Day 00: Persediaan ke Jeju, Korea Selatan.



Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah diberi rezeki untuk berjalan lagi. Kali ni kami nak ke Jeju, Korea Selatan! Yahoooo! Finally ada direct flight dari Kuala Lumpur ke Jeju. Sebelum ni kalau nak ke Jeju, kena turun Seoul dulu. Lepas tu baru naik flight ke Jeju atau option lain dari Seoul naik flight ke Busan. Kemudian naik ferry ke Jeju. Kitorang nak ke Jeju sebab nak celebrate birthday ayah aku pada 12hb Mei dan ayah aku yang tetiba nak sangat ke Jeju sebab dia tak pernah lagi ke Korea. Setelah berbincang dan tengok tiket flight ada promotion, kami sepakat untuk fly ke Jeju dengan Air Asia X Flight pada 08-05-2018 sehingga 14-05-2018 iaitu pada musim bunga! Woot woot! Memang tak dapat tengok sakura sebab dah habis tempoh tapi tak kisah pun. Asalkan dapat tengok Jeju. Dengar citer Jeju sangat cantik dan mendamaikan. Aku dah pernah ke Seoul dulu dengan mak dan adik aku. Kitorang rasa better ke Jeju je kali ni. Nak relaks-relaks sebab dah stress dengan trip awal tahun ritu. Haha.

Thanks to my adik yang pantas bab-bab book tiket flight ni, aku start membaca segala yang berkaitan Jeju dan antara persediaan yang kami dah buat:

|01|  TIKET FLIGHT

Adik aku check Skyscanner dan dia dapat 'detect' tiket promo Air Asia X Flight yang baru dilancarkan. Kami sepakat untuk book tiket fligh seperti berikut:

08/05/2018 : Depart dari KLIA (D7 501) pada jam 6.40am dan dijangka sampai Jeju pada 1.40pm.

14/05/2018 : Depart dari Jeju (D7 502) pada jam 2.50pm dan dijangka sampai KLIA pada 7.40pm.

Senang aku print screen terus detail bayaran untuk tiket flight.

|02|  CAR RENTAL 

Bila baca banyak blog traveler yang dah ke Jeju, dorang cakap public transporation tak berapa efisyen di Jeju. Kekadang kena tunggu bas sampai 2-3 jam. So kitorang decided untuk sewa kereta di Jeju. Untuk kereta sewa, selepas study itu ini, tanya orang sana sini, aku booked dari AJ Car Rental. Memang aku buat perbandingan dengan kereta sewa lain, AJ Car Rental paling murah. Aku booked kereta Kia K5 (2000 cc) dengan AT transmission. AT tu automatic la noks. Total harga kereta sewa untuk 7 hari 6 malam adalah sebanyak KRW237,000 termasuk CDW KRW 36,000. (kalau convert dalam RM 980). Oh untuk dapat 75% diskaun, kena register jadi member ok. Isi online je.

Ok lah kan untuk kami berempat. Debar jugak sebab kena drive sebelah kiri. 

|03|  INTERNATIONAL DRIVING PERMIT 

Dah kata nak sewa kereta dekat Jeju kan? So kena ada International Driving Permit (IDP) yang berharga RM150 dan valid selama setahun. Memula plan ayah atau adik aku buat IDP tu tapi bila aku pergi ke Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei, kos untuk buat IDP adalah sebanyak RM45 je. Apa lagi, aku cakap dekat adik, dia tak payah buat. Jimat duit. Aku rasa syok tak sangka sebab IDP Brunei murah. Siap tanya officer di kaunter banyak kali, IDP ni valid ke pakai dekat South Korea. Dia cakap VALID. Dia baru je balik dari South Korea. Bukan dekat kaunter je. Aku siap tanya officer yang sign permit aku ni, dia pun cakap IDP Brunei boleh pakai di South Korea. So, ok lah. Settle satu masalah tapi undang masalah lain yang menjadi punca trip kami kacau bilau. Nak tau apa dah jadi, tunggu first entry aku nanti. Hihi.

Anyway, untuk buat IDP ni, sediakan 2 keping gambar passport berlatar belakangkan warna putih, duit RM150 (kalau buat dekat Malaysia lah), salinan passport dan salinan lesen memandu.

IDP yang aku buat di Brunei.

Dalam IDP tu ada butiran kita. 

Senarai negara yang aku boleh guna IDP Brunei ni. Nampak kan South Korea ada dalam senarai tu?

|04|  ACCOMMODATION

Dah settle isu tiket flight, car rental booking dan IDP ni, kena book hotel/homestay pulak. Aku dan adik suka book accommodation via AirBNB sebab lebih murah dan yang penting nak dapat feel duduk rumah yang lengkap ada dapur, mesin basuh, ruang tamu dan sebagainya. Nak travel ni kenalah selesa & untuk rasa selesa tak semestinya kena bajet yang tinggi kan? Sebelum book rumah, kenalah ada basic knowledge pasal map Jeju. Selalunya rakyat Malaysia yang ke Jeju akan menetap di Jeju City atau Seogwipo City. Kira macam utara dan selatan Jeju lah.

Mount Halla di antara Jeju City & Seogwipo. Kira nak senang, Jeju City tu terletak di Utara dan Seogwipo di Selatan.

Bila dah study map, aku prefer untuk stay di Seogwipo sebab dia macam tak bandar sangat berbanding Jeju City tapi lokasi dia masih ditengah-tengah Jeju so senang kalau nak drive ke timur atau barat Jeju. Adik aku berjaya jumpa satu accommodation within our budget dan yang penting ada lift (kalau apartment) dan 2 bilik tidur. Kami memang tak suka pakat longgok semua dalam satu space atau tidur di ruang tamu sebab kami ni perempuan dewasa kot. Takkan nak tidur selonggok dengan ayah kan? Dan bila check review, accommodation tu dekat dengan Jungmun-Dong (Jungmun ni kira daerah yang ada dalam Seogwipo) dan mengadap laut. Tak Jeju lah kalau tak tengok laut. Hihi. So untuk accommodation pertama selama 3 hari di Jeju, kami booked:

Rumah ni sangat tenang. Luas dan mengadap laut.

  • Lokasi: Andeok-myeon, Seogwipo. 
  • Tarikh: 08/05/2018 - 11/05/2018 (3 malam)
  • Harga: RM 1,246.57.
  • Nota: Andeok-myeon ni sebelah dengan Jungmun-Dong. Dekat Jungmun-Dong ni banyak resort dan dekat dengan KPOP Muzium, Yellow Cafe, Teddy Bear Museum dan banyak lagi. Area Andeok-myeon dan Jungmun ni memang best sangat.


Motif utama kami tak nak duduk di satu rumah je selama 6 malam sebab takut rumah tu tak best. Hazab weh nak kena tahan 6 hari kalau rumah tu tak best. Walaupun ada good review, tapi kami masih nak ambil langkah berjaga-jaga. So untuk accommodation kedua untuk 3 malam berikutnya, gigih kami cari rumah lain di area Seogwipo tapi mostly kena menapak naik tangga. Kitorang bawak parents kowttt. Masa tengah scroll cari second accommodation, ternampak satu thatched house yang terletak di Seongsan-eup Folk Village. Aku cakap dekat adik, macam menarik je kalau duduk dalam rumah traditional Jeju. Dalam 30-45 minit drive dari Seogwipo. Memandangkan kami nak sewa kereta, why not kan, kami stay di sebelah Timur Jeju? Bila lagi nak fefeeling duduk rumah lama kan? So untuk second accommodation, kami booked:

Rumah traditional di Jeju. 

  • Lokasi: Seongsan-eup Folk Village
  • Tarikh: 11/05/2018 - 14/05/2018 (3 malam)
  • Harga: RM 1,037.02 - So, semalam dalam RM345 untuk 4 orang.
  • Nota: Seongsan-eup ni dekat dengan Seongsan Ilchubong, Udo Island, Sangumburi Craters. dan banyak lagi! 

So, total cost untuk penginapan kami berempat selama 6 hari di Jeju adalah sebanyak RM 2,283.59 untuk 7 hari, 6 malam. Kalau buat pecahan, seorang bayar dalam RM570 untuk penginapan di Jeju selama 6 malam. Ok la kan? Tips untuk pilih rumah di AirBNB di Jeju ni, pertama, check toilet dia sebab penginapan kami di Seongsan-eup Folk Village agak kurang selesa sebab toilet berak takde paip air. Dah lah jauh dari bilik mandi. Kami terlepas pandang di situ. Berbanding penginapan kami di Andeok-myeon, Seogwipo. Toilet berak sebelah shower je so boleh tarik paip shower. Hihi. Kedua, check rumah tu ada lift ke, kena naik tangga ke, on ground ke. Benda ni penting ok nak-nak bawak orang tua. Ketiga, untuk back-up (tapi benda ni aku tak tengok), check samada rumah kita nak book tu dekat tak dengan bus stop. Kot lah tetiba tak boleh sewa kereta kannnn~

Nampak tak jarak rumah pertama dan kedua yang aku booked? 


|05|  ITINERARY

Dah tau mana kami akan menginap sepanjang di Jeju, study pasal itinerary pulak. Yang penting kena senaraikan tempat yang menarik untuk dilawati (haruslah kena banyak membaca blog travel dan research pasal Jeju kan?), dan kemudian match kan dengan penginapan yang kami dah tempah. Senang cerita, senaraikan apa yang ada di utara, selatan, timur dan barat Jeju. Antara tempat yang wajar dilawati di Jeju:


UTARA JEJU (JEJU CITY)
  • Yongduam Rock (Dragon Head Rock)
  • Ice Museum
  • Jeju Love Land
  • Mysterious Road
  • Dongmun Market

SELATAN JEJU (SEOGWIPO CITY)
  • Jeongbang Waterfall
  • Cheonjiyeon Waterfall
  • Cheonjeyeon Waterfall
  • Submarine Museum
  • O'Sulloc Tea Museum
  • Jeju Sanbada ATV
  • Seogwipo Olle Market
  • Jusangjeolli Cliff
  • Teddy Bear Museum
  • Oedolgae
  • Mount Halla (Halla-san ni boleh di access dari banyak tempat)

TIMUR JEJU (SEONGSAN)
  • Manjanggul Cave & Gimnyeong Beach
  • Maze Land
  • Seongsan Ilchubong
  • Seopjikoji
  • Seongeup Folk Village
  • Udo Island
  • Woljeongri Beach
  • Sangumburi Craters

BARAT JEJU (HALLIM)
  • Terseum
  • Hallim Park
  • Hyeopjae Beach
  • Jeju Glass Castle
  • Miniature Theme Park
  • Yongmeori Coast (takdelah ke barat sangat ni. Lebih ke utara. Barat utara camtu. Hehe)
  • Sangbansan

Dan banyak lagi. Dari senarai ringkas ni pun dah nampak better stay dekat Seogwipo atau Seongsan kan? Hehe. Anyway, itinerary aku memang based on utara - selatan - timur - barat ni. Di barat Jeju macam tak banyak sangat tempat menarik tapi still boleh di-consider kalau pergi lama macam kitorang.

|06|  TRAVEL INSURANCE 

Mengambil iktibar dari trip ke India yang lepas, aku beli insurance dari AXA Travel Insurance. Seorang dalam RM39 so total untuk 4 orang adalah sebanyak RM156.00.


|07|  POCKET WIFI

Disebabkan kami nak drive di Jeju, aku booked Samurai Pocket Wifi tapi seminggu sebelum fly, aku cancelled sebab adik tak nak ayah aku guna Internet. Hahaha. Ayah aku sangat obses dengan telefon bimbit dan Internet so tak nak spoil mood kami masa travel, adik mintak aku cancel-kan booking aku. Dia cakap nanti dekat sana kita redah je sebab bawak kereta kan. So boleh je pusing-pusing atau tanya orang. Actually selain Samurai banyak je lagi operator pocket wifi ni dan ada jugak website yang jual simcard untuk simcard Korea. Boleh check di https://hello1010.my/


Contoh simkad Korea yang dijual di Hello1010. Thank me later! Haha.



|08|  KOREAN WON

Bab tukar duit ni, aku suruh adik yang buatkan sebab dia rajin turun MidValley. Katanyer rate di money chnager MidValley cun jugak berbanding money changer tempat lain. Masa dia tukar korean won tu, rate semasa adalah KRW1 = RM3.83. Tapi kalau nak senang kira, KRW1=RM4.

Duit won. Setiap note gambar icon lain-lain. Rasanya Korean Won je yang setiap nilai duit ada muka lain-lain.

|09|  BEKALAN MAKANAN

Last but not least, aku order daging dendeng dari kawan aku, Faliza Rich Enterprise. Serius sedap dan convenient bila bawak untuk travel sebab dia packed dalan packaging kecik-kecik. Aku order dalam 1kg jugak. Boleh hubungi kawan aku kalau nak order: +60 17-451 9541. Memang berbaloi. Dan aku ada jugak bawak jem roti (make sure letak dalam beg yang nak masuk kargo. Jem kitorang kena buang dengan kejamnya ke dalam tong sampah), roti gardenia, beras, dan sewaktu dengannya.

Ayah aku cakap boleh order lagi kalau travel.


Rasanya itu je kot persediaan kami untuk ke Jeju. Ada drama sebenarnya bila kami sampai Jeju. Nanti aku story. Hehehe.


Sekian.


Notakaki:

Untuk trip ke Jeju ni, ayah aku dah borong travel adapter banyak giler dari AliExpress. Puas hati. Hahaha.

Kebanyakan plug point di Korea macam ni. So sila bawak adapter yang betul.


Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment