Day 09: New Delhi, India.

Assalamu'alaikum.

05 |  01 | 2018. Jumaat. Finally! Hari yang ditunggu-tunggu kami sekeluarga. Hahaha. Flight kami ke Malaysia jam 820 malam nanti. So ada lagi masa nak jalan-jalan sekitar Delhi. Pagi ni kami check-out dari Surya International Hotel ni lambat sikit. Selesai mandi dan kemas beg, turun breakfast dulu.

Masing-masing rasa letih. Nak makan pun tak lalu.

Pinggan aku. Haha. Dalam sejarah taktau nak makan apa. 

Aloo kari untuk dimakan dengan capati.

Macam biasa, driver dah siap menunggu, masukkan beg-beg ke dalam kereta, dan kami bergerak ke destinasi pertama kami di Delhi iaitu ke Jama Masjid yang merupakan masjid terbesar di India. Dibina oleh the one & only, Maharaja Syah Jahan pada tahun 1644 (giler ah lamaaa) dan menelan belanja sebanyak SEJUTA RUPEES. Kalau convert ke currency RM, dalam RM83,000. Banyak tu! Sebab tahun 1600-an kotttt. RM1 pun dah consider banyak masa zaman 1900-an tau. Nak tau lanjut pasal masjid ni, Google sendiri. Wakaka. Kitorang ikut je mana driver nak bawak arini sebab dah takde mood nak melayan dia. Dan dah takde mood nak tengok ada apa dekat Delhi. Fikir nak balik Malaysia je ni. Hahaha.

Pagi ni agak berkabus dan sejuk.

Jama Masjid ni terletak berdekatan dengan Chandni Chowk atau Dataran Cahaya Bulan (Moonlight Square) merupakan pasar yang terlama dan tertua di India. Dikhabarkan filem Kabhi Kushi Kabhi Gham dijalankan dekat sini. Tapi bila adik aku Google, Chandni Chowk dibukak agak lewat jugak. Sekitar jam 12 tengah hari tak silap aku. Anyway, masa nak ke sana, kami lalu dekat satu kawasan ni dan kami nampak kain-kain putih macam cadar, selimut dan sarung bantal disidai di atas jalan. So ayah aku tanya driver, pasaipa kain putih banyak-banyak sidai macam tu. Driver cakap, itu public laundry. Cadar-cadar dekat hotel orang hantar situ lah. Ya Robbi! Terkejut gila kitorang ni. Patutlah kitorang nampak cadar hotel lusuh semacam je. Siap gatal-gatal masa dekat Agra. Ya Auloh. Nasib lah dah nak balik malam ni. Kalau tak, memang aku rela tidur dalam kereta. Haha. Tahap pengotor dan selekeh dorang tu memang tak dapat diselamatkan. Bukan aku nak buruk-burukkan India. Tapi sorry, ini pendapat peribadi aku sendiri yang dah jejakkan kaki ke sana dan blog ni memang untuk aku luahkan apa aku rasa tanpa memikirkan perasaan/pengalaman orang lain. Nasib aku pergi masa musim sejuk. So aku tak boleh bayang kalau aku pergi musim lain. Macam lagi scary je.

Anyway, driver park kereta dekat kawasan parking berbayar di sebelah Jama Masjid dan kami menuju ke Jama Masjid. Tingginya alahai. Pagi-pagi dah kena daki tangga.

Di depan Jama Masjid.

Difahamkan Jama Masjid ni tak lagi digunakan. Dibuka untuk pelancong sahaja.

Nak masuk ke bayar lagi. Adoi lemah. So kitorang malas nak masuk. lagipun masa aku ke Egypt, masjid ni sebijik macam masjid lama dekat sana.

Kena pakai sarung kaki. Jual asing tau. Giler ah buat duit. Padahal bangunan nampak buruk & tak dibaik pulih pun.

Kan bagus duit yang pelancong bayar tu dia baiki masjid ni.

Lawa je masjid ni sebab Mughal Architecture kan. Nampak klasik pun ye.

Bergambar dekat luar je la. Memasing dah takde mood untuk explore India. Hehe.

Tanda 'peace' tak tinggal untuk orang yang tak pandai posing macam aku. Hehe.

Jom turun. Kita pi Chandni Chowk pulak.

Ramai jugak pelancong omputih dekat India ni.

Selesai 'lawatan' di Jama Masjid, kami turun ke bawah dan hajat hati nak ronda-ronda Chandni Chowk. Dekat bawah masjid banyak pengusaha beca-beca yang boleh bawak kita pusing sekeliling Chandni Chowk ni. Harga tetap satu beca muat 2 orang berharga 300 rupees. Kalau dorang mintak lebih, jangan layan. Aku ada baca kekadang dorang mintak tips suruh bayar lebih dari 300 rupees. So itu terpulang dekat diri masing-masing. Anyway, masa kami nak naik beca, tetiba kecoh. Rupanya ada pengusaha beca potong barisan. Laki yang buat kecoh tu cakap, sepatutnya turn dia yang bawak penumpang. Tapi tengok dia macam kaki gaduh ja. Takut pulak kitorang. So ayah dan adik aku lah yang naik beca dia. Aku dan mak naik beca satu lagi.

Inilah beca yang bawak kami. Sempit tapi boleh lah untuk ronda-ronda Chandni Chowk dalam 30 minit.
Pemandu beca tu bawak kitorang ke sini. Macam perumahan lama di Chandni Chowk.

Yang bawak ayah aku tu macam ramah tapi nampak samseng.

Ahkak sado berposing dulu ye. Hehe.

Cantik jugak ukiran rumah sini. Kawasan ni agak bersih berbanding kawasan market.

Di depan rumah orang. Cute je pintu masuk dia.

Tak perasan pulak rumah Kajol dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham tu. Dorang cakap dekat sini.

Cubaan vertical panoramic yang tak pernah jadi.

Kedai-kedai yang belum dibuka.

Tapi serius tersangat kotor. Selamber je dorang jual dan makan dekat lantai yang kotor. 

Aku memang tak tengok bawah. Geli dan kembang tekak. Haha.

Beca-mate aku. Hehe.

Nampak tak muka mak aku tahan kembang tekak? Serius sangat kotor Chandni Chowk ni.



Ayah aku tanya dekat pemandu beca tu, dekat mana boleh beli rempah-ratus India? So dia bawak kami dekat satu kedai ni yang tak bukak lagi. Dia call owner kedai tu dan cakap kami nak beli barang. Bagus betul peniaga sini. Mengamalkan konsep rezeki jangan ditolak.

Kedai ni ada 2 tingkat. Tingkat 1 jual pakaian macam kurta dan Sari. Tingkat dua jual rempah ratus.

Banyak gila rempas ratusnya. Mak aku beli serbuk kari dan teh halwa kashmir. Kat kashmir taknak beli ye.

Teh Masala dan Kahwa. Sedap. Serbuk kari dorang pun sedap. Pekat semacam.

Selesai membeli, kami jalan kaki je ke kereta. Kami bayar 600 rupees dan terus blah. Takdelah nak bagi tips. Hehe. Tapi masa kami blah tu ada satu budak homeless, mintak sedekah. Dia cakap 'Malaysia, money..money..' Nampak sangat orang Malaysia baik hati suka menderma sampai homeless tengok kami pun dia mintak duit. Kitorang tak bagi pun duit dekat budak tu sebab takut kena serbu dengan budak-budak lain. Masa nak keluar parking tu, kereta yang kami naiki tersagat dengan kereta lain. Apa lagi, gelabahlah si driver ni. Dah lah kereta baru. Confirmlah kena menjawab nanti. Well, it's not our problem kan. (Hati dah kering gila lepas seminggu duduk India. Haha.) Destinasi seterusnya kami ke Gate of India. Masa ni jam baru menunjuk ke angka 1130 am. Awai lagi. Gate of India ni merupakan tugu peringatan perang bagi 82,000 tentera India yang terkorban masa Perang Dunia Pertama. Macam dekat Dataran Merdeka jugak la perasaan bila jejak kaki di sini.

Ayah aku bergambar kenangan dengan pembawa beca yang acah gangster. Sepatutnya dia ni apply jadi driver GeTS Holidays. Ganti si driver yang bawak kami ke Agra-Jaipur-Delhi tu. Haha. Pembawa beca ni lagi informative dan active.

Penuh berlonggok beca menanti customer.

Shah Jahan Road di Gate of India. Masa kami sampai sini, ada rombongan kadet tentera laut India (kot).

Gate of India. Memang ramai giler orang.

Orang berjual beli pun ramai.

Kami macam biasa, tengok usha sekeliling dan bergambar. Hehe.

Peace yaw~

Ada guard tau jaga kawasan sini. So jangan buat tak tentu hala.

Dengan ketinggian 42m, Gate of India atau India Gate ni mengambil inspirasi dari Arch-de-Triomph yang terletak di Paris.

Masuk adalah percuma okay sebab tu kami onz nak datang ke sini. Hehe. So next, off to Parliament of India. Ala-ala Putrajaya jugak tapi nothing much. Banyak tempat kami skip untuk visit sebab semuanya berbayar. Untuk last day ni kami ada balance dalam 2000-3000 rupees je rasanya. 1000 rupees mak aku asingkan untuk bagi tips dekat driver. Ikutkan aku, aku taknak bagi sebab dia tak layak pun. Kitorang rasa stress berjalan dekat India sebab dia je sebenarnya. Tapi dah nama orang tua dari Malaysia kan. Dia kesian. Haha. Pendek citer, jam 12 tengah hari, kami dah selesai tour Delhi. Homeless bersepah tahap infinity. Keadaan sekitar yang sangat kotor dan menyedihkan. Antara Agra-Jaipur-Delhi, aku rasa berjalan-jalan di Delhi paling teruk (melainkan Sarojini Market. Haha.). Insaf sekejap. Nikmat hidup apa lagi yang kami dustakan?

Dah 12 pm pun masih sejuk berkabus. Memang bagus jalan waktu musim sejuk ni.

Kira sini bangunan kerajaan di Delhi katanyer.

Bangunan kerajaan kemain besar tapi homeless bersepah.

Oman yang kaya tu pun, istana raja dia kecik dari Bangunan Parliment India tau.

Cukup syarat bergambar di sini.

Bangunan parlimen India.

Takde apa yang menarik dekat sini.
Ingatkan nak lunch dekat satu restoran halal yang famous di India ni. Aku tak ingat nama dia tapi tak silap ada Karim tapi macam biasa lah, driver ni cucuk kitorang cakap orang ramai lah, bad traffic bla bla bla. Aku dah malas nak argue. Aku assume itu habit dia. Yang penting balik Malaysia nanti aku akan tulis bad review dekat trip advisor. Actually kitorang memang ambil pakej dengan GeTS Holidays tapi untuk khidmat driver, dorang sub ke Akbar Transportation apetah. So sila beringat kalau dengar dua nama ni, pangkah siap-siap kalau korang taknak spoil-kan trip ke India korang. Jangan cakap hakak tak payung.

Ada taman cute di sini. Tapi tak sempat nak snap gambar.

Delhi ni sepanjang masa jammed. Kereta dan homeless sama sesak.

''Cloth-line' untuk homeless. Relaks je sidai cadar dekat tiang tengah jalan.

'Rumah' untuk homeless. Dorang memang tidur tepi jalan, atas tanah je. Kesiannya ya Allah.

Allahuakbar. Ini baru sikit tau. Yang lain-lain aku tak snap pun.

Dah macam takde perasaan orang sana tengok homeless.

Keadaan di Delhi sangat menyedihkan dengan lambakan homeless yang tak mandi, takde rumah, masak pun tepi jalan je dengan debu bagai. Driver ni cakap berjuta homeless mati setiap tahun pada musim sejuk sebab takde proper perlindungan. Kerajaan India kutip duit visa yang mahai gila tapi dorang buat apa dengan duit tu? Kenapa takde usaha nak bantu homeless-homeless ni. Dan dikhabarkan jugak, anak-anak homeless ni relaks je kena rogol. Allahuakbar. Sedih gila. Aku memang tak nak datang India dah. Luluh hati tengok keadaan dekat sini.

Disebabkan tak jadi lunch di restoran halal, kami ingat nak lepak-lepak dekat mall je sebab ada dalam 5 jam lagi (target pi airport dalam 5 petang) sebelum ke airport. So bila Google, kami jumpa ada satu mall baru bukak dalam 10 km je dari airport. So kitorang decide lepak sana. Aircond pun ada. Hihi. Driver cakap dia nak balik office sementara kami habiskan masa di mall baru tu. Yang penting mai amek kami dalam 430 petang. Masa ni tawakal je beg-beg kitorang dalam kereta tu kot dia nak bawak lari ke apa. Hehe. Nak masuk ke dalam mall, ada security check macam dekat airport ok. Beg & badan memang di-check habis. Giler ah. Tapi takde apa-apa pun yang menakutkan. Anyway, sebelum datang India, kawan aku, Siew Chien dah pesan, kalau jumpa clothing brand GLOBAL DESI, bagitau dia. Dia suka gila brand tu. Serius cantik-cantik bajunya dan aku memang jumpa brand tu dekat mall ni. Dan bermulalah sesi berhsopping tahap tak ingat dunia lagi. Haha.

Ambience Mall. Mall baru siap.

Tempat pertama yang kami tuju adalah foodcourt.

Kami order kebab vegetables dan harganya bagi aku sama macam Malaysia. Nasib ada restoran halal. Dan aku terdetik macam mana orang local boleh spend duit dekat sini sebab harga dia agak mahal bagi aku.

Disebabkan terlampau lapar, hadap je la gambar selfie kitorang. Hahahaha. Gambar makanan yilekkk.

Dalam mall. Memang orang India ni main kasta je. Berbeza gila kehidupan dalam dan luar mall.

Memborong di supermarket. Murah! Dan sedap keropok-keropok ni. Dalam RM1 je tak silap.

Setel shopping, dan sekitar 430pm kami tunggu driver di luar mall. 

Kaki yang melangkah dengan tabah sepanjang trip kami di India. #dramasangat hahaha.



Serius tak tau nak letak mana dah barang-barang yang kami shopping ni. Balik Malaysia jenuh nak bayar balik hutang kad kredit. Itu belakang kira. Yang penting puas hati shopping dekat mall ni. Murah-murah dan mewarnai hari terakhir kami di India. Haha. Masa ayah aku call driver untuk bagitau kami dah nak ke airport, phone driver off tau. Apa lagi, cuak gila la! Takut dia lari dengan barang-barang kami. Dalam 15 minit kami tunggu dia, memang tak nampak batang hidung. Ayah aku call banyak kali memang phone off. Sekali ayah aku nampak dia melambai-lambai dekat kami. Phone dia tak tau apa tak kena dan dia dah tunggu kami 30 minit awal. Muka ayah aku dah cuak giler. Haha.

Anyway, driver turunkan kami di kawasan drop-off. Ayah aku bagi tips 1000 rupees untuk dia, dan kami bergerak masuk ke dalam airport. Masuk airport, susun balik barang-barang dalam beg sebelum ke kaunter check-in. Bila timbang, lebih 8kg dari jumlah sepatutnya. Kami dah ready untuk pegang je beg yang terlebih muatan tapi kakak yang jaga kaunter cakap OK je. Kalau dekat Malaysia, terutamanya kaunter Air Asia, 1-2 kg pun berkira tau. Air Asia Brunei lagi ketat. Itu antara yang aku ingat dan hargai India. Pekerja airlines dorang hati baik. Tapi yang cuaknya, lepas selesai urusan check-in, kakak tu cakap ayah aku kena ikut sorang staff lelaki ni untuk pemeriksaan imigresen. Sudahhhhh. Ayah aku dah cuak sebab dia tak declare dia ex-army so dia dah fikir bukan-bukan. Hahaha. Tapi kakak tu cakap just randomly picked & normal procedures. Takde apa yang perlu ditakuti. Sementara ayah aku pi jumpa Imigresen, kami ambil peluang untuk solat Jamak Zohor-Asar di sudut tiang. Lepas dah solat, dah 30 minit ayah aku tak balik-balik. Risau dah kitorang. Rupa-rupanya ayah aku tunggu di bahagian dalam perlepasan. Dia dah selesai pun urursan dengan imigresen. Dia pelik kenapa kitorang tak masuk-masuk so dia mintak izin pegawai Imigresen untuk cari kitorang. Kitorang pulak pelik nape dia tak keluar-keluar. Haha. Alhamdulillah pemeriksaan Imigresen berjalan lancar.

Haaa tengok la beg kitorang. Haha. Dengan jacket winter nya, dengan barang soping nya. Itu tak masuk backpack kat belakang setiap sorang (melainkan mak aku la pakai sling bag).

Airport Delhi bahagian perlepasan. Luas giler.

Bagi aku, airport India agak cozy berbanding KLIA.

Yang tak berapa nak lancar adalah pemeriksaan kastam. Yang check barang-barang dan body kita tu. Barisan panjang gila! Sebab satu-satu barang dia check. Dahlah sebelum ke India mak aku tak sempat nak bank-in duit jualan kedai dobi. So risau giler di situ, takut dorang ambil/rampas. Aku memang tak bergerak dari kaunter kastam tu tunggu mak aku. Yang bagusnya dorang tak halau. Dorang biar je kita tengok dorang. Tapi kasar giler yang jaga kaunter kastam tu. Dia main campak je barang-barang dan handbag kitorang. Tang handbeg mak aku tak lepas dan dia suruh bukak. Pastu main tarik-tarik je barang dalam tu. Hish sabar je la. Nasib takde apa-apa pun. Tak silap nail cutter kot yang mak aku bawak. Sepatutnya tak boleh bawak. Takpe boleh beli lain.

Lepas dari imigresen dan kastam, kami kuarkan lauk & nasi Brahim yang dah direbus pagi tadi. Ingatkan nak makan masa lunch tadi tapi tertinggal dalam kereta. Nasib lepas makanan-makanan tu masa lalu kastam. So kitorang habiskan makanan Brahim tu. Karang kalau tak makan, basi pulak kan.

Menunggu ketibaan pesawat Malindo OD208

Lama jugak kitorang bertapa dekat balai perlepasan. Duit rupees nak beli air dah takde so tahan je la. Sadis kan? Haha. Yang aku terkejut, airport Delhi ni lagi canggih dari KLIA. Siap ada kerusi untuk baring okay. Alhamdulillah, sekitar jam 500 pagi 6/1/2018, Boeing 737-900 Jet yang kami naiki, selamat mendarat di KLIA. India, satu pengalaman yang tak berapa manis buat kami sekeluarga dan takkan dapat kami lupakan. Tetapi syukur jugak Allah SWT bagi kami peluang untuk jejak India.


Sekian.


Notakaki:

Aku cadangkan, bawak hand carry sikit je bila nak balik Malaysia sebab kawalan airport agak renyah dan leceh untuk hand carry. Sumbat semua barang dalam kargo ok? So takdelah serabut macam kitorang bila barang-barang berterabur. Happy traveling!


Xoxo,


Share:

1 comment:

  1. Anonymous8.6.24

    menarik , saya baca sampai habis :)

    ReplyDelete