Day 03: (Part 2) - Yuyuantan Garden, Beijing

Assalamu'alaikum.

12|04|2017 Rabu. Musim Bunga di China tersangatlah singkat. Bunga-bunga akan fully blossom dalam masa 2 minggu je. Dan bila aku check, tarikh aku ke Beijing jatuh dalam fasa 2 minggu tu lah. Woot woot! Aku nak tengok SAKURA! dan disebabkan itu, gigih aku mencari taman di Beijing yang famous dengan Sakura-nya and it's Yuyuantan Garden atau jugak dikenali dengan Jade Lake Park.

One of Cherry Blossom a.k.a bunga sakura. Sakura ni ada banyak jenis. Yang macam dalam gambar ni, tak berapa impressive. Haha. Gambar ihsan Google Image.

Haaaaa..yang ni lawa gila! Kat Jepun banyak bunga cenggini.Gambar ihsan Google Image.

Cuteeeeeeeeeeeeeee. Gambar ihsan Google Image.
Selain banyak jenis, sakura ni ada pelbagai color jugak. So bukan color pink je ok. Gambar ihsan Google Image.

Ikutkan plan asal aku nak ke Yuyuantan Garden by metro train tapi aku terjumpa pulak bas 717 di Niujie, so aku naik je bas tu sebab bila check notes yang aku dah print out, bas 717 merupakan antara bas yang lalu Yuyuantan Garden. Boleh check di China Travel Guide untuk info pasal bas-bas ke tempat yang korang nak pergi ok? Pendek cerita, bas 717 ni berhenti di Yuyuantan East Gate Station. Sekali tengok papan tanda bus route dalam bas, dia tulis East Gate in Chinese. Naseblah kawan aku, Siew Chien dah bagitau siap-siap, East in Chinese is 'Dong' - South is 'Nan' dan selebihnya sila google sendiri. Hahaha.

Sesampainya aku di Yuyuantan Dong Station, blur kejap sebab takde Internet untuk check Google Maps satu hal (aku tak tau boleh save map offline masa ni. HAHAHAHA!), takde signage pun yang menunjukkan arah ke Yuyuantan Garden.

Aku jumpa taman ni di sebelah bus stop yang aku turun. Takkan ini Yuyuantan Garden? Kecik naww~ Ape kebenda bendasing color putih tu?

Kasi zoom in sikit. Haaaa inilah debunga yang berterbangan masa memula aku sampai Beijing! Sampai sesak nafas aku berjalan ke Summer Palace sebab memang banyak giler menatang ni berkeliaran  dan berterbangan di udara.

Zoom sikit bunga dia. Macam cantik je. Pink gittuh~

Taman ni tak ramai orang tapi ada few people tengah gunting rambut. Cool. Buat bisnes gunting rambut dekat taman.

Bersih je taman ni. Musim luruh mesti cantik jugak ni.

Sakura ke ni? Tapi kenapa dia macam mencanak ke atas eh?

Kasik zoom sikit. Macam bentuk Sakura tapi kenapa banyak daun? Setahu aku Sakura tak banyak daun.

Yang ni daun dia lain sikit. Pokok apa eh?

Tapi lawaaaaa! Tenang giler taman ni Sejuk mata memandang bunga-bunga warna pink macam ni. Hehe.
Aku hilang arah sekejap. Nak ke mana ni? Takde langsung signage menunjukkan arah ke Yuyuantan Garden. Teringat balik notes dari China Travel Guide, dia cakap dari bus stop, jalan few minutes je untuk sampai ke Yuyuantan Garden. Dan teringat jugak masa ambil subject Landscape Architecture dulu, lecturer cakap pasal kriteria taman-taman ni - air - pokok - bunga - public - etc. (Nendiaaaa, keluaq habih ilmu alam dulu kala. Hahahaha.) tapi aku tak jumpa pun dekat kawasan sekitar ni melainkan taman kecik ni la. So, aku usha je orang lalu lalang kat jalan besar, aku nampak ada 1 tempat tu banyak giler basikal. Aku assume situlah Yuyuantan Garden. Jom, kita lintas jalan dulu!

Dan tadaaaaaaa~

Entrance of Yuyuantan Garden! Alhamdulillah.

Kaunter tiket. Actually aku agak-agak je ini Yuyuantan Garden. 

Tiket masuk. Memang sah Yuyuantan Garden! Harga seorang adalah sebanyak CNY10 sahaja! Murah terok! Kalau pergi musim lain. tiket hanyalah CNY 2 je! 

Usha map dulu. Besaq gila taman ni!!!

Ramai jugak orang ke sini tapi takdelah seramai di Tianamen Square pagi tadi.

Asal nampak je pokok, aku snap gambar. Jakun katanyer!

Zoom sikit. Pokok apa ni eh?

Sakura ke? Macam Sakura kan? Tapi Sakura tak banyak daun.

Ni petals lain pulak.

Meneruskan perjalanan ke depan. Tenangnya taman ni. Bersih giler pulak tu.

Yang ni laaagii banyak daun. Tapi bunga dia sekelompok-sekelompok. Nampak sangat racist. Hahaha.

Comeynya bunga purple kecik-kecik. Tapi bunga purple ni disebrang sungai. Boleh zoom je, tak boleh pegang. Hehe.

Ada aktiviti memancing jugak. Coolnya.

Jalan ke depan lagi. Suasana masa ni memang mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. I'm in love!

Tak tau sungai ni buatan manusia atau memang semula jadi. Kerajaan China memang aktif dalam pembuatan taman-taman gergasi untuk rakyat dia. Malaysia? Hmmm. Taman kat Kepong tu patut taman bunga banyak-banyak.

Jom lintas jambatan.

Construction in progress. Apa lagi la depa nak tanam kat sini.
Di China, taman memang sangat banyak. Even masa naik train pun, korang boleh nampak depa tengah construct taman. Itu baru di Beijing je. Tak masuk negeri-negeri lain di China. Dan yang aku salute, taman-taman di sini terpelihara tumbuh-tumbuhannya, rumput liarnya, dan lain-lain component hardscape yang terdapat di sini. Setakat aku nampak, memang zero vandalism. Bukan tu je, taman di sini takde budaya pakwe makwe gersang atau geng kawan-kawan yang melepak secara kutu rayau hilang arah. Korang memang boleh nampak budaya sihat di sini. Orang memancing, orang berjogging, berenang, dan banyak lagi aktiviti sihat dekat sini. Aku bukan apa, kekadang segan nak bawak anak sedara yang masih kecik ke taman-taman di Malaysia sebab selalu sangat terserempak dengan pakwe makwe yang patah tulang belakang, kutu-kutu rayau yang selekeh berpakaian. Tak ke kita as rakyat Malaysia patut rasa tercabar?

Tengok? Sampai ada yang berenang-renang dalam sungai sebelah taman ni. Aktiviti sihat sungguh.

Anyway, Yuyuantan Garden ni dah famous beribu tahun dahulu lagi sebagai taman tercantik dan zaman sekarang, Yuyuantan Garden lebih dikenali sebagai taman cherry blossom. Banyak lagi taman lain kalau nak serbu masa musim bunga ni tapi saje je aku nak datang sini. Malas dah nk membebel, meh layan gambar-gambar aku dekat sana. Grab your popcorn please~

Bunga macam ni banyak giler kat sini. Dah la color tu mengancam. Pink helok sungguh!

Bunga lagi. Rasa excited tengok bunga banyak-banyak.

Taman yang masih dalam pembinaan. Ada je idea dorang nak cantikkan lagi Yuyuantan Garden ni.

Macam Sakura tapi bukan Sakura. Serius aku suka giler color dia. Haha.

Meh hakak lanjerr selpie sekepin'.

A girl and 2 pigeons. Haha.

Cubaan untuk bergambar penuh dengan bunga cantik as a background. I did it! Thanks mini tripod!

Bersih kan? Zero vandalism.

Macam painting view dekat sini.
Sakura!!!! Lawa giler kan? Tapi kat sini takde orang pun sebab pokok dia kecik lagi mungkin? Pelik jugak aku. Dekat mana yang taman cherry blossom tu.

Kasi zoom sikit. Sakura ni kan? Aku pun dah confuse. Haha.
Aku dah confuse macam mana nak explore taman ni. Macam takde kesudahan. Dekat mana sakuranya? Dan aku teruskan berjalan sampailah nampak kawasan ni. Subhanallah~ Mendamaikan!

Gazebo, sungai, bunga yang cantik memekar. Todiah! Gitu jiwangnya diri ini. Keke.

Ada bridge lah. Nak kemana tu? 

Siap ada aktiviti kayuh-kayuh bot lg. Tak pasti berapa harga dia.
Hahaha. Kesian dia. Nak bergambar tapi segan nak mintak orang ambilkan. So setup mini tripod je la. 



Angin agak kuat dekat sini. Berangin-angin gittuh. Nyamannyaaaa~

Hmm..mana taman sakura ni? Sama je tengok.

Kaunter tiket kalau nak naik bot kayuh-kayuh tu.

Cari sakura tak jumpa pun so bergambarlah dengan memana bunga yang aku nampak. Keke.
Bersih kan? Come on Malaysia! You can do this!

Bunga lagi. Bestnya dorang ada kawan-kawan yang boleh ambilkan gambar.

Kita zoom sikit. Aaa nak gambar camni..
Tapi camni je mampu. Sob..sob..

Dan jugak selpie. Keke.
Sekali lagi aku dah blur nak ke mana. Orang macam ramai je merata-rata so tak pasti kat mana exact location taman sakura ni. Aku decide nak balik je sebab dah jauh benar aku berjalan. Masa dah nak patah balik, aku lalu kawasan ni:

Eh ada orang menjual la. Sedapnya bau. Tapi semua non-halal. Sob..sob.. Lapar la pulak.

Roti tu macam menarik. Aku tengok ramai beli. Macam teringin nak rasa sebab roti kosong je kan. Confirm halal. Tapi somehow hati kuat mengatakan jangan beli.  

Alahai cutenya pakcik makcik ni.

Abam jual sweets yang dibentuk-bentukkan. Menarik! Tapi tak lalu nak makan. 
Di saat aku dah malas nak mencari taman sakura tu, tetiba terpikir, rugi giler. Dah datang tapi tak jumpa sakura. Macam mana aku nak bragging dekat orang nanti. HAHAHAHA! So aku patah balik ke laluan tadi dan aku teruskan berjalan sampai ke hujung demi mecari sakura dan aku ternampak signage tunjuk arah 'Cherry Blossom Garden' dan aku ikut je signage tu.

Serius sangat besar taman ni. Macam takde penghujung. Nasiblah pakai kasut yang betul so takdelah hazab sangat aku berjalan macam dekat Jepun dulu.

Dan lalu kawasan ni. Makcik-makcik ni dari mana? Macam meriah je kat depan tu.

Wowwww! Ramainya orang! Meriah giler jambatan ni rupanya. Nampak dari jauh tadi macam takde apa.

Cute giler Abam polis dua orang ni. Sorang kurus tinggi dan sorang gemok pendek. Comey giler bila dorang berjalan berdua ronda kawasan ni. Haha.

Penuh tanglung dekat bridge ni. Teringat aku bridge dekat Summer Palace. Aku pernah baca, bridge ni antara element penting dalam planning/susunatur suatu tempat di China. Kiranya macam for luck la bila kita melintas jambatan tu.

Kasik selpie sekepin' sebelum kita lintas itu bridge.

Aaa.comel giler budak-budak tu. Semua beratur nak lintas jambatan.
Dan tadaaaaaaa~

Cherry blossom garden! Ermm.. Biasa je. Betul ke ini sakura?

Look at the petals. Macam betul dah.

Tapi kenapa banyak daun? Dorang cakap sakura ni tak banyak daun. Tapi macam dah sama dengan gambar reference dekat Google.

Layan kan je lah. Meh kita selpie dulu!

Dan lagi..dan lagi..dan lagi..HAHAHAHAHA!
Masing-masing tak lepaskan peluang berposing dengan sakura.

Color dia tak berapa menyerlah kan? Tapi bagi aku still cantik.

Set mini tripod & snap!

Cherry Blossom a.k.a Bunga Sakura

Kan best kalau parent dan adik aku datang Beijing jugak. Tu lah, sape suruh beli tiket tak ingat aku. Hahaha. #stilltaklehmoveon

Banyak je pokok-pokok yang tak berbunga lagi.

Bersih!

See the falling petals? Lagi seminggu je nak habis musim bunga ni katanyer. Alhamdulillah rezeki nak tengok sakura.

Jomlah balik. Dah letih berjalan dari pagi tadi. Perut pun dah lapar.
Dah lenguh kaki merayau, jomlah balik. Nak solat lagi. Sepanjang di Beijing memang aku gigih balik ke hotel untuk solat dan membuang segala isi perut. Aku tak sanggup nak solat dekat tepi jalan sebab Beijingers spit everywhere and every seconds. Dan semalam mak aku mesej, dia cakap nak kain sutera China. So lepas solat dekat hotel, aku nak terjah Pearl Market atau lebih dikenali sebagai Hangqiao Market. Kawan FB aku, Redzuan yang cadang ke situ. Murah katanya silk di sana.

Masa datang tadi aku dah naik bas, aku jadi seronok pulak. So nak balik ke hotel ni, aku nak naik bas jugak sebab aku dah check, ada bas dari sini yang akan lalu dekat depan hotel aku. Yahoo! Tak payah berjalan jauh-jauh. Untung ada Yikatong Card ni. Tak payah cakap banyak, nampak je nombor bas yang kita nak naik tu, terus je touch (scan) sekali masa naik dan touch sekali lagi masa turun. Pendek cerita, nak naik bas dekat Beijing, kena scan transportation card kita tu dua kali. Sekali masa naik. Sekali lagi masa turun. Ok? Dan macam mana aku tau nombor bas yang lalu depan hotel aku? Sebelum bergerak ke metro station pagi tadi, aku dah usha awal-awal nombor bas yang akan stop dekat bus stop depan hotel tu. Dan kalau ikut metro map, Ping'anli Station (metro station yang terdekat dengan hotel aku duduk) agak dekat dengan Yuyuantan Metro Station. Selang beberapa station je. So secara logiknya, mesti ada bas connected antara tempat-tempat ni kan? Pendek cerita, rajin-rajin usha bus stop yang korang nampak sebab dorang memang indicate nombor bas yang akan lalu dekat bus stop tu. Dan macam mana aku tau nak naik bas dekat bus stop mana satu di Yuyuantan? Aku cari satu-satu la bhai~ Hahaha. Pergi bus stop A, takde nombor bas yang aku nak, so aku pergi la bus stop B pulak. Carik sampai jumpa. Haha.

Lakaran map perjalanan aku di Yuyuantan. Aku syak metro station berdekatan dengan 'bus stop jugak' sebab aku nampak orang datang dari situ.

Sekian.

Notakaki:
Masa aku berjalan-jalan di Yuyuantan Garden, kaki aku start gatal-gatal. Kaki aku jadi bintik-bintik merah tu. Makin lama makin hazab. Aku sapu minyak gamat pun tak jalan. Mungkin sebab keadaan cuaca yang kering dan sejuk di sini.

Xoxo,



Share: