Day 05: Augusta - Perth, Western Australia

Assalamu'alaikum.

23|07|2015 Khamis. Selepas melalui pengalaman road trip yang mengerikan semalam, hari ni kitorang akan bergerak ke Perth City sebab flight kitorang ke KLIA adalah pada 24|07|2015 jam 0030am. Stress kan? Tapi perjalanan dari Augusta ke Perth City dalam 3jam 30min je. So, lepas bersiap-siap dan tangkap gambar (macam biasa collect memories sebelum check-out), ayah mak dan hadek tercantik aku susun siap-siap barang dalam bonet so that nanti dari Augusta terus je ke Perth International Airport untuk drop luggage sebelum pulangkan balik RAV4 ni ke tempat asalnya. Sementara dorang susun barang tu, aku masuk dapur kat tingkat bawah (dapur asing ye dari bilik and it's fully equipped with kitchenware) untuk panaskan pie & roti yang kitorang beli masa singgah kat Albany Town. Untuk urusan check-out, aku just need to drop our room's key dalam box yang dah disediakan je. Memang 100% dorang trust customer dorang kan? Kalau buat macam ni kat Malaysia, maunya hilang barang-barang dalam bilik tu.


Sebab trauma kes semalam, pagi ni bangun awal giler. Haha. View dari bilik aku.

 Sebelah bilik kitorang ada balcony ni. Sejuk hati lepak pagi-pagi kat sini.


 Suka la texture wall dia. Classic ngad!


 Inilah Baywatch Manor YHA, Augusta. Semalam AUD200 je utk 2 bilik private with toilet inside.Ikutkan lagi mahai dari accom kat Albany kan? Haha.

Busy pack barang katanya. Hujung tulah bilik kitorang. Mengadap jalan.


 Rasa macam nak duduk sini je. Tenang Augusta ni, macam Albany.



Inilah kawasan dapur accom ni. Besor giler dapur. Sebab agak ragu-ragu nak guna sabun, so just bilas bilas je  pinggan kitorang tu.
  


Kawasan lepak dia. Siap ada tv and free wifi.


Bila semuanya dah siap, set GPS & let's go to Cape Leeuwin & Lighthouse where we can see the point of Indian Ocean meets the Southern Ocean! Perjalanan ke Cape Leeuwin & Lighthouse ni tak silap aku ambik masa dalam 15 minit je. Memang dekat sesangat tetapi jalan dia masuk ke dalammmmmm nun. Mood pagi ni memang best sangat. Walaupun cuaca mendung tapi rasa tenang je. Tetapi sesampainya kitorang di sana, unfortunately, gate untuk ke lighthouse tak bukak lagi. Baru pukul 8am. Disebabkan mak ayah aku dah trauma kes semalam, so kitorang bertolak awal giler pagi ni, Haha. Takde rezeki nak tengok meet point tu, kitorang ambik gambar dari luar je. Tengah syok nak ambik gambar, tiba-tiba kamera aku takde bateri! Rasa dah charged semalam tapi taktau pasaipa dia takleh on. Sedih! Terpaksa guna kamera phone je. Dahlah sini agak cantik tempatnya, dan disebabkan mendung masa tu, keadaan laut bergelora agak dahsyat. Takut jugak tengok. Kalau tak silap aku ada fee kalau nak masuk Cape Leeuwin & Lighthouse ni. Dalam AUD 6 kot. Masa dia pon dari 830am sampai 400pm tak silap aku. Best kalau dapat tengok sunset kat sini.


 Nampak tak laut dia? Tapi aku suka la view ni sebab rare. Hihi.

Tak nampak pong meet point tu. Huhu.


 Tutup lagi. Huhu. Nampak tak hakak sado terpaksa pakai glove? Sebab sejuk giler time ni. Berangin pulak tu.


Belakang hakak sado tu la meet point Indian & Southern Ocean. Haish tutup pulak.

Selesai di Cape Leeuwin, kitorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, which is Margaret River. Kat Margaret River ni, bandar dia macam cowboy area. Kecik je dan terkenal dengan pembuatan wine. Disebabkan kitorang pegi time Winter, pokok-pokok anggur takde. Ladang kosong je yang ada. Tapi kitorang stop jugak la sekejap kat sini.


Macam taman tapi tak tau taman apa. Saje singgah. Hehe.


Hildas?? I'm Helda not Hildas! Lol.


Rasanya Margaret River ni femes dengan susu jugak kot.

Ermm. Pioneer Park? 


Macam takde apa sangat pun kat Margaret River ni tapi semalam memang kitorang lalu sini. Tapi sebab dah gelap so tak nampak apa. Pub pon tak bukak. Baik pulak matsaleh kat sini. Haha. So kitorang teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya, Busselton Jetty! Ada apa kat Busselton Jetty ni? Kat sini ada the longest wooden jetty in the world stretching almost 2 km out to sea! So leh bayang tak, 2 km panjangnya jetty ni kat tengah tengah laut? Yang lagi best, ada train atas jetty ni untuk bawak kita ke hujung. Harga ticket return tak silap aku dalam AUD18 sorang. Yes, a bit pricey tapi bukan selalu naik kan? Kat sini pon view lawa. Mana nak dapat woi amek gambar tengah-tengah laut? Memang recommended untuk korang datang sini dan try naik train tu. Masa tengah tunggu nak naik train kat Busselton Jetty ni, kitorang terserempak dengan group chinese family dari Johor. Dorang cakap dorang stay kat Albany 3 hari ok! Ayah aku semangat cerita apa yang jadi kat kitorang semalam, pastu dorang pun cakap memang tak suggest travel malam kat sini. Bahaya. It's ok abah. Next time kita datang lagi Albany tapi kali ni kita travel siang. Haha. Train ni dia bawak slow je, ngantuk la pulak. Lagi laju kalau aku berjalan. Tapi aku sayang lemak-lemak kat peha Beyonce aku ni. Keke. Kitorang memang naik train ni sampai ke hujung. Dah sampai hujung, sementara dia tukar kepala train, dia bagi kitorang masa 10min untuk berjalan-jalan dan ambik gambar.

Ini lah bentuk ticketnya. Takde harga la pulak.

 Busselton Jetty, Busselton, Western Australia.


 Dalam train ready to depart.


 Hakak sado termenung lagi memikirkan dah nak balek KL. Hehe. Cool kan? Train atas laut.


 Aku harap dapat datang sini lagi. Amin.


 Rumah-rumah tu tempat jual tiket dan kedai souvenir dia Busselton Jetty. Mahal dowh souvenir dia.


Kat sini jugak orang boleh jogging dan beriadah dengan family. Tenang sangat tempatnya.

Hmmm. tak habes-habes aku kagum sebab dorang boleh create something to generate income dan secara tak langsung jadi tempat tumpuan pelancong. Masa pun dah nak ke 12pm, so ayuh! Kita bergerak turun ke Mandurah, Rockingham dan langsung ke Perth City. Ikutnya plan aku gitu lah. Tapi aku hanya mampu merancang, parent aku lah penentunya. Haha. Dorang dah cuak takut tak sempat nak ke airport. Kalau boleh dorang nak awal ada kat airport 12jam sebelum departure. Hahaha. Makanya aku terpaksa skip plan nak ke Mandurah dan Rockingham. Sayang sebab aku tengok gambar google, memang lawa tempat-tempat ni. Dekat Rockingham siap ada masjid untuk kita solat. Mood aku dah swing masa ni sebab skip tempat-tempat ni tapi kejap je lah. Haha. So dari Busselton, kitorang terus shoot ke Perth International Airport untuk drop luggage before kitorang hantar kereta. Dekat Perth International Airport memang ada locker tapi macam mahal je sebab beg kitorang banyak. So sesampainya di airport, ayah aku decide nak tunggu beg-beg kitorang kat airport sementara aku, mak dan hadek tercantik aku gi pulangkan kereta. Ayah aku dah penat drive kot. Aku kena pulangkan kereta by 500pm tapi masa tu baru 330pm. 

Disebabkan masih awal, aku gigih jugak nak cari Danish Patisserie sampai jumpa. Haha. Aku memang cenggini. Once aku dah target, memang aku nak jugak.  Jumpa tu jumpa tapi kitorang terlambat 5 minit. Dia dah tutup. Sedihnya! Dengan hati yang hampa dan perut yang lapar, kitorang menuju ke Perth CBD untuk isi full tank dan return the RAV4. Urusan pemulangan kereta senang & pantas. Selesai je, kitorang ambik peluang ni untuk round keliling Perth CBD untuk terakhir kali. Sebab kamera dah takde bateri, so aku tak ambik gambar University of Western Australia yang bas aku naik tu lalu. Memang cantik! Lepas tu bus akan stop di Perth Station. Di Perth Station, kitorang beli nasi goreng untuk vegeterian, dan solat kat nursing room. Then, turun bawah, cari bus yang menghala ke Perth International Airport. Sedih sangat rasa masa ni. Rasa macam kau dah kena dump. Haha. Tiket ke airport aku tak ingat tapi berbayar lah. Dalam AUD 4.20 sorang. Sesampainya di airport, ayah aku menunggu dengan muka yang sangat sedih. Ya Ampun abah! lupa nak bagi duit untuk makan dan your handphone! Dahla berjam jugak ayah aku tunggu kitorang. Naseb ada biskut dan susu sedap tu. Sorry abah!

Masa memula sampai kan aku kena panic attack so tak sempat bergambar kat depan ni. Nak balek baru sempat.



 Proses nak check-in luggage. Sedihnya.


HAHAHA! Sampai kemik teruk kau. Inilah penyelamat kitorang nak masuk toilet sepanjang di Perth. 
Berjasa sangat benda ni. Haha.

Di Perth International Airport ada tempat untuk solat dan wudhu tau. Tapi dia tak panggil surau or musolla. Dia panggil house of worship or something. Aku tak ingat term dia. Bersih, tapi bercampurlah. Flight kitorang delay sejam. Masuk je flight, terus tido! Pkul 100am kitorang selamat berlepas ke KLIA. Bye bye Perth. Jumpa lagi~ *sob sob* Sekian berakhirnya trip kitorang di Perth. Harap-harap ada rezeki nak datang lagi. Amin. Sekian.

Notakaki:

If I were to describe Perth in one word, it would be Peaceful!

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment