Day 04 (Part 2): Sangumburi Craters, Jeju.

Assalamu'alaikum.


11 | 05 | 2018 Jumaat. Tak sangka sistem bas di Seong-eup Folk Village agak up-to-date macam dekat Seogwipo. So lepas makan dan rehat-rehat, kami terus menapak ke bus stop untuk menaiki bas ke Sangumburi Crater.  Dalam jam 130pm camtu kami bergerak ke bus stop. Jalan relaks-relaks sambil usha kawasan sekitar. Agak panas sebenarnya kawasan ni. Tapi sambil berjalan, sambil ambil gambar.

Sebelum keluar posing dulu depan rumah. Hehe.

Ayah aku pun nak tapi sebab tengah rushing, gambar pun senget je. Hehe.

Oh no. Terpasang flash. Putih gila muka mak aku. 

Berjalan menuju ke bus stop.

Kami naik bas 222, direct terus sampai ke Sangumburi Crater dan mengambil masa selama 45 minit. Aku nak ke sini sebab bila tengok gambar, cantik gila tempatnya! Sangumburi Crater yang terletak di Jocheon-eup, selatan timur Jeju merupakan kawah yang sedalam 100 meter dan 650 meter lebar dan yang dah dijadikan sebagai natural monument. Kalau tengok dari atas, nampak macam stadium buatan manusia. Hah gituh besar tak besar kawah di Sangumburi ni. Dekat sini, dorang tanam pokok-pokok yang digunakan untuk membuat atap macam rumah kitorang duduk di folk village tu, maples, strawberi dan banyak lagi.

Haaa. Aku tengok view ni lah yang membuatkan aku nak ke sini. Cantik kan? Aku tak ingat drama mana aku tengok tapi lepas tengok tu, memang berangan lama dah untuk ke sini.

Ada bayaran masuk dikenakan sebanyak KRW6,000 seorang, bersamaan dengan RM24. Setiap musim berlainan waktu operasi tempat ni so better check ye sebelum ke sini. Bus stop betul-betul depan entrance so sangat mudah nak ke sini. First impression, tempat ni sangat tenang.

Dah sampai, kita bergambar dulu. Hehe.

Belakang kitorang tu macam peta 3D Sangumburi Crater. Memang luas tempat ni.

Abah dan patung Haraboji. Memang merata-rata ada patung ni.

Awak dah makan Haraboji?
Kena beli tiket dulu sebelum masuk.

Seorang dewasa dalam RM24.

Abah dan ibu di pintu masuk Sangumburi Crater.

Jom masuk!

Masuk-masuk je nampak kerusi yang diukir dengan abjad SANGUMBURI.




Tengah mencuba angle nak bagi gambar cerah sikit.

Tapi memang ini je paling ok.

Boleh minum air bukit tu.

Mende lah aku bebel tu. Macam serius je.
Di hadapan bangunan serbaguna yang dibina menggunakan batu-batu kawah berapi.

Of course I pon nak~

Kena baca tu papan info.

Kusyuk.

Erkk.. Mana lalang cantik yang dalam gambar aku tengok tu?

Sebenarnya Sangumburi Crater ni macam kebun je. 

Lalang yang cantik tu takde la pulak. 

Ada ada rumput hijau je. Rupanya kena datang masa Summer baru ada lalang cantik tu.
Takpelah. Dah sampai dah pun. Kita enjoy dulu~

Beribu keping gambar untuk tempat ni je. Haha.

Ada aku kesah? Bayar RM24 sorang kottt. Haha.

Kita bergambar sampai lebam sambil menikmati panorama tempat ni.






Ok dah. Last selfie dekat tempat ni. Mak ayah aku dah hilang entah ke mana. Haha.

Haaa jumpa!

Comel je mak aku kan? Oh kat sini memang berangin dan sejuk. Nasib mak aku pakai sweater.

Kalau datang summer, memang ada lalang cantik tu kat sini. Aduh~

Dekat kawasan atas. Kemain cik Esah kita.
Tenang je tempat ni. Walaupun boleh dikategorikan sebagai kebun, tapi worth it jugak la datang sini.

Angle lain pulak.

Okay jumpa dah ayah aku. Laju mak ayah aku jalan. Haha.
Terjumpa kawasan lalang kering ni. Apa lagi, jakun kejap lah.

Adik aku tak puas hati dengan shot ni. Dia kata tak nampak kaki. Hahaha.

Ok, tangkap lagi. Ada lah beratus keping dekat sini je. Hahaha. Pon dia tak puas hati. Haha.
Hahaha. Ayah aku dah tunggu dekat atas tu. Tapi adik aku tak puas hati lagi dengan gambar dia dekat lalang ni. Haha.

Kali ni dia kata lalang smash muka dia. Hahaha. Malas lah nak snap.
Ambil gambar mak aku pulak. Cakk~Dia cuak sebenarnya sebab ada warning hati-hati ular

Mak aku sekali lagi hilang. Tengok-tengok dah dekat atas.
Uih marah ke Cik Esah?

Ayah aku tengah meneropong kawasan.

Lekat pulak topi koboi tu.

Ternampak makcik dan anak dia dari Malaysia. So mintak dia ambilkan gambar kami sekeluarga.
Seciput je area lalang kering yang kitorang bergambar tadi. Hehe.

Selfie sekeping.

Cantik sangat view dari atas ni.

Saujana mata memandang.

Hijau je kan?

Pasaipa taktau tangan kepit cam tu. Haha.

Angin agak kuat di sini. Nampak tak tudung adik aku senget?

Subhanallah. Memang cantik.

Jom lah turun.

Kita pi port lain pulak.

Ayah aku mintak bergambar dengan batu-batu ni. Tak pasti apa yang menarik minat dia. Haha.

Wowwww~ Flawless nya muka aku! Hahaha.

Try snap sekali lagi. Eh, Memang flawless lah spot ni. Natural lighting dekat spot ni buat muka jadi flawless.

Panggil mak aku selfie dekat spot ni. Memang dekat spot ni je muka jadi flawless. Spot lain muka biasa je. Haha.

Flawless kan muka kami? Hahaha.

Bergerak turun.
Aku ter-on flash sekali lagi. Terus nampak mendung.

Menang cantik 'kebun' ni.

Stop lagi haha.

Kali ni scenery lain pulak.

Nampak macam ada binatang so aku zoom lah kamera.

Memang ada kuda lah. Aku rasa kuda. Ke lembu?

Bam Li tak kisah kuda atau lembu. Yang penting ambil gambar Bam Li dulu.

Nampak macam sama je kan macam gambar di atas? Tapi sebenarnya tempat lain-lain. Kawasan ni memang luas. Penat berjalan.

Kawasan penanaman maple kot.

Subhanallah. Canttiknya.

Acah-acah posing iklan hijabista. Haha.

Cuaca memang cantik. Langit membiru elok.

Terjumpa buaian. Sejuk tau kawasan ni. Nampak je macam terik.

Ada pondok dekat sini tapi banyak taik burung. Tak jadik nak rehat-rehat.
Jomlah balik. Berapa kali jom laaaa.

Nasib masa balik turun je tangga ni. Kalau nak kena panjat tangga ni, memang idok ler aku nak menapak sampai ke atas.

Kiranya kitorang berjalan dalam bulatan je. Tak koser nak explore lelebih. Hehe. Dah sejam lebih dekat sini so kitorang decide nak ke bandar. Tapi sebab kawasan ni cantik, so asyik berhenti ambil gambar je. Mohon bersabar ye. Hehe.

Aku suka betul batu-batu hitam ni.

Adik aku spot tempat best. Haha.

Of course aku nak jugak. Keke.

Bunga. Tetiba mak aku suruh snap gambar bunga ni.
Ternampak tempat ni sebelum keluar. Cantik! I  love U. Gitchew~

But where are U? Haha.

Tak sah kalau nampak pokok ranting camni, kita tak ambil gambar kan? Haha.

Diikuti oleh ibu aku.

Adik aku.

Dah ayah aku. Haha.

Lepas tu memasing ke toilet. Aku je tunggu dekat luar sampai baca map Sangumburi Crater ni.

Selesai melawat salah satu tempat yang aku list untuk kemari. Sedih tu sedihla jugak sebab tak macam yang aku nak dalam gambar. Tapi okay lah sebab tempat dia cantik dan bila bergambar, flawless habis muka dek kerana natural lighting dekat sini yang sangat superb. Rupa-rupanya setiap musim lain-lain. Kalau nak macam gambar yang aku upload dekat awal-awal entry ni, kena pergi masa musim panas rasanya. Lepas ni nak ke Pyeoseon, bandar yang Mr Kiryung bawak kami lalu tadi untuk membeli barang-barang dapur. Pun naik bas 222, dan direct terus ke Pyoseon. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.

Menanti bas 222 untuk ke bandar.

Aku syukur mak ayah tak banyak kerenah. Relaks je naik bas.

Masa ni aku dah tenang dek insiden tak dapat sewa kereta tu.

Tapi adik aku tetiba rasa stress dengan isiden tu. Dia dengan aku memang terbalik. Aku freak out awal-awal. Dia freak out bila dah lepas 2-3 hari. Perfect travel mate kan? Haha. Bayangkan kalau dua-dua freak out serentak.

Area Seong-eup ni tak meriah macam dekat Seogwipo. Dia macam kampung yang jauh dari laut. So boring sikit. Kami turun di bus stop 'Pyoseon High School' dan berjalan kaki ke supermarket yang Mr Kiryung tunjuk tadi. Serius aku tak perasan mana mart nya. Ayah aku yang ingat. Alhamdulillah settled urusan membeli. Syok pulak shopping dekat supermarket dia Macam-macam ada. Mak aku siap beli sardin, gochujang, telur, buah melon dan macam-macam lagi lah. Sempat jugak kitorang singgah bakery tapi takde kek yang menarik untuk sambutan birthday ayah aku.

Menunggu bas 122 untuk sampai. Sekejap je tunggu dalam 5 minit, bas pun sampai. Alhamdulillah sistem bas di sini pun efisyen macam di Seogwipo.

Bas yang ditunggu pun sampai ikut jadual dan menapaklah kami balik ke rumah. Dari Pyoseon nak ke folk village dalam 25 minit je. Bila bas dah masuk Folk Village, memang aku terus alert 'berhabis' sebab sama je rumah-rumah kat sini. Haha. Nanti tak pasal terlepas bus stop yang dekat rumah tu. Alhamdulillah kami turun di bus stop yang tepat. Macam biasa, nak ke rumah tu, bila berjalan, nampak spot menarik, berhenti la ambil gambar. Tadi masa pergi tak sempat sebab nak kejar bas kan.


Nampak rumah seketoi ni, berhentilah ambil gambar.

Senang duduk di folk village ni. Tak payah dah nak datang melawat bagai.

Kecik je rumahnya kan?

Nampak tak yang aku pegang tu? Memang banyak kitorang borong. Hehe.

Comelnya bunga ni. Bunga di folk village tak sebanyak bunga di Andeok-myeon.

Aku dan abah bersama hasil belian.

Alhamdulillah. Dah sampai rumah terus mak aku angkat baju-baju masuk dalam. Kering!

Malam ni aku masak apetah tak ingat, tapi ayah aku puji tak hengat. Lapar katanyerrr. Hahaha. Lepas tu sembang-sembang dengan ahli rombongan, google esok nak pi mana dan krohhh..krohhh. Hari yang memenatkan sebab banyak berjalan. Esok InsyaaAllah kami plan nak ke UDO ISLAND. Woot woot! Stay tuneeeee gais~


Sekian.


Notakaki:

Sebenarnya lepas Sangumburi Crater aku plan dengan adik nak ke Mangul Cave tapi bila check macam tak berapa sesuai nak bawak mak ayah selain aku yang takde kasut sukan ni, macam bahaya untuk berjalan dalam gua. Maze Garden yang famous sebab Running Man pernah ke sana pun dekat dengan Sangumburi Crater tapi tetiba rasa macam malas nak pi.

Xoxo,

Share: