Day 00: Persediaan ke Perth, Western Australia

Assalamu'alaikum. 

Trip ke Perth ni aku labelkan as Perth Raya 2015 sebabnya kitorang gi ni on 2nd day of Raya 2015. Letops gittew raya kat oversea katanya. Kekeke. Actually Perth Raya Trip ni macam tetiba je on. Serius tak penah ada discussion antara aku & hadek tercantik aku (memang kitorang dua la yang selalu plan nak kemana-mana) untuk ke Perth. Duit dalam bank pon so-so je so haruslah aku tak pernah terpikir nak ke Perth kan. Thanks to hadek tercantik aku ni la yang rajin usya tiket promo. Tetiba jugak dia mesej dalam Whatsapp group family Rosly Clan, bagitau MAS ada buat promo. Return ticket to Perth for about RM1000/pax ajo! Haruslah kitorang pon on terus nak ke Perth kan. We've decided to go to Perth on 19|07|2015 - 23|07|2015, it's a mid-winter and 5 hari jek due to kekangan bajet & cuti. So bermula pada detik tiket dibeli, aku pon start la study pasal Perth ni. Kenalah prepare itinerary sebab kitorang pegi sendirik-senirik.

Before ke Perth, few things kena prepare. Antaranya adalah:

|01|  VISA a.k.a ETA

- Visa atau ETA wajib apply kalau nak masuk Australia. Boleh apply online or call any travel agency yang wujud kat Malaysia or kalau naik MAS, kita boleh mintak dorang buatkan, Harga visa/ETA ni murah je dalam RM30 per person. Hat ni kalau ingat memang aku emosi habes. Salah sendiri sebenarnya. Aku punyalah heksaited nak ke Perth ni, aku saje la try-try website yang ada offer buat visa ni. Konon nak cari kot kot ada harga lagi murah dari RM30 tu. Sekali dorang deduct duit dalam kad aku without any pengesahan dalam RM150 ok untuk aku sorang! *Nanges*

So, aku suggest better contact travel agent je untuk apply visa ni (takyah gedik apply online cam aku). Adik aku apply untuk parent aku sekali (since aku dah ada visa RM150 tu!), total dalam RM 90 untuk 3 orang. Boleh contact Utas Travel & Tours - 065562845 untuk apply visa ni. Sehari je siap sebab dorang just need to key-in application kita online je. Sampai sana takyah tunjuk bukti kat immigration yang korang dah ada visa. Immigration check kat komputer dorang je.

|02|  ACCOMMODATION a.k.a PENGINAPAN 

- Kena book siap-siap so that bila sampai sana leh terus menuju ke destinasi. Boleh book melalui booking.com, airBNB, agoda dan macam-macam lagi. Aku booked through booking.com sebab masa ni terlupa akan kewujudan AirBNB dan lagipun kalau book through booking.com, kita boleh bayar kat tempat kejadian je, sempatlah mengumpul dulu. Maklumlah, duit dalam akaun nyawa-nyawa ikan je time tu. Kekeke. Based on my itinerary, accommodation dan harga dia yang aku dah booked through booking.com adalah:
  • Goodearth Hotel (2 nights) = AUD 351
  • Pelican Albany - Middleton (1 night) = AUD 210
  • Baywatch Manor YHA (1 night) = AUD 200
|03|  TRANSPORTATION a.k.a KENDERAAN

- Disebabkan aku plan nak jalan jauh jauh kat Perth tu so aku decided nak sewa kereta. Lagipon pergi dengan mak ayah mana boleh buat stai travel-tanpa-sesiapa-disisi & through my massive research, aku booked RAV4 (new) dengan Bays Water Car Rental sekali dengan insurans dan GPS sebab dia yang termurah. Total sewa kereta for 3 days adalah AUD 240. Tengok website boleh bayar cash, sekali pegi sana boleh swipe card only! Naseblah dalam bank ada duit. Huhu. Yang lecey sewa kereta dengan Bays Water Car Rental ni sebab pickup point dia bukan kat airport so kita kena naik bus or taxi nak ke tempat dia. Luckily hotel aku di Perth City dekat sesangat dengan Bays Water Car Rental ni dalam 3 mins walk je. 

|04|  FOODS a.k.a MAKANAN

- Makanan halal ada tapi susah sikit nak cari. So kena prepare sikit stock makanan dari Malaysia. Masa ni aku jahil pasal kewujudan brand Brahim, so aku beli Yeo's dalam tin tu. Sekali sakit perut kat sana. Tobat serik dengan Yeo's! Banyak restriction pasal makanan yang boleh dibawak masuk ke bumi Australia ni. Senang citer kindly refer blog KakiBerangan ni. Malas hakak nak taip sebab banyak sangat. Haha.

|045|  CLOTHING a.k.a BAJU

- Oleh kerana aku & family ke Perth masa mid-winter, so baju kenalah tebal dari biasa. Glove pon bawak sebab aku tak tahan sejuk. Cumanya takyah lah beriya bawak baju macam nak g kutub utara-selatan tu sebab Perth ni takde salji masa winter. Huhu. Kalau boleh bawak baju hujan sebab musim winter kat sana selalu hujan. *Sigh* 

Tips nak gambor lawa, baju-baju tu kenalah yang kaler terang benderang ok. Baru letops dalam gambar. Tudung pon sama. Jangan pakai kaler-kaler tanah ni sebab gambor kompem malap je. Tapi kalau dah memang spesis tak kesah how your picture will turn out, belasah je pakai apa-apa pon. Yang penting hati happy ye dok?

Rasanya itu je kot preparation before ke Perth. Oh, last preparation! Pada yang tembun overweight obesiti cam aku ni, sila lah berdiet & exercise sikit supaya hasil posing dengan view Perth yang mabeles as a background akan lebih letops. Kekeke.

Notakaki:

Untuk yang penggeli macam aku ni, disarankan bawak wet tissue banyak-banyak untuk kegunaan kat toilet nanti. Boleh jugak beli bekas air plastik yang boleh lipat-lipat tu untuk isi air dekat Perth bila nak masuk toilet.

Sekian.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment