Day 03: (Part 2) Perth-Albany, Western Australia

Assalamu'alaikum.

Aku ni bukanlah big fan of zoos tapi sebab menatang-menatang kat Caversham ni takde kat Malaysia, sebab tu aku rasa tempat ni wajib singgah. So, ada apa di Caversham Wildlife Park ni? Kangaroos, Koalas, Wombat dan macam-macam lagilah menatang yang takde kat Malaysia. Bayaran masuk ke sini adalah sebanyak AUD 28 seorang tak silap aku. Lepas bayar tu, tiba-tiba perut mak aku menggigil lagi. Berlari dia ke toilet. *Sigh* Mak aku cakap toilet kat Caversham ada pipe air. So, berlegar-legarlah kitorang dalam tu. Bukan berlegar-legar dalam toilet ye. Tapi berlegar-legar dalam zoo tu. Haha. Nak cakap banyak-banyak pon takde gunanya since aku pon bukan pakar binatang. Kucing datang dekat pon dah histeria. Huhu. Oh, di Caversham Wildlife Park ni ada beberapa pameran dan pertunjukan like bogelkan sheep dan bergambar sebelah wombat. You just need to refer pada pamphlet yang dorang akan bagi. Masa dan tempat aktiviti ada dalam pamphlet tu, make sure jangan terlepas. So layan je gambar-gambar kitorang kat Caversham ni.

Si Peter tu dah membogelkan sheep tu. Laju giler dia togelkan bulu sheep tu.
 Ayam serama ke ni? Cam pelik jek.

 Busuk giler dalam kandang ni tapi dah nama pon zoo. What do we expect kan?

 Mak aku tengah ambik mood nak ke toilet lagi.

 Kandang Wombat pon bersih je. Haha.

 Wombat ni macam oink oink pon ada.

 Hanya Allah je yang tau betapa gigilnya aku masa ni. Kangaroo ni kecik je sebab bela. Kalau kangaroo liar besar giler. Sama size macam statue kangaroo yang aku
 jumpa masa jalan-jalan Perth CBD on 2nd day tu.

 Happiness is when you're travelling with your family.

 Masa ni aku dah buat drama. Tiba- tiba je si hakak saleh ni talakan si Wombat kat aku. 
Apa lagi, meraung lah! Haha. Kuasam hakak saleh ni.

 Acah acah berani je ni bergambar dengan koala. Kita tak boleh pegang koala ni dengan tapak tangan. Sebab dia sensitif. Kalau nak usap, guna belakang tapak tangan je. 
Dah la tido sampai 20jam tak silap. Dasar!

 Makanan koala pon kita takleh pegang sebab boleh hilang bau katanya. 
Ada cara nak pegang. Ntah pape. Haha.

Konon nak belikan susu untuk mak aku je sekali rasa sedap giler susu coklat dia. Apa lagi, berkotaklah aku beli. Buat bekalan untuk ke Albany. 

Selesai sesi lawatan di Caversham Wildlife Park, kitorang pon bergerak menuju ke Albany. Ikut rancangan asal, nak singgah ke Margaret River Chocolate Factory tapi sebab tadi kitorang bertolak lambat sikit, dan disebabkan winter menyebabkan matahari terbenam dengan cepat, dan untuk sampai ke Albany mengambil masa selama 4jam 45mins, so terus skip lawatan ke situ. Lagipun kitorang kan duduk Langkawi, so dah jemu dengan coklat. Cewah, eksen kau. Keke. Anyway, dengar citer hot chocolate dekat Margaret River ni wajib rasa. Highway sepanjang untuk ke Albany sunyi je. Sekali sekala je ada kereta lalu. But still tak rasa takut sebab highway dia helok sangat ye. Takde lubang-lubang ni. Makin menjauh kitorang ke selatan Perth, makin sejuk kitorang rasa. Dalam kereta memang pakai heater sebab sejuk menggedik kowt. Solat pun kitorang solat dalam kereta. Ayah aku bentikan kereta tepi jalan, amek wudhu' then solat sambil duduk sebab kat luar basah baru lepas hujan. Islam kan mudah je. Takyah meraung raung or menanges kalau takleh berdiri untuk solat secara sempurna ok? Perjalanan diteruskan dan cuaca semakin nak gelap gittuh. Mak aku sekali lagi nak ke toilet. Perut aku pon dah memulas-mulas dan untuk pengetahuan korang aku memang geli guna public toilet. So aku tahan selama 8 jam nak terberak tu. Huhu. So ayah aku berenti dekat stesen rehat kat situ untuk mak aku membuang, dan aku serta ayah aku bergambar kat luar. Hihi. Sejuknya mak aih kat luar.

Ni lah stesen untuk stop isi minyak or beli apa-apa untuk perut.

 Sunyi sepi highway. Ala-ala bandar cowboy tapi I like~

Perjalanan diteruskan. Aku usha-usha kot kot ada kangaroo liar melintas. Takdela pulak. Tapi sepanjang jalan tu ada la sekali dua ternampak bangkai kangaroo liar mati kena langgar kot. Memang besar! Untuk ke Albany, aku set kat GPS je. So perjalanan kitorang berpandukan GPS. Stop sekali lagi untuk isi minyak dan mak aku nak ke toilet dan aku nak beli makanan dan minuman yang patut sebab perut dah start berbunyi. Kiorang berhenti di Riverside House ni. Untuk info, harga minyak lain-lain tau di setiap station. Makin jauh dari bandar, makin mahal. Tapi nak taknak memang kena isi pon minyak kereta kan. Jangan lokek isi penuh ye sebab kita taktau apa yang ada kat depan kita.

 Second stop kitorang untuk isi minyak dan melantak. Kat sini lagilaaa sejuk! 
Cuaca pon makin nak gelap.

 Welcome to Liberty~ Aku beli telur untuk masak esok. Harga dia mahai gak ah 
dalam AUD6 untuk 12 biji tak silap. Ada vege pastry, egg sandwiches dan hot chocolate. 
Ada jugak chocolate croissant. Aku beli semua tu untuk alas perut. Haha.


 Fesyen meletops hakak sado. Nanges Che Ta tengok ni. Keke.

 Nampak tak kawasan hijau nan luas as backgroud?

Perut kenyang senang hati!

Lepas dari station ni, makin kedepan, makin cantik view dia. Kiri kanan ada ladang yang hijau meluas macam gambar kat atas ni. Binatang-binatang ternakan pun banyak. Eii geram tengok. Rasa cam nak berguling-guling je atas padang rumput tu. Disebabkan hari semakin menggelap, kitorang takdela berhenti tepi jalan nak ambik gambar padang rumput tu. So, kitorang teruskan perjalanan ke Albany. Akhirnya setelah menempuh 5 jam perjalanan, selamat jugak kitorang sampai di Pelican-Albany Middleton Beach lebih kurang jam 800pm. Senang je cari rumahnya walaupun takde lampu jalan. Memang gelap gelita highway nak ke Albany dan even dah sampai Albany pon, kedai-kedai memang tutup. Tuan rumah yang aku booked ni just tinggalkan kunci rumah kat luar pejabat je (pejabat sebelah rumah je) since aku memang dah message awal-awal, yang kitorang akan sampai lambat. Senang kan? Guesthouse yang aku booked ni 2 tingkat, 3 bilik, boleh muat 6 orang. Kitchen dia lawa giler. Complete with kitchenware, washer & dryer. Saje nak bagi parent rasa duduk rumah mat saleh. Hihi. Ni aku kasik sikit sneak peek of the house. Aku booked untuk semalam je = AUD 210. Sepatutnya untuk trip di Albany ni kena allocate atleast 2 hari sebab rasa cam tak berbaloi duduk sini sehari je sebab Albany sangat lawa!

 Dapur yang complete dengan semua benda. Disebabkan sampai malam, semua kedai dah tutup, tak sempat membeli belah untuk masak dinner. So makan apa yang ada je.

 Toaster pon ado!


 Takde idea nak makan apa. Nasi impit dengan telur rebus. Boleh? Haha.

 Ada washer dan dryer. Senang.

 View dari dining area ke living area. Staircase tu untuk ke first floor. Free wifi pon ada.

 Ayah aku berehat di family area first floor. Memang mabeles rumah ni. 
Kitorang puas hati especially mak dan ayah aku. Yeay!

Susu tu ada banyak flavor. Wajib cari tau kalau pegi ke Australia.

Disebabkan aku selalu travel ke tempat-tempat yang tak sejuk, aku tak tau mana nak cari heater rumah ni. Setahu aku pasal sistem rumah di tempat-tempat sejuk, dorang ada install heater di lantai. So once kita switch on suis heater, lelama lantai rumah akan jadi warm dan bilik pon akan warm. Tapi aku cari suis heater memang tak jumpa. End-up aku tido dalam kesejukan, solat pon tergigil-gigil. Pengalaman yang tak best buat aku. Adik aku yang study kat UK patut tau lah bentuk suis heater tu kan? Tapi dia cari suis tu pon tak jumpa. Keliling rumah ok kitorang tawaf tapi memang tak jumpa. *Sigh* What to do, terpaksa gak tido sebab esok pagi dah kena keluar untuk tour bandar Albany ni before bergerak ke Augusta. Macam rushing la jugak sebab tu aku cam nyesal susun jadual cenggini. Patut memang kena tido dua hari kat Albany. Kita sambung next entry. Sekian.

Notakaki:

Masa aku memulas isi perut yang dah 8 jam aku tahan, aku belek la toilet tu. Sebelah water closet tu aku nampak ada macam suis pelik. Aku tekan-tekan macam takde effect pape so aku diamkan aje. Rupa-rupanya itulah suis heater! Bila nak keluar tu baru adik aku perasan ada suis heater dalam toilet tingkat atas. Jadah kau letak suis heater dalam toilet woi!

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment