Day 02: (Part 1) Perth, Western Australia


Assalamu'alaikum.

20|07|2015  Isnin. Raya ke-4 kami berada di Perth. Bajet perantau katanya.Keke. Tak perlu lah aku update aku bangun subuh ke tak kan? Itu kewajipan setiap Muslim. So di mana kita berada, pandai-pandai sendiri lah update bila waktu solat kan. Aku memang dah download siap-siap apps untuk waktu solat so mudah sikit.

Pagi ni, sebelum mandi, aku rebus siap-siap nasi impit. Mood raya lagi katanya. Dihidangkan bersama dengan Yeo's Chicken Curry. Hasilnya cirit birit teruk aku dengan mak aku. Jilake Yeo's. Memula ingatkan sebab travel diarrhea tapi sebab aku dengan mak aku je yang makan Kari Ayam Yeo's tu dan kitorang je yang kena cirit birit, so memang aku terpaksa tuduh penyebab dia adalah Yeo's Chicken Curry. Tobat tak beli dah! Anyway, selesai menjamu melahap sarapan pagi, dalam 900am kitorang keluar for sight seeing. Plan asal nak pegi Swan Bell Tower tapi malangnya, tower tu ditutup sementara waktu untuk aktiviti pembaik pulih apetah. So skip pegi sana, kitorang plan nak terus ke Fremantle! Daerah yang terkenal dengan pemandangan tepi laut nan indah dan Fish 'n' Chip yang wajib cuba especially di Kailis atau Cicerello. So, dari kawasan hotel, kitorang naik CAT bus ke Perth Station. Ingatkan naik train kat situ kalau nak pegi Fremantle. Rupa-rupanya kena naik train kat station City West. Perth Station ni bangunan dua tingkat. Nak naik bus kena turun tingkat bawah by escalator. So,turun bawah, tercarik-carik manalah bus ke station City West. Jumpa! Tapi sebenarnya aku tak tau nak suruh bus ni stop kat mana, makanya kitorang terlajak ke depan. Apa lagi kelam kabut tekan loceng suruh driver bus berhenti. Time tu rasa down giler sebab rasa macam kenapalah aku macam lost padahal aku dah study kemahen punya kemas. Time SPM pon aku tak study macam tu tau. *Nanges*

Masa ni pagi buta lagi so tak ramai orang di Perth Station.

Hadek tercantik aku tengah study bus route. Nasib ko ada dik. Lap u~

Hakak sado dah termenung sebab sisa lost semalam masih berbaki lagi. Huhu.

Kitorang je ada dalam bus ni sejak dari Perth Station. Abang saleh tu baru je masuk.

Kita hanya merancang. Allah jua merancang tapi Dia lah perancang yang terbaik. Aku ingatkan kitorang dah sesat, rupanya tak. Cuma kitorang terlepas nak berhenti dekat tempat sepatutnya so terpaksa menapak ke station City West. Woot woot! Lega rasa dan kawasan nak menapak tu sangatlah cantik bagi aku. Kesimpulannya, bila kita travel kat tempat orang, jangan takut untuk tersesat sebab every corner of the space worth our attention. Hah, gittuh! Kitorang siap berhenti minum-minum Chocolate Shake dekat booth kecik yang ada dekat situ. Fefeeling local katanya dan Chocolate Shake itu tersangatlah sedap sebab susu dia pure! Hakak sado suka sangat!

Cantik kan pokok ada ranting je. Ke aku sorang je rasa view ni marvelous?
 Hamboi, besawnya peha Beyonce kau hakak sado oi~

Style is a reflection of your attitude and your personality.


Aku tak berapa ada interest dengan muzium so aku skip lawatan ke sini.

 Ni la kedai kecik aku cakap tu. Lepak kejap minum-minum. Travel dengan parent ni takyah nak rushing sangat katanya.Hihi.

Trademark muka ayah aku yang berkerut. Haha.

Inilah Chocolate Shake yang sedap giler tu. Pure milk! 

Aku suka architecture style cenggini. Lengan bazooka tu nak kemana hakak sado?
Habes playing tourist, kitorang pon bergerak lah ke station City West (dari tadi tak sampai-sampai. Haha. Sabajap ye. Nak sampai dah.) Bayaran tiket train dari station City West ke Fremantle Train Station tak silap aku dalam AUD 4.20 return/pax. Dari Fremantle Train Station ke tempat-tempat sekitar Fremantle adalah percuma dengan menaiki Blue or Red CAT service. Lepas beli tiket, kitorang turun ke Platform 7 and few minutes later, train pon sampai. Train dia macam LRT kat Malaysia je tapi syokla naik sebab view kiri kanan lawa-lawa.

 Inilah City West Station. Macam dekat Kuala Lumpur Station kan?

Beratur please~
Dalam train yang lengang. Ini untungnya travel on weekdays.
  
Sesampainya kitorang di Fremantle Train Station, ambik nyawa kejap. Pastu barulah tanya-tanya pekerja station how to get to places of interest di Fremantle. Percakapan orang di Western Australia ni macam susah sikit nak hadam. Aku tak sure sebab accent ke or pemilihan words dorang ke, tapi aku rasa macam lain sikitlah English dorang tu. Anyway Fremantle ni is a port city so kat sini kita akan disajikan dengan pemandangan bot yang sedang berlabuh di berth sekitarnya. Somehow aku rasa tenang je dengan view di Fremantle. Dengan bunyi kicauan Seagull yang mendayu-dayu. Lepas dapat penerangan daripada makcik saleh, keluar je dari Fremantle Station ni terus nampak bus yang sedang menunggu. Kitorang nak pegi Fremantle Market & Victoria Quay sebab nak lunch dekat Kaili's Fish & Chip so kitorang kena naik Blue CAT bus.

Berehat sebentar di Fremantle Train Station.
.
Malu bertanya sesatlah jalan. Gigih makcik saleh bagi penerangan.

University of Notre Dame Australia. Kot ada yang berminat nak sambung belajar dekat sini.
Tengah mencari arah untuk ke Kaili's Fish and Chip. Belakang tu bangunan kastam ye.
Tak pasti bangunan apa tapi di Fremantle memang banyak bangunan bercirikan Colonial cenggini.

Sesat ke tak, like we care kan ibu? Wajib posing katanya. Tenang je Fremantle ni. 
Kete pon tak banyak.
Hakak sado pon nak jugak bergambar. Hihi.
Fremantle Prison tapi tak masuk pon. Fremantle ni penuh dengan bangunan bersejarah, coffee house acah acah hipster, pub pon ada kalau nak mabuk-mabuk. Haha.
Belakang tu Fremantle Prison kot. Aku pon dah ingat-ingat lupa.
Aku suka gambar ni. Since monopod takde, terpaksa setup kamera berdiri sendiri. Sian kamera aku.
Fremantle Habour as background. Kau hado? Kemahen hakak sado nak ber'Rayban'. Keke.
Kitorang ikut gerak kaki je masa nak ke Fremantle Market ni. Tengok-tengok dah sampai. Memang puas hati lah bergambar dan menikmati view kat sini. Memang setiap sudut Fremantle ni cantik-cantik. Ikutkan hati nak paste semua gambar-gambar kat sini sebab memang banyak sangat tempat menarik aku nak tunjuk plus aku pon cantikkan. Sejuk mata korang nanti. Hahaha. Dekat Fremantle ni ada E-Shed Market untuk shopping souvenir murah-murah tapi memandangkan aku datang on Monday, so lebur harapan nak ke E-Shed Market. Make sure kalau nak datang shopping kat E-Shed Market, datang on weekend ya. Sementara tu meh aku share gambar-gambar kat Fremantle. Enjois~

Hadek tercantik aku. Nyampah aku sebab dia kurus, ikut mak. Aku ikut ayah. Ini semua salah ayah aku! HAHAHA! *gurau jek abah*
Jalan sikit lagi, sampailah Fremantle Market. Trip aku di Perth ni agak relax sebab memang tak nak rushing pegi tempat-tempat like museum ke apa. Sayang duit. Haha. Objektif trip ni lebih pada nak enjoy the view.

Marriage goal. Haha.


Setelah puas bergambar ala-ala Che Ta sekeluarga, kitorang pon menapaklah ke Kaili's Fish & Chip for our lunch. There's no specific reason why we choose Kaili's over Cicerello's. Kebetulan ternampak Kaili's dulu kot. Aku rasa, taste dia sama je kot. Masa nak order dekat kaunter, macam sedih jugaklah. Aku tengok dompet, then tengok menu. Aku tengok menu then tengok dompet. Sedih kan? Haha. So setelah berdiskusi dengan hadek tercantik aku, kitorang sepakat amek 1 set the cheapest platter. Cukup sekadar masing-masing dapat rasa je. Lepas tu aku cakap dengan parent aku. Aku mintak maaflah kalau meal nanti tak cukup sebab aku amek 1 set je. Paling murah pulak tu. Nanti aku dah kaya, kita datang lagi, aku order yang paling mahal, sorang satu platter. Haha. Bukan kedekut tapi perjalanan kitorang jauh lagi. Risau jugak kalau emergency ke nanti, duit tak cukup. Mak aku pulak memang tak bagi apply kredit kad. Dia cakap berbelanja ikut kemampuan je. Ikutkan parent aku tak kesah pon makan ke tak tapi sebagai anak, tak syokla kan dah jauh-jauh sampai tapi telan liur je.

Anyway, masa order tu, cashier akan bagi satu beeping device. Dia akan berbunyi kalau order kita dah siap. So bila beeping device aku dah BEP BEP BEP!, aku pon pegi la ambik kitorang punya order. Sekali aku tengok, hamek kau! Besar dan banyak giler isi platter kitorang tu. Aku tak ingat nama apa platter tu tapi yang paling murah la. Ada fries, sotong, udang, fish dan banyak lagi. Bayangkan kitorang berempat makan 1 set platter tu tak habes. End up, terpaksa perut DBKL aku habeskan dan macam nak termuntah balik aku rasa. Punyala kenyang! Tak habiskan rasa sayang sebab makanan. Aku takleh bayang kalau aku order sorang 1 platter, Mau berbuih mulut nak habeskan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. So agak-agaklah nak mengorder tu kalau pegi tempat orang. Aku rasa Malaysia je suka serve makanan sikit-sikit.

Seriusnya berbincang. Cantik kan harbour view kat belakang tu?


See? Udang tu lagi besar dari muka ayah aku. Haha.


Kat sini ada free wifi tau. Ayah aku tengah hapdet pesbuk dia lettew. Hihi.


Seiring camar pulang setia pada janji. Itu doaku selama ini.Cewah~ Seagull ni banyak sangat kat Fremantle. Kena tengok-tengok sket takut dia sambar makanan kita.


Kaili's FIsh & Chip. Really recommended!


Haaa..inilah Cicerello's Fish & Chip. Kemahen hakak sado happy tengok 
benda-benda lucah ni. Haha.

Habes menjamu selera di Kaili's, it's time to go back to Perth City. 
Banyak lagi tempat nak cover ni.

So lepas kenyang menjamu selera sampai nak termuntah balik, kitorang bergerak semula ke Fremantle Train Station. Masa memula sampai dekat Fremantle Train Station tadi, hadek tercantik aku dah ambik siap-siap pamphlet CAT service untuk Bandar Fremantle ni. So kat pamphlet tu akan ada map kat mana kita nak kena tunggu bus dan masa bila bus akan bergerak untuk ke train station semula. Sharp on time bus tu akan sampai. Then dari Fremantle Train Station, kitorang naik pulak bas berbayar ke Perth CBD (harga bus ni termasuk dalam tiket AUD 4.20 yang kitorang beli dekat station City West pagi tadi). Lepas ni ke mana kitorang pegi? Bersambung di next entry ya. Sekian.

Notakaki:

Sebenarnya kat Fremantle, banyak sangat tempat-tempat kita boleh pergi & masuk. Antaranya adalah Cappuccino Strip, Fremantle Prison (fee dalam $19 tak silap), Fremantle Art Centre, Fremantle Leisure Centre, Maritime Museum dan banyak lagi! Pandai-pandai lah susun itinerary based on your kind of interest. Aku memang tak minat sangat lawat-lawat centre & museum ni. I'm more into architecture and environment gittuh.

Sekian.

Xoxo,

Share:

2 comments:

  1. Salam...tq utk info di atas...ingatkan boleh ambil train dr perth station ke fremantle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Thanks sudi baca :) Itulah, kitorang pun ingatkan naik train ke Fremantle dari Perth Station. Rupanya naik kat City West.

      Delete