Persediaan Menjelajahi Bumi Eropah (PART 1)

Assalamu'alaikum.

Finally!!!!! Aku mula nak menulis pasal pengalaman aku dan travel-mate (mak, ayah dan adik tershantek aku) ke Bumi Eropah. Tepuk tangan sikit! Lama aku peram segala info yang berkaitan trip aku ke Bumi Eropah ni. Ya Auloh, mood nak menulis tu bukan selalu ada. Kadang rasa nak stop je buat travel blog ni sebab aku tak jana apa-apa pendapatan pun dari blog ni tapi bila mikirkan kepuasan menulis, share maklumat dengan orang, selain dari simpanan peribadi pengalaman berkelana di negara orang, so aku gagahkan jugak jari-jemari montel aku untuk memulis apa-apa yang patut untuk trip berjalan aku ni. 

Anyway, pada 1/6/2019-15/6/2019 , aku dan travel mates telah berada di  Bumi Eropah. Yes! Summer Trip! Dan lebih menariknya, kami berpuasa 19 jam selama 2 hari dan sambut raya di Kota London. Kerlas kau jah! Semestinya terlampau banyak persediaan yang aku buat untuk trip sulung aku ke Bumi Eropah ni. Dok cakap Bumi Eropah..Bumi Eropah.. Eropah tu banyak negara cheq oii.. Hang pi negara mana?


|01|  TENTUKAN NEGARA YANG HENDAK DIKUNJUNGI

Sebelum beli tiket flight, kena decide dulu negara mana nak pi di Eropah nun. Ada kurang lebih 50 negara di Benua Eropah dan setelah membaca, menulis, berbincang segala bagai, kami putuskan untuk jelajah:

1. London, England (4 malam) 
- Wajib sebab impian mak ayah aku nak jejak London dari dulu lagi.

2. Netherlands (4 malam) 
- Nak sangat pergi Giethoorn (kampung air)

3. Belgium (Day trip) 
- Teringin nak makan walfer!

4. Germany (1 malam) 
- Alang-alang rentas Germany untuk ke Switzerland dan teringin nak tengok salah satu peninggalan dari zaman Baroque Architecture, iaitu Dom Cathedral!

5. Switzerland (5 malam)
- Main objective kami turun ke Eropah! Biar tak lawat tempat lain tapi memang nak sangat ke Switz.

6. Liechtenstein (Day trip)
- Alang-alang dah turun Switz dan negara ni sebelah je (dalam 30 minit perjalanan), nak jugak tengok antara negara terkecil tapi terkaya di dunia ni camne.

Memang antara negara standard orang Malaysia akan cover kalau pertama kali ke Eropah. Keke. Memula plan nak turun di Italy dan balik dari London tapi mengenangkan kami pergi masa bulan puasa, di Italy agak panas sebab negara dia dah ke bawah dan memang akan banyak berjalan kaki, so kami ubah plan dan kalau perasan, aku skip trip ke Paris sebab untuk separuh masa pertama di Bumi Eropah, aku akan pergi dengan parents je dulu. Adik aku akan join masa kami di Netherlands. So aku tak berapa berani nak bawak parents ke Paris sebab banyak cerita kurang menarik like pickpockets di Paris.

Negara Eropah yang kami akan jelajahi. Aku berazam aku akan jejakkan kaki di setiap negara di Bumi Eropah satu hari nanti. Amin.

|02|  ITINERARY

Sebelum beli tiket flight, kena study dulu camne kitorang nak travel di sekitar Europe dan itinerary kitorang. Benda ni penting bagi aku sebelum beli tiket flight sebab nak tau lokasi terbaik untuk kami sampai & balik dari/ke Kuala Lumpur.

1. Turun dan balik dari Heathrow International Airport, London. Maksudnya turun dekat London, nak balik pun dari London. Kiranya kitorang start travel dari London-Amsterdam-Germany-Switzerland then patah balik London. Option ni selalu diguna pakai oleh mereka yang nak sewa kereta dari London atau Paris then drive rentas negara. Kemudian hantar kereta di tempat yang sama balik. ATAU

2. Turun di Heathrow International Airport, London dan balik dari Zurich International Airport, Switzerland. Kiranya kitorang start travel dari London-Amsterdam-Germany dan terus ke Switzerland. Option ni bagi aku jimat masa. Cumanya kalau nak sewa kereta, kena sewa lompat-lompat. Maksudnya sewa kereta dekat Amsterdam, pakai dekat Amsterdam je. Sewa kereta di Switzerland, pakai di Switzerland je. Dari satu negara ke negara yang lain boleh naik public transportation like cruise, bas atau train. ATAU

3. Turun di Zurich International Airport, Switzerland dan balik dari Heathrow International Airport, London. Method of transportation untuk travel sama macam option #2 dan bagi aku, option ni terbaik sebab confirm nak shopping kaw-kaw dekat London (memang itu niat aku turun London. Kekeke.) so takdelah penat mengangkut beg kan. Boleh terus balik je dari London.

|03|  FLIGHT TICKET

Merujuk kepada point di bahagian itinerary, kami pilih option 2 iaitu kami nak turun di Heathrow International Airport, London dan balik dari Zurich International Airport, Switzerland. Reasonnya sebab tiket flight murah RM300 seorang berbanding kalau turun di Zurich International Airport dulu. Keputusan ni memang efek perjalanan kami dekat sana. Semata-mata nak jimat RM300 seorang. Hazab gila weh kitorang nak mengangkut beg dari London ke Switzerland, tu tak masuk duit aku yang terbang beratus hengget sebab kena naik Grab untuk hangkut beg-beg kitorang. Itu aku cerita kemudian.

Dah decide nak turun & naik flight dekat mana, adik aku tolong book kan tiket flight Thai Airways yang tengah buat Crazy Mega Sales! Tapi masa adik aku booked tiket flight ni, dia takde niat nak ikut kitorang bertiga. Dah nama pun naik Thai Airways, kami akan transit di Bangkok. Tiket flight ni kitorang booked pada 2/10/2018. Kiranya 8 bulan sebelum tarikh nak fly. Dan jangan lupa untuk request for Muslim Meal okay?

Untuk tarikh 1/6/2019, kami akan bertolak jam 0805 pagi dan tiba di Bangkok pada jam 0910 pagi. Transit selama 3 jam 30 minit. Kemudian pada jam 1243 tengahari, kami fly ke London dan tiba di London pada jam 1848 petang (waktu tempatan tau. Bukan waktu di Malaysia atau Bangkok).

Untuk tarikh 14/6/2019, dari Zurich Airport kami akan bertolak jam 1340 petang dan tiba di Bangkok pada jam 0527 pagi (15/6/2019) dan transit selama 3 jam 30 minit dan fly to Kuala Lumpur pada jam 0903 pagi dan mendarat di KLIA pada jam 1155 pagi. Fuh confirm letih sebab time zone berbeza jadi makan masa 2 hari untuk sampai KL.

Total kasar penerbangan dari KL-London adalah selama 15 jam (tak termasuk waktu transit). Harga tiket untuk seorang adalah sebanyak RM2216 sahaja termasuk meal 2 kali dan luggage 30kg seorang. Adik aku fly dari KLIA ke Amsterdam pada 4/6/2019 dan sampai pada 5/6/2019 by Royal Jordan Airlines. Ada problem dengan surprise plan dia ni. Allah je tahu camne perasaan aku bila tak dapat contact dia. Dah lah parents taktau dia akan join kitorang di Amsterdam. Nanti aku cerita tapi aku cadangkan, elak naik Royal Jordan Airlines. Staff dia sangat irresponsible. Sekian.

|04|  ACCOMMODATIONS

Done booked flight ticket, kitorang terus book accommodations pulak sebab takut mahal bila tempah lewat-lewat. Nak-nak kitorang pergi masa musim panas. Dikhabarkan musim panas merupakan peak season di Eropah. Untuk tempat penginapan ni, macam biasa aku suka dengan AirBNB sebab lebih jimat untuk 1 keluarga. Selain itu, kalau kita tempah rumah, senang nak basuh baju dan masak. Berikut adalah senarai accommodation kitorang lengkap dengan harga dan reason aku booked dekat situ:

1. Greater London, England.
Harga: RM 1,362.88 untuk 4 hari 3 malam
Lokasi: Orpington, London. 45 minit by train dari London city.
Reason: Rumah cute, ada 2 bilik tidur, kitchen, mesin basuh, paip shower boleh tarik kalau nak guna jamban berak(WC), dekat dengan Tesco dan train station dan yang paling penting untuk dapat semua yang aku nak tu, harga masih dalam bajet sebab aku bajet semalam dalam RM500. Berbanding kalau duduk di tengah-tengah bandar London, harga homestay agak mahal untuk rumah yang provide dua bilik tidur. dan tak lupa jugak rumah ni dapat very good review dari penyewa terdahulu.

Homestay kitorang dekat atas Tesco yang bangunan warna merah hati tu. Aku suka kawasan di Orpington ni tapi ada masalah lain untuk kitorang. Itu aku story nanti. Hehe.

2. Amsterdam, Netherlands.
Harga: RM 1,427.91 untuk 4 hari 3 malam
Lokasi: Volendam, Amsterdam. Perkampungan nelayan yang tersangat best! The best decision yang aku dan adik pernah buat sepanjang menceburkan diri dalam mencari homestay di AirBNB. Haha.
Reason: Rumah bercirikan Dutch style. Dutch house ni ciri paling utama adalah loteng. Dan mostly memang kena rabat (panjat) tangga. Sedikit risiko kalau bawak warga tua. Selain tu rumah ni ada 2 bilik tidur, kitchen, mesin basuh & dryer, paip shower boleh tarik kalau nak guna jamban berak(WC), dan yang paling penting untuk dapat semua yang aku nak tu, harga masih dalam bajet iaitu RM500 semalam. Aku memang elak duduk di Amsterdam City sebab aku baca review, bandar Amsterdam berbau ganja(busuk katanyer) terutama pada waktu malam.

Sebiji rumah ni memang kitorang punya. Rumah yang bercirikan Dutch. Kalau korang ke Amsterdam, aku memang cadangkan stay dekat rumah-rumah macam ni. Baru dapat rasa macam mana jadi local. Hehe.

3. Cologne, Germany.
Harga: RM 815 untuk semalam sahaja via Booking.com dan merupakan penginapan termahal kami sepanjang di Bumi Eropah.
Lokasi: Breslauer Hof Am Dom, Cologne, Germany. 3 minit berjalan kaki dari train station utama.
Reason: Lokasinya yang sebelah je dengan train station utama di Cologne sebab kitorang nak stay sini semalam je. Kemudian akan teruskan perjalanan ke Switzerland. So aku decide stay di hotel yang dekat dengan train station utama sebab kami akan naik train di sini untuk ke Switzerland. & senang nak angkut beg-beg yang dijangka beranak pinak lepas shopping di London. Selain itu, kebanyakkan hotel yang affordable di Cologne tak mendapat rate yang bagus. Hotel ni je yang murah sikit dan review not bad.

Aku booked family suite so dapat tingkat atas sekali dan dari roof top verandah, dapat direct view ke Dom Cathedral 
4. Wilderswil, Switzerland.
Harga: RM 2,775.17 untuk 4 hari 3 malam
Lokasi: Wilderswill, Switzerland dan berdekatan dengan Interlaken.
Reason: Disebabkan Interlaken agak famous di kalangan tourist, banyak accommodation(refer kepada bajet kitorang) yang kami suka dah fully booked. Padahal aku start book penginapan ni seawal 6-7 bulan sebelum tarikh berlepas. Cari punya cari, jumpa satu accommodation yang mengadap sungai dan bukit di Wilderswil, 5 minit drive dari Interlaken. Selain itu, antara reason lain kami booked rumah ni adalah sebab interiornya yang bercirikan English, selain daripada good review.

Aku tengok je gambar ni terus jatuh chenta & terus book accom ni.

5. Walendstadt, Switzerland.
Harga: RM 1,126.90 untuk 3 hari 2 malam
Lokasi: Walendstadt, Switzerland dan dalam 30 minit drive ke Liechtenstein.
Reason: Kitorang plan untuk lawatan sehari ke Liechtenstein iaitut antara negara terkecil di dunia dan esoknya nak ke Zurich Airport so kitorang cari area yang dekat tengah-tengah. Lagipun rumah dekat Walendstadt ni bebetoi mengadap gunung yang tinggi yarobbi. Penginapan yang paling kami suka sepanjang di Switzerland.

Rumah kami yang di tingkat atas sekali. Serius best sangat kawasan ni.

|05|  CAR RENTAL

Aku rancang untuk drive di Europe sebab lebih jimat dari segi kos dan masa. Lagipun bawak mak ayah warga emas ni, mana boleh nak naik public transport sangat. Sekejap-sekejap tu okay lah kan. Ada few options untuk plan road trip ni. Antaranya:

1. Sewa kereta di negara A then drive rentas negara untuk ke destinasi yang dituju. Kemudian, patah balik dan pulangkan kereta di negara A jugak. Option ni bazir dari segi masa sebab masa habis atas jalan je tapi kita tak payah nak struggle turun naik train angkut beg. Cumanya kalau nak buat option ni, kena study pasal syarat-syarat nak rentas negara lain dengan kereta sewa. Contohnya sewa kereta di Paris, then drive lah ke Belgium, Netherlands, Germany, Switzerland then ke Paris semula. Korang kena check dari Paris nak masuk Belgium, kena ada vignette ke tak. Vignette ni macam sticker masuk sempadan yang kena tampal dekat cermin kereta. Yang aku tau kalau nak masuk Switzerland, ada vignette yang berharga CHF40. Kalau takde sticker tu, kena beli dekat tol sebelum masuk Switzerland.  So make sure tanya company sewa kereta kalau korang nak buat option 1 ni. ATAU

Contoh vignette. Gambar ihsan Google Image.
Contoh laluan korang kalau ambil option 1. 

2. Sewa kereta di negara A dan pulang kereta di negara B. Contoh korang sewa kereta di Paris, pastu bawak ke Belgium-Netherlands-Germany-Switzerland dan pulang di Switzerland (negara terakhir korang tuju. Contoh ye ni.) Option ni memang terbaik sebab jimat masa tak payah patah balik dan tak payah struggle nak angkut beg untuk dari satu negara ke negara lain tapi aku dah check, kos sewa jadi 10 kali ganda! Gila! So aku skip option ni. Andai ada reader blog aku pernah buat option ni dan kos dia tak se-gila yang aku jumpa, mohon bagi pencerahan camne ko buat di ruangan komen okay? ATAU

Contoh laluan korang kalau ambil Option 2 tapi kos tinggi sebab ambil dan pulangkan kereta di negara yang berbeza.

3. Sewa kereta asing-asing di setiap negara yang korang tuju. Aku pilih option ni. Maksudnya dekat London, aku sewa kereta dengan HERTZ. Lepas tu naik cruise ke Amsterdam (nanti aku story macam mana nak book tiket cruise okay?) Dah sampai Amsterdam, aku sewa kereta dengan EUROPCAR pulak. Pusing sampai ke Belgium. Then dari Amsterdam naik train ke Cologne, Germany & jalan kaki je lawat kawasan sekitar. Then naik train ke Zurich, Switzerland dan sewa kereta dengan DOLLARS. Sedikit complicated dan renyah tapi itulah nasib rakyat marhaen yang tak berapa nak mewah ni. Hehe.


Aku memang menghadapi masalah masa nak decide pasal kereta sewa sebab kawan-kawan aku yang ke Europe kebanyakkan dorang naik public transport atau ada sedara mara dekat sana yang boleh bantu/guide dorang. Aku takde sape-sape yang boleh tolong guide aku. Sebab tu entry ni akan panjang gila sebab aku nak cuba tolong mereka yang senasib dengan aku dan berkeinginan nak ikut macam itinerary aku. Lagi satu sebab currency exchange yang jauh beza tahap kena darab 5 atau 6. Takut jugak nak tekan butang booking . Dibuatnya salah book dan tak boleh cancel, camne? Tapi thanks to Mr. Zahid dari http://de-avonturen.blogspot.com/ yang banyak menjawab soalan aku pasal kereta sewa di Europe ni. Tak lokek ilmu langsung. Boleh rujuk blog beliau untuk info-info best berkaitan trip ke Europe. Untuk sewa kereta di Eropah, rakyat Malaysia hanya perlu sediakan:

1. Passport driver  dan kalau ada additional driver, dua-dua kena bagi.
2. Credit card driver . Kadang-kadang atas budi bicara, dorang bagi guna credit card penumpang.
3. Lesen memandu. Rakyat Malaysia boleh memandu di Eropah menggunakan lesen memandu biasa untuk 6 bulan tak silap aku. Tapi
4. International Driving Permit(IDP) . Untuk elak kejadian macam yang aku kena di Jeju, aku dan ayah buat jugak IDP ni. Back-up plan katanyer.

Sebelum aku cerita lanjut pasal kereta sewa di London, Amsterdam dan Zurich, meh aku nak cerita sikit term-term insurans bila nak sewa kereta. Benda yang korang kena perhatikan bila nak sewa kereta adalah:

1. Insurance kereta. Pastikan Full Coverage atau Basic Coverage. Kalau Full Coverage, memang korang tak payah risau berapa nak kena bayar kalau jadi pape dekat kereta sewa tu. Insurans akan cover. But still, check jugak terma syarat dia. Jangan ingat omputih ni jujur belaka ye. Untuk Basic Coverage, selalunya memang dah termasuk dalam harga sewa. Kebanyakan Basic Coverage ada tiga item ni:

1. Collision Damage Waiver (CDW)
- Maksudnya kereta sewa tu ada 'Damage Excess' atau 'Excess Amount'. Kiranya kalau kereta tu rosak dan kena baiki, CDW ni akan cover certain amount sahaja. Untuk kereta sewa kami di Amsterdam, 'Damage Excess' adalah sebanyak 700. So kalau accident ke terlanggar tiang ke, CDW ni akan cover kos repair sebanyak 700 sahaja. Kalau lebih dari tu, kita topup sendiri. Faham? Itu bezanya ambil Full Insurance Coverage atau Basic Insurance Coverage. Check bebetul okay sebelum korang proceed booking.

2. Third-Party Liability (TPL)
- Maksudnya insurans third party la. Hahahaha. Insurance hanya cover kalau kita sebabkan kerosakan dekat harta benda. Tapi dia tak cover kecederaan dekat driver. Correct me if I'm wrong okay? Nendia speaking teruih. Kekeke.

3. Theft Protection (TP)
- Ni kalau kereta kena curi. Ada certain amount yang insurans cover tapi selebihnya kita kena bayar. Sama macam CDW. Kalau korang ke negara yang berisiko kecurian kereta, sila lah beli Full Insurance Coverage.

2. Fuel condition. Check samada kondisi minyak Full to Full ke tak. Maksudnya masa kita ambil kereta, minyak penuh ke tak. Kalau penuh, kita kena pulangkan penuh jugak. Kalau tak, dia charge. Masa sewa di Amsterdam, aku dah cakap dekat ayah, minyak kena penuh sebelum pulangkan. Tapi sebab kitorang isi awal gila sebelum sampai airport, so dorang charge extra.

3. Mileage. Unlimited ke atau ada limit macam 200,000km je ke..100,000km je ke.. Semestinya ambil yang unlimited mileage sebab takut kita drive-drive, tak sedar dah terlebih mileage dari yang dah ditetapkan. Kalau terlebih, setiap 1km dia charge rasanya. Tengok pada terma dan syarat ye.

4. Transmission kereta. Automatic ke Manual. Selalunya manual murah sikit. Tapi aku ambil automatic transmission untuk kereta di Amsterdam dan Switzerland sebab first time nak drive sebelah kiri. Nanti boleh mereng aku dan ayah nak ingat mana satu gear, mana satu clutch. Haha.

5. Additional driver. Yes, kalau korang nak ada 2-3 driver, kena bayar okay~ So it's an optional. Aku tak ambil pun additional driver. Lagipun dorang tak tanya. Tapi gilir-gilir lah drive dengan ayah aku. Okay je takde masalah. Takut jugak kot dorang pasang CCTV dan boleh detect kitorang tak ambil pakej additional driver tapi driver ada dua orang. Tapi Alhamdulillah takde apa-apa. Kira halalan-toyyiban je la. Keke.


Itu antara point yang aku kena check bila nak sewa kereta. Pening jugak sebab first time kan. Sewa kereta di Jeju dan Bangkok relaks je. Takde lah sepening ini. Anyway, meh aku citer pulak pasal booking kereta.

1. Di London, aku akan sewa kereta dari 1/6/2019 - 3/6/2019 (3 hari 2 malam) melalui website www.economycarrentals.com. Tang bab nak letak lokasi tu, pening sikit sebab banyak giler tempat dekat London yang kau boleh ambil kereta. Dah lah tak tau lokasi tu dekat mana kan. Memang jenuh nak rujuk dan hafal maps. Tapi yang aku tahu mudah lagi ambil dan hantar dari airport. Harga pun lagi murah. Yes, aku tak tipu sebab aku dah check.

Macam kes aku, aku nak ambil kereta sebaik saja touch down di Heathrow Airport, London. 

Contoh page yang akan keluar bila dah isi tarikh dan lokasi. Kat sini kita boleh pilih jenis transmisi kereta, fuel policy, insurance, etc. Check bebetul sebelum klik nak book.

Untuk kereta sewa di London, aku booked dengan HERTZ, kereta VW Polo, manual trasmission,unlimited mileage sebab aku akan keluar dari bandar London dan total harga dalam £71.04. Untuk booking, tak kena bayar lagi. Bayar masa di kaunter nanti. Pakej ni termasuk dengan full insurance coverage sebab aku malas nak fikir insurans yang ambil separuh-separuh ni. Untuk fuel policy, aku ambil yang Full to Full. Maksudnya masa ambil tu minyak kereta penuh, nanti bila pulangkan balik pun kena penuh.


2. Di Amsterdam, Netherlands, aku akan sewa kereta dari 5/6/2019 - 8/6/2019 (4 hari 3 malam) melalui apps rentalcars.com. Download je apps ni dekat Appstore atau Playstore smart phone korang dan mudah digunakan. Yang tak bestnya, apps ni akan deduct bayaran siap-siap dari credit card. Memula tu cuak jugak sebab dalam regulations tulis bayar dekat kaunter, sekali dia deduct duit lepas kita book kereta. Anyway, apps ni boleh dipercayai. Aku buat sedikit kajian, review HERTZ di Amsterdam sangat buruk so aku booked kereta dengan EUROPCAR di mana reviewnya lebih baik. Ada masalah sikit masa kami nak ambil kereta. Itu aku cerita kemudian. Tapi operator di Europcar sangat membantu. Kiranya dorang tolong settlekan masalah dan cara penyelesaian tu tak membebankan kami.

Inilah simbolnya. Jangan salah cari pulak okay? Apps ni valid digunakan untuk sewa kereta di seluruh Europe.

Nampak tak aku malas tak tulis detail kereta sewa di Amsterdam? Hehe.

Dari Amsterdam, aku akan pickup & return kereta ni di Amsterdam Schiphol Airport. Senang ambil di airport je sebab aku tak familiar lagi kan area sekeliling. Harga yang ditulis di atas tu dah termasuk harga basic insurance. Maksudnya aku tak ambil Full Insurance Coverage sebab harga lagi mahal. Kira tawakal lah memula ni. Tapi masa nak ambil kereta di kaunter Europcar, credit card aku tak cukup balance untuk bayar deposit sebanyak 700. Mungkin sebab operator Hertz tak release lagi deposit untuk kereta di London. So operator Europcar tukar jumlah deposit yang kami kena bayar kepada amount yang lebih rendah tapi aku dikehendaki beli Full Insurance Coverage untuk sewa 3 hari tu. 1 hari = 10 je so total aku kena bayar 30 untuk 3 hari. Terkejut jugak aku sebab dalam apps, harga untuk 3 hari Full Insurance Coverage agak mahal. So better beli Full Insurance di kaunter. Tapi ada kawan aku kena tipu. Dia tak perasan dia dah beli Full Insurance Coverage tapi bila ke kaunter, orang di kaunter offer Insurance lagi kononnya wajib beli. Terbang dalam RM2000++. Padahal insurance ni tak wajib pun. Oh dia kena di Switzerland okay~ So be careful ya.


3. Di Zurich, Switzerland pun aku booked kereta sewa melalui rentalcars.com jugak dan operator DOLLARS menjadi pilihan sebab review yang bagus. Penting ye baca review setiap operator sebab kita tak nak lah tertipu ke apa kan. Dollars ni anak syarikat Hertz. Ada benda best jadi dekat kami masa ambil kereta sewa. Itu aku story nanti. Sabarrrrrr~ Anyway, untuk kereta sewa di Switzerland, butir detail aku seperti berikut:

Volvo kau~ Tapi ni paling murah pun. Hehe. Lagipun aku kena consider luggage kami dari London confirm beranak pinak. So aku memang cari kereta yang berbonet besar. 

Untuk additional driver, itu adalah optional. Aku tak bayar pun masa dekat kaunter. Dorang pun tak tanya. Insurans semua sama macam kereta sewa di Netherlands iaitu aku ambil basic insurance; CDW, TPL,TP, unlimited mileage,etc.  Dan disebabkan adik aku baca dekat mana tah, dia cakap kena ada vignette kalau nak drive dalam Switzerland, dia jadi cuak. Don't worry, kalau sewa kereta dalam Switzerland sendiri, memang vignette dah disediakan. Melainkan korang sewa kereta di luar Switzerland, ikut nasib lah kalau kereta tu ada vignette ke tak. Kalau ada, maksudnya penyewa terdahulu dah belikan sebab valid untuk setahun. Kalau takde, korang kena beli lah kalau nak masuk Switzerland. Pasal vignette ni korang leh Google je sendiri. Keke. Vignette ni aku ulang sekali lagi, macam roadtax kereta & berbentuk sticker yang dilekat pada cermin kereta. Vignette diperlukan kalau nak menggunakan motorway di Europe. Gittuh~

So benda-benda macam vignette ni boleh check dengan operator kereta sewa. Tanya je dorang boleh ke bawak kereta ni ke negara lain? Setahu aku ada negara-negara yang berisiko tinggi, dorang akan ketat sikit terma syarat nak sewa tu. So tanya je. Yang aku boleh beri jaminan, Dari Amsterdam okay je drive masuk Belgium. Tak payah viignette ke apa. Fuhhh...sakit otak terus cerita pasal kereta sewa ni. Jenuh nak perah balik otak untuk ingat balik. Haha. Dan bagi aku, parking takdelah mahal giler dekat Europe terutamanya Switzerland. Ada banyak jugak yang FREE. So jangan takut untuk sewa kereta di sana okay?


Sekian dahulu untuk entry persediaan Part 1. Panjang berjela. Bukan apa, tak tau bila aku nak habis menulis pasal percutian kitorang di Eropah ni. So kita curahkan sikit dalam entry persediaan ni. Harapnya dapat membantu serba sedikit.


Notakaki:

Aku cadangkan untuk accommodation di London, cari lah dekat kawasan yang dekat dengan city kalau korang target untuk jelajah city. Orpington terlampau jauh bagi aku tapi yang bestnya, area situ sangat mendamaikan. Siap atas tesco lagi. memang syok shopping di Tesco. Dan untuk di Switzerland, Interlaken macam ramai sangat orang. Sebenarnya banyak lagi tempat best yang menarik di Switzerland, antaranya Walendstadt atau Iseltwald.

Dan untuk kereta sewa, kebanyakkan kereta baru dan atas budi bicara, dorang akan upgrade kereta kita tanpa sebarang charge. Hertz di London kekwat. Banyak telan duit aku. Ni aku cerita kendian. Hehe. Happy planning!


Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a comment