Assalamu'alaikum.
29|12|2017 Jumaat. Off to Mughal Garden. Semua tukar kasut ke winter boot sebab sejuk sangat. padahal baru early Winter. Masa nak keluar ke jalan utama, aku nampak kedai Airtel. Then aku tanya Nadeem, boleh ke nak singgah kedai Airtel sebab dari tadi kitorang tak dapat line Internet. Ingat nak mintak orang kedai checkkan. Then Nadeem cakap memang Airtel tak dapat line dekat Kashmir. Yennadeiii~ * tepuk dahi * Dia cakap di Kashmir hanya boleh pakai postpaid sahaja. No prepaid. Postpaid pun lepas aktif, lima hari kemudian baru boleh pakai. Nahaihhh. Then Nadeem offer untuk tethering Internet dia je. Baik kan? Apa lagi, check FB dan IG la nak tengok berapa like dan komen untuk gambar yang dah di post sebelum depart ke Srinagar. Bhahahaha.
|
Ambil gambar di luar Mughal Garden dulu. |
|
Besar betul gunung-ganang dia kan? |
|
Memang Srinagar ni terletak di lembah bukit. |
|
Kulit muka mudah kering masa winter ni. So jangan lupa bawak Vaseline dan sewaktu dengannya. |
|
Dihadapan pintu masuk Mughal Garden. |
|
Dihadapan Mughal Garden. Nampak tu? Scary je signboard ni. Macam kasik warning. |
|
Mughal Garden. Kalau summer atau spring mesti lagi cantik kan? |
|
Tapi cantik jugak taman ni bila kering cenggini. |
|
Sejuk giler dan berangin tapi ayah aku steady je. |
|
Haaa macam painting kan? |
|
Testing-testing. |
|
Our personal photographer. Hehe. |
|
Thanks dik. Cantik u ambik gambar I. Hahaha. |
|
Keseluruhan Mughal Garden. Mughal Garden ni merupakan taman pemberian Kamjat Khan iaitu anak kepada Shah Jahan kepada cikgu peribadinya. Giler kau. Ajar anak orang kaya terus dapat taman. |
|
Bersungguh-sungguh kami nak ambil gambar. Haha. |
|
Dan ini hasilnya. Hahaha. Dah pakai sweater kat dalam. pakai lagi winter jacket.
Nampak tak sejuknya macam mana? Ni takde salji lagi. |
|
Sejuk tapi terik. |
|
Kenangan di Mughal Garden. |
|
Bahan binaan di dalam Mughal Garden yang menggunakan batu-batu besar. |
|
Sesuai jadi background untuk OOTD. Hehe. |
|
Amboi Cik Esah suka ye datang Kashmir? |
|
Standard perempuan lepas ambil gambar mesti nak check balik. Hahaha. |
|
Anak abah. Hehe. |
|
Salah setting sampai tak nampak apa dekat belakang. Actually semua gambar-gambar dari Iphone aku je. Nanti aku akan update gambar-gambar dari kamera pulak. |
|
Ikutkan tak boleh tangkap gambar dekat sini. Tapi aku dah mintak izin terlebih dahulu. Tokey kedai cakap boleh je Tangkap gambar. Yang dia tak bagi tangkap tu kalau group dari China. Sebab dorang datang, ambil gambar dan balik China, dorang try buat fake carpet.. |
|
Memang cantik-cantik karpetnya. Lembut pulak tu. |
|
Sejadah kecik tu harga dia dalam RM150 tak silap aku. Memang karpet buatan Kashmir berbeza dengan karpet dari Turki, Iran dan sewaktu dengannya. |
|
Berjaya sambar 1 karpet medium size yang berharga RM5000 (Uhukk..Uhukk.) dan satu karpet kecik yang berharga RM150. Aku dan adik sepakat nak sponsor untuk ibu kami sebab dia nak letak dekat rumah baru. |
|
Done! Jom balik! |
Serius aku memang back-off la bab-bab karpet ni. Tapi yang aku tau, karpet Kashmir memang mahal dan berkualiti. Hasil tangan dia yang halus dan lembut tu yang buatkan Kashmiri Carpet agak terkenal. Dan kami sempat jugak risik-risik harga yang staff karpet ni bagi dekat couple tu. Dorang punya harga lagi mahal dari yang kitorang dapat. Disebabkan harga tahap beribu, sah-sah kitorang takde cash sebanyak itu. So kitorang tanya boleh swipe kad kredit tak tapi kad kredit adik aku tertinggal di houseboat. Gigih mamat dalam gambar ni cakap, dia boleh ikut kitorang ke houseboat dan close deal di sana. Perghhhh~ Canggih! Dan karpet-karpet yang kami dah beli tu, dibalut dengan kemas so boleh sumbat dalam luggage. Dorang boleh jugak hantar ke Malaysia tapi mamat ni nasihatkan better bawak tangan sebab karpet mahal kannnn. Takutlah jadi apa-apa. Hehe.
PASAR MALAM KASHMIR
So selesai minum teh halwa apetah yang dorang bagi, kitorang set untuk jumpa di houseboat. Tapi karpet memang kitorang dah pegang. Masalahnya kitorang bukan nak terus balik. Dengar cerita buah-buahan di Kashmir sangat manis. So kitorang plan nak singgah kejap di pasar malam yang berdekatan. Kesian mamat ni terpaksa tunggu kitorang di houseboat. Takpe, dia dah kenal Nadeem dan Uncle Nabi. Nadeem parking dekat bahagian belakang pasar malam dan ada masjid dekat situ. Sebelum masuk ke pasar malam, dia bawak kitorang masuk masjid tu. Katanya Rasulullah SAW pernah ziarah ke masjid ni. Betul ke?
|
Di hadapan masjid susah nak ingat namanya. Haha. |
|
Jom masuk ke dalam. |
|
Haaaa ada pun nama masjid. |
|
Putih je masjid ni. Teringat aku akan masjid Omer Ali Saifuddin di Brunei yang serba putih. |
|
Selesai sesi lawatan masjid, kami masuk ke pasar malam nak beli buah. Tak banyak aku snap sebab takut kena marah. Ada orang tak suka kita ambil gambar dorang. |
|
Pisang? Favorite ayah aku ni. Aku ada ambil video tapi cari tak jumpa pulak. Nanti kalau jumpa, aku tepek dekat sini. |
Mak aku beli buah delima yang sangat sedap dan manis, buah epal, anggur dan buah pisang. Memang semua manis-manis. Harga pulak dalam 80-100 rupees untuk sekilo. Murah giler kan? Tak sempat ambil gambar sebab dah ngapp. Hehe. Ok jom balik. Kesian mamat karpet tunggu dekat rumah. Sampai je di rumah, memang bau dah minyak tanah. Haha. Dan semestinya hidangan makan malam dah terhidang. Lepas swipe credit card untuk pembayaran harga karpet, mamat tu pun blah dan kitorang pun laju menghadap makan malam yang dimasak oleh wife Uncle Nabi. Nyummeh!
|
Lotus! Mahal katanya kalau dekat luar tapi mak aku sorang je yang makan. |
|
Semestinya nasi putih! Actually Uncle Nabi tanya nak Beriyani ke atau Nasi Putih. Kami sepakat nak nasi putih untuk malam ni. Tekak bukan untuk Beriyani lagi. Esok baru kita try Beriyani ok? |
|
Ayam kari. Kari Kashmir macam cair dari kari Malaysia tapi sedap jugak.
Uncle Nabi tanya nak ayam atau kambing tapi kami pilih ayam.
Mak aku takut nak makan kambing. Hehe. |
Malam tu kami boleh tidur dengan senang hati. Hehe. Tapi lepas makan, Uncle Nabi bagitau, ada catuan elektrik di Kashmir. So lepas 10 malam, memang takde air panas. Lampu pun takde kecuali lampu yang pakai kuasa generator. Elektrik akan dibuka semula pada jam 8 pagi tak silap aku. Allahuakbar. Memang kami bergantung sepenuhnya haba dari pendiang api. Nasiblah setiap bilik memang ada pendiang api.So lepas makan, laju-laju pergi toilet selesaikan segala urusan dan solat siap-siap. Dalam houseboat tu, walaupun ada pendiang api, tapi masih boleh rasa kesejukan udara luar. Yang lecehnya, nak tunggu air jadi suam-suam pun makan masa. Risaunya kalau terjaga tengah malam dan nak terkencing atau terberak. Boleh jadi kes naya ni!
|
Ayah aku masukkan kayu siap-siap. Selalunya kayu ni bertahan 2-3 jam je. Jenuhla nak bangun selalu. |
Selepas makan, kitorang lepak-lepak dengan Uncle Nabi. Dia bagi kitorang pinjam sorang satu Poncho atau lebih dikenali sebagai Ferren oleh Kashmiri. Poncho ni pakaian musim sejuk dan hanya terdapat di Kashmir. Tebal dan memang aku tidur pakai Poncho yang dipinjam dari Uncle Nabi. Ayah aku berkenan sangat tapi sekali tanya harga, kawan khadam Uncle Nabi jual sampai 4500 rupees. Terus tak jadik beli.
|
Inilah Poncho. Memang warm je bila pakai. Siap ada poket lagi. Tapi mahai sangat. |
Uncle Nabi ni memang ramah sangat. Dia siap cerita anak dia, Ajaz kahwin dengan orang Malaysia. Dah setahun lebih duduk Malaysia. Dia cakap anak dia hari-hari call cakap nak balik Kashmir sebab tak tahan duduk Malaysia. Makanan tak kena cita rasa. Hahaha. Soon, anak dan menantu dia akan menetap di Kashmir. Serius aku kagum dengan menantu Uncle Nabi. Macam mana lah dia boleh hidup dekat Kashmir. Serba serbi lain dengan Malaysia dan paling tak boleh blah, cuaca sejuk melampau. Aku ke Jepun dan Korea masa musim sejuk, takdelah sesejuk di Kashmir. Lepas borak-borak tu, Uncle Nabi keluar dan kitorang pun ready untuk beradu.
Nasiblah ada electrical blanket so itulah yang membantu panaskan badan kami bila tidur selain Poncho yang super cozy ni. Jam 10 malam kami dah tidur sebab tak nak rasa kesejukan bila pendiang api dah kehabisan haba. Haha. Ada benda jadi dekat aku malam tu. nanti aku story di next entry, ok? Panjang sangat dah entry ni. Ok, macam biasa doakan aku rajin menulis untuk habiskan travelogue India ni. Hehe. Good night Kashmir!
Notakaki:
Uncle Nabi ada seorang khadam yang tolong jaga rumah dan tolong kami selesaikan urusan kami. Comel je assistant Uncle Nabi ni. Dia lah yang serve makanan-makanan kami, yang kemas-kemas houseboat tu, yang akan tanya kami perlukan apa-apa tak, yang akan tunaikan request kami nak air panas ke apa, yang dok letak kayu bagi perangat rumah. Kami tak tau dia akan keluar masuk rumah so malam tu kami lock pintu houseboat. Esoknya Uncle Nabi pesan jangan kunci pintu sebab susah khadam tu nak masuk untuk letak kayu. Kesian beliau kena panjat dari luar. Haha.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment