Day 01: Perth, Western Australia

Assalamu'alaikum.

19|07|2015 Ahad. Hari yang dinantikan telah tiba. Let's fly to Perth! Memang first day Raya 2015 tu rasa cam tak aman sebab soul aku dah kat Perth. Tepat jam 930am,kitorang pon berlepas dari KLIA ke Perth International Airport. Perjalanan ke Perth mengambil masa for 5 hours dan sepanjang perjalanan atas awan tu, few times jugak air drop berlaku dan jantung aku pon drop sekali. Dahla abam pilot buat announcement ada turbulent so duduk kat tempat masing-masing. Memang cuak! Dahlah aku tak kawen lagi. Waaa! Di kala kitorang (termasuk kaum matsaleh dalam flight tu) cuak nak mampos (mau tak cuak, flight tu goyang goyang kiri kanan atas bawah), ada sorang pakcik melayu ni relax je minum kopi sambil silang kaki. Aku suspek dia dah biasa fly & mungkin dia malaikat maut. Haha. Gurau jek. Anyway, kitorang selamat mendarat di Terminal 1, Perth International Airport pada jam 330pm. Proses immigration kitorang berjalan dengan sangat lancar. Rezeki raya mungkin? Siap kastam minah saleh tu cakap kat aku "Wow, nice dress" sebab aku pakai baju kurung lip lap kalah Che Ta. Hakak bajet perempuan melayu terakhir katanya. Kekeke.  Anjing hidu-hidu pon nan hado. Lega sangat! Kucing dekat dengan aku pon,aku leh histeria, apetah lagi kalau anjing. Aku baca blog lain, dorang cakap agak complicated la proses yang dorang lalui masa kat immigration airport ni especially bab makanan & declaration form.

Selesai semua urusan, kitorang pon bergerak keluar dari airport. Masa ni aku macam blur giler. Nak kena buat apa ni? Aku betul-betul lupa apa next step lepas keluar dari Perth International Airport Terminal 1. Dahla sejuk menggedik kat luar. Winter di Perth ni memang takde salji tapi spesis winter berangin menusuk ke tulang. Kesian kat mak bapak aku. Lepas aku dah tenang balek (sumpah tetiba kena panic attack), aku tanyalah guard kat situ, kalau aku nak ke Perth City camne. Dia cakap aku kena naik bus untuk ke Perth Domestic Airport, dalam 5 minit je dan bus tu free. Dari domestic airport tu, aku kena naik another bus untuk ke Goodearth Hotel (penginapan 2 hari kitorang kat Perth City).

Mak ayah dan hadek tercantik aku tengah tunggu aku melilau 
tanya orang camne nak ke Adelaide Terrace


Kemahen kaki Beyonce aku bersilang. Teknik nak nampak kurus katanyer. Hahaha. Masa ni lah aku tengah kena panic attack tapi bergambar kena maintain. Keke.

Beg mengalahkan orang nak pindah sini. Haha.

Sesampai je kitorang kat Perth Domestic Airport, terus aku tanya guard kat situ, nak naik bus apa kalau nak ke 195 Adelaide Terrace sebab aku takut kena panic attack sekali lagi. Haha. Dia suggest kitorang naik je teksi memandangkan muka masing masing pon cam zombie yang keletihan plus takde lah mahal sangat teksi tu katanya (Sorry aku tak ingat bayaran teksi tu. Tak silap dalam AUD 20 kot). Aku tak pikir panjang, terus on je. Bagi aku teksi dia tak mahal especially aku pegi dengan parent, so tak sanggup nak suruh dorang naik bus dengan beg yang besornya kalah peti ais kat rumah aku. Sebab aku ni cantik, guard tu tolong tahankan teksi untuk aku & family. (Bab cantik aku tipu.Haha.)  Dalam 20 minit kitorang dah sampai betul-betul depan hotel.

Luas sebenarnya teksi ni. Siap ada wifi lagi so sempatlah update Pesbuk 'Safely arrived Perth' gittuh~

Merenung ke luar. Perth tengah hujan masa ni.

Comel kan teksi ni? Tambang dari Airport ke Hotel dalam AUD20. Untuk 20 mins perjalanan. Ok la kan?

Tadaaa~ Finally sampai jugak kat hotel ni. Aku rasa punca utama aku kena panic attack sebab aku tak review sekali lagi how to access to this Hotel from the airport. Aku buat itinerary 2-3 bulan sebelum datang Perth so dah lupa.

Urusan check-in pon mudah. Dalam 2 minit, terus boleh naik ke bilik. Biliknya tersangatlah besar (bagi aku) sebab kitorang gi berempat je. Siap ada dapur complete with kitchenware. Wifi pon free. Laundry facilities pon ada. (Hmm. Aku carik gambar bilik Goodearth Hotel ni tapi tak jumpa la pulak. Hilang ke mana entah.) Setel qada solat Zohor & Asar (kitorang tak sempat nak solat jamak sebab sampai airport tadi kan aku kena panic attack. My bad.), dalam 530pm tu kitorang keluar for dinner & night seeing. Ikut tentatif aku nak gi King's Park, usha-usha jodoh aku dekat University of Western Australia(UWA) dan alang-alang dah lawat UWA, dinner terus dekat Ararat Kebabs, Broadway Fair Shopping Centre sebab aku ada baca satu blog ni suggested pegi makan dekat situ as their halal pizza & kebab really recommended. So aku naik teksi nak ke Ararat Kebabs, sekali dia tutup.UWA pon gelap semacam tak nampak apa. Jilake tol. Dahla naik teksi kot. Di sebabkan aku cantik (ok, tipu lagi), driver tu baik hati, dia tak charge pon kitorang dari hotel ke Ararat Kebabs tu. Dia start charge dari Ararat Kebabs ke Brookfield Place Perth sebab kitorang decided nak tengok Winter Light Festival dulu bagi merawat hatiku yang terluka. Aku tau pasal Winter Light Festival ni sebab aku godek-godek IG and search for 'winter perth'. Memang nak berjalan ni, rajin-rajinlah google, search dan sewaktu dengannya berkaitan tempat dan season kita nak pegi tu as extra information.

Sebabkan first day di Perth dan baru sampai, aku admit memang lost kejap.
Naseb mak ayah aku cool je layan aku tengah pening menyusun jadual.


Taraaaa~ Ni lah Winter Light Festival di Brookfield. 
Actually ada sound sambil light tu bergerak-gerak ikut mood sound tu.

Lepas dah puas melopong dengan kecantikan & kesenian show Winter Light Festival tu, kitorang pon bergerak mencari makanan untuk dinner. Semua within walking distance je. Walaupun kesejukan tapi rasa happy je berjalan sebab ini first trip aku ke oversea dengan parent. Selalu pergi dengan kawan-kawan or kakak je. Rasa happy tengok dorang kagum dengan bandar Perth ni. Bersih je dan tak rasa takut nak berjalan-jalan dalam gelap. Anyway, aku ada install apps halal food in Perth & bila search for our dinner tonight, keluar lokasi satu halal kebab restaurant ni, so kitorang carik sampai jumpa kedai kebab halal ni. Maafkan aku sekali lagi sebab tak ingat nama kedai dan terlupa nak ambik gambar kedai sebab aku rasa kebulur giler time ni. Tapi yang aku ingat kedai ni bersebelahan dengan Adelaide Street & 1 min jalan kaki dari Bays Water Car Park dan berdepan dengan Post Office.

Thanks ibu abah yang sabor dengan anak sadomu ini mencari-cari arah.


Haaa, nampak tak hakak sado yang kelaparan tu? Aku tak tipu ok. Haha.

Selesai melantak, kitorang pon berjalan kaki pulang ke hotel sebab esoknya banyak tempat nak pegi yang memerlukan tenaga kaki beyonce ni since aku start sewa kereta on our 3rd day in Perth. Hari pertama dan kedua ni memang aku plan naik bus or train je sebab Perth CBD ni ada sistem bus yang free dan efisyen. Melainkan kalau nak pergi ke tempat yang keluar dari Perth CBD like Fremantle, baru kena bayar tiket bus. Macam mana nak tau laluan & sistem bus di Perth a.k.a TransPerth ni? Satu, boleh dapatkan pamplet TransPerth semasa tiba di airport. Kedua, kalau tak sempat ambik macam aku, boleh dapatkan pamplet ni dalam any bus dalam Perth City yang korang naik dan try ramah mulut dengan driver bus, camne nak pegi ke satu-satu tempat. Dorang sangat cool melayan. Tiga, boleh ambik di information kaunter di Perth Station.

Sekian.

Notakaki:
Aku memang tak ambik any line for internet. Semua harap wifi accommodation je. Nak quality time bersama keluarga katanya. Hihi. Tapi for those yang perlukan internet dalam trip korang, leh usha sini. Dorang tawarkan perkhidmatan sewa portable wifi lebih dari 60 negara seluruh dunia. Boleh collect di KLIA je. Mudah kan?

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment