Post-Mortem Perth Trip 2015

Assalamu'alaikum.

Berakhirlah sudah Winter Trip aku & keluarga di Perth, Western Australia. Walaupun dah setahun berlalu, memories di sana masih terpahat di hati. Gittuh~ Sorry kalau aku cerita mana-mana yang aku ingat je. Pasal budget memang aku tak ingat secara detail tapi secara kasarnya aku dah spend RM 4500 (termasuk penginapan, transport, makan, tiket masuk ke tempat-tempat menarik dan shopping untuk 4 orang dewasa). Bagi aku kira murah lah kan? Seorang jatuh dalam RM 1200 + RM1000 (flight ticket). Sebenarnya memang boleh jimat lagi tapi saje tak nak budget trip . Kekwat tak aku? Haha.

Kalau sebelum ni ada entry pasal persediaan ke Perth, mestilah ada entry untuk penutupnya jugak kan. Harapnya pada sape-sape yang terbaca entry ni, dapat ambik ikhtibar dan alert untuk trip korang ke Perth nanti especially kalau pergi time Winter. Kesimpulannya, berdasarkan kepada trip Perth Raya 2015 ni, dapat aku simpulkan:

  1. Gerak awal terutamanya yang pergi masa Winter dan berniat nak travel luar dari Perth City. Paling kurang jam 730am dah gerak keluar ke tempat-tempat yang ada dalam itinerary korang sebabnya masa winter, jam 500pm dah gelap. Laju pulak tu matahari jatuh. Serius laju. Korang memang boleh nampak matahari turun dengan lajunya. Hakak sado tak tipu.
  2. Kalau plan nak ke selatan atau utara Perth, sila target untuk sampai siang sebab highway kat sana memang takde lampu. Lagipun sepanjang highway tu view memang cantik dan walaupun dalam Google Maps tulis 4-5 jam sahaja, for sure kita akan singgah-singgah, posing-posing dan berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan yang kita tak penah nampak kat negara kita. Makanya plan lah untuk sampai siang. Jangan jadi macam aku yang kononnya 'takpe sampai malam. Dalam kereta je pun.'
  3. Prepare itinerary based on your kind of interest & masa. Jangan terpengaruh dengan blog-blog korang baca, termasuk blog aku. Sila tapis sebabnya kalau tak, jadi macam aku. Semua tempat nak pegi, alih-alih efek jadual yang lain. 
  4. Sewalah Internet. Tak dinafikan, trip aku kali ni agak kelam kabut sebab first time buat road trip. Jadi banyak tempat-tempat yang GPS tak boleh cari, tapi Google Maps boleh cari. So kinda waste your time & hope la kalau bergantung sangat kat GPS. Tapi GPS penting jugak sebabnya ada tempat-tempat yang takde line internet ni tapi GPS still boleh detect laluan kita.
  5. Proper plan for your meal kat sana. Kalau perlu bawak beras, bawak je. Kita ni perut melayu, memang nak nasik jugak. Jangan jadi macam aku yang bajet minah saleh ni. Konon tak nak bawak beras sebab berat & konon nak cari je makanan kat sana. Sekali, cirits birits kau. Ngeri! Dan jangan lupa cari susu dan biskut coklat kat sana. Sedap giler!
  6. Boleh plan itinerary awal 2-3 bulan, tapinya please study semula sehari dua dari tarikh trip korang. Paling penting, study semula dari airport tu, apa step seterusnya. So that bila korang touched down bumi Perth, dengan konfidennya korang dah tau mana nak pergi, apa nak buat dan apa yang nak dicari. Jangan jadi macam aku yang terlupa nak buat revision, terus kena panic attack. Hamek kau. Haha.  
  7. Be confident speaking in English! Tetambah yang travel ke negara matsaleh ni. Takyah takut atau malu atau teragak-agak. Dorang pun bukan betul sangat 'grammar'nya dan dorang bukan macam Malaysian yang gelak kalau speaking English berterabur. Haha. Sebab aku admit, takut-takut nak bertanya dekat local, punca trip kita akan delay or kita akan tersesat.
  8. Aku tak berapa nak syok bila sewa kereta dengan Bays Water Car Rental. Memang dia yang termurah tapi jadi kelam kabut nak hantar semula lepas guna. Dahlah beg banyak, takkan lah lepas hantar kereta kena angkut beg naik bus ke airport. Letih kot! Lainlah memang pegi trip dengan kawan-kawan je, boleh la kot. Maybe kalau ada rezeki ke Perth sekali lagi, aku nak sewa kereta yang boleh ambik dan hantar kat airport je. Senang.
  9. Bawak extension! Sebab kepala plug tu ada 1 je, point electric pulak untuk certain accom ada 1-2 je. Masing-masing ada dua phone, laptop lagi, nak charge bateri kamera lagi. Tu tak masuk kalau ada ipad, tab dan powerbank lagi. Jangan jadi macam aku yang last day tak dapat guna kamera sebab tak dapat charge. Arghh! Stress kalau ingat balek.
  10. Jangan sombong. Kalau jumpa orang Malaysia masa korang travel luar, dan mulut tu berat nak tegur, senyum dan angkat tangan sikit pun dah jadi. Make it as your habit & culture. Malu weh matsaleh ramah tamah tapi melayu sendiri sombong nak mampos. Baru datang Perth dah sombong. Kalau dapat ke bulan, agaknya jeling kat kita pon taknak. Haha. And last but certainly not least,
  11. Kalau nampak abam atau aweks salleh yang smokin hawts or memang taste korang, jangan malu nak tegur sebab aku percaya jodoh itu datang secara percuma. #statementmintaklempang HAHAHA!

Sekian dahulu post-mortem untuk trip Perth Raya 2015 aku ni, Setiap orang mungkin lain conclusion nya, ye dok? Depend pada apa yang kita lalui, rasai dan nikmati. Gittuh. Semoga aku, kau dan dia ada rezeki untuk jejakkan kaki ke bumi Perth(lagi). Amin. Walaupun macam-macam jadi, aku dan family memang suka sangat trip ni terutamanya di Albany. Next trip kitorang ke mana? Annyeong!

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment