Day 03: (Part 1) Perth-Albany, Western Australia

Assalamu'alaikum.

21|07|2015 Selasa. Harini kena gerak awal sebab nak ke penempatan terawal dan tertua di selatan Perth which is Albany! So dalam 800am kitorang check-out dari Goodearth Hotel. Aku suruh mak dan hadek tercantik aku tunggu dekat lobby hotel whereas aku dengan ayah aku pegi ambik kereta. Aku dah tak blur dah start hari ni. Haha. Dalam 3 mins jalan dah sampai Bays Water Car Rental. Isi segala bagai form, tiba-tiba dorang suruh bayar by credit or debit card. Tercekik kejap aku sebab aku dah ada cash AUD 240 untuk car rent. Aku baca dalam website dia, dia cakap boleh bayar cash sebab tu aku allocate siap-siap AUD 240 untuk kereta. Sebab aku takde credit card, so swap lah my debit card. Tapi, wow! ada duit extra AUD 240 lah! So, aku tiba-tiba je plan nak ke Harbour Town untuk sambung shopping! Haha.

Pagi nan tenang di Adelaide Street

Side road di Goodearth Hotel. Bersih je kan?
Lepas settled isi form & bayar di kaunter bawah, dia suruh naik atas untuk ambil RAV4 yang aku dah booked. Dia bagi kunci dan nombor kereta. Sempoi je kan?
Inilah kenderaan kitorang untuk 3 hari berikutnya. Semoga lancar perjalanan kitorang. Amin.

Untuk yang nak sewa kereta kecik-kecik pon ada. Just pegi ke website Bays Water Car Rental untuk pilihan dan maklumat lanjut berkaitan kenderaan yang korang nak. Masa sign agreement sewa kereta ni, dia akan bagi senarai lengkap undang-undang memandu di Perth. Yang aku ingat, dalam senarai tu kita takleh langgar kangaroo liar yang tiba-tiba melintas. Gulp! Ada kangaroo liar akan melintas tiba-tiba meh??? So selepas selesai urusan ambik kereta, aku dan ayah aku bergerak lah ke Goodearth Hotel sebab nak ambik mak dan hadek tercantik aku. Masukkan barang-barang dalam bonet dan pecut! Since dari datang hari tu kitorang tak berkesempatan nak ke King's Park, so aku decided nak singgah kejap kat King's Park. Tak kira! Itulah untungnya pergi travel sendiri-sendiri. Kita leh arrange dan rearrange jadual kita. No restriction. So tak nak cakap banyak, layan gambar-gambar kitorang kat King's Park~



Wali aku bergambar depan entrance King's Park and Botanic Garden.
 

Aku pon. Hihi. Peace tak tinggal untuk orang yang tak tau berposing cam aku. Keke.


Monument yang terdapat di King's Park.
Plate nama pahlawan yang terkorban (tak pasti perang apa sebab aku slow sejarah-sejarah ni. Keke)

Dari atas King's Park ni boleh nampak view Perth CBD. Cool kan?

Winter ni ada ranting je tapi I like~

Tenang je kan King's Park ni? Kalau musim bunga mesti cantik.




Sekali lagi kamera Canon X60HS aku memainkan peranan tangkap sendiri gambar tanpa monopod.
Hakak sado tengah mikir camne nak kecikkan paha Beyonce tu. Keke. 
Pokok-pokok dekat sini memang besar-besar and it creates sense of welcoming kepada visitors gittuh.
Disebabkan winter, pokok bunga pon cam segan nak tunjukkan dirinya.
Pokok apa ni eh?
Bukti hakak sado dah sampai King's Park & Botanic Garden.
Sian mak aku. Sakit lagi perut tu. Huhu.



Kitorang tak boleh lama-lama kat sini sebab dah lari tentatif untuk hari ni. Ingatkan nak singgah kat Danish Patisserie untuk beli bekalan breakfast and food supplies tapi dah tak sempat. So, dengan berbekalkan biskut-biskut sedap yang kitorang beli di 24-hours mart dekat hotel, kitorang terus shoot ke Caversham Wildlife Park for Mr. Kangaroo & Mrs. Koala! Dari King's Park ke Caversham Wildlife Park ni, it takes about 30-45mins. Untuk ke sana, kitorang guna GPS je. Quite confusing sebenarnya sebab Carversham Wildlife Park ni macam masuk ke dalam sikit. Memang few times jugak ayah aku berhenti nak tanya orang. Last-last jumpa jugak! Apa yang ada kat Caversham Wildlife Park ni? Aku story in the next entry ya. Sekian.



Notakaki:



Danish Patisserie ni terletak di 5 Dyer Rd, Bassendean (730am-400pm) dan ianya terletak satu jalan je nak ke Caversham Wildlife Park. Tapi sebab aku takde internet dan aku terlupa nak research nama jalan before bertolak dari hotel, terimalah padahnya. Tak sempat nak pegi. Huhu.

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment