Post-Mortem Trip di India

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah syukur berjaya jugak aku habiskan menulis pengalaman aku dan family travel ke India. Macam-macam yang kami alami. Pahit ada dan manis pun ada. Kalau diberi peluang lagi, aku nak pergi Kashmir pada musim bunga. Negeri-negeri lain di India, aku tak nak pergi dah. Haha. Bagi aku depends pada diri sendiri. Macam aku dan family, kami tak suka India. Tapi ada je traveler lain yang suka sangat ke India. Siap naik train lagi. Itu memang aku tabik lah. Tapi bagi aku setiap orang ada preferences dan cara travel yang tersendiri. Takde yang betul atau salah. As long as kita dapat belajar dari apa yang kita jumpa masa kita travel, itu dah kira bagus. Ye dok?

Anyway, here's 10 conclusion yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengalaman aku sendiri semasa ke India:

(1) Range untuk tips dalam 50 rupees – 100 rupees. Kira mewah giler dah ni. Bak kata sorang backpacker yang aku jumpa, dia cakap 50 rupees tu lepas beli nasi beriani kangkang (dalam 30 rupees) dan air teh Masala (dalam 15 rupees). 80% orang yang tolong kitorang, dorang tak mintak tips tapi dorang buat muka pussycat dalam Shrek tu (kalau nak uji level hati korang tu tisu or batu, boleh lah datang India). Dan yang datang tolong kita tu ramai ok especially family macam kitorang. Bukan sebab kitorang malas nak angkat tapi tak sempat buat apa-apa, 5-6 orang dah serbu. Kalau sorang nak bagi 500-1000 rupees, alamatnya trip korang ke India untuk bagi tips je la. No sari for your mommy bebeh~ Anyway for tips, semua atas ihsan. So terpulang.

(2) E-Visa. E-visa ni mudah dan tak complicated macam regular visa. Isi-isi online, bayar USD50 + upah proses dalam USD 10 kot (bersamaan dalam RM220++) then submit. Tapi kena ingat, kalau dia reject, kena isi semula dan bayar USD50 lagi sekali. Masa ni aku dah start berpeluh-peluh, jantung berdebar-debar sampai rasa nak muntah sebab takut application kena reject. So sebelum klik button submit tu, sila check 10 kali info yang korang dah isi especially alamat di India. Info yang agak meragukan jangan letak. Kalau E-visa lulus, dorang akan emel E-visa tu dalam masa sehari, kita print dan tunjuk sekali je masa memula touch down di memana airport India. Tapi kena check sebab tak semua airport di India terima E-Visa ni. E-visa boleh masuk Srinagar, Kashmir tanpa was-was tapi kalau ragu-ragu, dekat ruangan ‘Dua tempat ko nak pegi’ letak je Agra & Delhi.

(3) Winter di Kashmir sumpah sejuk gila! Sejuk dari winter di Jepun atau Korea. Haa, ni yang nak habaq. Kalau nak stay di houseboat masa winter, sila fikir 1000 kali. Dorang pakai pendiang arang kayu yang dapat bertahan dalam 2-3 jam je. Lepas tu ada catuan elektrik dan untuk guna air panas, ada specific time sebab generator tak mampu nak bantu. So kalau tetiba dalam jam 2-3pagi, korang nak membuang yakmat, bertahan la cuci dengan air batu. I have been through that. Sumpah hazab & sakit giler. Anyway, Lily Houseboat of Nageen di Nigeen Lake memang da boom sebab kawasan dia sunyi tak macam dekat Dal Lake yang padat dan tak perlu naik shikara setiap hari setiap kali korang nak keluar. Kalau pergi Summer memang meleleh tengok view dia sebab nak ke houseboat ni lalu taman.

(4) Sesetengah hotel di India ni tak sediakan heater secara percuma. Kena bayar baru dia bagi heater. Bayaran dalam 300 rupees. Masa kitorang di Delhi, kitorang ternampak ‘public laundry’. Hotel-hotel hantar cadar dan sarung bantal dekat situ lah. Korang tau mana dia sidai lepas dia basuh cadar-cadar tu? Dorang bentang atas lantai jalan je ok. Patutlah nampak lusuh je cadar dorang padahal hotel 3-4 bintang dan kitorang gatal-gatal masa tidur di Agra.

(5) Buah-buahan range harga dalam 80-150 rupees sekilo. Buah di Kashmir manihhhh tapi buah di Delhi masam giler. Sampai ke hari ni takleh lupa kemanisan buah delima Kashmir. Oh, telur tak lepas kastam ye. Mak aku lah pegi sumbat telur rebus dalam beg aku. Sekali jenuh kitorang nak kena makan sampai habis depan kastam. Naseb tak kentut bau telur je dalam flight.

(6) Bargain atau tawar menawar adalah WAJIB. Tak kira nak buat apa-apa activity. Di Pahalgm, kitorang nak naik pony. Tengok gambaq memang cun mabeles tapi sakit giler celah kangkang naik pony tu. Dahla laluan dia mencabar. Mengucap panjang bhai. Sila prepare mental. Untuk info, rakyat dorang kena bayar dalam 300 rupees je tak silap untuk pony ride. Untuk upah photographer ikut kita sepanjang pony ride tu, satu gambar dia charge 300 rupees. Tapi kalau boleh cakap bahasa dorang, satu gambar 80 rupees je. Memang kena kapak kaw-kaw foreigner ni. So sila jangan kesian melampau. Ingat, nasi beriani kangkang 30 rupees je dekat sana. Hihi. Cadangan aku, bargain giler-giler fee untuk activity korang nak buat tapi duit balance tu bagi lah as a tip pada yang bawak kita. Kesian dorang teruk-teruk bawak kita tapi gaji boss bagi sikit giler. Range gaji dorang dalam 2000-3000 rupees sebulan. Itu pun dorang cakap dah kira hebat dah tu.

(7) Sila shopping dekat Sarojini Market, Delhi. WAJIB! Varieties of choices! Dari sari, Punjabi, sandals, kurta etc. Murah teruk pulak tu! Sari ada range dalam 350 rupees sampai la ke 1000 rupees. Lawa giler bhai~Kurta untuk lelaki memang helok teruk. Harga dalam 350-750 rupees. Sila lah beli. Di Johri Bazaar, Jaipur bagi aku sari tak lawa dan agak mahal. Trousers pakai sejam je dah koyak. Hehe. Di Kashmir pulak, kalau stay di houseboat, ada peniaga akan mai singgah. Barang dorang sangat mahal tapi sebab kesian, takdelah menawar sangat. Itu masalah orang Malaysia. Huhu. Di Johri Bazaar, adik aku bargain like a mafia. Dari 10k rupees boleh dapat sampai 3k rupees. Aku tanya orang sana, memang kena bargain kurang dalam 50-70% dari harga asal.

Antara barang sambaran Hahaha.

Kain aku. Cantik tak?

Nah aku lanjer gambar raya tahun lepas pakai sari yang aku beli di Sarojini Market. Tantek kan? Hihi.
Yang ini untuk mak dan ayah aku.

Yang ni untuk kakak aku & abang ipar aku. Kurta merah tu untuk anak-anak buah aku. Comey giler tengok dorang pakai kurta.

Bedsheet yang beli di Kashmir.

Mak aku pasangkan cadar tu dekat dalam bilik aku dan adik di rumah Muar.
Barang-baraang mak aku. Haaa kain pink tu la skirt untuk Siew Chean dari Global Desi. Corak dia menarik sangat. Warna pun terang.

Sandal yang kami borong di Jaipur.

(8) Polis dan army banyak giler especially di Kashmir. Tapi sebenarnya dorang sangat mesra. Staff airlines pulak muka je macam kena sembelit tapi bila kita tegur, dorang senyum manih sangat. Nasib tak jatuh cinta. Eh? Masa kitorang di Kashmir, tentera militan India dan polis Kashmir tengah berperang. Dengarlah jugak sedas dua bunyi bom tapi polisi dorang, tak boleh kacau tourist so dorang berperang belakang bukit. Seriously tak rasa takut pun sebab memang rakyat dorang sangat friendly, senyum manih dan tak buat kita rasa takut. Aku lagi takut dengan kastam & imigresen di KLIA. Tengok aku macam ‘ada dendam antara kita’. Gittuh~ Oh setiap hari Jumaat di Kashmir ada kawasan tak boleh lalu sebab ada rusuhan. Sila tanya pihak tertentu ye mcm orang teksi ke, hotel ke untuk melancarkan perjalanan. Kashmir dah dimanipulasi oleh India sebagai daerah yang tak selamat tapi memang selamat je sebenarnya. Orang dia pun bukan jenis tengok usya kita macam nak telan.

(9) Kashmiri sangat hensem dan cantik. Macam orang Iran. Serius. Dengan hidung mancung dan tingginya. Patutlah ada rakyat Malaysia kahwin dengan orang sana. Tapi bagi aku, takde la sampai tahap aku boleh kahwin dan tinggal dekat sana. Memang salute pada mereka yang boleh buat decision untuk kahwin dan menetap di sana. Keadaan sana yang dhaif buat aku terfikir macam mana lah nak survive kalau menetap di sana.

(10) Sepanjang di India, kalau terasa malas nak prepare meal sendiri, kitorang makan di Vegetarian Restaurant. Butter Naan & Aloo Curry (Kari Kentang) dan Masala Tea (dia letak halia. Sedap!). Range harga dalam 100-150rupees sebab dia tengok foreigner kan.

Total kos kasar untuk seorang:
- RM1200 tiket flight Malindo (return Kl-Delhi-KL)
- RM350 tiket flight Go Air (Delhi-Srinagar) & Jet Airways (sepatutnya direct Srinagar-Delhi tapi last minute dorang tukar route Srinagar-Dehradun-Delhi. Dahlah flight delayed 4 jam sampai terlepas connecting flight. Tapi dorang nak bagi refund je. Taknak bagi naik next flight. Pangkah Jet Airways.)

- RM60 seorang untuk tambang van dari Dehradun-Delhi (sebab terlepas connecting flight tu.)

- RM700 untuk pakej 4hari 3malam houseboat di Kashmir (all-in kecuali lunch dan duit belanja)
- RM700 untuk hotel dan transportation selama 5hari 4malam di Golden Triangle
- RM1350 untuk belanja makan, shopping, tips etc. Tapi ini boleh dikurangkan depends pada bentuk belanja masing-masing.


Sekian dari aku. Memang banyak yang pahit masa trip di India tapi bagi aku, baca review atau blog traveler ni ada positif and negatif. Positif, kita boleh jadikan info tu sebagai panduan tapi negatif, info-info tu boleh buat kita takut-takut untuk enjoy tempat tu. So jadilah traveler yang tau nak berfikir. Anyway, happy travelling & happy exploring!



Notakaki:

Selepas setahun balik dari India, barulah aku dapat balik refund tiket flight kami dari Dehradun-Delhi. Itu pun setelah aku email banyak kali, dorang main pass-pass email aku dari satu party ke satu party. Last-last aku geram, aku mengamuk dekat trip advisor bawah tajuk GeTS Holidays. Dapat refund pun tak sampai RM170. Bukan sebab duit tapi sebab dorang tak amanah. Main-main dengan refund orang. Memang dorang sangat takut dgn bad review di trip advisor. Lepas dorang bayar duit aku tu, dorang mintak aku delete review aku di trip advisor. Jangan haraplah. Tunggu lah setahun kalau nak aku delete kan. Sekian.

Xoxo,


Share:

2 comments:

  1. great tips. for me India and Kashmir tak masuk list lagi. Kashmir maybe la sebab cantik. tapi tak sampai seru lagi hehehe.. betul tu. jalan2 ni ikut minat masing2. apa yang kita cari n apa yang datangkan kepuasan buat diri kita. ada sorang kawan pegi India sampai sbulan. menarik tengok journey dia sangat blend in dengan culture. tapi kalo kita ikut style dia belum tentu kita enjoy. hehehe..

    CT nak baca dari entry India yang awal. hehe bukak2 dah post mortem. kena patah balik =P

    ReplyDelete
  2. Hi Siti. Thanks sudi baca. Kena baca dari post awal tu. Ni dah conclusion. Haha. Betul, setiap orang minat dia berbeza. Mcm kawan Siti, mungkin dia suka yang mencabar ni sebab tu dia boleh duduk sana sampai sebulan. Mcm kami memang kurengg suka cabaran-cabaran ni nak-nak pi dgn mak ayah kan. Apa-apa pun didoakan Siti dapat ke sana 1 hari nanti. India negara yang paling banyak culture.

    ReplyDelete