Day 07: (Part 1) Qibao Water Village, Shanghai.

Assalamu'alaikum.

16|04|2017 Ahad. Kalau ikutkan plan asal, aku rancang nak ke Suzhou hari ni. Suzhou ni agak jauh dari bandar Shanghai. Adalah dalam 30min perjalanan by bullet train. Ada apa dekat Suzhou tu sampai aku plan nak ke sana? Benda paling best yang ada dekat Suzhou ni adalah Zhouzhuang Water Town. Orang cakap, kalau ke Shanghai tak visit water town @ water village dorang, memang tak sah. Di Shanghai memang beratus water village ni dan the best water village is in Suzhou katanyer. Untuk masuk ke Zhouzhuang Water Town ni kena bayar ye. Kalau nak masuk masa siang, seorang dalam CNY100. Kalau nak masuk waktu malam (entry selepas jam 4.00pm) kena bayar seorang CNY80. Selain water town, banyak lagi tempai best kita boleh lawati di Suzhou. Antaranya Humble Administrator's Garden dan Shantang Street.

Suzhou. Lawa kan? Tapi sebenarnya kalau jalan-jalan di China, dorang masih mengekalkan binaan sejarah. Gambar ihsan Internet.

Di Zhuozhuang Water Town. Terdapat canal (terusan) sebagai laluan transportation. 

Arch bridge. Sebagai simbol 'luck' sesuatu tempat.
Untuk ke Suzhou, kena naik bullet train di Shanghai Hongqiao Railway Station dan harga tiket untuk seorang adalah sebanyak CNY40. Aku dah study dah semua-semua ni. Keke. Tapi bila pikir-pikir balik, dekat bandar Shanghai ni pun kitorang tak habis jelajah lagi. Lagi pun aku ada baca few reviews pasal water town dekat Shanghai, dorang cakap sama je kat memana pun. So aku dan adik aku tukar plan last minute. Hari ni kitorang nak terjah water town jugak tapi bukan dekat Zhouzhuang Water Town tapi dekat Qibao Ancient Town. Dengar cerita Tom Cruise pernah berlakon Mission Impossible dekat water village di sini. Untuk ke Qibao Ancient Town, ada dua cara; bas atau train. Kalau naik train, boleh naik Line 9 dan turun di Qibao Station then Exit 2. Kalau naik bas, pajang sangat senarai bas dia, so boleh refer sini.

Pagi ni lepas bersiap, kitorang plan nak naik bas dan turun dekat memana metro station yang bas ni lalu sebab bas-bas ni selalunya akan lalu metro station. Lagipun, bukan nak rushing sangat pun. Sekali lagi, naik bas nombor 76 di HaiFang Road then ikut je lah mana bas tu pergi. Selain tu, boleh tengok-tengok kawasan sekitar tanpa perlu berjalan kaki. Gittuh~ Kalau pakai transportation card, kena bayar CNY1-2 sahaja. Bas 76 ni lalu depan Jing'an Temple dan area-area shopping mall. Tengah ralit tengok luar, kitorang perasan dia akan berhenti di metro station Songjiang South Railway Station Line 9 berdekatan Zhaojiabang Road. Memang rezeki kitorang sangat-sangat sebab Line 9 memang direct turun di Qibao Station. So, apa lagi, turun lah and here we are!

Qibao Station Exit 2. Kiri kanan shopping mall besar. Kagum sekejap kitorang. Ingatkan dekat Ancient Town takde bangunan besar-besar.

Lepas keluar di Exit 2, kitorang blur kejap nak ke mana. Internet takde kan. Harap map yang dah di'print screen', it is so confusing. Tapi tengok arah jalan, nampak signage tu ' Qibao Old Street'. Kitorang plan ikut je signage tu.

Sebelum pape, posing dulu. Kekeke.
Bersebelahan dengan Exit 2 Qibao Station, ada shopping mall besar. Masa kitorang bergerak ikut signage 'Qibao Old Street' tu, mata dah terjeling-jeling mall tu. Sekali ada satu kedai SPAO tengah sales giler-giler. Aku tertengok 1 bag pack yang super cute. Apa lagi, terjah la dulu. End-up kitorang bershopping super sakan dekat SPAO ni. Hahaha. Dalam sejam jugak spent dalam ni. Dari bag pack, sweater, t-shirt, pants, semua kitorang borong. Borong sekali untuk Kak Long, Abang Firdaus, anak-anak sedara dan adik terhensem aku. Kitorang berhabis dalam RM1000 jugak dekat sini. Memang murah! Tapi yang tak bestnya, tak leh claim VAT. Sesetengah kedai je boleh claim pengecualian cukai VAT ni.Dah lah susah giler nak bercakap dengan dorang sebab dorang memang tak boleh speak English.

Anyway, alang-alang dah masuk mall ni, tour la kejap. Not bad harga barang-barang di sini. Macam-macam ada. Wifi pun ada. Aku malas nak ambil Internet/Wifi ni sebab nanti masing-masing sibuk nak tengok phone je. Dah tu apa motif berjalan ke luar negara kalau asyik belek phone je? Kan? Sebab tu aku rela sesat dari sakit hati tengok ahli rombongan asyik mengadap phone. Kekeke. Banyak benda kita boleh belajar tengok tempat orang ni. Behaviour & environment dorang, dan macam-macam lagi. Bukan sekadar ke luar negara sebab nak cop passport je. Ok done membebel. Hahaha. Oleh sebab kitorang tak makan lagi, kitorang singgah beli roti. Itu je yang yakiniku nak makan. Hehe. Dan bila kitoran keluar dari mall, tersergam indah decoration landscape yang bagi aku sangat unik!

Cantik kan? Macam mana eh dorang buat ni? Kagum giler.

Bersama ibu terchenta. Dahlah colour tumbuhan tu lain-lain. Tumbuhan hidup tau. Bukan plastik.

Cuba senyum sikit abah uiiii. Hahaha.

Landscape Architect. Tolong citer sikit macam mana dorang buang landscape lawa ni?
Orang tersangat-sangatlah ramai di Qibao Ancient Town ni. Dan ingatkan aku bagitau kaki aku gatal-gatal merah-merah masa aku visit Yuyuantan Garden di Beijing? Disebabkan pernah dengar ubat-ubatan China ni antara yang terbaik, aku singgah ke farmasi di sini. Pharmacist dia pun tak boleh speak English. So aku tunjuk je kaki aku yang makin huduh itu, terus dia keluarkan ubat sapu. Ubat tu memang terbaik lah! Sehari pakai, kaki aku dah tak gatal-gatal. Tapi mahal jugak dalam RM60 tak silap aku. Kecik je ubatnya.

Inilah rupa kotak ubat tu. Memang mujarab!
Eh melalut citer pasal ubat pulak. Rasa excited nak share sebab dah beberapa hari kaki aku gatal-gatal, merah-merah. Siap dah melarat naik ke betis. Anyway, sila lah layan lambakan gambar-gambar kitorang dekat Qibao Ancient Town ni.

Lepas keluar dari mall, ternampak tempat ni. Kesian sangat bunga-bunga belakang mak aku tu. 40% kena pijak. Takde kesedaran civik betul.

Negara China ni memang nampak berusaha keras nak bangunankan landscape. Merata-rata ditanam bunga. Kalau kembang mesti cantik kan?

Bunga tu tak berkembang, biar aku je yang kembang. Kekeke.

Sinilah Qibao Old Street. MasyaaAllah ramai giler orang dan banyak giler kedai korang boleh shopping till you drop. Ingatkan nak beli jaket untuk ayah aku sebab murah giler tapi takde saiz la pulak. 

Nampak tak beg ayah aku pegang? Itu separuh barang-barang kitorang shopping tadi.

Setup mini tripod and click! The best travel team ever. Hehe.

Classical Chinese Architecture yang banyak terdapat di sini.

Taman di hadapan Qibao Ancient Town.

See? Ramai giler orang kan? Memang berlaga bahu jalan dekat sini. Lorong kecik satu hal. Kiri kanan jual barang-barang best.

Memang recommend korang datang shopping dekat sini.

Macam-macam ada. Kitorang singgah bershopping jugak dekat sini. Hehe. Water village tu takpe, boleh tunggu. Keke.

Tadaaa~ Banyak giler tumbler comel-comel. Rambang mata! Seketul dalam RM10 je! Mana nak dapat hoiii.

Ayah aku bergambar dengan calon menantu. Kah! Memang banyak giler kitorang borang tumbler kat sini. Hehe. Sebab cute sangat!

Busuk giler bila lalu kawasan dorang jual makanan. Tengah aku complain-complain, baru aku sedar, aku sorang je dekat sini. Mana pergi mak ayah adik aku???

Dorang pegi mana eh? Oh kat depan tu lah water village. Tapi kena cari mak ayah adik aku dulu. Tetiba dorang takde.

Lahhhh singgah beli spec rupanya. Bab shopping memang nombor 1! Haha. Casing spec kedai ni memang lawa-lawa. Murah pulak tu. So mak dan ayah aku beli sorang satu.

Kawasan yang aku cakap sorang-sorang tadi. Nampak macam tak ramai kan?

Sebenarnya tadi kitorang singgah jugak kedai beg-beg. Lawa-lawa. Membeli lagi sebab murah & unik. Tapi sebab sebok sangat membeli, aku tak ambil gambar kedai. Hihi. Beg masing-masing dah gemok tu.

Ayah aku bergambar depan bridge water village. 
Serabai cam hape je ni. Banyak sangat barang-barang yang dibeli. Hehe.

Welcome to Qibao Water Village!

Bangunan lama di Qibao yang berunsurkan Classical Chinese Architecture.

Bagi aku, water village di Qibao antara yang 'termewah' aku penah tengok. Kalau water village kat Sabah Sarawak atau Brunei, sedih je tengok. Dah aku boleh bayangkan sistem transportasi dorang masa dulu lagi tersusun.

Kecik je water village ni rupanya. My bonda di Qibao water village.

Selalu tengok setingkat je bangunan. Tapi di Qibao, bangunan-bangunan di kampung air dia bertingkat. Diperbuat dari brick & concrete pulak tu. Canggih.

Abah di Qibao water village. Happy dapat bawak parent jalan-jalan.

Ingatkan nak jalan ke seberang, sekali tengoklahhhh! Giler padat dengan manusia!

Hmm perlu ke kita ke seberang sana ibu? Nak redah orang ramai-ramai tu ke?

Tak payah la. Kita bergambar je lah atas bridge ni. Hahaha.

Giler ramai orang. Tak sanggup nak sesak-sesak cenggitu.

So kitorang bergerak balik. Shopping sudah, tengok water village sudah.

Lorong-lorong kecil yang terdapat di Qibao Ancient Town ni. Masa dekat sini, ada sorang baby chinese ni menanges-nanges. Panas mungkin. Lepas tu mak aku hulur tangan nak dukung dia. Mak dia bagi. Pastu ayah aku kipas-kipas dia, terus diam baby tu. Mak bapak dia terkejut tengok dia diam. Terus tepuk tangan. Cute. Hahaha.

Bergerak balik ke mall tadi sebab metro station sebelah mall je.
Menunggu train tiba. Lemau dah ni. Lapar giler sebab makan roti je pagi ni.
Dari Qibao Station, kitorang patah semula ke station Songjiang South Railway Station. Dari situ, kitorang ingatkan nak naik bas. Tapi rupanya station ni agak besar. Jenuh mencari bus stop yang  memula kitorang sampai tadi. Dengan bantuan seorang pakcik yang boleh speak English fluently, kitorang berjaya jumpa bus stop tu dan dari jauh nampak bas nombor 76 tengah tunggu. Masa berjalan ke arah bas, aku usha ke sebelah kanan. AKu nampak ada restoran halal di celah-celah kedai yang ada dekat situ. Betul-betul sebelah jalan je. Apa lagi, cancel naik bas, kitorang terus seberang jalan untuk late lunch kitorang sebab dah 230pm. Lapar giler kotttt.

Alhamdulillah. Kemain happy muka. 

Sebenarnya banyak je kedai restoran halal di Shanghai. Merata-rata. Kita kena pandai tengok sebenarnya. Yang penting tengok signboard dia color hijau-kuning atau hijau-putih. Tengok sama lambang kubah. 

Tadaaaaa~ Nasi apetah ni. Nak order nasi putih je tapi dorang tak faham. So tunjuk je gambar yang ada dekat dinding kedai.

Sedap la jugak tapi banyak giler! Kedai ni menang award tak silap sebab tengok dorang letak sijil dekat dinding kedai.

Ayah aku pun order yang sama. Mak aku je setia pada lamee. 

Nampak macam sedap bila tengok gambar tapi sekali sampai, banyak giler macam 10 orang makan! Ayam dan kentang. Masak sos. Sedap tu memang sedap tapi flavor dia too strong. Kitorang tapau lauk ni sebab tak habis. Banyak giler kotttt.

Lepas makan, naik semula bas 76, lalu depan Chanel di Nanjing Road. Ramai giler orang beratur. Ada sales kot.

Kepenatan dan kekenyangan. Tak sabar nak sampai rumah.
Kitorang balik rumah sebab nak solat dan guna toilet dan nak rehat kejap sebelum bergerak ke next destination. Ke mana kita malam ni? Tunggu~

Sekian.

Notakaki:

Kalau nak kelainan, mungkin boleh consider untuk lawat Nanxun Water Village. Dalam 1jam dari Shanghai by bullet train. Di Nanxun Water Village ni tak ramai orang dan penduduk asal masih menetap dekat sini berbanding water village yang lain, di mana penduduk asal dah takde & it's more commercial. Selain itu, gabungan Chinese & Western Architecture terdapat pada bangunan-bangunan di Nanxun Water Village. Tapi sebab jauh sangat so aku reject untuk ke Nanxun. Keke.

Dan info penting pasal naik bas di Shanghai, korang kena touch card masa naik sahaja. Bila nak turun tu, terus turun. Kiranya touch card korang sekali je. Berlainan dengan Beijing, korang kena touch card 2 kali iaitu masa naik dan turun. Ok?

Xoxo,

Share: