Day 04: Kyoto - Takayama, Japan.

Assalamu'alaikum.

04|12|2016 Ahad. Hari ni merupakan hari terakhir kitorang di Kyoto sebab kitorang nak bermalam di Takayama pulak. Reason kenapa kitorang tak bermalam di Osaka adalah sebab Kyoto terletak di tengah-tengah antara Osaka dan Takayama so logiknya, Kyoto dekat sikit dengan Takayama la kan? Ada apa ekk kat Takayama? Kenapa tak pegi je Nara atau Hiroshiyama? Kitorang pilih untuk ke Takayama sebab dua benda. Satu, nak tengok Shirakawa-Go (Go tu means kampung) yang merupakan perkampungan unik di Gifu Prefecture dan tersenarai dalam World Heritage UNESCO dan nak main salji di Shin-Hotaka! Woot woot!

So bangun pagi macam biasa, mandi makan dan masukkan barang-barang dalam beg masing-masing sebab hari ni dah nak check-out. Rumah pun kena kemas balik sebab ini bukan hotel. Mak dan ayah aku cakap, macam mana orang bagi rumah tu kat kita, macam itu lah kita kena pulangkan balik. Hahh gittuh~ Lagipun host AirBNB boleh tinggalkan review dekat si penyewa andai kata rumah yang disewa tu, ditinggalkan dalam keadaan messy, kotor etc. Semalam kan kitorang dah sampai malam. So tak sempat nak kayuh basikal sekitar Kyoto. Pagi ni pun tak sempat dah. Mau kena jerkah dengan ayah aku nanti kalau dah nak check-out tapi terhegeh-hegeh nak mengayuh basikal. Sayang kan? Aku dan adik aku rasa ralat sikit lah. Dah lah accommodation di Kyoto ni mahal jugak. Kitorang booked sebab basikal tu lah. Tapi barang yang lepas usah dikenang. Ayuh! Plan seterusnya, lepas check-out, sebelum ke Takayama, kitorang nak jalan-jalan ke Arashiyama Bamboo Grove dulu. Naseblah host untuk accomodation di Kyoto bagi simpan beg-beg kitorang dalam office dia. Boleh pengsan kowt kalau nak berjalan, kena bawak beg-beg ni. Dalam 9.45am baru kitorang bergerak keluar.

Breakfast kitorang pagi ni. Nasi Lemak campur Nasi Goreng Ayam Brahims, Sambal Bilis, Daging Dendeng, Telur Rebus, Serunding dan Nasi Impit. Sumbat semua masuk perut. Haha.

Bergambar kenangan di hadapan accommodation di Kyoto. Ready to check-out!
Untuk ke Arashiyama Bamboo Grove ni, dari Kyoto Station, boleh naik JR San-In Line dan turun di Saga-Arashiyama Station. Di Arashiyama Bamboo Grove ni, ada macam-macam aktiviti kita boleh buat. Antaranya naik Sagano Scenic Train dari Torokko Saga Station ke Torokko Kameoka Station dan sepanjang laluan ni, korang akan disajikan dengan view yang sangat mabeles (marvelous ye)~ View paling cantik semestinya masa peak Autumn. Selain tu ada jugak Hozugawa River Cruise, sightseeing sepanjang Hozugawa River yang melibatkan boat yang nipis je hokey. Hah! Unik & rare experience gituh! Dan banyak lagi lah korang leh buat kat sini.

Hozugawa River Cruise. Awesome kan? kan? Gambar ihsan Internet.

Sabajap..Sabajap.. Aku memang nak naik sampan ni. Gambar ihsan Internet. 
So, sampai je di Saga-Arashiyama (disebabkan kitorang check-out around 945am tadi, dengan nak uruskan beg di office host lagi, sampai sini dah jam 1145am), terus kitorang tuju ke kaunter tiket Torokko Saga (yang terletak sebelah Saga-Arashiyama Station) untuk beli tiket Sagano Scenic Train dulu sebelum menerokai Arashiyama Bamboo Grove. Gittuh bakunya bahasa Melayu aku. Keke. Anyway, Sagano Scenic Train ni ada jadual & quota dia. Kalau terlambat untuk satu sesi, korang melepaslah untuk dapat tempak duduk dalam train ni. Macam kitorang, seat untuk slot 1.15pm dah habis so terpaksa beli tiket yang kena berdiri sebab kitorang tak leh tunggu untuk next slot. Kena kejar masa sebab tak nak sampai Takayama lewat sangat. Lepas dah beli tiket Sagano Scenic Train yang berharga ¥620 seorang, menapak lah kitorang ke Arashiyama Bamboo Grove.

Di Saga Arashiyama Station. Ingatkan sejuk pagi ni, tapi cuaca suam-suam gittuh.

Bergambar depan Torokko Station. Betul-betul sebelah JR Saga-Arashiyama Station.

Monumen keretapi lama. Sementara tunggu adik tercantik aku beli tiket, parent aku dan adam lepak kat sini.

Kaunter tiket untuk Scenic Train. Harga tiket untuk tempat duduk dan tiket untuk berdiri tetap sama. Cis~

Staff sini boleh speaking English sikit-sikit. Bayar jangan tak bayar ye.

Buah berangan yang dijual di luar station. Favorite mak aku nih.

Sedap giler Latte kat sini. Tiap-tiap hari aku beli. Mudah didapati sebab merata-rata vending machine kat Jepun ni.

Selesai beli tiket untuk scenic train, kitorang menapak ke Arashiyama Bamboo Groove. Dalam perjalanan ke sana, spotted kedai buah-buahan segar bugar. Apa lagi. Serbu!

Manis!

Jauh jugak sebenarnya dari Saga-Arashiyama Station nak ke Arashiyama Bamboo Grove. Rasa macam semput nafas nak berjalan sebab nak kejar masa untuk scenic train pada 115pm ni.

Tapi sempat jugak posing kejap. Haha. Letih kottt kalau jalan je kan. Hehe.

Abah aku didepan rumah traditional Jepun. Bersih giler! 

Apalah yang dicarik mak dan adik terhensem aku tu. Kawasan sini agak lengang tapi bila jalan kedepan, mak aihhhhh~ Raminya orang.

Simple je rumah Jepun kan? Tak over nak design tapi still nampak awesome.

Kawasan sekitar menuju ke Arashiyama Bamboo Grove. Bersih kan?

Selipar Jepun versi ala-ala terompah. Menuju ke arah Bamboo Grove.

Tadaaa~ Eh tapi ini bukan main spot for Bamboo Grove yang awesome tu. Kena jalan depan lagi.

Jalan depan lagi pon, cenggini je rupa bamboonya. Kitorang dah cuak. Mana dia tempat yang bamboo cantik tu?
Sepatutnya akan jumpa macam gambar kat atas ni. Tapi takde ponnnnnnnn! Gambar ihsan Internet.

Aku sangatttttt ralat (sampai ke saat aku tulis blog pasal tempat ni) sebab kitorang tak sampai ke Bamboo Grove yang dikatakan orang tu. Bila aku check Google Maps balik, sebenarnya kena jalan ke dalam lagi. Tapi sebab ayah aku dah bising-bising, mak aku pulak asyik tanya bila nak sampai, rimas! So kitorang decide patah balik keluar ke main road. Sedih sangat.
Kawasan Arashiyama ni sangat besar dan kita boleh rent basikal untuk explore tempat ni. Tak lupa jugak, kalau datang ke sini, korang wajib jenguk Togetsukyo Bridge sebab jambatan ni merupakan antara jambatan yang agak famous di Jepun. Dulu-dulu jambatan ni merupakan penghubung utama untuk aktiviti commerce penduduk di sini. Kiranya kalau takde jambatan ni, tak makan la penduduk-penduduk kat sini. Selain tu, bila jambatan ni bergabung denga view sekitar, gambar terus akan jadi sangat awesome. Picturesque gittuh~

Togetsukyo Bridge. Lawa kan? Kena spend berjam jugak untuk explore tempat ni. Memang kitorang tak sempat nak ke sini. Rugi rugi. Gambar ihsan Internet.
Bamboo Grove pun tak sampai. Ada hati nak ke Togetsukyo Bridge ni? Hahahaha. Beranganlah kau Helda. Tak pe..tak pe.. Aku memang berazam akan datang ke Kyoto lagi. Datang sorang pun tak pe sebab Jepun agak selamat untuk solo traveler. Jom bergegas ke Torokko Saga Station. Kalau terlepas scenic train tu memang meraunglah. Dahla tiket sudah dibeli.

Still control. Fuhhhh~ Sabar. InsyaaAllah ada rezeki aku nak datang Kyoto lagi, dan cari sampai jumpa Arashiyama Bamboo Grove tu. Yang kitorang jumpa tu hanya picisan bamboo.

Masa patah balik tu, terjumpa kawasan ni. Lawa! So kitorang benti kejap untuk bergambar kenangan.

Cantik tak? Hahaha.Tapi serius memang lawa kawasan ni. Arghhhh.. my bamboo grove! Sob sob..

Put aside the bad feelings of not finding the bamboo grove. Moh kiter gambor lagik. Adam baru lepas kena jerkah sebab dia sebok nak main phone. Sian dia. Dahla mak ayah tak ikut trip ke Jepun ni. 

Adam kesayangan atok dan wan. Senyumlah sikit wan tu pon. Emosi pasaipa taktau. Haha.
Untuk tenangkan hati yang tengh bergelora, meh beli aiskrim dulu. Sejukkan hati tu. Hehe.

Adam yang baru lepas menanges kena tengking dengan Wan. Hahaha. Dia merengek nak telefon tapi Wan dia badmood. Kena lah sedebik. Haha.

Cepat.. Takde masa dah ni. Lagi 15minit scenic train nak berlepas. Memang barai kaki berjalan di Jepun ni.

Tapi ternampak satu kawasan rumah yang awesome ni, So berhenti lagi untuk bergambar acah-acah hari raya gittuh~

Fuhhhh~ Sempat kejar scenic train ni. Kitorang dapat 2 je tiket untuk tempat duduk. 4 tiket lagi kena berdiri. Dahla harga sama. Sabor je lah.

Tengok ada seat kosong so kitorang duduk kejap. Rupa-rupanya ada penumpang akan naik di station depan sikit.

Berdiri je lah sepanjang laluan tu. Lawa mabeles awesome giler view sepanjang Hozugawa River. Daun masih berwarna kuning dan merah dan hijau dan pink dan... Sumpah cantik!

Sangat-sangat cantik awek yang pakai tudung biru tu kan? Hahahahaha! Tourist memang ramai giler. Berhimpit jugak lah dalam train ni.

Late Autumn. Kalau tengah peak Autumn tu, mesti lagi lawa kan? Serius takleh bayang.

Boleh turun di station ni tapi tak tau la taman ni boleh masuk ke tak sebab tengok takde orang pon turun kat sini tapi train memang stop kejap.

Nampak tak boat tu? Itulah Hozugawa River Cruise. Serius nampak menarik. Aku discuss dengan adik terhensem aku. Kitorang nak naik! Tak kirak!
Nah aku lanjer video sekeping. So amacam? Berbaloi tak nak spend ¥620/adult & ¥310/child untuk trip sehala? Hehe.

Dah sampai di Torokko Kameoka Station iaitu station yang terakhir. Sebenarnya korang boleh beli return ticket. Means boleh patah balik ke Torokko Station. Tapi kitorang decide naik train JR di Umahori Station je. Dalam 5 minit walk.
Masa dah sampai di Torokko Kameoka Station, aku dan adik lelaki aku nak try naik Hozugawa River Cruise dan sorang dalam ¥4100. Yes, a bit pricey tapi rare kottt. Bukan selalu dapat buat. Macam menarik giler ko menyelusuri sungai yang deras, tapi kiri kanan kau kemahen lawa view dia. Walaupun dah late Autumn tapi pokok-pokok still berwarna warni. Tapi mak dan ayah aku macam tak bagi sebab dorang tak sabar sangat sangat nak bergerak ke Takayama kot. Risau benor train ke sana dah takde. Adik tercantik aku suruh je naik dan buat bodoh je. Tapi aku ni sejenis mudah tak sedap hati kalau bantah cakap mak ayah. Honestly, serius tak faham kenapa mesti nak rushing tapi aku assume pemikiran orang tua-tua ni lain sikit dengan kita yang muda. Lagipon semalam memang kitorang berjalan seharian di Osaka. Maybe mak ayah aku masih letih. Tapi menggigil jugaklah diri ini menahan amarah sebab tak dapat naik Hozugawa River Cruise tu. Hahaha. Tapi what to do kan? Itulah antara asam garam kalau berjalan dengan parent ni. Ujian kesabaran memang tahap lain sikit. Hahaha. Demi chenta terhadap parent yang terchenta, aku dan adik lelaki aku pasrah je. Aku cakap kat dia, 'takpe nanti kita datang lain kali.' Perghh... macam orang kaya je kan nak datang Jepun banyak-banyak kali. Hahaha.


Terpaksa bergambar di tengah-tengah bendang bagi merawat kedukaan dihati ini. Sob sob sob..

Adik terhensem aku pon cuba memujuk hati sendiri. Kesian dekat dia. Dahlah susah nak cuti. Bila cuti, banyak restriction pulak. Sabar ye dik.

Besar-besar kan sayur dia? Kat sini agak sejuk berbanding di Saga Arashiyama.
Jalan je terus untuk ke JR Umahori Station. Sob..sob..

Mak aku cool je tapi ayah aku lah asyik marah-marah. Tak tau dia nak kejar apa yang nak cepat sangat tu. Takpe takpe.. Benda dah lepas usah dikenang. Mana tau, kalau kitorang berdegil jugak nak naik Hoguzawa River Cruise tu, bot tu akan terbalik ke. Kan? Haha. Terpaksa pikir positif.
Plan seterusnya nak visit Kinkakuji Temple (dikenali juga sebagai Golden Pavilion). Untuk kesana, dari Kyoto Station boleh ambil Kyoto City Bus nombor 101 atau 205 dan perjalanan mengambil masa 40 minit & bayaran sebanyak 230 yen sehala. Kinkakuji Temple ni sama je fungsinya macam temple yang lain. Yang membezakan dia dari temple yang lain sebab temple ni diperbuat dari emas katanyer tapi dengan keadaan emosi ayah aku yang tak berapa nak stabil, so kitorang skip je untuk ke sana. 


Inilah Kinkakuji Temple. Cantik kan? Dengan view surrounding yang terlebih mabeles itu, tenang je walaupun just tengok gambar. Haha. Gambar ihsan Internet.
Terus balik ke Kyoto Station untuk ambik beg-beg kitorang. Adik tercantik aku ajak jalan-jalan ke Gion sebab sebelum ni tak sempat nak explore. Boleh lunch di restoran halal yang kitorang pegi tu. Ye lah, baru jam berapa masa ni. Tak silap aku tak sampai pukul 2.00 pm lagi. Kitorang target untuk gerak ke Takayama paling lambat jam 4 petang sebab ambil masa 3jam 30 min je. Tapi sekali lagi, ayah aku dah emo-emo. Dia cakap tak payah lunch. Lunch je dalam train. Adoilah. Honestly, memang spoil mood aku nak bercuti masa ni. Itu tak boleh, ini tak boleh. Padahal dah study setahun untuk trip ke Jepun ni. Kemahen rapi aku study tapi bila sampai, banyak benda takleh buat. Mak aku suruh sabar, dia cakap tak baik buat muka kat ayah aku. Hahahaha, Sorry abah. Anakmu ini memang emo. Ikut perangai sapa lagi kan? Hahaha. So skip semua benda, dengan tak makannya, berlari turun ke platform. 


Kuih koci a.k.a kuih beras a.k.a kuih mochi ke apetah. Tak sedap. Hahaha.

Sementara tunggu Shinkansen sampai, macam biasa, pergi ke toilet dan sempat lah usha sushi unagi. Macam menariks je

 Inilah sushi Unagi yang takleh dihadam oleh tekak aku. Hanyir semacam.
Tapi relaks je budak dua orang ni telan. Siap cakap sedap sedap. Lapar sangat gamaknya.


Nape tu Adam oiii.. Rindu pulak kat budak kecik ni. Pandai dia bawak diri walopon mak ayah dia takde.

Dari Kyoto Station, akan berhenti di Nagoya Station. Then transfer train untuk ke Takayama Station.

Dalam train menuju ke Takayama Station. Kat luar dah gelap. Kembangkan hidung aku? Haha. 
Alhamdulillah. Selepas 3jam 30minit perjalanan, kami selamat sampai di Takayama Station pada jam 725pm.



Sejuk giler kat Takayama ni Dahlah hujan renyai-renyai kat luar.
Masa sampai di Takayama, kitorang macam delayed sikit nak jumpa rumah yang dah di book ni. Adik aku masuk satu bar ni sebab kitorang assume owner bar boleh speaking sikit-sikit. Dia yang tunjuk jalan. Dahlah hujan, sesat sekejap, dengan beg yang kalah peti ais. Kesian jugak kat mak ayah aku dan Adam. Dengan laparnya lagi.

Alhamdulillah jumpa jugak Lily Water Homestay ni. Klasik! Masuk-masuk je ada bar counter. Haha. Host siap letak welcoming present untuk kitorang. Overall, hakak suka giler rumah ni.
Masuk-masuk je nampak bar counter ni. Cool~ Kat sini lah tempat lepak kitroang adik-beradik sambil sembang-sembang dan bergosip. Serius aku rindu moment tu sebab bukan senang kitorang nak jumpa. Sob..sob..

Luas kan? Bilik tido kitorang. Masa aku masak, mak dan adik terhensem aku bentangkan Futon siap-siap. Kitorang biar je pintu tu terbukak camtu. Tido ramai-ramai lagi best.

Keunikan senibina rumah Jepun. Movable wall yang bertindak sebagai sliding door. 

Shower room!

Mesin basuh pon ada. Sebab tu aku prefer AirBNB kalau nak book accommodation sebab mostly dorang provide mesin basuh. So tak payah bawak baju banyak-banyak kan?

Dapur yang menjadi medan pertarungan aku menyediakan breakfast, lunch dan dinner untuk family. Complete kitchenware provided. Mr Yuki siap bagi buah epal free dalam fridge tu.

Tatami Room yang menjadi tempat makan kitorang. Ada heater bawah meja tu. Sedap je lepak sini. Suam-suam je .

Kitorang terkejut giler ada sauna dalam rumah ni tapi dia tak provide instruction camne nak guna bilik ni. Kebanyakan rumah sewa di Jepun akan letak instruction manual in English untuk traveler.

Bilik yang menjadi tempat adik tercantik aku sidai baju-baju. Siap ada pinky fridge lagi. Cute!
Tak buang masa, toilet pun tak sempat pergi, aku terus ke dapur dan apa lagi, panaskan apa-apa yang patutlah. Lapar giler kowt masa ni. Memang berguna sungguh instant food brand Brahim ni. Pantas & mudah disediakan. Sementara aku prepare dinner kitorang, adik-adik keluar ke kedai untuk beli telur dan apa-apa yang patut. Kesian jugak sebab dah lah baru sampai, penat, lapar, sejuk dan hujan pulak tu kat luar. Dorang memang the best travel mate aku. Meh muah cikedd.

Tadaaa~ Katil kitorang untuk dua malam di Takayama. Nama dia Futon dan dia ni sangat sangat sangat selesa. Tak rasa sejuk langsung. 
Selesai melahap, barulah aku bersih-bersihkan badan, solat dan sapu segala jenis minyak yang ada untuk kaki sado aku ni. Esok nak berjalan lagi. Ke mana tu? Tunggu ye. Masak lah nak tunggu next entry aku. Hahaha.

Notakaki:
Aku cadangkan, sampai je Kyoto, silalah merayau-rayau di Gion sebab Gion sangat lawa! Serius menyesal sebab tak sempat nak rayau kat sana. Kat Gionlah korang leh tengok culture penduduk Kyoto dengan lebih dekat. Kalau boleh, silalah berbasikal ke sana. Mesti sangat awesome.

Sekian.

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment