Day 04: (Part 2) Albany-Augusta, Western Australia.



Assalamu'alaikum.

Selepas tamat sesi melawat Albany Town, kitorang teruskan perjalanan ke Augusta. Ada apa dekat Augusta ni? Augusta ni antara daerah yang terdekat dengan Cape Leeuwin. Di Cape Leeuwin ni kita boleh nampak (dengan izin Allah) point where the Indian Ocean meets the Southern Ocean gittuh. Selama ni aku selalu terpikir camne oceans ni meet? Kat mana? Bagaimana? Yelah, bila belajar geografi kan kena tau nama-nama ocean ni. Anyway, bila set GPS untuk ke Augusta, jalan yang kitorang nak lalu (aku tak ingat), akan lalu Albany Wind Farm. Aku ajak ayah aku pegi tengok. Memang takde apa-apa pun tapi saja nak tengok. Nak ke Albany Wind Farm mudah je tapi jalan masuk tu agak scary. Kiri kanan semak yang menakutkan macam dalam cerita 'Wrong Turn' yang Eliza Dushku berlakon. Dahla kincir angin tu kuarkan bunyi macam sangkakala 'bong bong bong grik grik'. Cumanya bagi aku pengalaman yang menakutkan tapi unik la kalau datang sini. Selalu tengok wind farm ni dalam movie je.

 Dalam gambar tak nampak scary la pulak. Haha. Haa itula kincir angin yang kuarkan bunyi yang sangat scary.

Aku tak cadang ladies traveler datang sini. Somehow rasa tak sedap hati bila masuk area ni. Kekadang tempat yang takde isu macam Kashmir lagi bahaya tau.

 Cepat-cepat ayah aku pusing balik. Memang semua orang rasa tak sedap hati bila masuk sini.

Lepas ke Albany Wind Farm ni, kitorang cari Princess Royal Harbour pulak. Jumpa tu jumpa tapi macam takde apa pun. Aku tau kewujudan harbour ni sebab baca blog lah. Mungkin interest aku dengan blogger itu berbeda. Keke. Cumanya kawasan Princess Royal Harbour tu lawa la. Standard Albany la kan, laut yang memukau. Nah, aku lanjer gambar sekepin' dua.

 Jalan sepanjang nak ke Princess Royal Harbour. Air laut tu sipi je nak sama level dengan jalan. Cool!
Princess Royal Harbour~

 Lawa tu lawa lah tapi macam scary pon ada. Haha.

No filter ok. Menunjuk betapa cantiknya tempat ini. Bkan wide lens jugak. Subhanallah.


 Jalan cenggini pun bersih. Macam ada orang jaga kan?

 Ada sejarah pasal cruise tu tapi tak ingatlah. Setahun lepas sudah. Huhu.

Ada jugak package untuk explore coastal of Albany ni tapi tak sure berapa harga dia.

Perjalanan ke Augusta diteruskan tetapi sebelum lebih jauh, kami berhenti di Albany Airport sebab nak ke toilet dan solat jamak qasar Zohor Asar terus. Risau nanti dah keluar dari Albany takde tempat untuk solat. Albany Airport ni kecik je untuk domestic flight sahaja dan kitorang solat sebelah kereta kat parking lot je. Takdenya matsaleh ni nak kesah, dorang buat dek je. Lepas selesai solat, perjalanan diteruskan. Sama macam Albany Highway, highway untuk ke Augusta pun cantik je jalannya. Highway dorang tak macam highway kita yang besar gabak siap ada penghadang. Highway dorang ni macam jalan-jalan kampung dan diapit dengan padang rumput dan hutan tebal. Sepanjang perjalanan tu, memang ada view yang tenang, ada yang scary,dan ada jugak bangkai kangaroo liar. Asal nampak signage kangaroo melintas, ayah aku slowkan kereta. Takut la jugak kalau dia tiba-tiba melintas. Mau caruts aku nanti. Dahla saiz dia sangat besar. Aku terlupa nak tangkap gambar bangkai kangaroo tu sebab bangkai kot so tak terpikir nak snap pic. Macam cuak jugak sebenarnya bila travel ikut GPS ni sebabnya memang kiri kanan hutan je. Biar betoi. Ni antara view yang wujud bersebelahan highway untuk ke Augusta.

 Haa, Inilah highway nak ke Augusta. Lengang.

 Apa tengok-tengok? Hakak sado tau la hakak cantik. Takyah lah usha sampai cenggitu.

Tetiba semua menatang ni berkumpul tengok kitorang.

Kan best kalau highway kat Malaysia nampak view cenggini. Hehe.

Sepanjang trip dari Perth CBD ke Albany dan Augusta, mak aku dah pesan awal-awal kat aku, jangan tido sebab aku yang kontrol itinerary dan GPS. Aku ni spesis masuk je kereta, mata mula la buat hal nak terkulai layu di tasik madu. Bagi menahan mata aku dari tertidur, aku memang cakap tak berenti dengan ayah aku sebab tak nak ayah aku mengantuk jugak. Masa ni dah gelap sesangat dan kitorang memang tawakal guna GPS ni. Kalau GPS ni tipu, memang aku bakor! Dahla gelap, lampu jalan takde, kiri kanan hutan tebal plus takde benteng pun kat kiri kanan jalan. Buatnya tiba-tiba ada raksasa melintas, tak ke terancam nyawa kitorang? Nak jadi lagi menakutkan, tiba-tiba hujan dan makin lebat pulak tu. Memang lebat giler-giler dan aku tak pernah tengok hujan selebat itu dan nak jadi lagi dramatik, tiba-tiba ada signage 'Alert! 20 km flooding area' . Gulp! Jilake punya signage. Gigil giler time ni. Dahlah tak nampak apa, hujan lebat giler, buatnya memang area tu dah banjir, memang kitorang takkan nampak. Ayah aku yang tak pernah bawak lebih dari 80km/j memang press giler minyak dan aku yang dok pot pet pot pet dari tadi, terus terdiam. Suasana dalam kereta krik krik krik. Ya Allah, naseblah aku tergerak hati nak sewa RAV4 atleast yakin lah sikit nak drive dalam keadaan cenggitu. Dalam hati memang pray hard jangan lah ada musibah. 100% bergantung dekat GPS ni. Lepas dari flooding area tu, baru nampak signage Augusta turn left. But still, tak nampak apa dan sekali lagi kitorang 100% put the trust on GPS. 

Alhamdulillah, setelah berjam-jam perjalanan dan setelah melalui satu pengalaman yang ngeri, kitorang selamat sampai di penginapan kitorang di Baywatch Manor YHA, Augusta. Thanks GPS! Sesi check-in mudah sebab owner (local and wife dia Thais) tinggal kat situ jugak. Kitorang sampai dalam pukul 900pm. Baywatch Manor YHA ni memang terkenal di kalangan backpackers sebab dia provide dorm. Tapi aku tak amek dorm la. Aku ambik 2 private room with toilet inside. Aku suka style accom ni. Classic dan sempoi. Disebabkan kitorang sampai dah malam, kitorang ambik dan bawak masuk bilik mana-mana yang patut je. Dinner macam biasa, megi je. Haha. Promise, next trip aku akan plan properly pasal makanan. Selesai bersihkan diri, solat, makan, transfer gambar dalam laptop, makanya terus tido. apa kitorang plan for esok? Sambung dekat next entry ya. Sekian.

Notakaki:

Dari Albany ke Augusta perjalanan mengambil masa 4jam 45min dan akan melalui Denmark dan Walpole. Kitorang tak singgah pun, just jeling je signage tepi jalan sebab memang dah lambat sangat kitorang ni sebab tadi kan keluar lambat. Dahla by 500pm memang dah start gelap. Laju pulak tu dia gelap. Tapi aku ada baca blog, memang ada yang suggest stop kat dua tempat ni. Maybe next time aku akan stop kat Denmark & Walpole.

Xoxo,




Share:

2 comments:

  1. Kenapa tak sedap hati helda? Share sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca dkt next post Ros. Ada km citer. Hehe.

      Delete