Day 03: Osaka, Japan (Part 1)

Assalamu'alaikum.

03|12|2016 Sabtu. Syuruk di Jepun sekitar jam 630 am gituh. Tapi 630 am baru aku terjaga. Haha. Mohon jangan jadik macam aku ye. Aku letih sangat semalam sebab sampai je bumi Nippon, terus berjalan sampai malam. Aktiviti pagi ni, sementara orang lain bangun, mandi dan bersiap-siap, aku prepare breakfast untuk family. Chef Instant katanyer. Menu breakfast kitorang; Nasi Lemak Brahim's, Telur Rebus, Sambal Bilis, Daging Dendeng dan tak lupa jugak ada nasi impit bersama serunding. Memang thorbaiklah!

Menu breakfast kitorang pagi ni. Mengancam tak? Kenyang perut senang hati nak berjalan. Keke.

Hari ni kitorang nak berjalan ke Osaka! Kalau mcm tu, kenapa tak bermalam di Osaka je? Nanti aku story sebab apa kitorang bermalam di Kyoto dan bukan Osaka. Anyway, dah siap mandi dan makan, dalam jam 830am tu kitorang bergerak keluar menuju ke Kyoto Station. Agak lambat sebenarnya tapi pergi dengan parent, mana boleh rush macam ikut travel agent. Tak lari Osaka dikejar.

Ayuh ke Kyoto Station! Cuaca pagi ni agak sejuk dalam 8° celcius.

Pabila Wan berbicara dengan Adam. Adam, awak muda lagi but why u look so tired? Haha.

Melintasi zebra crossing di Kyoto Station.
Dari Kyoto Station untuk ke Osaka, boleh naik JR Tokaido-Sanyo Line dan turun di Osaka Station. Perjalanan dari Kyoto ke Osaka mengambil masa dalam 30 min je. Tapi depends pada jenis train yang korang naik. Kalau naik shinkansen,  dalam 15 minit dah sampai. Kalau naik limited train, dalam 30 minit sampai sebab dia berhenti di beberapa station je. Kalau naik train biasa inter city tak silap aku, dalam sejam baru sampai sebab dia akan berhenti di setiap station yang dia lalu. So sebelum beli tiket tu, tengok betul-betul jenis train yang korang naik ok?

Acara wajib setiap kali masuk train station. Hahaha. Disebabkan beli JR Pass, so untuk ke platform, kitorang tunjuk je JR Pass tu. Pastikan tunggu di platform yang betul ok? Nak lebih selamat, masa tunjuk JR Pass, tanya je officer tu, nak ke Osaka tunggu kat platform mana.

Naseblah ada escalator tapi tak semua entrance/exit di train station ni ada escalator tau. Anyway cantik tak adik aku? Hahaha. #promoteadiksendiri

Keadaan dalam train JR. Masa ni memang tak nampak ramai orang. Helok je gambar ni diambil, berpusu-pusu orang masuk. Nampak busy sentiasa orang Jepun ni. Taktau depa ni nak pi mana. Train sentiasa penuh je.

Anyway, plan jalan-jalan Osaka ni kitorang refer pada apa yang Osaka Amazing Pass(OAP) offer. Hah, apa tu Osaka Amazing PassOsaka Amazing Pass ni adalah sejenis pakej untuk tour Osaka dengan kadar lebih jimat sebab dia offer free-rides for any trains and buses (except JR Line), free admission di beberapa tourist hot spot dan ada jugak diskaun-diskaun yang meletops untuk makanan dan tempat-tempat yang terpilih. OAP ni ada dua; One-Day Pass (¥2300 seorang)  & Two-Day Pass (¥3000 seorang). Haaa tak ke menarik?  

Sampai je di Osaka Station, maigawt! Osaka Station ni tersangatlah besar bagi aku. Celaru kejap bila turun dari train. Taktau nak tuju mana. So aku suruh parent aku tunggu kat satu tempat, sementara aku dan adik pegi tanya nak beli kat mana Osaka Amazing Pass. Mak aku macam biasalah, cari toilet dulu. Hehe. Bagi aku orang kat Osaka ni takdelah friendly macam orang di Kyoto tapi bolehlah setakat nak tanya arah sikit-sikit. Tak nak buang masa, dah agak-agak tau mana nak pegi, kitorang terus turun ke bawah untuk beli OAPKaunter dia berdepan je dengan JR Kaunter di Osaka Station. Kat mana JR Kaunter tu? Tanya je orang. Haha.  


Haaa, inilah part of Osaka Station. Tak ke besar tu? Aku rasa lagi besar dari KLIA2 kot. Ada jugak kedai-kedai kalau nak shopping. Di Osaka pada masa ni 4° celcius hokey! Sejuk yakmat. Lagi sejuk dari Kyoto. Adoi, menyesal tak bawak baju tebal.

Kesian adam. Sweater ni tak mampu nak panaskan dia sebab memang sejuk giler. Belakang Adam tu la shopping mall. Hebat kan?
Masa aku tengah beratur, ada sorang awek Malaysia tegur. Dia tanya pukul berapa JR Kaunter bukak sebab dia baru sampai dan masa tu dah pukul 9.15am tak silap aku. Seingat aku JR Kaunter memang bukak 10.00am ke atas melainkan JR Kaunter di airport-airport utama je bukak seawal 6.30am. Hmm, masak ko nak tunggu dik dalam sejuk cenggini. Wish you all the best dik! Untuk info, Osaka Amazing Pass ni hanya untuk orang dewasa je. Kebanyakan tempat di Osaka ni free for children below 13 years old, so untuk kanak-kanak macam Adam, just belikan Osaka-Day-Pass dalam ¥300. Osaka Day Pass ni valid untuk sehari dan boleh naik mana-mana train dan bas sampai lebam. Boleh beli Osaka Day Pass ni kat memana mesin tiket. Kalau tak tau nak beli, tanya orang kaunter siap-siap atau mintak tolong pakcik yang jaga mesin ticket di memana train station untuk belikan.


Osaka Amazing Pass. So kalau nak naik train, scan je barcode kat palang elektronik tu. Kalau naik bas, aku tak pasti sebab kitorang tak naik bas. Kalau nak masuk memana tempat-tempat menarik, tunjuk pass ni ok? Nanti officer yang jaga tempat-tempat tu akan scan pass korang. Jangan kasik hilang pulak ok?
Selesai urusan membeli Osaka Amazing Pass ni, belek-belek brochure dia dulu sebab nak tengok mana tempat yang free, mana yang berbayar. Dan tempat pertama kitorang nak tuju adalah Osaka Museum of Housing & Living! Dari Osaka Station, naik JR Osaka Loop Line dan turun di Temma Station. Then kena jalan dalam 750m untuk sampai ke Osaka Museum of Housing & Living ni. Sepanjang jalan 750m, kiri kanan penuh dengan bermacam-macam jenis kedai ala-ala Petaling Street gituh. Memang happening!


Turun je dari Temma Station, akan nampak ini McD. 

Inilah jalan sepanjang nak ke Osaka Museum of Housing & Living tu. We called it shopping street gittuh. Happening kan? And it's covered! So takyah risau hujan ke apa. Leh jalan & shopping dengan aman.

Yeay! Adam dapat baju baru! Disebabkan sweater yang dia pakai dari Kyoto tu agak nipis untuk cuaca yang sejuk beku di Osaka masa ni, atuk dia belikan sweater yang lebih tebal. Dalam RM15 je tak silap ku.

Jalan lagi, jumpa kawasan ni. Kedai makan pun banyak. Tapi non halal lah ye.

Ikut pada pengamatan aku, barang-barang yang dijual kat sini agak murah berbanding tempat-tempat lain yang kitorang pegi di Jepun. Winter coat, trench coat, etc semua ada! Tapi universal adapter takde! Kitorang masuk kedai electric kottt. So jangan lupa bawak universal adapter dari Malaysia ok?
Mengah bhai nak berjalan dengan cuaca sejuk ni. Sampai ke penghujung jalan, tengok signage menunjukkan Osaka Museum of Housing & Living Museum tu terletak di sebelah kiri jalan tapi bila tengok, bangunan tinggi kowtt. Biar betul museum tu dalam ni? Tapi kitorang follow je signage tu.

Gambar ni ehsan dari google. Anyway Osaka Museum of Housing & Living terletak dalam bangunan tinggi ni lah. I'm amazed~
Osaka Museum of Housing & Living adalah yang pertama seumpamanya di Jepun yang mempamerkan sejarah dan budaya perumahan di Jepun masa zaman pertengahan Edo hingga selepas perang Jepun (1800-1950). Yang menariknya, dorang re-create suasana klasik rumah dan jalan dulu-dulu dalam bangunan highrise ok! Siap korang boleh experience sendiri waktu pagi, siang dan malam melalui pelbagai bentuk pencahayaan as if kita hidup kat zaman tu. Hebat kan? Di museum ni, boleh jugak nak sewa kimono & yutaka. Kot la korang berangan-berangan nak betul-betul feel hidup di Osaka zaman dulu-dulu. Unfortunately, untuk sewa kimono & yutaka ni, dia ada slot. Masa kitorang sampai tu, 2-3 slot dah penuh. Kalau nak sewa jugak, kena tunggu dalam sejam lebih. So kitorang decided takyah tunggu, jalan je tengok-tengok exhibit yang ada dalam museum ni.

Bergambar kenangan dengan family di salah sebuah rumah. Korang boleh masuk dalam rumah ni dan bolehlah posing seolah-olah ini rumah korang. Tapi sebab aku malas tanggalkan kasut, aku tengok dari luar je.

Set up rumah dan suasana dalam ni menggambarkan keadaan di Osaka pada masa dahulu. Bersih je kan? 

Di salah satu jalan yang terdapat dalam museum ni. 

Di kawasan kedai-kedai. Kecik giler kawasan dia. Nampak sangat Japanese ni memang kecik-kecik saiznya. Agaknya kalau aku hidup zaman tu, aku leh jadik sumo legend kot? Haha.

Beginilah keadaan dalam rumah-rumah orang Osaka dulu. Kecik je. Aku suspek ni rumah untuk penduduk kelas bawahan. Masuk je rumah ni terus jumpa dapur. Kawasan living dan dining berlevel agak tinggi dari level dapur.

Aku suspek ini rumah untuk orang yang berpangkat besar sebab ada halaman, ada open verandah unlike rumah kat atas yang masuk je terus dapur. Orang dulu-dulu akan basuh kaki dulu (nampak tak batu tu?) sebelum pijak verandah ni.

Perigi. Kat Malaysia pun ada. Haha. Agaknya lagi tinggi status orang tu, depends on ada perigi ke tak kot? Orang-orang susah ni kena ambik air dekat sungai je kot?

Rumah ni halaman dia paling luas. Mungkin ini rumah penghulu kampung. Verandah dia pun lagi lebar berbanding rumah-rumah lain. Even bekas batu nak cuci kaki pun, rumah ni punya paling besar. Jujurnya aku suka senibina rumah Jepun sebab low level verandah dia dan arrangement spaces agak simple dan modular gittuh.

Kerana adik-adik aku turutkan.Haha. Tak paham betoi aku kenapa dorang suruh buat gaya cenggini. Pastu bising-bising sebab aku tak reti buat. Haha.

Mood Adam dah kelaut. Bosan katanyer. Museum kottt. Bagi aku takdela apa yang menarik sangat dalam ni. Hahaha. Naseblah entrance fee free sebab ada Osaka Amazing Pass tu.

Pelancong lain yang tak ketinggalan nak try pakai Kimono (untuk perempuan) & Kutaka (untuk lelaki). Kadar untuk sewa kimono & yutaka adalah sebanyak ¥300 seorang.

Lepas keluar dari kawasan perkampungan jadian tu, kena lalu kawasan pameran ni dulu. Bonda aku bergambar dengan model Bandar Osaka yang tak pasti tahun ke berapa. Hehe.

Dalam pameran ni, banyak info boleh dapat berkaitan perkakasan zaman dulu dan lain-lain.Menarik kan?
Selesai berjalan dekat dalam, bergambar pulak dengan ilustrasi perkampungan Osaka di zaman dahulu

Last stop sebelum keluar dari museum. Singgah beli keropok apetah tapi sedap gila! Tak sempat nak ambik gambar sebab semua dah lahap dulu. Memang lepas tu cari dah tak jumpa.
Lepas keluar dari Osaka Museum of Housing & Living ni, next destination adalah Osaka Castle! Rugilah kalau dah sampai Nippon, tak tengok istana dorang kan? Aku tak perasan ada train station yang betul-betul sebelah bangunan Osaka Museum of Housing & Living. Dalam 77m je. Cait! Penat hakak jalan kaki pagi-pagi. Anyway, untuk ke Osaka Castle boleh naik train Tanimachi Line di Tenjinbashisuji 6-Chome Station (korang yang nak ke Osaka Museum of Housing & Living boleh turun kat stesen ni ok?) dan turun di Tanimachiyonchome Station thennnnnnnnnnnnnnn kena menapak lah sejauh 1.5km hokey! Huhu. Tak tau apa salah aku kena menapak jauh-jauh ni. This is not what I've imagined of my Japan Trip! Hahaha.

Laluan untuk turun ke Tenjinbashisuji 6-Chome Station yang terletak sekentut cuma je dari Osaka Museum of Housing & Living. Noharommm~ 
Adam memang mengada-ngada suruh orang dukung dia. Naseb Wan layan. Waiting for our train to Tanimachiyonchome Station. Untuk info, kitorang just touch & go je kad Osaka Amazing Pass untuk masuk ke platform. Untuk Adam pulak, aku belikan Osaka-Day-Pass for kids ¥300. 
Ini lah Osaka-Day-Pass untuk Adam. Kitorang tanya pakcik yang jaga kaunter. Walaupun ayam dan itik, tapi dia faham lah yang kitorang nak pass untuk bebudak je bila tunjuk Osaka Amazing Pass tadi. Nampak sangat ramai tourist dah tanya dia. Hahaha.

Sampai je di  Tanimachiyonchome Station, kitorang kena menapak for about sejauh 1.5km untuk ke Osaka Castle. Kitorang ikut orang jalan ramai-ramai je sebab guna Google Maps quite confusing kowttt~

Sepanjang jalan untuk ke Osaka Castle memang dihiasi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Kagum kejap aku. Terteleng-teleng kepala nak tengok bangunan-bangunan ni.
Jalan depan lagi, jumpa pokok-pokok kekuningan. Still Autumn kan~ Subhanallah memang cantik. Match pulak dengan mafla Kedah adik terhensem aku. Hahaha. Hidup Kedah!

Cantik kan gambar aku tangkap ni? Hahaha.

Kaki silang kena maintain. Haha. Sebelah kiri penuh dengan bangunan-bangunan tinggi. Sebelah kanan penuh dengan pokok-pokok macam ni. Subhanallah~
Abah, ibu dan Adam yang dah tak larat nak jalan. Tu la, orang ajak pegi New Zealand, tak nak. Nak jugak pegi Jepun. HAHAHAHA. Tapi serius, sangat sakit kaki berjalan di Jepun.
Disebabkan dah masuk waktu makan tengahari, kitorang plan makan je dekat sini sebab kitorang memang ada bawak bekal. Nasi impit, daging dendeng, sambal bilis & serunding. Serius nyaman(sedap) yakmat. Cari port yang lapang dari orang, then apa lagi, moh ler kita lahap beramai-ramai. Lapor giler kowt dengan cuaca yang sejuk ni.

Sebab tengok dorang bawak anjing, so kitorang makan atas batu ni. Macam meja pulak kan? Nampak tak buah limau tu? Mak aku beli kat Lawson. Manis siakkk! Pegi Jepun, korang wajib beli dan rasa buah-buahan dorang. Manis!

Tengah makan pun jadik bergambar. Memori kan, rugilah datang jauh-jauh, rakam memori dengan mata & otak je. Kemain kau Adam. Lupa kat mak ayah dia la tu. Haha.

Lah.. Tak habes lagi bergambar?
Okay, dah kenyang, moh kita bergambar lagi. Hahaha. Taman ni sangatlah bersih. Kawasan sekitar pun bersih. Stesen train dia je agak kotor. Tak tau pasaipa.
Master planning of Osaka Castle ni macam hierarchy. Keliling kawasan istana adalah parit buatan manusia hokey! Mcm mana lah dorang boleh korek sampai jadi besar cenggini. Ini pun sisa-sisa je katanyer. Ikutkan lagi besar dan dalam katanyer. Naseblah aku tak hidup zaman dulu. Parit besar ni adalah sebagai protection dorang dari musuh. 

Besar kan tembok dia? Somehow aku rasa sebak bila datang ke sini sebab aku terbayang macam mana orang dulu survived. Kekadang tengok movie, kena seksa bagai. Dengan sistem kasta lagi. Syukur hidup di zaman moden ni.

Come on Adam! Sikit lagi nak kena jalan. Huhu. Entrance pertama untuk ke Osaka Castle. Tak sampai-sampai lagi. Kaki aku macam dah nak tercabut dah.
Tapi sempat lagi bergambar dengan bersilang kaki bagai. Hahaha. Sejuk giler hokey masa ni. Nampak je terik.
Serius aku tak sangka adik aku ni spesis muka tebal jugak. Hahaha. Nampak tak entrance tu? Adoilaaaaa. Jom menapak lagi. *nanges*
Pintu gerbang pertama. Giler ahh besar. Pelancong agak ramai masa ni.

Jalan..jalan..dan jalan lagi. Entah bila nak sampai ni.

Say Hi to the camera please~ Sila exercise banyak-banyak sebelum datang ke Jepun hokey?

Masuk je kawasan castle ni, banyak batu-batu besar. Aku suspek ni sisa tembok-tembok pertahanan dorang. Kawasan ni sangat cantik dengan landscape yang menghiasi kawasan. Gittuh ayat Bahasa Melayu baku aku. Haha.

Lagi 1km lagi. Google Maps menipu! Bukan 1,5km dah ni! Lebih dari 10km dah kitorang berjalan. (Over kau 10km.Haha)

Di pintu gerbang yang kedua. Berapa banyak pintu gerbang daa. Sebelum masuk ke pintu gerbang ni, ada gerai-gerai jual aiskrim, pancake, takoyaki dan macam-macam lagi lah. Memang happening. Masing-masing haus dan lapar sebab banyak berjalan. Bukan kitorang je.

Moh makan ais krim dulu. Datang Jepun memang hari-hari kitorang makan ais-krim. Haha. Cone di cantik tapi mahal sikit kalau banding tempat lain. Tak silap aku dalam ¥400.  Macam-macam flavor ada tapi aku banned Green Tea Ice-cream. Pahit! Hahaha.

Osaka Castle! Bapak tinggi. Rasa nak caruts je. Haha. Means aku kena mendaki hokey! Aku rasa castle ni lagi besar dari kat Korea. Zaman dulu lagi dah nampak Jepun memang conquer technology kot kan.
Interior Osaka Castle ni dah di ubah suai hampir 50%, sesuai untuk kunjungan pelancong dan sebagai muzium. Siap ada lift hokey! Kagum aku dengan arkitek yang plan renovation castle ni. Bukan senang hokey sebab bangunan lama ni kekadang guna pakai style, material, teknikal dan lain-lain yang takde di zaman sekarang. Salah plan, boleh roboh kottt~ Anyway kitorang tengah que untuk naik lift je sampai ke atas. Tak koser nak naik tangga dah.

Tadaa~ View dari atas castle. Boleh nampak Osaka. Memang berhimpit sikit sebab ramai sangat orang.

Berada di atas ni, aku boleh faham kenapa Raja dorang buat castle tinggi macam ni. Memang boleh nampak semua kat bawah. Agaknya orang nak serang pun susah. Tinggi giler.
Alhamdulillah. Selesai jugak kunjungan kitorang kat Osaka Castle. Osaka Castle ni dibahagikan beberapa level untuk exhibit barang-barang dan sejarah-sejarah dulu. Few levels takleh tangkap gambar. So sila ikut rules. Toilet pun ada dan ianya sangat selesa. Rindu pulak aku kat toilet di Jepun. Selesa, meyakinkan, bersih dan tak berbau. Selesai semua, kitorang turun dan mula cari tempat untuk solat jamak qasar takhir. Dalam 3 jam jugak kitorang habeskan kat sini sebab kawasan dia tersangatlah luas.

Public show di kawasan laman castle.

Cari punya cari, jumpa tempat lapang yang tersembunyi sikit. Siap ada toilet dekat area ni tapi toilet dia agak berbau. First toilet kat Jepun yang busuk. Aku masuk untuk ambil wudhu je. Gambar ni bukan nak tunjuk kitorang solat tapi nak tunjuk tempat-tempat yang boleh dijadikan tempat untuk bersolat sekiranya kita di negara yang majoritinya bukan Islam. Gittuh~

Sebelum keluar dari castle, ternampak area ni. Meh kita bergambar lagi. Sebenarnya kaki dah sakit. Tu yang carik alasan nak duduk. Hahaha.

Menapak lagi ke station tadi. Adoi. Anyway, kebanyakan manhole cover di Jepun, bercorak cenggini tau. Unik kan?

Leh bayang tak life kitorang kat Jepun masa ni? Hahaha.
Ok, kaki macam nak tercabut. Ayah dan mak aku asyik tanya lepas ni nak pegi mana. Dorang dah tak larat tapi baru 2 tempat pegi. Ikutkan aku pun macam nak surrender tapi mengenangkan duit dah spent bayar itu ini, beli pass itu ini, gagahkan diri jugak. Next destination kitorang adalah Tempozan Ferris Wheel sebab nak tengok bandar Osaka dari atas. Niat asalnya sebab nak naik masa sunset tapi macam dah tak sempat sebab bila kaki dah sakit, jalan pun dah slow. Dan musim winter ni, pukul 5--pm dah gelap. Dah tu, nampak apa gelap-gelap kalau naik Tempozan Ferris Wheel tu. Aku sambung next entry ok? Adios~

Notakaki:
Bagi aku meletihkan jalan-jalan di Osaka sebab rasa macam terkejar-kejar nak lawat sebanyak mungkin tempat-tempat yang ada dalam maps Osaka Amazing Pass. Dah bayar ¥2300 seorang kowt kan. Kalau boleh biarlah berbaloi. My advise, check dulu berapa harga tiket masuk untuk setiap tempat. Then korang tuju dulu tempat-tempat yang entrance fee dia tinggi. Dan pastikan korang bawak bekal roti potong beli kat Lawson ke, biskut ke, telur rebus ke. Senang nak sumbat dalam perut bila lapar sebab musim sejuk ni membuatkan kita sangat cepat lapar dan letih.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment