Day 01: KLIA - Narita Airport

Assalamu'alaikum.

01|12|2016 Khamis. Akhirnya, setelah hampir setahun, hari yang ditunggu telah tiba! Disebabkan aku dari Brunei, aku transit 2 hari di Muar sbb kesian dekat adik tercantik aku tu nak bawak beg-beg yang penuh dgn baju sejuk kitorang. Petang 01.12.2016 baru kitorang gerak dgn bas ke KLIA sebab flight kitorang ke Jepun jam 1050pm. Parent aku & adik terhensem aku pulak gerak dari Langkawi pagi tu. Anak sedara aku, Adam, mak pak dia lah hantar ke airport. (Huntunglah kau Adam. Kecik-kecik dah ke Jepun. Kitorang kecik-kecik nak ke funfair pon jenuh meraung baru mak pak bawak. Hahaha.) So, semua berkumpul di KLIA. Time tu lah nak punggah segala barang, sumbat keluarkan barang-barang sebelum check-in. Memang hectic sekejap. Tak lupa jugak untuk collect portable wifi di kaunter yang dah ditetapkan. Camne nak rent wifi ni? Klik sini.

Selfie yuk lepas dah kemas-kemas barang. Keke.
Selagi tak check-in, selagi tu lah jantung dok ber-dag-dig-dug. Aku yakin 99% traveler, tak kira lah dalam atau luar negara akan rasa camtu. Hehe. So jam 800pm tu kitorang dah gerak ke kaunter JAL utk check-in dan segala urusan berjalan dengan sangat lancar. Tazabarrrnya nak jejakkan kaki ke bumi Nippon! Nippon, mu tunggu hakak sado datang! Woot woot!

Dalam barisan untuk check-in. Sempat kaw~ Tak ramai sgt org di KLIA masa ni. Maybe bukan peak season orang travel kot.
JAL counter ready for check-in! Yang jaga kaunter pun tak cerewet. Mudah keje hakak. Anyway, JAL offer baggage limit 46kg untuk seorang.

Selepas selesai check-in, kitorang menjamu selera di KFC dulu. Rasa mcm best giler time ni sbb kitorang adek badek duduk jauh-jauh. Time ni lah nak bersembang bagai. Ditambah dengan 2 bijik munchies, Adam & Idreez yang menceriakan keadaan. Argh! I miss my family. Aku harap masa-masa akan datang kitorang dapat berkumpul ramai-ramai macam ni lagi. InsyaaAllah.

My beloved family. Miss them so much! Ya Allah, baru sedar betapa sadonya aku. *nanges*
My little muchy! Fayz Idreez yang lasak giler tapi jakun tengok orang. 

Habes menjamu selera, kitorang pon turun ke bahagian Immigration sbb senang bila dah ada dalam Departure Hall awal-awal kan. Ya Allah, time ni jantung aku berdenyut kencang yakmat! Walopon dah beribu kali aku lalu Immigration ni, setiap kali lalu mmg aku rasa debor giler mcm nak termuntah. Bukan aku ada rompak or bunuh sesapa pun. Tapi tak tau pasaipa aku memang takut lalu Immigration. Tetambah dgn kes PTPTN yg tahan traveler keluar negara baru-baru ni. Aku bayar je bulan-bulan & nama aku tak di blacklist pon tapi rasa takut tu still ada. Adoila~

Babai Idreez! See u seminggu akan datang~ Sape suruh sombong sgt tadi. Hahaha. (Gambar blur la pulak. Huhu) Time ni aku dah kelu lidah tak terkata. Haha.

Alhamdulillah lepas je urusan di imigresen. Adoilah. Need to do something with my nerves lah. Dah masuk dalam tu & dah naik express train untuk ke International Departure Terminal Building, barulah rasa bernyawa sikit. Pegi toilet, pegi solat semua, lepak kejap dalam balai menunggu tu, sedar-sedar dah kena naik flight dah. Pantas giler JAL ni. Memang patut pon menang award 'The Most Punctual Airlines in The World'. Keke.

Dalam express train menuju ke Departure Building Terminal.
Bersama-sama adik tercantik, adik terhensem & Adam di Balai Menunggu. Can u see our excitement?! Hahaha.

Memandangkan kitorang ni amatur GoPro, gambar pon gitu gitu aja. Oh, just as a reminder, boarding pass tu kena simpan tau sampailah selamat balik Malaysia semula. Bukan apa, AXA Insurance yang aku beli tu, dia cover utk kerosakan beg tau. Kot la beg terrosak, kekadang dorang mintak boarding pass as a proof. Ok?

Semoga urusan pergi dan balik kitorang dipermudahkan. Amin.
Ohaiyo~ Ucap stewardess JAL sambil tertunduk-tunduk. Serba salah aku dibuatnya. Dengan-denagn aku pun tunduk-tunduk banyak kali. Haha. Anyway, seat JAL ni luas & selesa kalau nak dibandingkan dengan MAS. Dahlah canggih yakmat. Siap ada plug point bawah seat kot la nak charge phone or laptop or powerbank. Dan elok je duduk, terus dia hidangkan air mineral beku  utk basahkan tekak. Servis tiptop kaw~ Cuma in-flight entertainment ada sedikit kureng lah. Stewardess pun sopan standard orang Jepun dalam drama lah & yang penting pemakaian dorang lagi sopan dari stewardess AirAsia. Toilet dalam flight JAL ni bagi aku besar & selesa utk paha sado aku ni berlabuh dan semestinya canggih. Bidet kau~ Selalunya aku mmg TAKKAN guna public toilet sbb aku ni penggeli sikit. Pergi Korea tahun lepas naik AA, mmg 6 jam aku tahan tak pegi toilet hokey. Hazabnya. Tapi untuk toilet dlm flight JAL, exceptional. Sgt selesa & tak berbau. Pasal makanan dalam flight plk, sebulan sebelum fly, aku dah mintak tolong ayah aku call office JAL di Malaysia untuk buat special meal booking for Muslim. Boleh request nak meal apa. Masuk je flight & duduk kat seat, terus stewardess datang tampal pelekat yang menandakan kitorang ni request special meal. Makanan dorang bagi macam banyak tapi noharam tak sedap. Naseb dah makan KFC awal-awal tadi. Lagipun dah malam kan, so membuta je la & aku macam rasa aku berdengkur siap rasa ada cecair meleleh di pinggir bibir tapi gasaklah. Like I care~ Hahaha.


Inilah makanan kitorang. Served an hour lepas depart. Tak kreatif betollah JAL ni utk Muslim meal. Muslim pun kaya dengan makanan best-best lah! *emo tetiba. hahaha*

Main dishes: Kentang lenyek, sayur brokoli rebus, telur goreng, sosej & sambal tomato. Spoil mood hakak nak makan. Huhu.

Dah dapat rezeki tu makan je la ye. Banyak songeh tol hakak sado ni. Keke.Untuk pengetahuan korang, kalau dapat seat kat depan macam parent aku ni, entertainment monitor dia bergabung dengan armrest tu. So pepandailah belek ye.

Kuasam punya adik. Aku suspek time ni lah aku tengah meleleh. Hahaha.Aku rasa masa boarding lagi aku dah terlelap. Ngantuk giler. Lagipon aku memang spesis senang lelap walau di mana jua aku berada. Kekeke.

Masa memula masuk flight ni, stewardess akan bagi 2 form utk di isi dan form ni: 1 akan diserah di Immigration dan 1 form lagi diserahkan di kastam. Kalau pergi berenam macam kitorang, stewardess akan bagi 1 je form untuk kastam. Jangan lupa bawak pen ye. 
Pejam celik pejam celik, dalam jam 430am tu aku dah terjaga & tak leh tido. Aku check sunrise di Jepun sekitar jam 5am. Untuk long-haul flight macam kitorang ni, makanan akan di serve sejam selepas boarding & sejam sebelum landing. Aku tak ingat dah apa yang dorang served untuk early breakfast kitorang tu. Tapi memang tak sedaplah. MAS pun kalah. So takyah nak complain sangat meal yang di serve oleh MAS hokey? Haha. Dan flight meal terbaik aku penah makan, masa naik Oman Air. Serius sangat heaven & sedap. Dengan kek mousse dia tu. Rasa tak nak turun je dari flight tu. Keke. Malas dah nak tulis panjang-panjang, layan je gambar-gambar yang aku tangkap sebelum landing. Maafkan aku atas kualiti gambar sebab guna Note 2 je. Malas dah nak punggah kamera. Huhu.
Subhanallah. Sunrise at 5.13am. Aku nasihatkan, kalau naik flight sampai Jepun subuh, korang boleh check waktu matahari terbit di Jepun dan silalah tunggu moment dia terbit. Subhanallah lawa sangat.

Dah start nak cerah sikit sikit. Nikmat apa yang kau dustakan wahai Helda Rosly?

Dah nampak darat! Nippon, tunggu hakak sado tau!

Nampak tak wave breaker keliling pantai tu? Jepun kan selalu je gempa & tsunami. So benteng tu perlu utk keselamatan area persisir pantai. Dari dalam flight pun mmg dah nampak tinggi giler benteng tu.

Amek gambar ni pakai kamera Note 2 aku so tak berapa clear. Ke tangan aku yang gigil? Haha. Disebabkan musim late autumn nak ke early winter, pokok pon kaler coklat-coklat je. Kalau peak autumn mesti cantik gila view dari atas kan?

Touched down! Sikit pun tak gegar. Smooth landing~ 

Alhamdulillah. Tazabar nak masuk terminal building!
02|12|2016 Jumaat. Alhamdulillah, tepat jam 630 am kitorang selamat mendarat di Narita Airport Terminal 1 - bumi matahari terbit, Jepong! It's a mixed feelings sbb aku tak berapa sihat masa ni. Stress kottt kalau berjalan masa tengah sakit. Tapi dalam masa yang sama heksaited yakmat! Maunya tak heksaited. Bila study pasal Jepun ni, aku tengok memacam gambar traveler yang posing maut dengan view Jepun yang mabeles itu. Anyway, Airport Narita pagi tu tak busy mana pun. Mungkin kitorang pegi bukan peak season. Ada la dalam 30 minit kitorang bergambar-gambar di kawasan terminal building tu. Ayah aku dah cemik dah muka. Hahaha. Releks la abah, Bukan selalu datang negara orang. Selagi boleh tangkap gambar dari pelbagai sudut, tangkap je. Keke.

Di terminal building sementara tunggu mak aku ke toilet. Mak aku mmg pengunjung setia toilet walau di mana jua dia berada. Love u ibu. Keke. 

Lengang kan? Hahaha.

Mak ayah aku dah give up tunggu kitorang. Hahaha.
Welcome to Japan~ Belakang kitorang tu kaunter Kastam. Sebenarnya takleh tangkap gambar kat kawasan ni tapi kitorang tak perasan. Naseb tak kena halau. Haha.
Urusan cop passport kat imigresen Narita Airport pon mudah. Takde banyak songeh. Bila pergi ke baggage reclaim, tengok-tengok beg kitorang je yang tercongok kat gitu. Bapak laju orang Jepon buat keje! Kitorang lengah-lengah bergambar kat dalam tadi sbb selalunya mmg lama kena tunggu baggage. Thumbs up lah! Lepas amek beg, kena lalu kaunter kastam pulak. Dorang nak check barang-barang yang kena declare. Alhamdulillah sekali lagi, proses mudah & tak lama pun. Welcome to Japan~ Macam-macam kaunter terhidang di Arrival Hall Terminal 1 tu. Apa next step lepas sampai tu? Ke mana plan kitorang lepas sampai tu? Next entry ok?

Notakaki:
Disebabkan kitorang nak kejar train ke Kyoto, makanya kitorang tak sempat jalan-jalan kawasan sekitar Narita Airport. Dengar cerita ada makanan halal jugak dekat sini. Pada pendapat aku, better korang makan & solat siap-siap kat airport sebab bila korang dah keluar dari airport ni, macam susah korang nak stop untuk makan atau solat di Jepun ni. Pastu muka kompem selekeh je sebab baru sampai kan. So why not bersihkan diri siap-siap bagi nampak kemas, settlekan segala urusan baru keluar ke next destination. Takkan lari gunung dikejar gittuh.

Sekian.

Xoxo,




Share:

0 comments:

Post a Comment