Day 02: Kyoto, Japan (Part 2)

Assalamu'alaikum.

02|12|2016 Jumaat. Selesai urusan letak beg, usha kejap dalam accommodation ni. Kitorang suka la jugak melainkan kena naik tangga awal-awal tu. Ingatkan rumah ni landed. Takpelah, asalkan selesa sudah. Toilet luas dan semestinya ada bidet. Washer & dryer for laundry pun ada. Accomodation di Kyoto ni ada provide free bicycle. Bolehlah nanti kalau sempat nak kayuh di kawasan sekitar. Play local katanyer. Dan disebabkan otak bergegar kejap sebab kena jalan dalam kesejukan, aku terlupa nak ambik gambar accommodation kitorang di Kyoto. So layan je lah ye gambar dari AirBNB ni. Hehe.

Naik je tangga, nampak yang ni dulu. Nice~ Cuma struggle sikit la sebab landing dia kecik, dengan beg-beg kitorang yang banyak ni. So kena sorang-sorang naik. Takleh naik sekaligus.
Dining area dan kitchen. Cramp sikitlah area ni bila kitorang berkumpul nak makan. Tapi rapat-rapat ni kan bagus untuk ukhwah. Keke. Dalam gambar nampak besar tapi realiti sedikit sempit untuk kitorang berenam nak duduk. Standard rumah Jepun kan.

Tatami room for ladies. Besar jugak bilik ni. Kitorang suka sebab selesa.

View from tatami room for ladies towards dining and kitchen area. Hamek ko. Kemahen besor cermin dia bagi.

Tatami room for the gentleman. Tapi Adam tido dengan kitorang. Mana dia boleh renggang dengan atuk dia. Hehe.

Kawasan toilet. Senang macam ni. Takyah berebut kalau sorang nak mandi, sorang nak uh uh, sorang nak cuci muka.

Shower Room. Air dia laju dan kuat. Sedap nak mandi. Hehe.

Psycho bidet dia ni. Tekan-tekan butang tak keluar apa. Rupanya kena duduk baru dia keluar air. Haha. Memula riso jugak aku nak guna. Yela kot dah membuang tetiba takde air. Mau meraung aku dalam ni. Haha.
Dah habes explore satu rumah, kena menapak balik ke Kyoto Station sebab plan seterusnya nak lunch di Ayam-Ya Restaurant yang terletak dalam 10 minit je dari Kyoto Station. Specialty restaurant ni adalah Ramen Ayam and it's halal. Selain tu, ada tempat untuk Muslim traveler menunaikan solat. Tapi malangnya, bila nak check lokasi restaurant ni, pakcik Google bagitau dia dah tutup. Stress betul aku. Boleh pulak dia main bukak tutup. Kalau korang nak tau, restaurant kat Jepun ni memang 90% amalkan sistem bukak waktu breakfast, lunch dengan dinner je. In between waktu-waktu tu, dorang tutup. So, bear in mind, kalau datang Jepun dan ada restaurant korang nak pegi, sila check waktu dia beroperasi dulu sebelum korang terjah je. Ok?

Tengah check mana arah Ayam-Ya Restaurant ni. So bagi aku, internet sangat penting di Jepun ye.
Disebabkan plan nak lunch dah cancel & perut pun tak lapar sangat, kitorang decided nak ke next destination which is Fushimi Inari! Ada apa kat Fushimi ni? Fushimi Inari ni famous kerana disinilah terletaknya shrine untuk penganut-penganut agama Shinto. Kalau tak silap aku, penganut Shinto ni sembah roh & percaya roh ni bergabung bersama alam; macam langit dan matahari. Selain tu, di Fushimi Inari ni ada berzillion torii gate color oren terang gituh. Dorang susun rapat-rapat sampai nampak macam tunnel dan hasilnya sangat kemas dan cantik. Setakat tu je ilmu aku pasal Fushimi Inari ni. Haha. Nak tau lebih, sila google ye. Aku ni mengikut je apa yang pakcik google bagi bila search pasal tourist hot spot di Kyoto. Kekeke. Untuk ke Fushimi Inari ni, dari Kyoto Station boleh naik JR Nara Line dan turun di Fushimi-Inari Station. Keluar je dari Fushimi-Inari Station, memang terus nampak torii gate yang sangat besar dan aku assume itulah entrance untuk nak tengok torii gate color oren terang banyak-banyak tu. MasyaaAllah tersangatlah ramainya orang dan aku rasa  99% daripadanya adalah tourist. Memang happening dengan orang pakai Kimono & Yutaka nya, dengan orang berjual belinya, dengan landscape yang cantiknya. Untungnya sapa duduk sini. Jom layan gambar-gambar kitorang dekat sini. Hehe.

Dalam train ke Fushimi-Inari. Yang aku suka pasal rakyat Jepun ni, dorang buat dek je segala benda-benda yang jadi kat sekeliling dorang. Ko nak posing macam mana pun, ko berhijab macam pakai kain kapan ke, memang dorang buat tak layan je. Taktaula kot dorang cakap belakang kan? Asalkan tak buat muka pelik depan-depan aku sudah. Hahaha.

Sampai sudah di Fushimi-Inari Station. Nampak je terik tapi sejuk kott. Glove mana glove. Grrrrr...

Tadaaa~ Inilah Torii gate besar yang aku suspek as an entrance tu. Terus je jalan ikut orang ramai-ramai. Hehe.

Haaa..Nampak kan? Jalan terus je sampai ke hujung. Jauh la jugak nak menapak. Adam dah bising-bising sebab kena jalan je kat Jepun ni. Haha. 

Kat depan lagi, jumpa Torii Gate lagi. Eh, sempat lagi adik terhensem aku ni. Yang pakai kimono tu aku suspek dorang Japanese tourist jugak tapi sporting lah bila diajak bergambar. Kalau tetiba ada laki ajak aku bergambar, mesti aku dah suspek laki tu kagum dengan kecantikan aku kan? Hahahaha.

Inilah main shrine kat sini. Aku takdelah masuk sampai dalam. Bergambar kat luar je. Shrine ni rekabentuk dia dipanggil Shinto Architecture. Antara element yang mempengaruhi Shinto Architecture ni adalah verandah (nampak kan verandah kat depan entrance shrine tu?), batu yang berlampu (kita panggil stone lantern) dan of course, torii gate yang famous itu.

Captured by Adam. Aku rasa Adam ni ada bakat in photography. Proportion gambar hampir mencapai kesempurnaan perfect. Haha. Kalau suruh mak aku yang tangkap, confirm ada yang tak nampak kepala. Hahaha.

Haa.. Ini pun Adam yang tangkapkan. Gigih dia suruh aku posing cenggini tau. Anyway, benda yang aku belek ni adalah hasil tilikan nasib & wishes dari orang-orang yang datang sini kot. Benda alah ni kena beli tak silap aku then dorang check la nasib dorang camne then gantung kat sini dengan harapan nasib yang elok-elok akan terjadi. Gituh la kot.

Haa.. Ini pon Adam yang tangkapkan. Mana lah atuk & wan dia tak sayang. Cakap banyak pulak tu. Haha. Bersihkan kawasan shrine ni? Torii gate memang banyak dekat sini sbb Torii gate ni adalah simbolik entrance dari satu kawasan ke satu kawasan yang suci dan kebanyakkannya memang simbolik untuk Shinto shrine jugak. Diperbuat daripada kayu tapi sekarang ni banyak je kaedah lain kalau tak nak guna kayu sebab kayu ni high maintenance. 

Adam oi.. Pandai ko selpie sorang-sorang eh? Terkejut aku check kamera, penuh gambar dia selfie cenggini. Bila dia selfie pon taktau. Haha. 

Jalan ke dalam lagi, ada tangga besar dan agak tinggi. Adoila. Dahla banyak kena jalan, banyak naik tangga pulak tu. First day je dah turun 10kg dah. Haha. Lepas dari naik tangga tu, subhanallah.. Cantiknya pokok warna warni. Still in the Autumn mood.

Cantik kan? Shinto ni kan agama yang sembah Alam. So dorang memang jaga alam sekitar ni elok-elok sebab dorang percaya dewa tu ada dalam setiap elemen alam-alam ni.

Aku pon nak bergambar jugak. Asek jadi photographer je. Haha. Kasut sama kaler dengan pokok la pulak.

Jalan depan sikit dah jumpa torii gate banyak-banyak ni. Inilah signature Fushimi Inari ni. Cantik kan? Aku rasa cantik je. Haha. Sebab ingat senang ke nak susun rapat-rapat, satu-satu mende alah ni. Ikutkan berkilometer jauh jugak torii tunnel ni tapi aku takdelah jalan sampai ke hujung. letih kowttt~

Kalau tak silap aku, setiap satu torii gate ni, adalah doa-doa yang dibuat  oleh penganut Shinto. So lepas satu doa, dorang pacak la torii gate ni. So aku suspek tulisan-tulisan tu adalah doa-doa dorang. Nak bergambar kat sini memang susah kalau nak tunggu lengang sebab orang memang ramai. SO kena pantas ye jari tu tekan punat kamera dan model-model pon kena pantas berposing ye. Janganlah time tu nak cantik-cantikkan muka pulak.Hehe.

Cantik sebenarnya taman ni tapi sebab dah late Autumn, so nampak kontang sikit tapi in realiti memang lawa.

Siap ada tasik besar lagi dan itik-itik berenang-renang. Tak leh bayang kalau peak Autumn. Mesti lg sarat dengan pokok warna-warni.

Lepas dah lalu torii gate dan taman yang cantik itu, kitorang pon dah start gerak untuk keluar. Belakang aku tu antara kedai-kedai yang terdapat di dalam shrine. Eh sado jugak orang belakang aku tu. Seppp~ kita geng la. Haha.

Haa inilah antara elemen dalam Shinto Architecture: Stone Lantern. Sesuka hati je Adam ni panjat kan? Haha. Dia pon nak bergambar jugak. Naseblah ko ada makcik yang cool macam aku ni. Layan je kerenah ko Adam oii. Hahaha.

Octopus Takoyaki! Faveret ni! Satu dalam ¥500 so kalau convert dalam RM20. Aku suruh adik aku tanya halal ke tak in Japanese la sebab dari Malaysia lagi dia canang dia best student bahasa Jepun dulu. Dia boleh bantai nak tanya 'Porke or No Porke?" Bengong. Hahaha. Anyway halal je sebab octopus & takde sake. Kalau korang tak yakin, tak yah beli. Aku yakin je so beli 2 boat terus. Nyummeh!

Kebulur katanya.Sedap giler! Aku baca blog lain, kalau korang nak cari souvenir murah, boleh tengok dkt sini. Tapi sebab aku tak terasa nak membeli lagi, so kitorang tak masuk pon kedai-kedai souvenir ni. So maaf, tak leh buat perbandingan harga ye.

Kedai yang jual buah oren untuk diminum. Manis yakmat! Buah oren tu dahla besar giler then dorang grill untuk dapatkan jus dan cucuk straw dan kita leh minum! Satu dalam ¥500 jugak. Mak aku beli dua. Memang sedap dan manis.

Kawasan pasar bersebelahan dengan shrine. Memang meriah dengan aktiviti jual-beli. Macam-macam ado!

Jalan depan lagi, jumpalah Inari town ni. Town ni kecik je tapi agak busy. Seronok rasa jalan kat sini.

Yeayyy! Jumpa jugak kedai aiskrim kat sini. Matlamat aku dari Malaysia lagi nak cari Green Tea Ice Cream sebab kawan aku ramai suggest try aiskrim flavor tu. Sedap yakmat katanya. We'll see.

Order jangan tak order. Disebabkan 1 cone aiskrim tu je dah ¥300 so semua amek cone aiskrim je. Total untuk 6 orang dlm ¥1800. Green Tea untuk aku, Coklat untuk adik-adik dan mak aku. Vanilla untuk abah dan Adam.

Bajet cute katanya. Keke. Nama kedai ni La Tiare Kyoto. Bagi aku pahit kowtttt aiskrim Green Tea ni. Serius tak paham apa yang sedap gilernya. Haha. Citarasa kita berbeda kot.  

Macam sedap je aiskrim adik aku tu. Rasa nak curik je. Haha. Kadang-kadang kan, bila travel dengan family ni lah, baru kita tau more detail about them. Apa dorang suka makan, etc. Kan?
Ok, kaki dah lenguh, perut pon dah lapar, hari pon dah nak gelap (masa ni dah jam 530 pm), so next destination kitorang nak pegi Gion! Kononnya nak tengok Geisha tapi sebab dah nak gelap, Geisha pon balik dah kot. Keke. Takpe, Geisha takde, kita dinner dulu! Masa buat itinerary ke Jepun, aku memang study psl restoran halal di Kyoto sebab memang tau tak sempat nak masak on the first day. So, untuk dinner ni, aku plan nak bawak family aku dinner di 100% Halal Naritaya Restaurant Gion, dan try camne rasa wagyu beef dorang. Yummeh! Disebabkan takde JR Line yang terdekat untuk stop di Gion, so dari Fushimi-Inari Station ni, kitorang kena naik metro train Keihan Line dalam ¥150 seorang dan turun di Gion-Shijo Station. Untuk info, JR Line di Kyoto memang tak banyak yang lalu tourist hot spot. So kalau korang memang sehari suntuk nak berjalan-jalan sekitar Kyoto ni, aku suggest korang dapatkan Kyoto Day Pass dalam ¥1200 seorang. Unlimited access for any trains (except for JR) and any buses. Naiklah sampai kejang urat kaki tu. Another option, korang leh beli One Day Bus Pass for ¥600 seorang dan naiklah segala jenis bus untuk sehari sampai kebas urat tengkok korang. Tapi disebabkan kitorang sampai Kyoto pon dah separuh hari, dan setakat ride metro train for 2 trips je so macam tak berbaloi nak beli pass ni.

Waiting for the metro train untuk ke Gion-Shijo. Lapar, sejuk dan sakit kaki. Serius rasa menyesal datang Jepun. Hahahaha.

Inilah Fushimi-Inari Station. Dekat sini, ada jugak Inari Station. Dalam 5minit walk dari Fushimi-Inari Station. Kalau naik metro line dari sana murah sikit katanya tapi tak koser dah nak jalan. 

Sesampainya kitorang di Gion-Shijo Station, baru perasan bateri phone dah almost flat! Power bank pon flat. Semua info pasal Naritaya Restaurant ni dalam phone aku. So terpaksalah berayam-itik dengan abam officer. Sebabnya exit untuk train station ni banyak kot! Salah exit memang undang carutan sebab akan kena berjalan lagi. Hehe. Anyway, jangan segan bertanya. Walopon dorang tak berapa faham English, dorang akan bantu jugak. Thanks abam!

Abah, ibu dan Adam yang kepenatan. Kemain eh ko posing Adam. Kalau korang pegi dengan parent, aku rasa jangan naik train lah. Kesian dkt dorang nak berjalan. Aku mmg tak expect berjalan di Jepun sangat memenatkan. Sorry ye abah ibu. Next trip kita buat road trip pulak. Hehe.

Untuk ke Naritaya Restaurant, kitorang kena berjalan dalam 20 minit jugak dari station. Bayangkan dalam sejuk tu. Rasa macam baik balik masak je. Tapi alang-alang dah sampai kan, teruskan jugak la niat tu. Lagipon nak jugak rasa makanan Jepon ni. Nak diikutkan, Gion ni lawa yakmat sbb Kyoto ni macam bandar yang masih menebal ke-traditional-an ke-Jepun-an nya itu. Paham ke? Haha. Tapi sebab dah gelap (winter memang cepat gelap), so tak terasa ketraditionalan Jepun tu. Sebenarnya banyak tempat kita boleh terjah di Gion. So kalau nak datang Kyoto memang kena spend atleast 3-4 hari. Baru tenang nak berjalan kan? Sepanjang jalan nak ke Naritaya Restaurant agak sunyi. Naseb pegi berenam sekali ayah dengan adik terhensem aku. Kalau sorang-sorang memang aku tak pegi ke restaurant tu. Sunyi kottt jalan dia & lalu di celah-celah lorong. Berani kena ada tempat katanyer. Kitorang jalan dan berjalan lagi, Alhamdulillah jumpa jugak restoran ni. Aku mmg risau kot dia tutup ke apa sbb agak jauh jugak kitorang berjalan dari station. Dahla sejuk. Lapar. Sakit kaki. Lengkap! Haha. Restoran halal kat Jepun ni memang jauh sikit dari station. Sbb tu orang datang Jepun ni masak sendiri kot kan? 

Alhamdulillah. Naseb ko bukak. Kalau tak, tak tau lah nak nanges ke tak. Jom kita masuk dulu!

Inilah depan Naritaya Restaurant. Dalam dia agak luas dan servis agak laju. Kalau ada yang berminat nak try, google je nama '100% Gion Naritaya Restaurant, confirm jumpa.

Jom kita order dulu! Harga not bad. Takdelah mahal melampau sebab wagyu beef di Malaysia boleh cecah ribu-riban. Kitorang amek set paling murah sekali. Hahaha. Risau weh. Takot overspend sbb baru first day kan. Nasi putih kitorang amek 6. Kimchi sotong, sup sayur yang sgt sedap dan air mineral sebotol. Haha. Takot nk minum sebab tak nak pegi toilet.

Grill jangan tak grill. Aaa sedapnya bau. Kalau bawak dendeng sedap ni. Tak pon sambal ikan bilis. Kitorang siap tambah 1 lagi set beef sebab kelaparan. Hehe. Total harga tak silap aku dalam ¥20,000 jugak. Jangan convert. Kalau convert memang korang takkan makan. Haha.

Mintak tolong pelayan tu tangkapkan gambar kenangan. Masa kitorang makan ni ada 1 group dari Malaysia masuk. Sombong yakmat. Nak tegur pon takut tengok muka bengis je. Ntah pape. Aku selalu jumpa laki bini yang masih muda lagi yang pergi travel memang sombong. Dorang ni stress dengan alam perkahwinan kot kan? Tu yang muka ketat je. Hahaha. 

Hakak sado in action. Kasik potong kecik kecik itu beef, senang sikit nak hadam. Adam dah tertido masa ni. Kesian dekat dia. Lagi kesian dekat paksu Boy la sebab kena dukung nanti. Haha.

Dah selesai makan, kitorang plan balik terus je ke accommodation. Tapi kitorang tak lalu jalan masa datang tu. Kitorang try lalu jalan lain. Lawanya tempat ni. Kalau siang confrim lagi lawa. Disebabkan esok plan nak ke Osaka, adik tercantik aku ajak datang sini semula esok pagi before ke Osaka. We'll see. 

Kedai souvenir yang terdapat di sekitar station. Serius tak terpikir nak masuk. Blur lagi kot sebab baru sampai.

Ada je bus kalau nak berjalan sekitar Kyoto tapi sebab tak study pasal route bus, so tak tau camne nak naik bus kat sini. Macam best jugak naik bus, pusing je takyah turun. Duduk je dalam bus tu kan? Senang, jimat masa dan tenaga untuk cover area Kyoto. Naik train ni memang tak nampak apa sebab semua bawah tanah.

Adam dah tertido. Kuat jugak adik terhensem aku ni dukung dia dari restaurant sampai ke Gion-Shijo Station ni. Dalam 15 min walk kotttt. Belakang kitorang tu adalah Minami-za and it's a kabuki theater. Cantik kan Minami-za tu? Lighting kemahen gempak. Minami-za ni pon one of Shinto Architecture. Camne aku tau? Tengok lekok dekat roof dia.
So dari Gion-Shijo Station untuk ke Kyoto Station, sekali lagi kena naik metro train Keihan Line dan berhenti di Tofukuji Station. Dari Tofukuji Station, boleh naik JR Nara Line dan turun di Kyoto Station. Tiket untuk train Keihan Line macam biasa kena beli dekat mesin. Don't worry sebab ada option in English. Yang penting kena tau mana nak turun. Tiket sorang sama macam tadi ¥150 seorang.

Senang je cara nak beli tiket dia. Jangan gelabah ye. Nak lagi senang, boleh check Google Maps train route sebab dia akan bagi harga sekali. So korang dah boleh agak berapa kena bayar sebab sistem beli tiket dorang agak simple asalkan tau harga tiket yang kena bayar. Tapi kalau tak yakin, masukkan je nama station korang nak turun tu di ruangan search. Dia akan keluar berapa korang kena bayar.

Ni lah tiket metro train tu. Kecik je. Jari sado tu jari sape lagi kalau bukan jari aku. Haha. Anyway, bila korang tekan mesin tiket tu, first screen akan keluar harga-harga tiket. Andai kata korang terklik harga tiket yang kurang dari sepatutnya, dont worry sebab dekat station tu nanti, sebelum korang lalu gate, dia ada mesin untuk adjust fare. 
Lengang je Gion-Shijo Station masa ni. Untuk pengetahuan korang, kitorang tersalah naik train sebab tunggu di platform yang salah. Tapi naseb sedar cepat so cepat-cepat turun dan tukar ke landasan train yang betul. So make sure check nombor platform ye.

Lepas salah naik train dan dah berjaya tukar train yang betul, sampai jugak kitorang di Tofukoji Station. Just tunjuk JR Pass kat abam officer, dah boleh turun ke platform untuk ke Kyoto Station. Adam dah terjaga. Haha. Kesian pulak kat dia sebab banyak kena jalan.

Ok kali ni betul dah. Silalah pilih kasut yang betul sebab memang sangat banyak berjalan di Jepun ni. Heran aku tak penah terbaca blog yang mengeluh pasal kena banyak jalan ni. Hebat giler dorang~

Almost flat. Sabar ye ibu abah. Kata nak pegi Jepun kan. Keke.
Alhamdulillah sampai jugak kat Kyoto Station. Cuaca memang dah sejuk berangin. Menggigil kitorang berjalan balik. Sempat jugak singgah Lawson dan beli roti potong, telur, air dan makanan-makanan yang boleh dimakan. Sampai je di accom kitorang, ayah aku cakap dia lapar lagi. Hahaha. Naseb ada Nasi Goreng Ayam Brahim's. Dalam 5 minit je dah boleh hidang dan makan. Disebabkan Adam tido masa kitorang dinner tadi, dia pon join makan. End-up kitorang berenam semua makan lagi sebab lapar giler. Haha. Mak aku dah rebus siap-siap nasi impit, apa lagi, bantai makan dengan serunding dan daging dendeng bersama sambal bilis kering pulak. Sedap gila! Lepas settle makan, masing-masing bersihkan diri, dan aku mendobi baju-baju kitorang. Bawak baju terhad kan. Kebetulan ada dryer jugak. Dan naseblah host provide USB extension so boleh lah kitorang charge phones dan power bank. Memang merata cari universal traveler tapi tak jumpa. Stress hakak! Sebelum tido tu memang sapu minyak panas lah kat kaki. Sakit giler woi kaki ni. Haha. Anyway, apa plan kitorang untuk esok? Sambung di next entry ya.

Notakaki:
Sebenarnya ikutkan itinerary, lepas dinner nak pergi ke Shinkyogoku Market (nak tengok barang-barang dan souvenir murah) dan Nishiki Market (fresh seafood dan barang-barang nak masak) sebab dekat je tempat ni dari Gion (adalah dalam 10-20min walk. Dekat kau kata? Haha) tapi sebab parent aku dah tak larat sangat so terpaksa skip lawatan ke sana. Selain dari tempat-tempat tu, korang boleh jugak plan ke Nijo Castle dan Imperial Palace di Kyoto. Aku reject pegi sini sebab masa yang tak cukup. Sehari je kat Kyoto mana sempat cover semua kan? Lagipon untuk ke Nijo Castle ada entrance fee. Malas nak keluarkan duit. Ape-ape pon, masa buat itinerary, kena tau tempat mana lagi best dan menjimatkan duit & masa untuk korang pergi. 

Sekian.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment