Persediaan Menjelajahi Bumi Eropah (PART 3)

Assalamu'alaikum.

Sabajap bagi aku habis tulis pasal persediaan ke Eropah ni. Last chapter untuk entry persediaan ke Eropah. Lepas tu akan menyusul lah entry-entry yang penuh gambar warna warni kitorang di Eropah. Kekeke. Kasik settle persediaan yang besaq-besaq dulu dan jom kita start cerita pasal persediaan yang kecil-kecil yang mungkin senang untuk kita terlepas pandang.


|07|  SIMCARD

Aku beli simcard dari operator 'THREE' dari https://hello1010.my/ sebab lebih jimat dari aku beli di London. Lagi pun dorang akan pos terus ke rumah so sebaik je aku touch down Heathrow Airport, London, aku dah boleh guna simkad ni. Aku beli 2 keping sebab takut tak cukup kalau beli sekeping je lagipun ayah aku addicted guna Internet. Hehe. Harga untuk 2 keping simcard tu adalah sebanyak RM244.40 untuk unlimited data dan boleh call berapa ratus minit tah. Check la detail dekat website aku bagi tu. In fact, dekat hello1010.my tu korang boleh beli simcard for any countries yang korang nak gi. Really recommended!

Ni simkad yang aku beli. Aku guna line THREE. Memang berbaloi, speed laju, dapat merata Internet walaupun sampai ke hujung kampung walaupun dekat info masa beli tu, depa tulis coverage 2G.


Notakaki:
Aku guna sekeping je simcard tu sebab ayah aku laju on roaming dia. Dia tak sabar bila aku suruh tunggu aku settlekan isu kereta sewa. Akibatkan beribu dia kena bayar bil telefon Digi. Orang dah pesan, degil. Please lah korang jangan roaming. Memang undang bala je. #donekecamayahsendiri #hahahaha Anyway, sekeping simcard tu memang cukup untuk gunapakai for 2 weeks di Europe. Aku pakai youtube, upload gambar, whatsapp, Google, Waze semua memang tak habis-habis.

|08|  TRAVEL INSURANCE

Aku ambil AXA Insurance dan total dalam RM336 untuk 4 orang. Makanya seorang dalam RM84 untuk cover perjalanan kami sepanjang 2 minggu. Aku tak nak recommend AXA Insurance ni sebab dulu ada kes agent dia hina agama Islam so aku nak seru siapa-siapa yang baca blog aku, please boycott AXA Insurance. Tak paham pasaipa nak bitter dengan agama orang lain.

Lagipun ada isu dengan beg adik aku. Beg adik aku delay sampai ke Amsterdam selama 3-4 hari tapi maksimum AXA bagi claim adalah RM800 je. Better ambil ETIQA yang bagi claim ikut berapa hari luggage tu delay. Lepas ni any overseas trip, aku akan ambil ETIQA 360 tu. Lagipun patuh syariah katanyer. Hehe.

|09|  TRAVEL ADAPTER

Of course aku tak lupa. Wajib bawak ni okay? Tapi dekat London aku tak pakai pun sebab plug dia sama macam plug di Malaysia. Tapi di Netherlands, Germany dan Switzerland, lain plug point dia. So better jangan lupa bawak travel adapter okay? Kalau lupa bawak, beli je dekat sana cuma harga tak pasti berapa. Hehe.

Plug point di Amsterdam dan Germany. Gambar ihsan Google.
Plug point di Switzerland. Gambar ihsan Google.


|10|  TUKAR DUIT

Haaa...ni soalan paling glamour orang tanya bila nak travel oversea. 'Berapa kau tukar weh?'. Paham.. sebab kita tak boleh nak bajet kan berapa kita nak guna. Macam trip aku ni, aku tukar duit RM ke tiga currency iaitu Pound Sterling (£) , Euro Dollar (€) dan Swss Franc (CHF). Untuk setiap currency, aku bajet-bajet sehari dalam £100 - €100- CHF100. Itu cara aku kira untuk tukar cash sebab ramai cadangkan pakai credit card je sebab lebih mudah dari nak bawak cash banyak-banyak.
  • London - 4 malam = £400
  • Amsterdam , Belgium & Germany - 5 malam =  €400
  • Switzerland - 5 malam = CHF400
Untuk Euro Dollar dan CHF aku tukar sama angka je dengan Pound Sterling sebab senang kira. Untuk Pound Sterling memang duit ada lebih. Untuk Euro dan CHF memang habis digunakan dekat sana. Memang ngam-ngam je.


Contoh duit Pound Sterling. Aku ambil dari Google.


Contoh duit Euro Dollar. Besar-besar  saiz duit dorang ni. Ni pun aku ambil dari Google.

Duit Swiss Franc (CHF) adalah duit paling cantik aku pernah tengok. Colorful. Tak sempat ambil gambar. Hehe. Aku memang tak simpan duit-duit negara luar ni. Semua kasik habiskan je.

|11|  PASSPORT/VISA

Aku just nak ingatkan je. Make sure passport korang tak tamat tempoh untuk 6 bulan dari tarikh semasa korang berada di luar negara. Malaysian, please jangan buat benda pelik-pelik seperti kerja di luar negara tanpa visa kerja yang sah. Untuk rakyat Malaysia yang nak melancong ke UK-Netherlands-Belgium-Germany-Switzerland-Liechtenstein macam kitorang, tak perlu apply visa.

|12|  LESEN MEMANDU ANTARABANGSA

Aku dan ayah buat sorang satu Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) ni sebab serik dengan kejadian di Jeju dulu. So total hangus RM300 untuk 2 lesen. Untuk rakyat Malaysia, tak perlu buat pun IDP ni kalau nak memandu di Eropah tapi back-up plan je. Just in case dorang mintak. Takde lah berterabur plan kita kan?

|13|  MAKANAN

Bila kita travel ke negara-negara bukan Islam ni, makanan halal tu ada je tapi mostly adalah kebab. Pilih je nak kebab Turki, kebab Syria, kebab Libya, semua ada. Tapi jenuh lah nak makan kebab je sampai berminggu. So selalu aku memang bawak makanan dalam tin atau yang dah siap masak atau yang mudah bawak dan ringan. Trip sebelum ni selalu bawak Brahim tapi dah nak muntah makan Brahim. Hehe. Lagipun kitorang ke Eropah masa bulan Ramadhan so kalau boleh nak masak dan makan yang sempurna lah. 

Tapi dalam masa yang sama aku tak nak serabut fikir pasal makanan apa nak bawak sebab aku plan memang nak makan dekat luar je atau beli je barang basah dekat sana. Tapi untuk trip ni, aku bawak beberapa benda:


  • Beras. Hihi. Tapi beras kami habis masa dekat Switzerland so aku beli je beras basmathi dekat sana. Mahai tapi still affordable bagi aku.
  • 1 kg Daging Dendeng by Faliza Rich Enterprise. Menu wajib aku bawak kalau ke luar negara. 
  • Sardin Viral. Aku beli dekat kawan aku.
  • Ikan bilis crunchy pun aku beli dekat kawan aku.
  • Kek dan biskut raya sebab nak raya sana kan. Hehe.
Sardin ni sedap cuma dia mudah hancur sikit. Tapi aku suka yang ada cili tu. Terasa kepedasan dia. Makan pulak dengan nasi panas-panas. Perghhhhh~

Krispy Bilis yang memang rangup. Pedas jugak ni. Aku suka sebab dia kering so takdelah nak tertumpah minyak  dalam beg ke apa.

Daging dendeng yang tahan lama. Boleh contact +60 17-451 9541 kalau nak order.


Ermmm..what else? Aku rasa itu je dulu kot persediaan kitorang menjelajahi bumi Eropah. Complicated sikit bab transportation tu lah tapi bila dah buat, memang mudah je. Cuma untuk pertama kali ke Eropah macam aku ni, gelabah biawak sikit. Hehe.


Sekian.


Notakaki:

Masa nak pergi tu, luggage kosong lagi. Balik tu yang hazab sebab luggage dah beranak pinak. Dan untuk pakaian, kalau pergi musim panas macam kitorang, tolong spare 1 sweater sebab cuaca di Europe tak dapat di jangka. Sejuk wehhhh tetiba. Nasib dekat London banyak barang murah. Bolehlah memborong. Hihi.


Xoxo,


Share:

Persediaaan Menjelajahi Bumi Eropah (PART 2)

Assalamu'alaikum.

Nendia. Sampai berpart-part untuk entry persediaan sahaja. Sorry kalau ianya sedikit boring sebab banyak tulisan tapi aku memang betoi-betoi nak bagi info yang aku dapat & tahu sebab aku paham perasaan orang yang nak plan berjalan ke Europe tapi blur nak dapatkan info-info berkaitan. Trip aku tak sempurna mana tapi harapnya entry persediaan aku menjelajahi bumi Eropah ni dapat membantu serba sedikit. Gitchew~ Jom kita sambung lagi.

|06|  METHOD OF TRANSPORTATION

Okay, hat ni pun banyak jugak aku nak cerita sebab hatni pun aku menghadapi masalah untuk nak mendapatkan info. Kebanyakan kawan-kawan aku atau kawan kepada kawan aku yang pernah ke Europe, atau adik aku sendiri yang study dekat Leicester suatu ketika dulu,  bila tanya, jawapan dorang adalah:

"Tak sure lah. Laki aku yang uruskan semua."

"Tak ingat dah lahhh. Lama dahhh. Dua tahun lepas.."

"Ermm.. Kat sana guna kad student kawan."

Dan memacam lagilah jawapan yang diberi. Aku nak travel ni dengan parents yang berusia 60 tahun ke atas so aku tak boleh nak buat style orang muda yang redah je. Lagi pun benda-benda transportation ni involve duit, bukan percuma. Jadi aku memang nak tau detail pasal cost & transport kami dekat sana. Thanks kepada kawan aku, Mek Ya (hah amek kau nama glamour. Keke.), yang banyak share info dengan aku pasal transportation di London. Mek Ya ni ada abang kerja sana so dia sendiri tak tau sangat pasal public transportation ni sebab nak ke mana-mana naik kereta dengan abang dia je tapi dia gigih tolong aku dengan bertanyakan dekat kawan-kawan dia yang study dekat sana. Info yang Mek Ya bantu dalam 20% je dari info yang aku nak tahu tapi usaha dia yang nak tolong aku sungguh-sungguh, memang betul-betul aku hargai. Thanks Mek Ya!

Mek Ya the Gorgeous Baker. Dia ni kawan UIA merangkap pengusaha kedai kek. Sedap cupcakes pandan gula melaka dia. Boleh cari di Instagram 'sweetandsavorybynanu'.

Aku akan pecahkan point 'Method of Transportation' pada dua bahagian iaitu MAJOR dan MINOR. Major ni merujuk kepada transportation kami dari satu negara ke negara yang lain manakala minor merujuk kepada penggunaan public transportation kami di dalam negara tersebut. 

MAJOR PUBLIC TRANSPORTATION

Untuk merentasi dari satu negara ke satu negara lain di Eropah, selain memandu kenderaan, ada banyak option lain dengan menggunakan public transportation seperti high-speed train, train biasa, bas, flight dan juga cruise. Semua ni bergantung kepada preference, bajet, dan itinerary kita sendiri. Selalunya option yang paling murah adalah dengan menaiki bas tapi bas ni ambil masa lama sikit dan  mungkin akan sedikit letih sebab duduk berjam-jam lamanya. Kalau nak sampai laju ke destinasi, boleh consider naik high-speed train tapi of course mahal lah sikit tapi bagi aku still berbaloi. Cumanya bila dah sampai awal tu, kena consider cost penginapan pulak. Dah sampai awal kan so kena tambah sehari untuk penginapan. Unlike bas, boleh ambil yang overnight bas, so jimat sehari kos untuk penginapan. Kalau cruise pulak, memang satu pengalaman yang menarik tetapi kena consider cost dan masa sebab cruise ni sama macam bas dan menurut bacaan aku, cruise ni ada dua kali trip sahaja; siang dan malam. Tapi untuk trip kami dari London ke Netherlands, kami akan menaiki cruise. Manakala dari Netherlands ke Germany dan dari Germany ke Switzerland, kami akan menaiki train.

1.  STENA LINE CRUISE

Dari London ke Netherlands, aku dan parents decide nak naik cruise sebab kami tak pernah rasa lagi camne naik cruise ni. Kebetulan adik tercantik aku tertengok dekat IG kawan dia yang study di UK, dorang naik cruise untuk ke Netherlands. Menarik giler sebab memang aku dan adik dah lama berniat nak bagi parents merasa naik cruise. Tapi susah sangat nak dapatkan info pasal cruise ni sebab tak ramai rakyat Malaysia travel di sekitar Europe by cruise. Selalu dorang naik bas atau bullet train @ flight untuk ke negara seberang. Dan bila aku tanya kawan kepada adik aku tu pun, jawapan dia 'tak ingat.' 


Stena Line Cruise. Gambar ihsan Google Image.

Kebetulan aku terjumpa ‘kawan-kepada-kawan’ aku yang pernah naik cruise ni, dan bila tanya, jawapan dia 'Google lah.' Sentap gila kott. Belagak nohh. Hang mai Loqstaq, pala hang aku putaq tau~ Seriously aku terdetik sesiapa naik cruise ni boleh kaya ke sebab susah naw orang nak tolong bagi info. Lagipun aku tak pernah ke Europe jadi aku tak boleh bayang macam mana perjalanan kami dekat sana. Banyak soalan-soalan dalam otak aku yang tak terjawab seperti:

1) Nak naik cruise tu dekat mana?
2) Kalau dari London, camne nak ke port tu? Naik train ke bas ke?
3) Dah sampai Netherlands nanti, apa nama port dia? Jauh tak dari Amsterdam?
4) Dari port di Netherlands tu nanti, camne nak ke accommodation kitorang?
5) Camne cara nak booking tiket?
6) Berapa harga cruise ni?
7) Ok ke tak naik cruise ni?
8) Ada limit luggage ke?
9) Since nak keluar dari UK dan masuk ke Europe, ada kena lalu kastam ke, imigresen ke, apa yang boleh dan tak boleh bawak?


Dan banyak lagi soalan dok berlegar-legar dalam kepala otak aku. Sebab tu aku memang kecewa gila bila tanya orang, jawapan dia 'Google lah'. Nak google pun tak tau nak taip apa. Then aku try cari dekat youtube kot lah ada orang cerita pasal cruise ni. Sekali memang ada! Rujuk link ni okay?: https://youtu.be/-r7IWUZ-8xI Oh well, you're most welcome. Mat saleh jugak yang tak kedekut info. Aku nak tau benda-benda camni je sebenarnya. Baru clear untuk rancang perjalanan aku dekat sana.

Lepas tu aku try taip 'STENA LINE package with train' sebab adik aku bagitau, mesti ada pakej dengan train sebab tak logik kalau nak pergi sendiri ke Harwich Port tu. Jauh kotttt. Sape je nak naik cruise kalau camtu kan? Yes, memang sampah giler ayat sebab tak tau term yang tepat. Hahaha. Lepas tu ternampak link ni: https://www.stenaline.co.uk/ferry-to-holland/rail-and-sailSyukur yarobbi~ Aku baca teliti satu-satu macam nak ambil SPM dulu. (Pentipu! Macam lah ko study bebetoi masa SPM dulu. Keke.) Alhamdulillah jumpa jawapan. Antara info yang aku dapat pasal Stena Line Cruise ni:

1. Ada pakej RAIL & SAIL. Maksudnya dia combine tiket train + tiket cruise sekali. Macam aku dari London, port yang terdekat adalah HARWICH PORT. Dan train untuk ke sana kena naik di Liverpool Street Station. Tiket train ni termasuk sekali dengan train di Netherlands nanti. Bagi aku dengan pakej ni, jimat banyak sebab aku check train dari Liverpool Street Station ke Harwich Port je dah 
£20++. Itu tak masuk train dekat Netherlands nanti.

2. Dari Harwich Port, untuk sesi malam, cruise ni akan mula belayar pada 1159pm; selama 8jam dan akan berlabuh di Hook Van Holland pada jam 8am. Kiranya overnight cruise dan untuk sesi pagi, cruise ni akan berlepas sekitar jam 10.00am.

3, Untuk ke Harwich Port, kena naik train di Liverpool Street Station atau memana any Angelia Greater Station dan turun di Harwich Port. Kemudian dari Hook Van Holland boleh naik NS Train di memana station untuk ke mana saja destinasi kita di seluruh Netherlands dan train ni dah termasuk dalam pakej 'Rail & Sail'. Best kan?

4. Dari Liverpool Street Station, kena naik train jam 730pm sebab train ni je direct ke Harwich Port & tak payah nak transfer train. Ada jugak jam 900pm tapi kena transfer train dua kali. Train dari London Street Station ke Harwich Port mengambil masa selama 1 jam 30 minit so pepandai lah agak nak naik train jam berapa okay? Bagi aku 730pm timing dia just nice. 

5. Bila sampai di Hook Van Holland port, ada train station bersebelahan sahaja dengan port. Boleh naik train tu untuk ke mana-mana yang kita nak pergi di Netherlands. Macam kes aku, kitorang nak ke Schiphol Airport, Amsterdam. Tapi masa kitorang pergi tu, memang dah ada notis train station tu sedang dibaiki so dorang provide free shuttle bus untuk ke train station yang berdekatan. Dari train station tu, kitorang naik NS Train ke Schiphol Airport, Amsterdam. Macam mana nak tau train mana nak naik? Nanti aku story dalam part minor public transportation okay?

6. Tiket cruise dari Harwich Port ke Hook Van Holland ni tak termasuk harga cabin ye. Actually ada dua waktu yang kita leh naik cruise ni. Satu, siang dalam jam 10am . Satu lagi malam, pada jam 11pm. Kalau korang nak naik siang, tak payah book cabin. Kitorang nak naik malam so aku memang booked cabin sebab boleh tidur dan mandi. Yes ada bathroom dalam cabin kita tu. Menarik kan?

7. Pakej 'Rail & Sail' ni boleh beli online di website yang aku bagi tadi. Harga pakej Rail & Sail ni adalah £55 seorang dan harga cabin adalah bergantung kepada jenis cabin yang kita pilih. Tak silap aku, kalau tak nak pakej RAIL & just nak SAIL je, harga tiket cruise dalam £35. Aku ambil pakej 'rail & sail' sebab lebih jimat. Boleh double check harga train kalau korang taknak ambil pakej macam kitorang. Dan sebenarnya kereta pun boleh bawak masuk dalam Stena Line Cruise ni. Check dalam website yang aku bagi di atas okay? 

8. Alhamdulillah takde restriction berapa kg beg kitorang sebab kitorang ambil cabin so sumbat je semua beg dalam cabin. Tapi kalau yang tak ambil cabin, rasanya limit dalam 20kg je tapi mat saleh tak check punnnn korang naik cabin ke tak.

Total kos untuk pelayaran cruise kami adalah:

• £165 (£55 x 3 orang untuk tiket cruise) + £80 (4-berth cabin + window) = ₤245 (RM 1,338.21) untuk 3 orang

Lepas dah book tiket, dorang akan email PDF ticket dan kita print je. Tunjuk paper A4 tu nanti dekat pintu masuk train platform. Kalau teragak-agak dekat mana nak tuju di Liverpool Street Station tu, cari i-counter (kaunter informasi) yang terdapat di train station. Confirm dorang akan tunjuk cara. Hat ni aku akan story detail nanti. Tiket cruise ni kalau nak murah sikit, kena beli 3 bulan awal dari tarikh nak travel okay? Harga tiket transportation di Europe ni berubah-ubah. 3-4 bulan sebelum belepas, harga murah sikit berbanding kalau beli sebulan sebelum tarikh nak travel. 


Nah aku lanjer sneak peek sikit. Ibu aku di salah satu cafe yang terdapat dalam Stena Line cruise. Memang nampak mewah.

Abah aku di deck atas Stena Line cruise. Angin kuat giler masa ni.

Notakaki:
Aku check, dari London ke Amsterdam, kalau naik bas dalam £20-£25 seorang. Dalam 12 jam dan sebenarnya aku prefer option ni sebab tak payah teruk nak mengangkut beg-beg sebab bas driect dari London ke Amsterdam. Teruk weh nak angkut beg-beg naik cruise sebab kena naik train dulu. Then naik cruise. Dah sampai ke seberang, naik bas dan train lagi. Tapi demi sebuah pengalaman, ku gagahi diri ini. Gitchew~ Kalau high-speed train pulak, ambil masa dalam 3jam - 4jam untuk sampai Netherlands dan harga dalam £60++ seorang. Tapi again, sebab teringin naik cruise, so skip option ni. Flight memang lama skip sebab lagi mahal dan beg-beg yang banyak confirm terlebih kg.


2.  TRAIN

Dari Netherlands ke Germany dan dari Germany ke Switzerland, aku decide untuk naik train. Boleh download apps OMIO atau dahulunya dikenali dengan GO EURO dalam smart phone. Mudah sangat cara nak guna apps ni. Cuma kena tahu nama station yang korang nak tuju. 


Ini lambang dia. Jangan salah download pulak ye.

Bila dah key-in tempat nak naik dan tempat nak turun, apps ni akan senaraikan option dari segi masa, berapa kali transit dan jenis train/bus. Jadual flight pun ada jugak kalau ada yang berminat nak naik flight. 

Bila klik apps OMIO tu, first page dia keluar hat ni. So masukkan dari mana nak ke mana? Tarikh? Berapa org? Sehala ke dua hala? Kemudian ketik butang ‘SEARCH’.

Second step, dia akan keluar page ni. Nampak tak bahagian atas tu. Kita ada 3 options nak ke sekitar Europe ; train - bus - flight. Sebab aku nak naik train, aku ketik bahagian train. So dia akan keluar all the prices list, masa dan berapa kali transit . Pilihlah yang mana kita nak. Contoh macam aku dari Amsterdam nak ke Cologne, Germany, aku pilih jam 1230pm. So sampai Cologne dalam 315pm. Zero Change maksudnya takde transit atau tukar train. Tiket ni harga dia berubah-ubah so silalah beli cecepat.
Third step, bila dah ketik nak naik train & apa waktu pilihan kita, dia keluar page ni. So pilih lah nak 2nd class atau 1st class. Aku ambil 2nd class je konon nak jimat. Tapi kalau bisa diputar waktu, aku akan ambil 1st class. Train dekat Europe ni ikut jenis. Ada yang selesa, ada yang memang tak selesa.

Fourth step, isi segala detail peribadi. Mudah je. Kemudian bayar~ Ni aku nak pesan. Make sure biasakan diri letak BIN atau BINTI sebab itu consider nama kita. Orang luar bukan tau bin binti tu nak habaq anak laki ke pompuan. Kalau naik flight pun make sure biasakan diri key in BIN dan BINTI okay?

Ni kalau bas pulak. Harga memang murah tapi masa untun sampai ke destinasi terlampau lama. So aku reject plan naik bas.
Haaa lepas dah buat bayaran, dorang akan hantar e-ticket camni dekat email kita. Dalam apps OMIO yang kita download tu pun ada. Dorang email sekali dengan cara nak baca tiket tu. Aku tak check bebetul nombor platformm. Pakai main naik je. Sekali jenuh kena berjalan dari satu coach ke coach lain.

Okay, sedikit info pasal trip aku naik train. Dari Amsterdam ke Cologne, Germany aku agak confuse nak turun dekat mana sebab term yang diguna pakai dalam Omio tu. Kalau di Amsterdam, selalunya train station utama adalah di Amsterdam Centraal dan untuk ke Cologne, Germany, giler banyak station dia. Tapi nak habaq, main station dia akan ada HBF dekat belakang tu. Contoh dalam kes aku, aku kena select Koln HBF (station utama di Cologne) untuk turun di Cologne. HBF tu HauptBanhoF yang bermaksud central station.. Manakala dari Koln HBF, kami turun di Zurich Flugafen. Flugafen tu adalah airport. Kami turun di airport sebab nak ambil kereta sewa. Kalau korang terus nak ke Interlaken ke apa, pun boleh. Isi je dekat ruangan tu dari mana nak ke mana. Nanti apps tu akan study untuk korang pilihan terbaik. Yang penting kena tau basic nama train station sebab depa ni style guna bahasa depa ja.

Detail trip kami dari Amsterdam Centraal ke Koln HBF. Dekat bahagian atas, dia tulis 0 transfer kan? Maksudnya memang direct terus sampai Cologne. Ada yang 1-2 kali trasnfer so tengok bebetul sebelum beli tiket okay?
Dari Koln HBF ke Zurich Flugafen, kami akan transfer/tukar train sebanyak 2 kali. Memang stress sikit sebab jarak masa tu tak lama tapi insyaaAllah sempat. Dari dalam train aku dah Google pelan susun atur train so senang nak pecut.
Haaa ni detail dia. Dari Koln HBD kami akan turun di Basel SBB. Ada dalam 8 minit je untuk kami tukar platform . Memang cemas sikit lah dengan beg yang sangat banyak. Tapi arrangement platform dorang dekat-dekat.

Total harga train dari Amsterdam ke Cologne: RM685/4 orang dan total harga train dari Cologne ke Zurich: RM770/4 orang. So pepandailah korang darab bahagi kalau nak tau kos kasar untuk seorang berapa. Jangan malas. Haha. Untuk major transportation, kami dah melabur sebanyak RM 2,793.21 untuk 4 orang. Seorang dalam RM700 untuk transfer dari negara ke negara.


MINOR PUBLIC TRANSPORTATION

Untuk menjelajahi kawasan sekitar, kebanyakkannya kami naik kereta melainkan di London, Amsterdam, Netherlands dan Cologne, Germany.  Public transportation di Eropah dikhabarkan sangat efisyen. Bagi aku, boleh lahhh. Di London memang rasa macam station LRT Malaysia. Aku lagi wow dengan system train station di Jepun dan China. Di Amsterdam pulak agak confusing sebab bahasa yang diguna pakai. Di Cologne, Germany memang terbaik! Memang tak heran lah kalau orang cakap sistem transportation di Germany antara yang terbaik di dunia.

LONDON
London ni dibahagi kawasan ikut 'ring'. Contoh, Bayswater dalam 'ring' 1 tak silap aku. Macam Orpington terletak dalam ring 7. Selalunya rakyat Malaysia yang bercuti di London akan duduk dalam kawasan ring 1-5. Aku je buat plan pelik dari orang. Huhu. Dan aku plan naik metro dan bas untuk 2 hari terakhir lepas kami hantar kereta sewa. Kalau tanya orang dan baca blog lain, dorang ada mention pasal OYSTER CARD tapi bila tanya lelebih macam price cap untuk sehari, ada beza harga ke kalau jarak jauh dari London, etc, dorang tak tau. Disebabkan Orpington ni terletak dalam kawasan 'RING 7',  & dia agak jauh dari London City, sebab tu aku study agak detail untuk transportation card sebab nak tau mana satu berbaloi untuk kes kami. Dan setelah study, aku dapat rumuskan, untuk transportation card di London, ada tiga jenis (actually ada lebih dari tiga tapi ni aku rumuskan siap-siap mana yang sesuai untuk aku yang travel kejap-kejap je ni)

i - 1-DAY TRAVEL PASS
- Pass ni dalam bentuk kertas dan untuk sehari, korang leh naik je metro dan bas ikut suka. Unlimited ride. Boleh beli Travel Pass ni ikut zone/ring. Aku tak ingat harga dia berapa tapi bila aku kira-kira macam mahai sikit dari Oyster Card sebab kami bukan nak turun naik train kerap-kerap. Tapi menurut kiraan aku haritu, kalau stay dalam seminggu di London & beli yang 7-DAY Travel Pass, lebih berbaloi.

ii - OYSTER CARD 
- Harga kad sahaja dalam £5 dan it's refundable. Kiranya dah habis pakai, boleh dapat balik duit kad yang berjumlah £5 itu. Boleh topup di mana-mana mesin di metro station. Bila nak keluar dari London, boleh pergi dekat memana mesin refund di metro station dan buat sendiri je. Aku pilih untuk menggunakan kad ni sebab lebih praktikal dan yang penting ada price cap untuk penggunaan sehari. Maksudnya, ada bayaran maximum yang akan dikenakan untuk sehari. Lepas dah capai limit bayaran maximum tu, ko gunalah banyak kali pun, dia dah tak deduct duit dalam kad ko.

Let us do some math. Aku duduk di Orpington (ring 7) kan? Kalau aku nak ke Bayswater (ring 1), dari ring 7 nak ke ring 1, tiket sehala adalah £5.80Tu baru sehala. Kalau dua hala, dah berapa? Itu tak masuk dari Bayswater, aku nak ke Hyde Park. Baywater ke Hyde Park dalam £1.50 by bus. Kalau metro, £2.40 sehala. Jadi, bila ada price cap, jumlah bayaran yang dorang charge ni ada harga maximum yang dikenakan untuk sehari. Harga price cap bagi setiap ring seperti dibawah:


  • Zones 1 and 2 – £6.80
  • Zones 1 to 4 – £9.80
  • Zones 1 to 7 – £12.70

So jimat kan dengan Oyster Card ni? Untuk info lanjut, sila rujuk siniOyster Card ni boleh dibeli di memana metro station atau kedai serbaguna di airport nanti tapi aku beli dari kenalan di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Aku baca dekat ruangan komen untuk post London ni, ada banyak komen yang cakap dorang nak jual kad Oyster dorang sebab tak sempat nak refund. So aku direct message kenalan ni dan dia setuju nak jual 3 keping Oyster Card dekat aku dengan nilai RM90 sahaja. Dalam kad tu ada balance banyak lagi. Rezeki. Hihi.

Oyster Card untuk aku dan parents.

Oyster Card ni pun, lepas guna dan refund, kad dia dapat balik sebagai souvenir. Next time ke London, dah tak boleh pakai lah kalau dah refund harga kad. Total aku spend untuk topup kad ni = RM 405.90 untuk 3 orang. Sorang jatuh dalam RM135.30 untuk 2 hari. Ada balance actually dalam RM200++ lepas aku refund tapi aku tak sempat guna pound tu sebab dah gerak ke Amsterdam so aku assume kos topup untuk kami 3 orang selama 2 hari dalam RM200++ je kot. Anyway tak perlu risau kalau terlebih topup atau tak cukup topup sebab melambak pegawai dekat metro station untuk tolong kita.

iii - OYSTER CARD for VISITOR
- Harga kad sahaja dalam £5 dan it's non-refundable. Sama macam Oyster Card bezanya kad dia cantik dan boleh dijadikan souvenir. Hehe.

Oyster Card. Korang boleh cari di Klook rasanya.
Selain 3 jenis travel card ni, kita boleh jugak guna debit or credit card kita untuk bayar tiket train dan term tu dorang panggil 'cashless' apetah. Aku tak pasti camne penggunaan dia tapi bagi aku agak rugi sebab dorang akan kita currency exchange lagi. Walaupun ada orang cakap tak banyak pun beza, tapi still aku prefer cara klasik. Buat nya di telan semua duit dalam card kita tu, tak ke naya?


AMSTERDAM, NETHERLANDS.
Di Netherlands, kami naik train 2 kali je. Satu masa sampai dan satu lagi masa nak ke Amsterdam Centraal lepas hantar kereta di Schiphol Airport. Aku download apps NS Train di apps-store untuk tau lebih lanjut jadual train dan platform.

Haaa ni logo dia. Memang efisyen apps ni.

Masa kami sampai di Hook Van Holland port, aku dah check, dari train station yang shuttle bus drop kami untuk ke Schiphol Airport, Amsterdam ada NS Train yang 0 transfer. Tapi kitorang salah naik sebab confuse dengan bahasa, signage, time table. Rupanya train di Netherlands banyak gila! Setiap saat kot dorang lalu dekat platform tu so make sure tengok bebetul masa dia sampai. Kitorang salah naik sebab ternaik train yang sampai 1 minit awal dari masa yang ditunjuk dalam apps. Dah la tak faham mende announcement dia. Blur yarobbi. Ini aku cerita detail nanti. Tapi yeah, make sure tengok bebetul masa train yang korang target nak naik.

Lepas hantar kereta di Schiphol Airport, kami beli tiket train mesin saja. Mudah dan kami beli guna kad kredit. Dari Schiphol Airport ke Amsterdam Centraal, satu tiket berharga €4.50 seorang. 


BELGIUM.
Dari Netherlands ke Belgium, kitorang drive tapi bila sampai Belgium, ayah aku park kereta dan kami naik tram je untuk tour bandar Ghent sebab mak aku teringin naik tram. Comel kan mak aku?Haha. Harga tram dalam €3 sekepala. Valid for 2 hours. Naik lah sampai lebam. Dorang tak check pun tiket tapi kemon €3 je. So jangan cheat okay? Belgium memang korang kena gi. Aku nyesal day trip je sebab aku suka sangat suasana di Belgium especially masa lepak cafe makan wafer. Iskh dapnyerrrr bila teringat balik. Anyway, tiket tram di Ghent ni kitorang beli dalam tram. Aku pi dekat konduktor train dan cakap nak beli tiket. Done~


COLOGNE, GERMANY.
Di Cologne, Germany kitorang plan jalan kaki je sebab jarak hotel dengan Dom Cathedral dan othe tourist attactions memang sangat dekat. Ada dua kali je aku dan adik naik train untuk ke Cologne Bonn Airport untuk urusan VAT claim (hat ni aku story nanti-nanti. Hehe.) Satu tiket je berharga €3.00 seorang dah lantak la ko nak gi mana, harga memang yang tu tapi untuk sekali naik je. Untuk jalan-jalan sekitar Cologne, aku pernah baca, dia ada pakej train. Boleh rujuk link ni: https://www.cologne-tourism.com/book-buy/koelncard/. Ada harga untuk individual dan group. Bagi aku cost transportation di Germany agak mahal sebab sebagai contoh, seorang je untuk 24 jam, harga tiket €9.00 bersamaan dalam RM40 untuk sehari? Bukan nak pi mana pun dekat Cologne ni. Hehe. Itu pendapat aku lah sebab hotel kitorang memang dah sebelah Dom Cathedral je.

Dom Cathedral di Cologne, Germany.  Ah, I love Gothic Architecture!

Okay, aku rasa itu dulu kot entry persediaan ke Eropah part 2. Untuk part 3 aku akan cerita pasal persediaan yang kecik-kecik tapi penting untuk trip Europe kitorang. Kalau ada yang aku teringat nak tambah, baru aku edit entry ni. Apa-apa pun terima kasih yang banyak bantu aku share info serba sikit. Dan kalau boleh, please lah usaha untuk study apa yang kita kena tahu untuk trip kita so that kalau ada emergency ke, kita boleh fikir back-up plan. Bukan sekadar mesej aku dan mintak itinerary dan cakap kau malas nak study. Bila kita bagi info, haram sepatah 'TQ' pun takde. Memang aku pangkah orang camni. Yes, sis memang suka membebel.


Sekian.


Notakaki:

Di Switzerland memang kitorang tak naik train langsung. Semua drive sebab ngeri bila tengok harga tiket train. Jangan lupa, aku bawak parents ke sana. Boleh bengkok aku nak bayar tiket train yang seorang je dah nak cecah RM1000. Hehe. Even ke Leichtenstein pun kitorang drive dan tak naik any public transport. Parking pun tak mahal. Serius. Dalam €1-2 sahaja. Dekat Amsterdam Centraal je sekali tu sampai €10 sebab memang tempat parking mahal katanyer dekat situ. Tapi sebab dah sesat, so redah je.


Xoxo,


Share:

Persediaan Menjelajahi Bumi Eropah (PART 1)

Assalamu'alaikum.

Finally!!!!! Aku mula nak menulis pasal pengalaman aku dan travel-mate (mak, ayah dan adik tershantek aku) ke Bumi Eropah. Tepuk tangan sikit! Lama aku peram segala info yang berkaitan trip aku ke Bumi Eropah ni. Ya Auloh, mood nak menulis tu bukan selalu ada. Kadang rasa nak stop je buat travel blog ni sebab aku tak jana apa-apa pendapatan pun dari blog ni tapi bila mikirkan kepuasan menulis, share maklumat dengan orang, selain dari simpanan peribadi pengalaman berkelana di negara orang, so aku gagahkan jugak jari-jemari montel aku untuk memulis apa-apa yang patut untuk trip berjalan aku ni. 

Anyway, pada 1/6/2019-15/6/2019 , aku dan travel mates telah berada di  Bumi Eropah. Yes! Summer Trip! Dan lebih menariknya, kami berpuasa 19 jam selama 2 hari dan sambut raya di Kota London. Kerlas kau jah! Semestinya terlampau banyak persediaan yang aku buat untuk trip sulung aku ke Bumi Eropah ni. Dok cakap Bumi Eropah..Bumi Eropah.. Eropah tu banyak negara cheq oii.. Hang pi negara mana?


|01|  TENTUKAN NEGARA YANG HENDAK DIKUNJUNGI

Sebelum beli tiket flight, kena decide dulu negara mana nak pi di Eropah nun. Ada kurang lebih 50 negara di Benua Eropah dan setelah membaca, menulis, berbincang segala bagai, kami putuskan untuk jelajah:

1. London, England (4 malam) 
- Wajib sebab impian mak ayah aku nak jejak London dari dulu lagi.

2. Netherlands (4 malam) 
- Nak sangat pergi Giethoorn (kampung air)

3. Belgium (Day trip) 
- Teringin nak makan waffle!

4. Germany (1 malam) 
- Alang-alang rentas Germany untuk ke Switzerland dan teringin nak tengok salah satu peninggalan dari zaman Baroque Architecture, iaitu Dom Cathedral!

5. Switzerland (5 malam)
- Main objective kami turun ke Eropah! Biar tak lawat tempat lain tapi memang nak sangat ke Switz.

6. Liechtenstein (Day trip)
- Alang-alang dah turun Switz dan negara ni sebelah je (dalam 30 minit perjalanan), nak jugak tengok antara negara terkecil tapi terkaya di dunia ni camne.

Memang antara negara standard orang Malaysia akan cover kalau pertama kali ke Eropah. Keke. Memula plan nak turun di Italy dan balik dari London tapi mengenangkan kami pergi masa bulan puasa, di Italy agak panas sebab negara dia dah ke bawah dan memang akan banyak berjalan kaki, so kami ubah plan dan kalau perasan, aku skip trip ke Paris sebab untuk separuh masa pertama di Bumi Eropah, aku akan pergi dengan parents je dulu. Adik aku akan join masa kami di Netherlands. So aku tak berapa berani nak bawak parents ke Paris sebab banyak cerita kurang menarik like pickpockets di Paris.

Negara Eropah yang kami akan jelajahi. Aku berazam aku akan jejakkan kaki di setiap negara di Bumi Eropah satu hari nanti. Amin.

|02|  ITINERARY

Sebelum beli tiket flight, kena study dulu camne kitorang nak travel di sekitar Europe dan itinerary kitorang. Benda ni penting bagi aku sebelum beli tiket flight sebab nak tau lokasi terbaik untuk kami sampai & balik dari/ke Kuala Lumpur.

1. Turun dan balik dari Heathrow International Airport, London. Maksudnya turun dekat London, nak balik pun dari London. Kiranya kitorang start travel dari London-Amsterdam-Germany-Switzerland then patah balik London. Option ni selalu diguna pakai oleh mereka yang nak sewa kereta dari London atau Paris then drive rentas negara. Kemudian hantar kereta di tempat yang sama balik. ATAU

2. Turun di Heathrow International Airport, London dan balik dari Zurich International Airport, Switzerland. Kiranya kitorang start travel dari London-Amsterdam-Germany dan terus ke Switzerland. Option ni bagi aku jimat masa. Cumanya kalau nak sewa kereta, kena sewa lompat-lompat. Maksudnya sewa kereta dekat Amsterdam, pakai dekat Amsterdam je. Sewa kereta di Switzerland, pakai di Switzerland je. Dari satu negara ke negara yang lain boleh naik public transportation like cruise, bas atau train. ATAU

3. Turun di Zurich International Airport, Switzerland dan balik dari Heathrow International Airport, London. Method of transportation untuk travel sama macam option #2 dan bagi aku, option ni terbaik sebab confirm nak shopping kaw-kaw dekat London (memang itu niat aku turun London. Kekeke.) so takdelah penat mengangkut beg kan. Boleh terus balik je dari London.

|03|  FLIGHT TICKET

Merujuk kepada point di bahagian itinerary, kami pilih option 2 iaitu kami nak turun di Heathrow International Airport, London dan balik dari Zurich International Airport, Switzerland. Reasonnya sebab tiket flight murah RM300 seorang berbanding kalau turun di Zurich International Airport dulu. Keputusan ni memang efek perjalanan kami dekat sana. Semata-mata nak jimat RM300 seorang. Hazab gila weh kitorang nak mengangkut beg dari London ke Switzerland, tu tak masuk duit aku yang terbang beratus hengget sebab kena naik Grab untuk hangkut beg-beg kitorang. Itu aku cerita kemudian.

Dah decide nak turun & naik flight dekat mana, adik aku tolong book kan tiket flight Thai Airways yang tengah buat Crazy Mega Sales! Tapi masa adik aku booked tiket flight ni, dia takde niat nak ikut kitorang bertiga. Dah nama pun naik Thai Airways, kami akan transit di Bangkok. Tiket flight ni kitorang booked pada 2/10/2018. Kiranya 8 bulan sebelum tarikh nak fly. Dan jangan lupa untuk request for Muslim Meal okay?

Untuk tarikh 1/6/2019, kami akan bertolak jam 0805 pagi dan tiba di Bangkok pada jam 0910 pagi. Transit selama 3 jam 30 minit. Kemudian pada jam 1243 tengahari, kami fly ke London dan tiba di London pada jam 1848 petang (waktu tempatan tau. Bukan waktu di Malaysia atau Bangkok).

Untuk tarikh 14/6/2019, dari Zurich Airport kami akan bertolak jam 1340 petang dan tiba di Bangkok pada jam 0527 pagi (15/6/2019) dan transit selama 3 jam 30 minit dan fly to Kuala Lumpur pada jam 0903 pagi dan mendarat di KLIA pada jam 1155 pagi. Fuh confirm letih sebab time zone berbeza jadi makan masa 2 hari untuk sampai KL.

Total kasar penerbangan dari KL-London adalah selama 15 jam (tak termasuk waktu transit). Harga tiket untuk seorang adalah sebanyak RM2216 sahaja termasuk meal 2 kali dan luggage 30kg seorang. Adik aku fly dari KLIA ke Amsterdam pada 4/6/2019 dan sampai pada 5/6/2019 by Royal Jordan Airlines. Ada problem dengan surprise plan dia ni. Allah je tahu camne perasaan aku bila tak dapat contact dia. Dah lah parents taktau dia akan join kitorang di Amsterdam. Nanti aku cerita tapi aku cadangkan, elak naik Royal Jordan Airlines. Staff dia sangat irresponsible. Sekian.

|04|  ACCOMMODATIONS

Done booked flight ticket, kitorang terus book accommodations pulak sebab takut mahal bila tempah lewat-lewat. Nak-nak kitorang pergi masa musim panas. Dikhabarkan musim panas merupakan peak season di Eropah. Untuk tempat penginapan ni, macam biasa aku suka dengan AirBNB sebab lebih jimat untuk 1 keluarga. Selain itu, kalau kita tempah rumah, senang nak basuh baju dan masak. Berikut adalah senarai accommodation kitorang lengkap dengan harga dan reason aku booked dekat situ:

1. Greater London, England.
Harga: RM 1,362.88 untuk 4 hari 3 malam
Lokasi: Orpington, London. 45 minit by train dari London city.
Reason: Rumah cute, ada 2 bilik tidur, kitchen, mesin basuh, paip shower boleh tarik kalau nak guna jamban berak(WC), dekat dengan Tesco dan train station dan yang paling penting untuk dapat semua yang aku nak tu, harga masih dalam bajet sebab aku bajet semalam dalam RM500. Berbanding kalau duduk di tengah-tengah bandar London, harga homestay agak mahal untuk rumah yang provide dua bilik tidur. dan tak lupa jugak rumah ni dapat very good review dari penyewa terdahulu.

Homestay kitorang dekat atas Tesco yang bangunan warna merah hati tu. Aku suka kawasan di Orpington ni tapi ada masalah lain untuk kitorang. Itu aku story nanti. Hehe.

2. Amsterdam, Netherlands.
Harga: RM 1,427.91 untuk 4 hari 3 malam
Lokasi: Volendam, Amsterdam. Perkampungan nelayan yang tersangat best! The best decision yang aku dan adik pernah buat sepanjang menceburkan diri dalam mencari homestay di AirBNB. Haha.
Reason: Rumah bercirikan Dutch style. Dutch house ni ciri paling utama adalah loteng. Dan mostly memang kena rabat (panjat) tangga. Sedikit risiko kalau bawak warga tua. Selain tu rumah ni ada 2 bilik tidur, kitchen, mesin basuh & dryer, paip shower boleh tarik kalau nak guna jamban berak(WC), dan yang paling penting untuk dapat semua yang aku nak tu, harga masih dalam bajet iaitu RM500 semalam. Aku memang elak duduk di Amsterdam City sebab aku baca review, bandar Amsterdam berbau ganja(busuk katanyer) terutama pada waktu malam.

Sebiji rumah ni memang kitorang punya. Rumah yang bercirikan Dutch. Kalau korang ke Amsterdam, aku memang cadangkan stay dekat rumah-rumah macam ni. Baru dapat rasa macam mana jadi local. Hehe.

3. Cologne, Germany.
Harga: RM 815 untuk semalam sahaja via Booking.com dan merupakan penginapan termahal kami sepanjang di Bumi Eropah.
Lokasi: Breslauer Hof Am Dom, Cologne, Germany. 3 minit berjalan kaki dari train station utama.
Reason: Lokasinya yang sebelah je dengan train station utama di Cologne sebab kitorang nak stay sini semalam je. Kemudian akan teruskan perjalanan ke Switzerland. So aku decide stay di hotel yang dekat dengan train station utama sebab kami akan naik train di sini untuk ke Switzerland. & senang nak angkut beg-beg yang dijangka beranak pinak lepas shopping di London. Selain itu, kebanyakkan hotel yang affordable di Cologne tak mendapat rate yang bagus. Hotel ni je yang murah sikit dan review not bad.

Aku booked family suite so dapat tingkat atas sekali dan dari roof top verandah, dapat direct view ke Dom Cathedral 
4. Wilderswil, Switzerland.
Harga: RM 2,775.17 untuk 4 hari 3 malam
Lokasi: Wilderswill, Switzerland dan berdekatan dengan Interlaken.
Reason: Disebabkan Interlaken agak famous di kalangan tourist, banyak accommodation(refer kepada bajet kitorang) yang kami suka dah fully booked. Padahal aku start book penginapan ni seawal 6-7 bulan sebelum tarikh berlepas. Cari punya cari, jumpa satu accommodation yang mengadap sungai dan bukit di Wilderswil, 5 minit drive dari Interlaken. Selain itu, antara reason lain kami booked rumah ni adalah sebab interiornya yang bercirikan English, selain daripada good review.

Aku tengok je gambar ni terus jatuh chenta & terus book accom ni.

5. Walendstadt, Switzerland.
Harga: RM 1,126.90 untuk 3 hari 2 malam
Lokasi: Walendstadt, Switzerland dan dalam 30 minit drive ke Liechtenstein.
Reason: Kitorang plan untuk lawatan sehari ke Liechtenstein iaitut antara negara terkecil di dunia dan esoknya nak ke Zurich Airport so kitorang cari area yang dekat tengah-tengah. Lagipun rumah dekat Walendstadt ni bebetoi mengadap gunung yang tinggi yarobbi. Penginapan yang paling kami suka sepanjang di Switzerland.

Rumah kami yang di tingkat atas sekali. Serius best sangat kawasan ni.

|05|  CAR RENTAL

Aku rancang untuk drive di Europe sebab lebih jimat dari segi kos dan masa. Lagipun bawak mak ayah warga emas ni, mana boleh nak naik public transport sangat. Sekejap-sekejap tu okay lah kan. Ada few options untuk plan road trip ni. Antaranya:

1. Sewa kereta di negara A then drive rentas negara untuk ke destinasi yang dituju. Kemudian, patah balik dan pulangkan kereta di negara A jugak. Option ni bazir dari segi masa sebab masa habis atas jalan je tapi kita tak payah nak struggle turun naik train angkut beg. Cumanya kalau nak buat option ni, kena study pasal syarat-syarat nak rentas negara lain dengan kereta sewa. Contohnya sewa kereta di Paris, then drive lah ke Belgium, Netherlands, Germany, Switzerland then ke Paris semula. Korang kena check dari Paris nak masuk Belgium, kena ada vignette ke tak. Vignette ni macam sticker masuk sempadan yang kena tampal dekat cermin kereta. Yang aku tau kalau nak masuk Switzerland, ada vignette yang berharga CHF40. Kalau takde sticker tu, kena beli dekat tol sebelum masuk Switzerland.  So make sure tanya company sewa kereta kalau korang nak buat option 1 ni. ATAU

Contoh vignette. Gambar ihsan Google Image.
Contoh laluan korang kalau ambil option 1. 

2. Sewa kereta di negara A dan pulang kereta di negara B. Contoh korang sewa kereta di Paris, pastu bawak ke Belgium-Netherlands-Germany-Switzerland dan pulang di Switzerland (negara terakhir korang tuju. Contoh ye ni.) Option ni memang terbaik sebab jimat masa tak payah patah balik dan tak payah struggle nak angkut beg untuk dari satu negara ke negara lain tapi aku dah check, kos sewa jadi 10 kali ganda! Gila! So aku skip option ni. Andai ada reader blog aku pernah buat option ni dan kos dia tak se-gila yang aku jumpa, mohon bagi pencerahan camne ko buat di ruangan komen okay? ATAU

Contoh laluan korang kalau ambil Option 2 tapi kos tinggi sebab ambil dan pulangkan kereta di negara yang berbeza.

3. Sewa kereta asing-asing di setiap negara yang korang tuju. Aku pilih option ni. Maksudnya dekat London, aku sewa kereta dengan HERTZ. Lepas tu naik cruise ke Amsterdam (nanti aku story macam mana nak book tiket cruise okay?) Dah sampai Amsterdam, aku sewa kereta dengan EUROPCAR pulak. Pusing sampai ke Belgium. Then dari Amsterdam naik train ke Cologne, Germany & jalan kaki je lawat kawasan sekitar. Then naik train ke Zurich, Switzerland dan sewa kereta dengan DOLLARS. Sedikit complicated dan renyah tapi itulah nasib rakyat marhaen yang tak berapa nak mewah ni. Hehe.


Aku memang menghadapi masalah masa nak decide pasal kereta sewa sebab kawan-kawan aku yang ke Europe kebanyakkan dorang naik public transport atau ada sedara mara dekat sana yang boleh bantu/guide dorang. Aku takde sape-sape yang boleh tolong guide aku. Sebab tu entry ni akan panjang gila sebab aku nak cuba tolong mereka yang senasib dengan aku dan berkeinginan nak ikut macam itinerary aku. Lagi satu sebab currency exchange yang jauh beza tahap kena darab 5 atau 6. Takut jugak nak tekan butang booking . Dibuatnya salah book dan tak boleh cancel, camne? Tapi thanks to Mr. Zahid dari http://de-avonturen.blogspot.com/ yang banyak menjawab soalan aku pasal kereta sewa di Europe ni. Tak lokek ilmu langsung. Boleh rujuk blog beliau untuk info-info best berkaitan trip ke Europe. Untuk sewa kereta di Eropah, rakyat Malaysia hanya perlu sediakan:

1. Passport driver  dan kalau ada additional driver, dua-dua kena bagi.
2. Credit card driver . Kadang-kadang atas budi bicara, dorang bagi guna credit card penumpang.
3. Lesen memandu. Rakyat Malaysia boleh memandu di Eropah menggunakan lesen memandu biasa untuk 6 bulan tak silap aku. Tapi
4. International Driving Permit(IDP) . Untuk elak kejadian macam yang aku kena di Jeju, aku dan ayah buat jugak IDP ni. Back-up plan katanyer.

Sebelum aku cerita lanjut pasal kereta sewa di London, Amsterdam dan Zurich, meh aku nak cerita sikit term-term insurans bila nak sewa kereta. Benda yang korang kena perhatikan bila nak sewa kereta adalah:

1. Insurance kereta. Pastikan Full Coverage atau Basic Coverage. Kalau Full Coverage, memang korang tak payah risau berapa nak kena bayar kalau jadi pape dekat kereta sewa tu. Insurans akan cover. But still, check jugak terma syarat dia. Jangan ingat omputih ni jujur belaka ye. Untuk Basic Coverage, selalunya memang dah termasuk dalam harga sewa. Kebanyakan Basic Coverage ada tiga item ni:

1. Collision Damage Waiver (CDW)
- Maksudnya kereta sewa tu ada 'Damage Excess' atau 'Excess Amount'. Kiranya kalau kereta tu rosak dan kena baiki, CDW ni akan cover certain amount sahaja. Untuk kereta sewa kami di Amsterdam, 'Damage Excess' adalah sebanyak 700. So kalau accident ke terlanggar tiang ke, CDW ni akan cover kos repair sebanyak 700 sahaja. Kalau lebih dari tu, kita topup sendiri. Faham? Itu bezanya ambil Full Insurance Coverage atau Basic Insurance Coverage. Check bebetul okay sebelum korang proceed booking.

2. Third-Party Liability (TPL)
- Maksudnya insurans third party la. Hahahaha. Insurance hanya cover kalau kita sebabkan kerosakan dekat harta benda. Tapi dia tak cover kecederaan dekat driver. Correct me if I'm wrong okay? Nendia speaking teruih. Kekeke.

3. Theft Protection (TP)
- Ni kalau kereta kena curi. Ada certain amount yang insurans cover tapi selebihnya kita kena bayar. Sama macam CDW. Kalau korang ke negara yang berisiko kecurian kereta, sila lah beli Full Insurance Coverage.

2. Fuel condition. Check samada kondisi minyak Full to Full ke tak. Maksudnya masa kita ambil kereta, minyak penuh ke tak. Kalau penuh, kita kena pulangkan penuh jugak. Kalau tak, dia charge. Masa sewa di Amsterdam, aku dah cakap dekat ayah, minyak kena penuh sebelum pulangkan. Tapi sebab kitorang isi awal gila sebelum sampai airport, so dorang charge extra.

3. Mileage. Unlimited ke atau ada limit macam 200,000km je ke..100,000km je ke.. Semestinya ambil yang unlimited mileage sebab takut kita drive-drive, tak sedar dah terlebih mileage dari yang dah ditetapkan. Kalau terlebih, setiap 1km dia charge rasanya. Tengok pada terma dan syarat ye.

4. Transmission kereta. Automatic ke Manual. Selalunya manual murah sikit. Tapi aku ambil automatic transmission untuk kereta di Amsterdam dan Switzerland sebab first time nak drive sebelah kiri. Nanti boleh mereng aku dan ayah nak ingat mana satu gear, mana satu clutch. Haha.

5. Additional driver. Yes, kalau korang nak ada 2-3 driver, kena bayar okay~ So it's an optional. Aku tak ambil pun additional driver. Lagipun dorang tak tanya. Tapi gilir-gilir lah drive dengan ayah aku. Okay je takde masalah. Takut jugak kot dorang pasang CCTV dan boleh detect kitorang tak ambil pakej additional driver tapi driver ada dua orang. Tapi Alhamdulillah takde apa-apa. Kira halalan-toyyiban je la. Keke.


Itu antara point yang aku kena check bila nak sewa kereta. Pening jugak sebab first time kan. Sewa kereta di Jeju dan Bangkok relaks je. Takde lah sepening ini. Anyway, meh aku citer pulak pasal booking kereta.

1. Di London, aku akan sewa kereta dari 1/6/2019 - 3/6/2019 (3 hari 2 malam) melalui website www.economycarrentals.com. Tang bab nak letak lokasi tu, pening sikit sebab banyak giler tempat dekat London yang kau boleh ambil kereta. Dah lah tak tau lokasi tu dekat mana kan. Memang jenuh nak rujuk dan hafal maps. Tapi yang aku tahu mudah lagi ambil dan hantar dari airport. Harga pun lagi murah. Yes, aku tak tipu sebab aku dah check.

Macam kes aku, aku nak ambil kereta sebaik saja touch down di Heathrow Airport, London. 

Contoh page yang akan keluar bila dah isi tarikh dan lokasi. Kat sini kita boleh pilih jenis transmisi kereta, fuel policy, insurance, etc. Check bebetul sebelum klik nak book.

Untuk kereta sewa di London, aku booked dengan HERTZ, kereta VW Polo, manual trasmission,unlimited mileage sebab aku akan keluar dari bandar London dan total harga dalam £71.04. Untuk booking, tak kena bayar lagi. Bayar masa di kaunter nanti. Pakej ni termasuk dengan full insurance coverage sebab aku malas nak fikir insurans yang ambil separuh-separuh ni. Untuk fuel policy, aku ambil yang Full to Full. Maksudnya masa ambil tu minyak kereta penuh, nanti bila pulangkan balik pun kena penuh.


2. Di Amsterdam, Netherlands, aku akan sewa kereta dari 5/6/2019 - 8/6/2019 (4 hari 3 malam) melalui apps rentalcars.com. Download je apps ni dekat Appstore atau Playstore smart phone korang dan mudah digunakan. Yang tak bestnya, apps ni akan deduct bayaran siap-siap dari credit card. Memula tu cuak jugak sebab dalam regulations tulis bayar dekat kaunter, sekali dia deduct duit lepas kita book kereta. Anyway, apps ni boleh dipercayai. Aku buat sedikit kajian, review HERTZ di Amsterdam sangat buruk so aku booked kereta dengan EUROPCAR di mana reviewnya lebih baik. Ada masalah sikit masa kami nak ambil kereta. Itu aku cerita kemudian. Tapi operator di Europcar sangat membantu. Kiranya dorang tolong settlekan masalah dan cara penyelesaian tu tak membebankan kami.

Inilah simbolnya. Jangan salah cari pulak okay? Apps ni valid digunakan untuk sewa kereta di seluruh Europe.

Nampak tak aku malas tak tulis detail kereta sewa di Amsterdam? Hehe.

Dari Amsterdam, aku akan pickup & return kereta ni di Amsterdam Schiphol Airport. Senang ambil di airport je sebab aku tak familiar lagi kan area sekeliling. Harga yang ditulis di atas tu dah termasuk harga basic insurance. Maksudnya aku tak ambil Full Insurance Coverage sebab harga lagi mahal. Kira tawakal lah memula ni. Tapi masa nak ambil kereta di kaunter Europcar, credit card aku tak cukup balance untuk bayar deposit sebanyak 700. Mungkin sebab operator Hertz tak release lagi deposit untuk kereta di London. So operator Europcar tukar jumlah deposit yang kami kena bayar kepada amount yang lebih rendah tapi aku dikehendaki beli Full Insurance Coverage untuk sewa 3 hari tu. 1 hari = 10 je so total aku kena bayar 30 untuk 3 hari. Terkejut jugak aku sebab dalam apps, harga untuk 3 hari Full Insurance Coverage agak mahal. So better beli Full Insurance di kaunter. Tapi ada kawan aku kena tipu. Dia tak perasan dia dah beli Full Insurance Coverage tapi bila ke kaunter, orang di kaunter offer Insurance lagi kononnya wajib beli. Terbang dalam RM2000++. Padahal insurance ni tak wajib pun. Oh dia kena di Switzerland okay~ So be careful ya.


3. Di Zurich, Switzerland pun aku booked kereta sewa melalui rentalcars.com jugak dan operator DOLLARS menjadi pilihan sebab review yang bagus. Penting ye baca review setiap operator sebab kita tak nak lah tertipu ke apa kan. Dollars ni anak syarikat Hertz. Ada benda best jadi dekat kami masa ambil kereta sewa. Itu aku story nanti. Sabarrrrrr~ Anyway, untuk kereta sewa di Switzerland, butir detail aku seperti berikut:

Volvo kau~ Tapi ni paling murah pun. Hehe. Lagipun aku kena consider luggage kami dari London confirm beranak pinak. So aku memang cari kereta yang berbonet besar. 

Untuk additional driver, itu adalah optional. Aku tak bayar pun masa dekat kaunter. Dorang pun tak tanya. Insurans semua sama macam kereta sewa di Netherlands iaitu aku ambil basic insurance; CDW, TPL,TP, unlimited mileage,etc.  Dan disebabkan adik aku baca dekat mana tah, dia cakap kena ada vignette kalau nak drive dalam Switzerland, dia jadi cuak. Don't worry, kalau sewa kereta dalam Switzerland sendiri, memang vignette dah disediakan. Melainkan korang sewa kereta di luar Switzerland, ikut nasib lah kalau kereta tu ada vignette ke tak. Kalau ada, maksudnya penyewa terdahulu dah belikan sebab valid untuk setahun. Kalau takde, korang kena beli lah kalau nak masuk Switzerland. Pasal vignette ni korang leh Google je sendiri. Keke. Vignette ni aku ulang sekali lagi, macam roadtax kereta & berbentuk sticker yang dilekat pada cermin kereta. Vignette diperlukan kalau nak menggunakan motorway di Europe. Gittuh~

So benda-benda macam vignette ni boleh check dengan operator kereta sewa. Tanya je dorang boleh ke bawak kereta ni ke negara lain? Setahu aku ada negara-negara yang berisiko tinggi, dorang akan ketat sikit terma syarat nak sewa tu. So tanya je. Yang aku boleh beri jaminan, Dari Amsterdam okay je drive masuk Belgium. Tak payah viignette ke apa. Fuhhh...sakit otak terus cerita pasal kereta sewa ni. Jenuh nak perah balik otak untuk ingat balik. Haha. Dan bagi aku, parking takdelah mahal giler dekat Europe terutamanya Switzerland. Ada banyak jugak yang FREE. So jangan takut untuk sewa kereta di sana okay?


Sekian dahulu untuk entry persediaan Part 1. Panjang berjela. Bukan apa, tak tau bila aku nak habis menulis pasal percutian kitorang di Eropah ni. So kita curahkan sikit dalam entry persediaan ni. Harapnya dapat membantu serba sedikit.


Notakaki:

Aku cadangkan untuk accommodation di London, cari lah dekat kawasan yang dekat dengan city kalau korang target untuk jelajah city. Orpington terlampau jauh bagi aku tapi yang bestnya, area situ sangat mendamaikan. Siap atas tesco lagi. memang syok shopping di Tesco. Dan untuk di Switzerland, Interlaken macam ramai sangat orang. Sebenarnya banyak lagi tempat best yang menarik di Switzerland, antaranya Walendstadt atau Iseltwald.

Dan untuk kereta sewa, kebanyakkan kereta baru dan atas budi bicara, dorang akan upgrade kereta kita tanpa sebarang charge. Hertz di London kekwat. Banyak telan duit aku. Ni aku cerita kendian. Hehe. Happy planning!


Xoxo,


Share: