakai kalau travel. Baru bold!

 Cantik kalau buat wedding photo shoot kat sini kan?

Ermmm. bacalah sendiri. Keke.

Lepas dah puas menikmati keindahan Ilahi di Middleton Beach, kitorang pon bergerak ke next destination, Albany Wind Farm dan Princess Royal Harbour tapi disebabkan view sini macam semua lawa, kitorang decide nak jalan je mana mana yang kitorang nampak. Dari Middleton Beach, kitorang ternampak signage menuju ke arah bukit. So ayah aku drive follow je bukit tu. Dan ini hasilnya~

Cantik kan? Nampak terik tapi tak panas pun. Sejuk gilos kot!

 Wali dan kekadang banker aku. Haha.


Hakak sado posing taknak kalah. Haha.

 Ayah aku memang peramah. Habes semua orang dia nampak, dia tegur. Haha.

Viewing port. Masuk harini sakit perut mak aku dah kurang sikit. Aku pulak amek batten ke toilet.

Lepas seminit dua kat sini, kitorang bergerak ke atas lagi. Tengok signage ada National Anzac Centre. Mende tu? So ayah aku drive sampai ke hujung. Dan hasilnya, inilah yang kitorang jumpa.

 Subhanallah je aku leh ungkapkan. Dengan angin yang sepoi sepoi bahasa, rasa macam nak apply keje kat sini je. Haha.

Anak abah katanya. Keke. Kena bayar kalau nak masuk National Anzac Centre ni. Malas lah aku nak kuar duit tengok pasal tentera laut dorang. Not my interest. Keke.

 Aku cam keliru gak sebab masa winter tapi pokok still berbunga, Kuasa Allah kan?

Masa kat Anzac Centre ni, ada few couples matsaleh tanya aku, baju ape yang aku pakai. Sangat cantik dia kata. Kembang kempis hidung lebor aku terima pujian. Keke. Dia cakap dia suka tengok aku, hadek tercantik dan mak aku pakai. So ayuh! Lepas ni jalan jalan, kita kena pakai baju kurung kebanggaan negara kita tu. Kalau bukan kita yang promote baju kebangsaan kita, sape lagi nak promote kan? Tiba tiba je patriotik. Haha. Habes menjelajah kat atas bukit ni, kitorang bergerak turun untuk ke Albany Town. Nak cari makanan sikit sebelum bergerak keluar dari Albany untuk ke Augusta. Macam mana rupa bentuk Albany Town ni? Albany Town ni memang kecik je tapi macam-macam ada. Aku macam ralat sikit sebab rupa-rupanya ada IGA supermarket yang jual barangan halal untuk kita memasak. Lain kali kalau aku datang Albany memang akan cari supermarket ni untuk beli barang untuk proper meal kitorang. Sebabnya kitorang kat Albany asyik makan megi je sebab dah trauma nak makan Yeo's yang kitorang bawak plus Albany ni macam takde kedai jual makanan halal.

Ni lah IGA, supermarket macam macam ada. Memborong kejap untuk breakfast and lunch.

Masa kat sini perut aku pulak yang memulas. Aku memang cenggini. Lambat sikit kesannya banding mak aku yang awal awal dah sakit perut. Aku membuang dekat Albany Visitor Centre, dekat je dengan IGA supermarket ni. Toilet ni cantik dan selesa. Siap berbau wangi lagi tiap kali kita flush air. So memang tak berbau. Kat sekitar Albany Visitor Centre ni pun memang lawa. Bunga macam mekar berkembang walhal it's a winter. Confuse aku. Haha.

 Albany Visitor Centre. Mak aku tengah tunggu aku membuang. Keke.

Besor giler bunga rose dia. Color rare pulak tu.

 Aku rasa seksi sangat pokok tu. Haha. Cantik kan?

Albany Town. Kecik je dan tak busy pun. Kalaulah dapat settle down kat sini, kan best.

Selesai memborang dan melawat apa yang patut, kitorang pon meneruskan perjalanan untuk ke Augusta! Ada Apa Dengan Augusta? Aku story in the next entry ye. Sekian.

Notakaki:

Selain ke Albany, kita boleh jugak ke Pinnacles yang terletak di sebelah utara Perth. Di Pinnacles, korang boleh saksikan pemandangan batu-batu yang terbentuk dari pasir katanya pada 6000 tahun lalu. Selain tu korang boleh main sand boarding di Lancelin. Aku reject plan ke Pinnacles sebab aku lebih prefer tengok laut dari pasir. Keke. Lagipun takkan nak suruh parent aku main sand board? Anyway, di Albany ni, antara tempat korang boleh pegi adalah Whale World, Gap & Natural Bridge at Torndirrup National Park (tutup for construction masa kitorang pegi sana) dan King George Sound. Tapi aku terpaksa skip sebab masalah sakit perut aku ni plus nak kejar masa ke Augusta. Kan aku dah cakap kena spend atleast 2 hari kat Albany. Huhu. 

Xoxo,


Share: