Assalamu'alaikum.
04 | 01 | 2018. Khamis. Hari ke-lapan kami dia India. Terasa panjangnya masa ni. Haha. First time travel yang mak ayah aku tak sabar nak balik Malaysia. Kami memang dah tak expect much untuk trip di Delhi. Anyway, pagi ni lepas bersarapan di Suryaa Villa, kami akan check-out dan bergerak ke Delhi. Tapi sebelum tu, kalau ikut laluan jalan ke Delhi, kami akan jumpa Hawa Mahal & Johri Bazaar. Lepas tu baru Amer Fort. Cantik dah plan ni. Sekali harung je tak yah berpusing atau patah balik.
|
Dari Johri Bazaar- Hawa Mahal ke Amer Fort. |
|
Dari Amer Fort ke Delhi. So sehala dah. |
|
Apa-apa hal, kita breakfast dulu. |
|
Luas jugak hotel ni. Lounge di belakang. Bilik kami di depan. |
|
Minum kopi dulu. |
|
Minum sup. Makanan memang tak meragukan langsung. Takde menu daging. |
|
Selesai sarapan, kita bergambar di kawasan sekitar. |
|
Cantik jugak hotel ni. Nampak mewah. |
|
Servis pun bagus. |
|
Selesai makan, masuk bilik ambil beg dan ready untuk check-out. |
Laju-laju kitorang bergambar walaupun aku rasa macam pelik jugak nape kitorang tak boleh lama-lama dekat situ? Apa masalahnya? Tak boleh ke dia cari je parking dekat kawasan situ? Sebab tengok ramai je tourist berjalan keliling situ. Rasa letih lah rushing-rushing ni. Pastu bila naik kereta, ayah aku tunjuk selipar yang dia memang berkenan. Mak aku pun sama. Korang tau lah kan selipar India style camne. Memang unik. So, aku cakap dekat driver, please turunkan kitorang tepi jalan sebab nak beli selipar tu jap & tolong cari parking sebab kami nak shopping di Johri Bazaar. Johri Bazaar tu memang kedai-kedai yang terdapat berdekat Hawa Mahal tu je. So as long as dia cari parking, kitorang dah boleh jalan kaki di kawasan sekitar. Dia cakap OK-OK. So sepanjang dia bawak kereta tu memang kitorang excited tengok barang-barang yang dekat kedai sekitar Hawa Mahal tu. Tapi makin lama makin jauh. Driver tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Dah 20 min dia drive, assuming dalam 5-6km jauh dari Hawa Mahal tadi, siap lalu terowong. Takkan jauh giler parking nak ke Johri Bazaar tu?
Aku check Google Maps, kitorang sekarang dah dekat dengan Amer Fort; dah jauh menuju ke lebuhraya Delhi. Maksudnya driver ni memang takde niat nak parking kereta untuk kami ke Johri Bazaar. Apa lagi, aku yang memang tahan baran aku ni keluar dari persembunyian, memang meletop seletop-letopnya! Bukan aku je, ayah aku pun sama rupanya. Dia dah tahan marah dari memula jumpa driver ni. Too much excuses given. Aku kerja dalam bidang construction yang memang dikenali dengan bidang yang kasar, yang banyak memaki hamun orang tapi 10 tahun aku kerja, tak pernah sekali pun aku maki orang. Marah pun tak pernah. Boleh tanya buruh-buruh kasar dekat site ni. Tapi kali ni aku memang dah tak boleh tahan. Rasa marah giler sebab dia menipu kami! Dia memang takde niat nak turunkan kami dekat Johri Bazaar.
First time aku menjerit sekuat hati & maki hamun orang ok. Dan yang buat aku meletop adalah sebab, bila ayah aku tengking driver tu, driver tu boleh lawan cakap ok. Ayah aku marah giler & dengan suara yang macam guruh gempita tu, dia cakap,
"Kami nak berhenti dekat Johri Bazaar. Apa masalah kau taknak turunkan kami dekat situ?" Tapi driver tu melawan ok. Dia asyik ulang bad trafic-bad traffic-bad traffic. Siap dia kaitkan dengan bad traffic di Delhi. Dia sarankan kami gerak awal ke Delhi untuk elak bad traffic. Hello? Kalau aku memang nak elak bad traffic, jadah aku upah driver? Baik aku bawak mak ayah adik aku naik flight je dari Jaipur ke Delhi. Itu yang buat aku meletop & menjerit kuat hati marahkan driver tu. Aku tanya dia,
"Dekat mana dalam India ni takde bad traffic?Bagitau aku cepat?! Kau dari aritu cakap bad traffic. Sikit-sikit bad traffic. Aku bayar bukan sikit ok so apa yang susah sangat nak ikut request kitorang?" Dan aku ugut dia aku nak report dekat agent GeTS Holidays yang uruskan kami, Ms. Ritu. Iskh takleh lupa aku menjerit tahap suara dolphin keluar. Sampai merah padam muka aku & sakit kepala lepas tu. Serius aku rasa nak lempang je driver tu. Boleh pulak dia ikut suka hati dia je. Bila aku dah menjerit macam orang gila tu, baru dia nak patah balik ke Johri Bazaar padahal dah nak sampai Amer Fort. Bongok. Ayah aku memang menengking terus suruh dia pergi je Amer Fort dan nanti patah balik ke Jaipur City. Ya Auloh, dugaan apakah ini?
Ok, tarik nafas sebelum meneruskan perjalanan kami ke
Amer Fort. Amer Fort atau Amber Fort terletak di daerah Amber, 11 kilometer dari bandar Jaipur. Amer Fort ni merupakan Fort atau kota terkenal di Rajashtan. Untuk naik ke Amer Fort ni, ada dua. Satu, drive sampai atas. Ada kawasan parking disediakan. Dua, naik gajah. Gajah merupakan transportation utama masa tu. Memang ada laluan untuk gajah kalau nak naik ke Amer Fort. Dikesempatan ini, aku nak promote
'SAY NO TO ANIMAL TOURISM', so tolonglah jangan guna option naik gajah ni. Haiwan-haiwan ni diseksa bila dilatih untuk bawak manusia ok. Sambung cerita, disebabkan keadaan dalam kereta sangat genting, si driver ni boleh buat ramah tanya, nak turun tak bergambar di tepi jalan? Boleh nampak Amer Fort katanya. Haruslah. Alang-alang dah sampai walaupun aku memang takde mood. Aku dah report dekat Ms. Ritu dari GeTS Holidays pasal driver ni. Dia cakap dia akan selidik. *rolling eyes*
|
Bergaduh dengan driver tak menghalang kami bergambar. Tapi muka dah kelat semua. |
|
Amer Fort. Nampak tak muka ayah aku keruh? First time aku dengar ayah aku yang super peramah tu menengking orang. |
|
Besar Amer Fort ni. Dari jauh memang dah nampak orang naik gajah untuk ke Amer Fort. |
|
Muka aku pun dah keroh. Sakit kepala tengking orang ni. |
|
Driver offer ambilkan gambar. Layan je tapi dalam hati Allah je tau. |
Kami seterusnya menuju naik ke Amer Fort. Berliku jugak untuk naik ke atas dan jammed! Ada kenderaan yang boleh disewa untuk naik ke Amer Fort. Tapi sebab dah ada driver kan, kekdah nak spend duit lain. So kami suruh driver naik sampai atas dan parking. Memula nak masuk Amer Fort ni pun dah kena serbu suruh beli itu ini. Tak termasuk orang yang jual pakej tour guide. Ya Auloh, serius aku rasa serabut. Mungkin sebab baru lepas bergaduh dengan driver sama. So semua benda rasa annoy. Haha.
|
Nak masuk Amer Fort. |
|
Kawasan sekeliling Amer Fort yang kering. |
|
Gajah yang masuk dari pintu utama Amer Fort. |
|
Ramai jugak orang. |
|
Pusing-pusing dulu kawasan sekitar. |
|
Amer Fort yang terletak di kawasan berbukit bukau. |
|
Dikhabarkan Maharaja dulu tengok Jaipur dari atas ni je. |
|
Panas ya robbi. Winter ke apa ni? |
|
Berjalan-jalan di kawasan sekitar. |
Yang kitorang berjalan-jalan ni dekat perkarangan Amer Fort je. Nak masuk dalam kena bayar lagi. Adoi sakit. Disebabkan mood kitorang pun dah memang takde langsung, kitorang decided taknak masuk ke bahagian yang berbayar. Jalan-jalan sekitar je. Yes, memang banyak tinggalan sejarah di India dan memang lain senibina dia tapi dah tak de mood. Nothing can beats kalau mood memang dah takde.
|
Perkarangan Amer Fort yang luas. |
|
So berjalan je la dekat perkarangan ni. Aku tengok ramai jugak yang tak masuk. |
|
Kaunter tiket dekat bawah. Tapi lepas beli tiket, sila naik atas ni. |
|
Tapi kami bergambar dekat perkarangan je. Tiket mahai. Haha. |
|
Bergambar sampai lebam. |
|
Cubaan menangkap gambar dengan vertical panoramic. Failed lagi. |
|
My adik yang tak sama-sama meletop tadi. Kalau dia pun meletop, aku rasa nangis driver tu. Haha. |
|
Bergambar depan ni pun jadi lah. |
|
OOTD di Amer Fort. |
|
Amboi Che Da. Sakan sangat gelak tu. |
|
Ambil gambar dengan gajah pulak. Tapi dari jauhla. Takut. |
|
Nampak tak mereka yang takde kesedaran sivik itu? |
|
Dan banyak giler taik gajah ni. Setiap kali dia melangkah, dia berak. |
|
Candid. Ayah aku yang tangkap gambar ni. #saynotoanimaltourism |
|
Lepas tangkap gambar kenalah check dulu. Hihi. |
|
Hah, ok. Anyway, nampak tak pakcik tu pegang kayu? Maksudnya kalau gajah tu tak ikut cakap, dia tibaila kot.
|
Sebab ok, jom blah. |
|
|
Berteduh di tengah-tengah dataran. Kesian mak aku. Siap driver tu nanti. |
|
Ayah aku pun letih so join rehat dengan mak. Aku dan adik masih bergambar di setiap sudut. Haha. |
|
Ambil dari jauh je. Kalau gajah tu naik minyak, sempat la lari. (Kalau sempat..) |
|
Dorang turunkan penumpang dekat sini. |
|
On the way nak turun. |
|
Cantik jugak dari atas ni. Actually dalam Amer Fort tu memang cantik. Try lah masuk palace dia. Kitorang ni sebab duit rupees dah nak habis sama sebab tu takut nak masuk. Takut tak cukup pulak dekat Delhi. |
|
Redup je area atas ni. Dekat dataran tu yang terik tapi berangin. |
|
Di kawasan parking di mana driver sedang menunggu kami.. |
So yeah, kitorang memang takde mood langsung nak masuk Amer Fort tapi sebab dah sampai, so gagah jugak. Lagipun duit rupees dah sikit. Disebabkan kebodohan driver tu, kami terpaksa patah semula ke Jaipur City untuk ke Johri Bazaar. Bukanlah hadap sangat nak shopping tapi sebab geram & nak ajar driver ni, kitorang customer. Bukan dia. Padahal simple request je. Bukan suruh pergi Dehradun ke apa. Nak stop dekat area Hawa Mahal tu je. Ayah aku suruh dia turunkan kami di tepi kedai-kedai yang berdekatan Johri Bazaar & dia pi cari parking. Nanti kami dah settle shopping baru kami call. Dia memang dah tak berani nak lawan sebab abah aku yang selalu cakap sopan dengan dia dah naik hantu. Haha. Bukan tak boleh, boleh je drop kan kami dan dia pi la park memana sebab ramai je local & tourist yang buat camtu. So tak tau apa masalah dia. #takhabismengamuklagi
|
Macam-macam ada dekat Johri Bazaar ni. Bolehlah driver tu buat keras tak nak ikut request kitorang. Sape tak hangin. |
|
Jom kita shopping dulu! Legakan hati yang lara. |
|
Ternampak kedai kasut tadi, terus masuk. Memang menarik! |
|
Haaa tengoklah kasutnya. Sape tak hangin kan orang tu tak nak berhentikan kitorang. Haha. |
|
Pilih-pilih. Banyak jugak kitorang sambar. |
Selesai shopping kasut dan sandal, kami bergerak ke kedai lain pulak. Kitorang shopping pakai credit card ok. Terkejut jugak kedai kecik camni terima credit card. Ayah aku nak cari satu sandal ni tapi tak jumpa. So masuk kedai lain pulak. Tapi yang meneruskan aktiviti sambar menyambar adalah aku, mak dan adik. Hihi.
|
Haaa sape tak mengamuk bila dah nampak kasut-kasut pujaan hati tapi driver buat tuli tak nak berhenti? Haha. Anyway, kedai ni betul-betul depan Hawa Mahal. Jom masuk kedai ni dulu! |
Ada insiden kelakar bila kitorang masuk kedai ni. Walaupun nama kedai FAMOUS Nagra
Shoe Store, tapi dia jual jugak trousers yang ada gambar gajah, etc tu. Ala yang pelancong omputih selalu pakai tu bila pi Thailand. Yang ada macam-macam warna tu. Mak dan ayah aku sebok meng-test kasut dekat bahagian dalam. Aku dan adik dekat bahagian depan kedai sebab tertarik dengan trousers tu. Memula tanya orang kedai, dia cakap 10 helai 1000 rupees. Gila kau! Murahnya! Biar betik! 1000 rupees bersamaan RM80 masa tu. Bahagi 10, satu trouser baru RM8. Kat Thailand pun orang jual seluar tu RM20-30 tau. Apa lagi, aku sambar 5 helai, adik sambar 5 helai. Sekali masa nak bayar, pakcik kedai tu cakap dia salah kira. patut 5 helai je 1000 rupees (which is baru lah logik kan) tapi frust gila kott sebab dah pegang dah pun. Kitorang buat-buat tak nak beli, dia mintak 10 helai 1800 rupees. Oklah, kesian sebab muka pakcik tu memang betul-betul jujur; ngaku silap dia salah kira. Kesian kena marah dengan tokey. Plus still murah trousers tu.
|
Haaa ada masalah nak ambil gambar Hawa Mahal elok-elok? Dari pagi tadi rushing ya Robbi.Padahal ok je nak berjalan dekat sini. |
|
Sambung shopping. Macam-macam ada di sini. |
Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk. Memang puas hati jugak la shopping di Johri Bazaar ni. Tapi kami tak jumpa sari yang bebetul buat kami rambang mata. Ada satu kedai sari di sini, kami belikan kurta untuk ayah, adik laki & abang ipar aku je sebab sari dia macam low class. Mahal pulak tu. Untuk info, shopping di India ni memang stress sebab kena mintak tawar gila-gila. Masa kami shopping kurta untuk ayah tu, aku dah tak ingat berapa kami beli, dorang tak nak letak harga. Dorang longgokkan segala barang yang ada sampai penuh depan mata, tak boleh gerak mana. Tanya harga memang dorang suruh pilih-pilih. Murah-murah. Harga family. Harga orang Islam. Bila ugut nak blah baru dorang bagitau harga dan mahalnya ya robbi! Memang tak masuk akal. So mengingatkan nasihat kawan mak aku yang memang orang sini, untuk menawar 70-80% dari harga dia letak (make sure logik la harga tu), so apa lagi, kami buat-buat nak blah la. Aku mak dan ayah memang dah kat luar kedai. Adik aku lah yang menawar macam gangster. Hahaha. Minah tu memang berani. Itu yang syok jalan-jalan dengan dia sebab aku takut sikit bab-bab nak main harga. Dan ya, adik aku berjaya mintak diskaun 80% dari harga dia letak. Dia cakap take it or leave it sambil acah-acah keluar dari kedai. Hihi. So peniaga tu agreed, aku bayar, then let's go. Kedai lain pulak. Hahaha.
Dan selesai shopping dan rupees pun tinggal bape ribu je lagi, kitorang decided nak call driver untuk ambil kitorang. Ayah aku call dia, dia cakap lagi 5 minit sampai. Haaaa boleh pon kan? Yang kau gigih nak buat kitorang naik darah pagi tadi tu apehal?
|
Bergambar depan Hawa Mahal sementara tunggu driver sampai. |
|
Takdelah macam pagi tadi terkocoh-kocoh ambil gambar. |
|
Tak boleh bayang kehidupan zaman dulu macam mana. Tapi Hawa Mahal ni memang lawa namatey (sangat) pada aku. |
|
Ayah aku nampak driver dari jauh & melambai-lambai panggil. |
|
One last picture. Dari seberang jalan. Boleh pun ambil gambar dengan tenang. Babai Jaipur. |
Kitorang bergerak ke Delhi dengan hati yang tenang. Hihi. Bukan susah pun nak ikut request kitorang. Memang orang India ni dia ego tak nak dengar cakap orang kot. Dia rasa macam dia tuan padahal kami mintak berhentikan tepi jalan je. Oklah, tutup buku, kita terus ke Delhi. Masa dalam perjalanan, adik aku dah search, dia cakap semua barang-barang jualan di Jaipur ni sebenarnya ambil dari Delhi. Erkk? Serius?? Dan dia terjumpa satu blog yang cakap pasal
Sarojini Market yang terletak di Delhi dan merupakan pasar borong bagi peniaga-peniaga di India. Apa lagi, memang nak ke sana jugak lah! Sebab sari yang dicari tak jumpa lagi dan banyak lagi barang yang kami target, tak beli lagi. Contoh macam baju anak-anak sedara aku.
|
Gajah pun ada tengah-tengah jalan. Ni confirm tak accident. |
|
Relaks je dorang. |
|
Nak lalu tol. Sebab tu aku cakap, dekat India ni mana je tak jammed? Kalau nak bagi alasan bad traffic kan. |
|
Tol nak masuk Delhi. |
Kami lunch dalam kereta je. Makan nasi dari brand Brahim. Tapi tetiba mak aku nak ke toilet so driver cari RNR dan berhenti kejap di situ. Ayah aku pun nak ke toilet so kami semua turun kereta. Takut jugak nak duduk dengan driver. Satgi dia bawak kami lari, camne? Baru bergaduh kan. Haha. Siap cakap kat ayah, tawakal la kalau dia bawak lari beg-beg kita. Anyway, di RNR tu toilet sangat bersih. Aku masuk lepas mak aku cakap bersih. Lepas ke toilet, kitorang decide nak solat jamak takhir Zohor-Asar siap-siap sebab lepas ni nak berhenti mana lagi kan. Disebabkan takde tempat yang khusus, jadi kami duduk di satu kedai makan ni, so boleh lah solat kat tepi meja dan semestinyalah kena order makanan. Aku order roti naan dan aloo curry (kari kentang). Solat done. Makan pun done.
|
Jempot makan. Mak aku cakap asyik makan je. Baru lunch dalam kereta tadi. Eh itu lunch. Ni hi-tea. Hahaha. |
|
Roti Naan dan Aloo Curry bersama Tea Masala. Sedap gila! Bawang tu pencuci mulut katanyer. Memang dekat India tiap kali order roti, dorang bagi bawang. Cuma ini first time dihidang dengan bawang seketoi camtu. Harga aku tak ingat tapi affordable lah. |
|
Dah masuk Delhi. So sape-sape nak keje hospital Delhi, bolehlah apply. Hihi. |
Disebabkan esok kami dah nak balik ke Malaysia, kami ada malam ni je untuk ke Sarojini Market. So, ayah aku cakap dekat driver untuk terus ke Sarojini Market sebelum check-in hotel. Memula dia macam tak nak pergi, tapi aku syak dia dah kena warning dengan Ms. Ritu, agent GeTS Holidays tu so dia banyak diam je masa drive dari Jaipur to Delhi. Tapi dah dasar keras kepala tu, dia ada jugak bunyi bad traffic so takut sampai lambat ke Sarojini Market. Ayah aku memang tekankan dekat dia, kitorang tak kisah. Pergi je. Kedai tu tutup ke tak belakang kira dan masa kitorang sampai Delhi, memang tengah meriah lagi Sarojini Market tu. Nasib kami insist nak pergi jugak Sarojini Market tu.
|
Sarojini Market. Lebih kurang macam pasar malam dekat Malaysia. |
|
Goyal Textile. Adik aku baca kalau ke Sarojini, carilah Goyal Textile. Dorang tak jual sari tapi dorang jual kain untuk dibuat punjabi. Kat sini aku dan adik sambar sorang satu kain punjabi. Lawa! |
|
Kasut, beg semua ada pada kadar yang murah. |
|
Kalau ikut cakap driver tu, takde apa di Sarojini. Puiii. Sejenis anti-shopping agaknya. |
|
Actually ni kedai pertama kami tuju sementara mak aku ke toilet. Boleh swipe credit card. |
Lepas dah sambar kain punjabi, kami nak cari sari. Tadi memula masuk Sarojini Market ni, memang banyak kedai sari. Rambang mata! So ikut kata hati, kami masuk kedai pakcik ni.Memang puas hati shopping dengan pakcik ni. Memula masuk kedai, dia suruh duduk. Then tanya bajet kita. Kemudian dia akan keluarkan sari satu-satu. Ya Auloh memang rambang mata! Sari serendah 300 rupees pun ada!
|
Tak ingat nama kedai tapi sila lah cari pakcik ni. Sari dia cantik-cantik dan murah-murah. Yang dia pegang tu tak silap dalam 750 rupees je! |
|
Belek jangan tak belek. |
Memang banyak giler kami borong sari dekat kedai pakcik ni. Of course aku tanya dia dulu boleh ke tak ambil gambar. Dan di kedai ni pun boleh swipe credit card. Canggih kau~
|
Lepas puas beli sari penuh kiri kanan tangan, kita cari kurta pulak! |
|
Ayah aku beli cap baru. Hehe. |
|
Ikut gerak hati jugak, kami masuk kedai kurta ni. |
|
Pakcik ni agak honest. Sempit sikitlah kedainya tapi memang syok membeli dengan dia. Aku cakap honest tu sebab dia bagi pendapat dia bila kami nak beli Contoh tak muat untuk ayah aku, kain ni kecut ke tak. Mana yang kecut memang dia habaq. |
Ya Auloh, tak tau nak cakap syok & puas hati camne bershopping di Sarojini Market ni. Murah gila! Walaupun tak boleh tawar menawar (sebab memang harga borong) tapi harga dia still murah. Memang kami puas hati. Lebur terus sakit hati dekat driver tu. Actually driver kitorang tu taktau mana Sarojini Market padahal market ni lah paling famous. So dia parking agak jauh dari Sarojini Market dan kami berjalan kaki ke sana berpandukan pada Google Maps.
Oklah, selesai shopping, kita check in hotel pulak. Kami duduk dekat hotel memula kami check-in masa sampai Delhi dari Dehradun. Ruapanya dekat kawasan hotel kami duduk tu pun kawasan shopping sebab nampak macam mat saleh ramai shopping situ. Yelah, aritu kami sampai pagi buta. Semua kedai tutup. Untuk malam ni, kami order room service je. Nasi goreng sayur, dua set. Dan keadaan dalam bilik agak sejuk so aku call receptionist. Dorang cakap kami kena bayar 300 rupees kalau nak heater. Dua bilik jadi 600 rupees. Maksudnya GeTS Holidays booked hotel kami without heater. Aku speechless. Tak tau nak rasa or maki apa dah. Disebabkan selimut agak tebal, kami tak ambil heater tapi sejuk menggedik dah la.
Macam-macam yang jadi harini. Takpe, esok dah nak balik. Sabar sikit je lagi. Selesai pack barang dalam beg, kami tidur dalam kesejukan. Tak sabar nak balik Malaysia. Good night everyone~
Sekian.
Notakaki:
Kalau korang nak book hotel, terutamanya semasa Winter (musim sejuk), pastikan korang tanya hotel tu provide heater ke tak, free ke tak. Sebab heater di sini berbayar. Asing dari harga yang ditetapkan. Well, it's India.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment