Giler ah gigih aku menulis untuk trip kami di Kashmir. Esok 28|12|2018 merupakan ulang tahun trip kami di India. Bahaha. Sebab tu aku struggle siapkan entry sebanyak mungkin. Takut masuk tahun baru dah busy buat preparation untuk next trip. Hihi. Ok, done membebel, jom sambung dari entry sebelum
ini.
Assalamu'alaikum.
31|12|2017 Ahad. Balik dari Pahalgm, kami mintak Nadeem stop di kedai yang menjual teh halwa Kashmir dan saffron. Kawan aku, Madeehah pesan belikan saffron kalau jumpa sebab dia cakap saffron Kashmir antara yang the best. Saffron ni sejenis rempah yang digunakan dalam masakan terutamanya masakan India lah. Mak Madeehah ni memang origin dari India (cantik putih gebu mak dia. Aku tak ingat mak dia dari daerah mana.) so memang dia tau lah nak masak pakai saffron tu camne. Aku pulak dok dengar je orang cakap saffron..saffron.. tapi sumpah tak pernah tengok dan tak pernah tau fungsinya.
|
Ini lah saffron. Daripada bunga Saffron katanyer. First time aku tengok masa beli untuk Madeehah. |
Nadeem berhentikan kereta dekat kedai yang aku assume jual saffron ni dan agak bersih kawasannya. Kiri kanan jalan memang kedai. Turun je dari kerete, memasing rebut ke toilet. Aku ni dari tadi tahan nak tercirit. Masa aku tengah tunggu mak aku keluar toilet, tetiba aku, ayah dan Nadeem di luar terdengar bunyi ledakan bom sebanyak dua kali. Jelas cuma tak rasa bergegar pun. Bila tanya Nadeem, bunyi bom ke tu, dia cakap 'Yes'. Tentera India dan polis Kashmir tengah berperang dekat belakang bukit (sambil dia tunjuk bukit seberang jalan. Hahaha.). Melihatkan Nadeem relaks je, kitorang pun relaks je lah. Somehow tak rasa takut or terkejut. Mungkin sebab keadaan sekeliling pun tenang je. Lepas mak aku keluar, tanya dia toilet bersih tak, dia cakap bersih, terus aku luru masuk dan...... Alhamdulillah. Hihi.
|
Haaaa belakang bukit tu la dorang berperang. Esoknya Nadeem update 5 orang kot mati. 2 netizen, 3 orang laki tentera India dan polis Kashmir. |
|
Ayah aku bergambar kenangan. Hihi. |
|
Haaa inilah kedainya. Aku rasa Nadeem ni bawak dekat kedai yang dia boleh dapat komisyen. Standard tourist guide. Kalau korang boleh cari kedai kampung, Aku rasa lagi murah harga barang yang korang beli. |
Macam-macam ada dekat kedai ni. Buah-buahan kering dan kerepek pun ada. Memula orang kedai ni suruh kami duduk dan dia hidangkan air teh halwa madu. Lepas tu dia explain pasal Saffron. Sumpah sepatah haram pun aku tak faham. Last-last kami cut, dan cakap kami nak beli saffron je. Dia keluarkan dua kotak. Satu kotak kecik macam size kotak mancis. Satu lagi kotak besar, size dia umpama kotak rokok. Harga untuk saffron kotak kecil dalam RM150 dan yang besar RM300. Bapak mahai! Terkejut aku. Aku ingatkan dalam RM10 atau RM20 je. Hahaha. Siap berangan nak beli 10 kotak untuk bagi souvenir tapi mak aku cakap memang mahai pun saffron. Sumpah aku tak tau. Balik Malaysia tu baru aku tau, sehelai dua saffron tu je dah RM20. Haha. Anyway, untuk Madeehah aku ambil yang kotak kecik dan dia cakap banyak giler saffron aku beli. Aku cakap dekat dia, ikutkan aku nak ambil kotak besar tapi sebab mahai, aku ambil kotak kecik je. Selain saffron, mak aku beli kismis, buah-buahan kering macam cranberry, kacang-kacang like pistachio dan banyak jugak lah. Untuk souvenir katanyer. Dan of course swipe kredit kad adik aku. Duit kami tinggai separuh je ni. Dalam RM2500 untuk 4 orang survive. Boleh refer website kedai ni kalau nak survey harga:
http://www.zamindarkesar.com/
Selesai borong apa yang patut, kitorang bergerak lagi dan kali ni singgah di kedai pakaian military. Masa polis Kashmir tahan kitorang tu, ayah aku dah berkenan dengan baju polis tu. Hahaha. So dia mintak Nadeem bawakan kami ke kedai yang jual baju-baju macam tu dan kedai tu tepi jalan je. Macam-macam ada. Topi, t-shirt, jaket military semua ada. Murah-murah pulak tu. Memang aku suggest kalau shopping Kashmir, tolonglah beli yang dekat kedai tepi jalan. Murah berganda.
|
Tokey kedai ni bagi aku dia honest sebab dia tau kitorang pelancong tapi dia tak charge extra pun. Dia jual barang dekat kitorang harga sama dengan harga local. |
Setel sambar barang untuk ayah aku, adik lelaki dan abang ipar, kitorang tuju ke houseboat pulak. Punyalah rasa rushing sebab tak solat Jamak Zohor-Asar lagi. Dengan nak kejar untuk naik shikara lagi. Masa lalu dekat Dal Lake, Nadeem tanya, nak try tak roti Kashmir yang vavavoom. Haruslah nak! So dia parked kereta tepi jalan dan kitorang serbu kedai roti tu. Memang ramai sangat orang. Nadeem cakap pie ayam dia paling famous dan sedap. Seketoi aku tak ingat berapa tapi tak silap dalam 10-20 rupees je. Sedap makan panas-panas.
|
Makan terus dekat kedai. Nadeem cakap memang macam ni lah style orang Kashmir. Haha. |
|
Hahaha Awat tu ibu? |
Selain tu, ada jugak kek dan manisan lain dijual di sini. Memang kami borong jugak untuk bekalan esok dan adik aku beli manisan untuk kawan-kawan office. Aku tak ingat nama kedai tapi kedai ni betul-betul dekat depan T-junction. Sekitar jam 430pm kitorang sampai di houseboat. Sempat lagi bergambar di taman sebelum masuk ke dalam houseboat untuk simpan barang dan solat. Hihi.
|
Kelakar pun ada tengok taman yang kering ni. Uncle Nabi tunjuk gambar masa musim spring dan summer, memang cantik taman ni. |
|
Esok nak balik baru terhegeh-hegeh nak ambil gambar. Hihi. |
|
Pokok kering pun jadi lah. Hihi. |
|
Di hadapan houseboat Lily of Nageen. Nampak macam dhoif tapi ok je lagi. |
|
Balik Malaysia baru aku tau houseboat banyak jenis. Yang kitorang duduk ni kategori kelas ke-3. Murah la kiranya. Haha. Sebab tu sejuk ketung bila pendiang api mati. Mana la nak tauuu~ |
Dah selesai solat dan relaks kejap, Uncle Nabi datang bagitau shikara dah ready. Khadam Uncle Nabi yang akan bawak kitorang tour Nigeen Lake ni. Dan disebabkan shikara ni milik Uncle Nabi, so kira naik secara percuma lah. Weee~ Untuk info, shikara ni ada sampan yang diperbuat dari kayu dan kalau ke Dal Lake atau Nigeen Lake di Srinagar, memang bersepah shikara ni. Shikara ni ada banyak saiz dan pelbagai kegunaannya. Salah satunya adalah sebagai transport utama untuk menyeberangi Dal Lake. Disebabkan keunikan shikara yang hanya terdapat di Kashmir, shikara ni menjadi tumpuan pelancong yang nak try duduk sambil menghayati keindahan Dal Lake. hah gittuh~ Shikara di Kashmir ni memang dihiasi dengan element yang berwarna warni. Pada aku, memang unik!
|
Shikara dah menunggu! |
|
Jom naik! Sebelah ayah aku tu lah Uncle Nabi. Cute kan? |
|
Inilah housebat kami selama 4 hari di Kashmir. |
|
Cantik kan dalam shikara ni? |
|
Haaa sambil menghayati keindahan Nigeen Lake, apa lagi, posing je lah. |
|
Snap.. snap.. Sambil makan kacang pistachio. Hehe. |
|
Tengah syok-syok tetiba ada shikara lain mai dekat dengan shikara kami. Nak jual barang katanyer. |
|
Kami tolak secara baik. It's ok, no thanks. |
|
Ok sambung balik ambil gambar. |
|
Memang mendamaikan. Tenang dan sunyi je. |
|
Kasik zoom sikit muka Cik Esah. |
|
Dan juga Bang Li. Hihi. |
Amboi syok sakan noh Cik Esah dan Bang Li ada personal photographer. Hahaha. Aku dan adik memang tak puas hati betul sebab bahagian yang mak ayah kitorang duduk memang cantik. Hahaha. Dengan hiasannya, lighting lagi. Nak tukar untuk ambil gambar, takut. Sebab shikara ni nipis je. Satgi jatuh semua orang dalam tasik ni baru tau. Heee~
|
Haaa ambil gambar kitorang pulak. Hahaha. Struggle Cik Esah nak guide Bang Li. Takut kena kecam lettew kalau gambar kitorang tak cantik. Hahaha. |
|
Boleh lahhhh. Lighting je tak best. Hahaha. |
|
Aku suka gambar ni. Pandai ayah aku ambil gambar. Hihi. Plus pakaian adik aku agak striking. So gambar timbul. |
|
Banding gambar aku yang nampak gloomy..So silalah pakai baju yang warna terang-terang ok? |
|
Subhanallah. Cantik sangat aku rasa. Takde filter tau gambar ni. |
|
Kita kasik chance abah jadi photographer. |
|
Sampai berpusing badan nak ambil gambar tu. Hahaha. |
|
Romantika di Nigeen Lake. |
|
Mirror lake. Subhanallah. No filter jugak ni. |
|
Melewati jambatan yang kitorang selalu lalu kalau nak ke mana-mana. |
|
Nasib disediakan selimut. Memang sejuk masa ni. |
|
Khadam Uncle Nabi cakap ini teratai. Masa summer, kawasan ni jadi darat. |
|
Ni pun teratai. Mati sekejap semasa winter. |
|
Haish syok-syok tengok view kiri kanan, mai lagi orang nak jual barang. |
|
Macam menarik barang-barang dia. Aritu kami beli kain je. Tapi pakcik ni jual keychain, fridge magnet, etc. |
|
Nampak tu berbakul-bakul? |
|
So kitorang cakap dekat dia, datang houseboat dalam jam 8pm sebab kami tak bawak duit dan tak best nak beli atas shikara ni sebab dah nak gelap. |
|
Ok sambung makan pstachio. |
|
Melewati houseboat lain pulak. Besar dan luas tasik ni. |
|
Gini je lah boleh ambil gambar. Gambar yang sama. Haha. Eh blog i, suka hati lah nak letak gambar sama banyak kali. Haha. |
|
Acah-acah selfie sikit. |
|
Banyak pokok teratai dekat tasik ni. Nampak tak sebelah adik aku tu? Semua tu pokok teratai yang layu semasa winter. |
|
Haaaa ambik kau kiri kanan attack. Kitorang cakap taknak dan dah beli. |
|
Boleh tak bagi aku enjoy tasik ni dengan tenang? |
Alhamdulillah dalam sejam jugak shikara ride kami. Pada aku, memang berbaloi untuk cuba. View memang lain dari lain. Cuma yang tak best, orang datang 'kacau' jual barang itu ini. Kalau di Dal Lake lagi dahsyat sebab situ lah port utama dia. Aku syak khadam Uncle Nabi yang call kawan-kawan dia datang ke shikara kitorang sebab aku nampak dia call someone then selang berapa minit lepas tu ada orang datang rapat dengan shikara kami. Nak marah pun, mungkin dia dapat komisyen kalau kami beli. So redho je lah.
|
Sebelum naik ke houseboat, adik aku mintak ambilkan dia gambar dekat tempat yang mak ayah aku duduk. Hahaha. |
|
Babai shikara~ |
Alhamdulillah, selesai satu bab. So pi mandi, solat dan makan malam terakhir yang disediakan oleh wife Uncle Nabi. Lauk sama je macam sebelum ni. Kari ayam dan kari kambing, lotus, telur dadar dan nasi putih. Memang sedap. Sekitar 8pm macam tu, Uncle Nabi cakap ada peniaga nak masuk houseboat. Dia dah tunggu dari jam 7pm tadi. Allahukbar. Dengan cuaca sejuk macam ni. Dan aktiviti membeli buat kali terakhir berlangsung. Haha. Pakcik tu rupanya cikgu ajar ukiran kayu so dia jual hasil tangan anak murid dia macam fridge magnet, kotak kayu, dan macam-macam lagi. Aku rasa macam ada ambil gambar tapi bila cari tak jumpa pulak. Harga fridge magnet (kalau ikut piawaian tak lepas tapi sebab kesian, beli jugak.) dalam 100 rupees seketoi. Ada kotak kayu macam besar sabun buku, 300 rupees satu. Bolehlah untuk souvenir kawan-kawan kan?
So settle urusan jual beli, kemas barang la pulak. Beg memang dah menembun dengan jayanya. Dengan karpet lagi. Hahaha. Macam malam sebelum ni, jam 10pm catuan elektrik bermula. Takpe last night tidur dalam sejuk. Takpe..Takpe.. Good night!
Sekian.
Notakaki:
Memang tak dapat elak orang yang datang menjual bila kita naik shikara. Jangan stress-stress. Just anggap kita cuba enjoy culture dorang. Dan sebolehnya elak beli dengan orang yang datang ke houseboat sebab harga dia sangat mahal. Kita nak bargain? Seingat aku rakyat Malaysia ni pemurah teruk. Mulut je jahat tapi hati baik. Hahaha.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment