Assalamu'alaikum.
Anyway, disebabkan flight kami ke Jeju pada 6.40 pagi, standard mak ayah yang takut sangat terlepas flight, aku dan parents 'bertapa' di KLIA2 dari malam 07/05/2018 tu. Lagipun flight kami dari Langkawi sampai KLIA2 dalam 1150 malam. Adik aku pulak naik bas tengah malam dari Muar dan akan sampai dalam 3 pagi. Serius hazab weh nak tidur dekat KLIA2 tu. Naik dekat Level 2, ramai orang. Pergi surau, tapi tak ramai sangat orang tapi manusia mana entah berdengkur tahap nak runtuh bumbung airport, so ayah dan mak aku keluar balik. Ada lah 2-3 orang pun keluar jugak sebab tak tahan bunyi dengkur kuat sangat. Haha. Aku kesian dekat parents la. Tapi dah dorang yang tak nak tidur hotel. Bila adik aku dah sampai, kami terus gabungkan barang-barang dalam 1 beg sebab kami beli luggage 25kg je. Lepas dah check timbang, terus self check-in untuk beg kitorang dan terus masuk ke Departure Hall.
|
Perlepasan antarabangsa di KLIA2. Gambar ihsan Google. |
Masa kitorang lalu kastam, ada benda tak best jadi. Sumpah aku tak tau jem roti tak boleh bawak masuk hand carry sebab jem roti dikira bahan separa cecair. Sebab balang jem tu kaca, aku bawak hand carry je dari Brunei ke KL (lepas) then KL-Langkawi(pun lepas) then Langkawi-KL (lepas jugak!) tapi sekali nak ke KL-Jeju tak lepas. Aku don't mind pun kalau tak lepas tapi cakap lah elok-elok. Masa check beg, pegawai kastam perempuan ni suruh aku bukak beg, then dia keluarkan jem roti tu dan terus buang ke dalam tong sampah. Terkejut gila aku tengok. Makanan kowtttttt! Sorry hati aku tak baik mana dan aku doakan pegawai tu disempitkan rezeki sebab bagi aku dia tak hormat makanan. Kot ye pun tak boleh bawak, cakap elok-elok, bertindak dengan budi bahasa sikit. Aku boleh bagi lah free of charge kalau barang tu tak lepas. Tapi adik aku yang nampak situasi tu, terus ke pegawai kastam muka nan kelat tu, dan dia mintak balik jem roti tu dan dia cakap dia nak makan dan depan kaunter kastam tu dia makan. Hahahaha. Don't play-play with my sistahh okay. Dan aku nampak pegawai kastam lelaki geleng kepala tengok pegawai kastam perempuan yang buang jem roti aku tu. Dah la tak bukak lagi.
|
Favorite adik aku. Aku beli di Brunei dalam RM30 okay. |
Tepat 6.50 pagi, Flight Air Asia X D7 501 take off dengan gemilangnya. Kami mendarat di Jeju dalam 1.40 petang. Terus ke imigresen dan ambil beg di luggage conveyor. Alhamdulillah semua mudah.
|
Di Langkawi International Airport. Perhatikan baju aku. Haha. Dari 7/5 sampai ke 8/5 pakai baju sama. Hehe. |
|
Di depan balai berlepas KLIA2. First time naik flight pagi buta. |
|
Kami antara yang terawal masuk. Senang, solat dalam ni sebab ramai sangat dekat luar. |
|
Selesai solat subuh, main phone dulu. Haha. |
|
Ibu aku yang kepenatan. |
|
Adik aku yang ke-mengantuk-an. |
|
Dalam balai berlepas. Nasib kami masuk awal sebab lepas tu memang ramai sangat orang. Sesak. |
|
Praktis duck-face-mintak-penampor sebelum fly ke Jeju. Orang Korea suka buat duck face katanyer. Haha. |
|
Kita makan dulu. Kitorang beli masa dalam flight sebab bila nak add-on meals, tak boleh. Nasib ada makanan lagi. |
|
Nasi kerabu Air Asia. Tak sedap. Tapi layan. |
|
Sebelum makan, isi dulu Arrival Card. Benda wajib dibuat bila nak ke oversea. |
|
Nasi Kerabu. Makan untuk alas perut. Mak dan ayah aku makan Nasi Lemak pak Nasser yang viral itu. Hehe. |
|
Dah selesai makan, cabin crew tutup lampu untuk penumpang mendapatkan rehat sepenuhnya. |
|
Alhamdulillah selepas 6 jam perjalanan, kami dah masuk ruang udara Jeju. Lap muka dengan wet tissue, boh bedak sikit. Done. Haha. |
|
Abah dan ibu aku yang nampak keletihan. |
|
Full flight. Penuh orang Malaysia je. Haha. |
|
Welcome to Jeju. |
|
Bermula sesi bergambar dalam airport. Haha. |
|
Of course aku pun nak. |
|
Cuba posing lain pulak. Hehe. |
|
Ayah aku pun nak gambar dia sorang-sorang. |
|
Muka kepenatan. |
First thing first, kami terus tuju ke kaunter AJ Car Rental. Letih dan lapar so semua kena laju. Plan aku, sampai je Jeju, terus ambil kereta sewa, kemudian terus pergi makan lunch di MULMAEGOL RESTAURANT. Detail seperti di bawah:
Address: 795-1, Susan-ri, Aewol-eup, Jeju City (at /near Coastal Road 1132 & Daewonjeongsa Temple, on Jeju Island)
Opening hours: Tue – Sun, 10am – 7pm, CLOSED on Mondays
Contact No: +82 64-713-5486
Status: Only vegetarian food is served
Dan kemudian pergi supermarket untuk beli telur-roti-air dan segala yang berkaitan, baru bergerak ke accommodation kami di Andeok-myeon
dan lepas tu baru lah keluar ke destinasi yang ada dalam itinerary aku untuk Day 1. Tapi, masa sampai giliran aku di kaunter AJ Car Rental, aku serahkan salinan booking
dan IDP
dan benda yang tak disangka-sangka terjadi dekat kami sekeluarga. Minah kat kaunter tu cakap IDP aku tak diterima pakai di Jeju.
WHAT??!! Aku tunjuk lah senarai negara yang sah untuk IDP ni, tapi minah tu cakap Brunei tak termasuk dalam Perjanjian Geneva so IDP Brunei tak boleh digunakan di South Korea. Malaysia memang antara negara yang terlibat dalam perjanjian Geneva ni.
OH NOOOO!!!!!! Segala bunyi guruh berdentum, kilat sabung menyabung, diiringi bunyi piano yang menakutkan bermain dalam telinga dan kepala aku. Dah lah aku sorang je yang buat IDP ni. Konon sebab mahal RM150 tu, so aku cakap dekat ayah dan adik, tak payah buat IDP Malaysia. Kan dah makan diri. Serius aku terus blank dan blur masa ni. Shaking segala tangan dan kaki aku sebab aku fikir, dah tu takde kereta sewa, macam mana kami nak travel Jeju untuk seminggu ni??? Seminggu ok! Kalau 2-3 hari gagah la jugak. Dengan accommodation kami yang jauh masuk ceruk kampung. Dahlah aku difahamkan sistem bas di sini teruk gila. Sumpah nak nangis. Nasib adik aku sangat cool masa ni. Dia tarik aku suruh duduk dulu. Then lepas tenang, adik aku ajak pi kaunter pertanyaan untuk tanya macam mana kami nak naik bas ke accommodation yang kami booked. Yang penting sampai di accommodation dulu sebab memasing dah letih gila.
|
Disebabkan kena panic attack, aku tak sempat ambil gambar kaunter kereta sewa untuk rujukan. So aku ambil dari blog www.outruigeous.com. |
Minah hat jaga kaunter pertanyaan tu, English so-so ja. Standard English orang Korea. Tapi dia faham apa kami tanya sebab aku tunjuk alamat accommodation kami di Andeok-myeon. Then dia tanda nombor bas yang kami boleh naik. Dari airport, kami kena naik
bas nombor 600 yang berharga KRW5,500 seorang (dalam RM20) dan turun di
Jungmun Tourist Complex Bus Stop. Kemudian tukar ke
bas 510 dan turun lah ke mana kami nak turun di Andeok-myeon. Bas 600 dah menunggu masa kami keluar dari airport. Apa lagi, berlari lah kami ke arah bas sebab kalau terlepas bas ni, takut kena tunggu lagi 2-3 jam pulak. Tapi kami takde duit kecik, so adik aku berlari masuk ke dalam untuk pecahkan duit. Driver bas suruh aku dan parents naik bas sementara adik aku pi pecahkan duit. Tapi kitorang tak nak lah naik sebab takut dia tinggalkan adik aku. Haha. Ye lah, orang Korea ni, dorang sangat punctual. Kalau bas tu dijadualkan berjalan jam 2.10 petang, memang dorang akan gerak ikut waktu. Dah la adik aku macam lama jugak pi tukar duit (sebab Q panjang katanyer). Tapi driver bas sanggup tunggu tau. Terharu kejap. Elok je adik aku naik bas dan bayar duit tiket (seorang KRW5,500) untuk 4 orang, bas pun bergerak. Lewat 10 minit dari waktu dia patut gerak. Dari Airport ke Jungmun mengambil masa dalam 1 jam jugak dan memang aku terkulai layu di tasik madu lah. Mental letih sebab terkejut IDP Brunei tak diterima pakai di Jeju. Mangkuk hayun betul officer JPD Brunei. Macam mana lah dia dengan confident cakap IDP Brunei boleh pakai di South Korea. Bila aku check perjanjian Geneva tu, Brunei - Indonesia - China - Filipina antara negara yang tak termasuk dalam perjanjian Geneva.
|
Airport Limousin (bas nombor 600) yang berlepas selang 15-20minit rupanya. Ingatkan kena tunggu 2-3jam. Gambar ihsan Google. Ko rasa aku sempat ke nak ambil gambar dalam keadaan panic dan kelam kabut?Hahaha. |
|
Haaa ni signage nak tunggu bas 600. Gambar ihsan Google tapi memang signage ini yang kami nampak bila keluar dari airport. |
Aku memang keep track setiap bus stop yang bas ni berhenti bila turunkan penumpang. Nasib dalam bas ada wifi okay~ So bolehlah aku check dekat Google Maps berapa banyak station bas ni akan lalu. Surprisingly, info bas di Jeju dalam Google Maps updated okay~ Bila sampai di Jungmun Tourist Complex, driver bas dari depan dah jerit suruh kitorang turun. Bagus sangat sebab dia ingat mana kami kena turun.
Kamsahamnida Ajushi~ Dah sampai Jungmun Tourist Complex, blur pulak nak cari bus stop yang bas 510 lalu sebab takde signage. Dahla banyak pulak tu bus stop dia. Kitorang berbincang, baik naik teksi dari sini sebab dah dekat dengan Andeok-myeon dan kitorang pun bukan tahu lokasi tepat rumah tu. Aku dan adik ke teksi stand (nasib lah ada teksi stand dekat kawasan sekitar), tunjuk booking slip dan pakcik teksi cakap OK. Alhamdulillah. Starter rate untuk teksi di sini tak silap aku dalam KRW2,800.
|
Aku cilop gambar dari Google. Tapi nak tunjuk cenggini lah bentuk bas stop di Jeju. Dia ada tulis lokasi dalam tulisan rumi di bahagian atas. |
Dari Jungmun Tourist Complex, pakcik teksi bawak kami masuk ke Andeok-myeon. Rupanya kami patut turun di Jungmun Entrance Resort (1 station sebelum Jungmun Tourist Complex) tapi takpe. Dari jauh, kami dah boleh nampak laut dan kawasan Andeok-myeon ni dia terletak macam di kaki bukit. Masa dalam teksi, mak ayah aku dah cakap, macam mana kitorang nak travel Jeju nanti sebab accommodation kami booked di Andeok-myeon ni jauh ke dalam. Jauh dari jalan besar. Itu kita fikir kemudian. Haha. Alhamdulillah, kami sampai betul-betul di apartment yang kami booked. Tambang tak silap aku dalam KRW 6,000 ++ (kira dalam RM24.) tak silap aku. Takdelah mahal pun kan dari nak tercari-cari bas mana nak naik? Bersih sangat suasananya. Nasib ada lift untuk ke tingkat 4. Memang sebelum sampai Jeju, host penginapan kami di Andeok-myeon dah mesej siap-siap cara nak masuk rumah dia dan Alhamdulillah, lawa sangat rumahnya. Luas, lapang dan cantik. Puas hati sangat dengan accommodation ni. Syukur sangat kami sampai jugak di rumah ni walaupun dah lewat dalam 4.00petang baru sampai. Masa di airport tadi, memang aku terfikir, apalah nasib kami di Jeju.
|
Ruang tamu. |
|
Bilik tidur mak ayah aku yang dilengkapi dengan toilet dalam bilik. |
|
Bilik tidur aku dan adik. |
|
Bilik satu lagi. Kiranya rumah ni muat untuk 6-10 orang. Bilik ni lah mengadap laut dan ada mesin basuh. |
|
Dapur tempat aku betarung setiap hari. Bila aku masak, aku suka bukak tingkap tu walaupun kecik sebab tingkap tu menghadap Halla-san (Gunung Halla). |
Aku terus ke dapur panaskan daging dendeng yang aku order dari kawan aku, Faliza Rich Enterprise.
(Syukur ya Auloh aku order daging ni dan bawak beras sendiri as back-up sebab kitorang plan nak makan luar je sebenarnya.) Dan adik aku masak nasik lembik untuk dimakan bersama. Kenapa lembik? Sebab rice cooker tu canggih sangat tapi suara dan tulisan dalam bahasa Korea. Mana lah adik aku nak faham kan. Haha. Naseblah jadi nasik jugak walaupun lembik. Ikutkan macam aku cakap sebelum ni, selepas letak beg, rehat dan makan, kami nak keluar ke destinasi yang dalam itinerary Day 01 tapi dah kereta pun takde, bas pun kitorang tak tau nak naik dekat mana dan camne sistem bas di sini, terpaksa tukar plan. So untuk hari ni, kami decide untuk jalan-jalan di kawasan sekitar Andeok-myeon ni. Sambil tu, kena carik jugak kedai runcit untuk beli barang makanan sikit. Harap-harap adalah kedai runcit dekat sini. Dalam 600 petang kami keluar pusing kampung Andeok-myeon, one word, Subhanallahhhhh~
|
Mak aku request nak bergambar dekat sini. Cuba teka sebab apa? |
|
Sebab ada bunga rose laaaa. Hihi. Mak aku memang suka bunga ros. |
|
Subhamallah. Cantik kan? Photo doesn't do them justice. Depan-depan memang cantik! |
|
Hero kami. Syukur mak ayah aku sangat cool dan tak gelabah bila kena naik bas. |
|
Acehh..cehh..Kemain sakan berposing ye Bang Lee. Hehe. |
|
Merenung nasib kami untuk esok. Haha. |
|
Aku mampu cakap Subhanallah je. Lupa kejap kes IDP Brunei tu. Haha. |
|
Ladang bawang putih. Wangi!!! Kitorang syak Andeok-myeon ni pengeluar bawang putih di Korea. Besar-besar bawang dia. |
|
Abah aku mintak snap satu gambar dia. Nampak tak bawang putih tu? Tak kena curik pulak eh. |
|
Jom jalan ke depan lagi. Bersih sangat kawasan sini. |
|
Teruskan berjalan. Nyaman je jalan sebelah laut ni. |
|
Jumpa semak samun yang cute, berhenti gambar kejap. Haha. |
|
Tak habis bergambar lagi ke? AYah aku bertanya. Hahaha. |
|
Kawasan sini yang amat mendamaikan. Angin pulak haruslah sejuk sebab tepi laut kan. |
|
Dengan Hanyeo (penyelam wanita yang hanya terdapat di Jeju) |
|
Dah nak ke remang senja. |
|
Mak aku memang suka bunga. |
|
Mak aku dan bunga. |
|
Ayah aku request nak gambar dekat sini. Jarang dia nak request bergambar ni. Tapi dekat Jeju dia selalu request. Haha. |
|
Cantik kan gambar ni? |
|
Iskh..Aku memang suka lah kawasan ni! |
Masa berjalan-jalan di tepi laut, kami terserempak dengan sorang
Ahjumma (makcik). Dia baru balik dari kutip rumpai laut. Ramah ya robbi. Dia suruh kitorang try makan. Erkkkk..
|
Ahjumma! Tengah sidai apa tu? |
|
Ralit tengok apa Ahjumma tu buat. |
|
Tetiba dia offer suruh rasa rumpai laut. Sedap katanya. |
|
Rasa rumpai laut ni masin dan berlendir. Haha. Sempat kami tanya Ahjumma ni dekat mana kedai runcit. |
|
Jalan ke depan, nampak ladang bawang putih lagi. |
|
Nampak damai kan? |
Tenang setenang-tenangnya kawasan sekitar. Ada hikmah kami tak dapat sewa kereta (sedapkan hati) sebab kalau kami dapat sewa kereta, mungkin kami tak sempat berjalan-jalan kat sini. Ye lah sibuk fokus dekat itinerary kan. Banyak sangat cafe dekat sini. Aku cakap dekat adik, kalau esok takde ke mana-mana, habiskan masa di cafe-cafe sekitar je lah. Haha. Anyway, kami tanya dekat Ahjumma rumpai laut tadi, dia bagitau ada kedai runcit. Berpandukan dari apa dia cakap, kami cuba jalan ke depan lagi. Alhamdulillah jumpa! Tu pun setelah bertanya dekat 2-3 orang penduduk. Dorang sangatlah peramah cuma tak reti cakap English je. Berkat minat tengok drama Korea, aku faham lah jugak sikit-sikit apa dorang cakap. Punyalah baik
Ahjumma dan
Ahjussi di Jeju ni. Dan masa kitorang beli telur, air dan sewaktu dengannya, tokey kedai siap bagi extra telur lagi.
Service katanya yang bermaksud percuma. Aku sempat bertanyakan tokey kedai kalau ada bus stop di sini. Yang paling kelakar bila aku tanya, dekat mana bas stop yang berdekatan dekat sini, dia tak faham. Aku sebut '
BAS, otissoyo?' . Tapi bila adik aku cakap 'BASSEK' baru dia faham. Hahaha. Orang Korea kan selalu merosakkan suku kata English. Haha. Macam ayam dengan itik
Ahjumma dan kami bercakap. Harapnya esok jumpa lah bus stop tu. Maksudnya memang ada bus stop dekat kampung ni tapi kadar efficiency-nya tak dapat dipastikan. We'll see tomorrow okay?
|
Ayah aku request lagi nak bergambar dekat sini pulak. Haha. |
|
Sebok je minah ni. Haha. |
|
Tak boleh jadi. Nak jugak. Haha. |
|
Self reflection. |
|
Berjalan balik ke accommodation kami. |
|
Aku rasa tertarik dengan rumah dan ceramic ni. Banyak arts yang kreatif di kawasan sekitar. |
Malam tu makan nasi lembik lagi. Pelik tol aku. Rice cooker rosak kot. Haha. Kalut aku masak sambil dengar berita pasal keputusan pilihan raya. Dan malam tu jugak, aku dan adik study pasal bus route di Jeju. Kami refer Google Maps je. Alhamdulillah memang ada jadual bas. So esok pagi kami kena keluar rumah dalam 800 pagi sebab bas bergerak dalam 815 pagi. Nervous ni. Dengar cerita sistem public transport di Jeju sangat teruk. Harapnya ada sirna untuk kami sekeluarga esok.
Sekian.
Notakaki:
Setiap kali travel, mesti ada drama akan jadi. Dan setiap kali ada drama, mesti ada penyelesaiannya. Keep calm and compose. Yang penting, cari kaunter pertanyaan sebab dekat situ lubuk segala solution. InsyaaAllah.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment