Day 03: Gulmarg, Kashmir.

Assalamu'alaikum.

30|12|2017 Sabtu. Sekitar jam 2 pagi camtu, tetiba aku terjaga. Perut aku tetiba berangin dan memulas-mulas. Demmmmmm! Benda yang paling aku takuti kini terjadi! Oh nooooooo.. Cepat-cepat aku bangun untuk ke toilet dan masa ni cuaca sejuknya ya Robbi! Pendiang api memang dah mati. Menggigil aku ke toilet. Sekali test air, ya Auloh sejuk beku! Tahap pijor tangan aku sebab sejuk sangat air tu. Aku macam nak nanges dalam toilet. Serius aku blank nak buat camne. Aku pulak memang tak pandai membuang secara kering ni. Haha. Nasib sebelum catuan elektrik bermula, aku dah penuhkan segala botol mineral kosong yang ada dan letak bawah selimut so air tu suam je jadinya. Cepat-cepat ambil botol air yang aku simpan tu, dan itulah penyelamat aku buat masa ini. Stress teruk! Rupanya adik aku terjaga dengar drama aku sorang-sorang dalam toilet. Hahaha. Sebagai pharmacist yang berkaliber, dia bagi ubat angin dan ubat sakit perut dekat aku. Aku syak aku dah kena travel diarrhea sebab aku rasa kalau nak kata salah makan, aku agak kontrol makan bila travel sebab serik masa kena cirit birit di Perth, Australia dulu. And guess what? Memang selang dua-tiga jam aku terjaga sebab nak cirit. Hazabnya ya Auloh. Air dalam botol dah habis. Yang tinggal air sejuk beku je. Adik aku siap ajar cara nak membuang guna air sejuk beku. Hahahahahaha! Anyway, yeah aku survive tapi tak lelap tidur malam tu. 

Malam pertama tidur di houseboat di kala musim sejuk memang pengalaman yang tak boleh dilupakan buat aku dan family. Hazab jugak lah tapi hati kami sejuk bila bangun pagi, tengok hidangan breakfast yang penuh meja. Pagi tu Uncle Nabi datang jenguk kami bertanyakan khabar. Dengan sopan kami cakap sejuk tapi bearable. Haha. Uncle Nabi pesan jangan kunci pintu bilik sebab susah khadam nak masuk untuk letak kayu dalam pendiang api. Ehhhh~ Mana boleh tak kunci. Dah tu takkan nak pakai tudung je sepanjang tidur plus khadam tu laki. Aku rela sejuk dari tidur dalam keadaan was-was. Selepas sarapan dan mandi air sejuk, kami akan gerak ke Gulmarg yang terletak di daerah Baramula. Gulmarg merupakan tempat ski terkenal di wilayah Jammu dan Kahsmir, India. Dari Gulmarg, boleh nampak banjaran Himalaya katanyer. Ada jugak tourist yang datang ke Kashmir, dorang akan bermalam di Gulmarg.

Pagi ni bila keluar dah start nampak frost dekat daun-daun dan tanah.

Kalau summer atau spring, hijau je taman ni.

Menuju ke kendaraan yang membawa kami berjalan-jalan di sekitar Kashmir selama 4 hari.

Kereta yang menjadi transportation utama kami sepanjang di Kashmir.

Off to Gulmarg! Kiri kanan jalan memang kering. Menunggu masa untuk salji lebat turun.

Sepanjang perjalanan kami ke Gulmarg, kiri kanan jalan memang agak menyedihkan. Kehidupan di Kashmir memang di bawah paras kemiskinan. Tapi menurut Nadeem, semiskin-miskin dorang pun, mesti ada tempat berteduh terutamanya pada musim sejuk. Berbanding di tanah India yang ramai homeless dan mati kesejukan.

Yeyyy dah sampai kawasan Gulmarg! 

Sebelum sampai di kawasan gunung yang bersalji, Nadeem cakap kami kena sewa winter boot dahulu sebab keadaan sangat licin di atas dan kasut boleh basah kalau tak pakai winter boot. Banyak deretan kedai yang menyediakan khidmat sewa winter boot dan semestinya bising giler sebab masing-masing menjerit cuba untuk tarik pelanggan. Nadeem berhentikan kami di satu kedai dan agak terkejut, itu bukan winter boot tapi boot PVC Phua Chu Kang tu. Cait! Ikutkan hati tak nak sewa sewa macam licin je tapaknya. Tapi dah Nadeem tu beriya cakap kena pakai sebab takut jatuh, so aku assume tapak dia tu ada magic lah yang tak buat kita jatuh. Untuk sewa kasut Phua Chu Kang tu dalam 300 rupees bersamaan RM20. Mahai jugak. Memang aku tak puas hati sebab kami pakai winter boot dan baru beli lagi tu tapi malas nak cakap apa-apa sebab memikirkan dia lebih tahu kan. Lepas selesai urusan sewa boot tu, kami bergerak ke atas.

Haaa inilah boot PVC yang kami kena sewa tapi warna hitam lah.
RM20 kottt. Bagi aku mahai dan tak berbaloi.

Setibanya kami di pintu masuk kawasan pergunungan di Gulmarg, kami disambut oleh guide kami, Mr. Hussin. Hussin ni lah yang akan bawak dan guide kami sepanjang di atas Gulmarg tu sebab dia lagi pakar dari Nadeem katanya. Nadeem ni driver je dan dia cakap guide ni termasuk dalam bayaran kami untuk pakej di Kashmir. Kitorang ok je lah sebab tak pasti keadaan dekat atas tu macam mana kan dan takde nak kena bayaran tambahan. Hehe.

Grrrr..kiri kanan salji walaupun tak tebal lagi. Hussin cakap semalam salji turun di Gulmarg.


Tetiba Nadeem berhentikan kereta dan Hussin suruh kami turun. Dia nak tunjukkan Himalaya dekat kami. Waweeeee~

Nasib ada Hussin tolong tangkapkan gambar kami berempat.

Kussss semangat. Sadonya i. Hahaha.

Winter jacket yang dibeli dari AliExpress. Haha. Ok lah kualiti dia.
Harga pun mampu milik.

Rambo Kashmir. Belakang ayah aku tu lah Himalaya.
Gulmarg terletak di Pil Panjar Range, iaitu sebelah barat Himalaya.

Nampak tak salji yang dah keras tu? Kena hati-hati di sini sebab licin.

Kasik zoom sikit.

Terik giler masa ni.
Aku cuba tangkap gambar in panoramic view. Macam tak jadi tapi layannn~


Dalam 20 minit jugak kami di sini. Biasalah posing sana sini khennnnn~ Jom kita naik atas pulak! Sampai je di bahagian atas (belum puncak lagi), ya Auloh ramainya orang. Menderu-deru datang ke kereta kita ni. Memasing cuba untuk bargain dan offer khidmat sledge. Untuk naik ke puncak, ada macam-macam cara. Samada berjalan, naik sledge, ski, naik keldai (tak pasti dekat mana sebab aku tak nampak) dan naik kereta. Nadeem cakap susah dia nak parking dekat atas nanti. So kitorang decided nak naik sledge. Sebab kami ingatkan dekat je jaraknya. Lepas tawar menawar, seorang dalam 1000 rupees bersamaan RM80 untuk pergi dan balik. Empat orang dah RM240. Fuhh~ Sledge ni dorang tarik dari kawasan parking, sampai lah ke tempat nak naik cable car untuk ke puncak.





Haaaaa, bayangkan aku dan ayah yang tembun ni dorang boleh tarik. Tapi one word, HAZAB! Hazab wehhhhhh. Sledge tu diperbuat daripada kayu. Dahk lah permukaan tak rata. Berbonggol sana sini. Siap kena slide turun bukit lagi. Sakit bontot-bontot. Aku ingatkan dekat je. Rupanya jauh giler dari kawasan parking ke station cable car. Berapa kali entah aku dan ayah aku jatuh tertonggeng-tonggeng. Paling tak tahan, sebab rasa kesian gila dekat yang tarik tu. Dah lah kurus-kurus. Memang sepanjang kena tarik tu hati aku tak aman. Rasa macam akan dihukum lepas ni sebab dah aniaya orang dengan berat aku ni. Tapi yang lagi masalah, adoiiii tak boleh fikir nanti nak balik dari station cable car ke tempat parking pulak. Nak jalan, kasut licin giler. Huhu.

Macam adik dan mak aku, dorang tarik sampai ke station lah sebab kurus kan. Aku dan ayah yang tembun ni, sampai je dekat kawasan jalan, dalam 300m dari station cable car, kitorang turun dan berjalan ke station cable car. Serius sakit tulang bontot. Sampai je dekat station cable car, sementara Hussin pi beli tiket kitorang, memasing serbu toilet kecuali aku. Kalau follow travel journey aku dari Perth, memang dah sedia maklum, aku ni geli guna public toilet. Sanggup tahan. Hahaha. Dan masa tengah tunggu mak dan adik aku dekat toilet, aku terserempak dengan couple dengan dua orang anak kecik dari Malaysia yang kami jumpa di kedai karpet semalam. Dorang akan bermalam di Gulmarg. Tabah gila! Urusan tiket-tiket cable car semua Hussin yang belikan. Seorang 400 rupees tapi tak silap aku Hussin charged 420 rupees seorang. Dia cakap guna duit dia dulu, nanti dah nak balik baru bayar. So ke next point lah kita!

Masa ni orang tak ramai, so kelam kabut disuruhnya naik cable car.

Efek bontot dihentak-hentak masa naik sledge,
aku tak berapa ambil gambar dalam cable car.  Ada gambar ni je.
Sesampainya kami di first station, semua pakat turun dan Hussin bawak kami explore kawasan sekitar. Ada nampak orang tengah belajar main ski, ada yang terus naik ke second station by cable car, ada yang memang dah pro main ski. Ada yang lepak-lepak dekat kedai makan. Salji memang tebal!

Dan taadaaaaaa~ Welcome to Gulmarg~

Kawasan salji memutih. 

Haaa belakang mak aku nampak tak cable car?
Cable car tu menuju ke second station untuk pro skier.

Sejuk betul kan abah? Itu yang berbungkus habis muka. Hehe.

Nampak tak ketebalan salji dia? 

Kawasan ni agak licin. Kena hati-hati. Patut kitorang pakai je
winter boot kitorang. Boot PVC ni memang licin.

Memang kena berpimpin tangan sebab ramai dah jatuh dekat sini. Salji mengeras
macam ais ketul. So kalau tak nak jatuh, sila lau dekat salji yang menebal.

Wahhhh ada kedai makan lah!
Sementara tunggu aku main ski mobile, dorang makan dulu.

Macam-macam aktiviti yang ada dekat sini. Tapi aku tak berminat main ski sebab malas nak balance-balance badan. Tak ingat berapa fee belajar ski dekat sini. Tak silap aku dalam 1200 - 1500 rupees (of course with trainer) dan ikut currency masa kitorang pergi, dalam RM100 lebih jugak. Aku nak naik ski mobile je. 10 minit dalam 2000 rupees. Mahai sikit tapi bukan selalu naik kan. Hehe. Tapi parents dan adik aku tak nak naik. Dorang nak lepak-lepak makan maggi je. Masa aku dan Hussin berjalan ke arah ski mobile, entah macam mana tetiba aku tergelincir dan jatuh. Kepala aku terhentak ok. 3 saat jugak aku kaku tengok je langit. Haha. Padahal aku dah cukup hati-hati berjalan. Mula lah aku start maki boot PVC ni. Nyesal sewa. Anyway, Alhamdulillah takde apa-apa concussion atau efek lepas jatuh. Cuma aku pening dalam sejam jugak.

Aku tak gemok. Jaket tu yang buat aku gemok. #Indenial hahahaha.

Ready, let's go! Sebenarnya bukan aku yang bawak.
Ada mamat sorang ni bawak. Aku posing je. Hehe.

Mamat tu suruh aku posing, dia ambilkan gambar.

Dan lagi. Hehe. Memang best naik ski mobile ni.
Lepas dah habis naik ski mobile, aku berjalan ke arah kedai makan yang menjadi port lepak family aku dan Hussin. Hussin terkejut kejap sangat aku dah balik. Dia cakap patut 10 minit tapi 5 minit je mamat ski mobile tu bawak aku. Patutlah aku pun rasa sekejap sangat tapi sebab kesan aku jatuh terhentak kepala tadi, aku macam biol-biol. Hussin nak pergi argue tapi aku cakap tak payah sebab aku pun takde mood lepas dah terjatuh tadi. Kepala pening. So lepak lah kitorang dekat kedai makan tu. Ayah aku beli air panas satu jag dalam 200 rupees tak silap dan 200 rupees untuk kopi panas. Patutnya air panas tu free lah kan. Hahaha. Jadi lah, boleh makan maggi dan minum milo panas untuk lunch kitorang. Maggi + sejuk + salji, memang thorbaiklah!

Malaysian dan maggi berpisah tiada.

Memang sedap sejuk-sejuk cenggini makan maggi.

Semestinya maggi kari dan asam laksa pilihan ku. Hehe.

Kenyang dah ke tu ibu?


Sebok je minah ni nak ambil maggi i. Haha.

Selesai makan (dengan Hussin pun makan jugak maggi kami bawak. Dia terkejut sebab sedap gila. Haha.) kitorang pun bergerak turun. Tapi haruslah posing sana sini kan. So dalam 1-2jam jugak baru kitorang betul-betul turun. Hehe.

Perghhh.. Priyanka Copra! Haha.

Belakang tu lah tempat aku ber-ski mobile tadi.

Terik tau. Nampak je sejuk bersalji.

Musim salji ni, tangkap la gambar apa pun memang nampak cantik je kan?

Haaaa masa nak balik tu, mak aku terjatuh dekat sini. Nasib jatuh bontot.
Tak jatuh hentak kepala macam aku kena tadi.

Mangsa jatuh berpimpin tangan. Hihi.

Eh sempat main-main salji dulu. Hihi.
Perghh hero Hindustan pun kalah ni! Haha.

My ibu dan my adik terchantek.

Minah ni memang berani. Aku tak berani turun dekat salji tebal
sebab dah jatuh tadi. Jadi takut dengan semua benda. Haha.

Memang dekat sini mak aku kepit je dengan ayah. Takut jatuh. Haha. 
Depan mata aku ramai giler jatuh dekat kawasan yang sama.

Us. Nasib ada Hussin. Hussin ni sangat knowledgeable. 

Konon nak ambil gambar baring atas salji tapi photographer tak pro. Haha.

Orang agak ramai tapi tak padat. So ok lah nak enjoy salji dekat sini.

Sebab trauma jatuh tadi, aku jalan hentak-hentak kaki. Haha.

Ayah aku dan Hussin menanti aku dan adik sebok ambil gambar.
Terjatuh tadi bukan penghalang aku nak berposing. Hihi.

Colorful sungguh mak aku. Haha.
Tak sia-sia beli satu jacket untuk winter, guna sampai 4-5 tahun. Hihi.

Jaket kuning ni adik aku beli dekat Vietnam. Brand North Face.
Dia bargain gila-gila sampai orang kedai tu cakap 'U BARGAIN LIKE A MAFIA' Hahaha.

14,000 ft above sea level.
Dah nak turun tu, kena naik cable car sekali lagi. Untuk info, station kedua cable car ni (1st phase) ditutup pada jam 5 petang. So pepandailah bajet masa ye. Dan harga untuk tiket return bagi cable car 1st phase adalah dalam 400 rupees seorang. Bila dah naik cable car, baru perasan muka masing-masing dah burnt. Masa dekat atas tu tak terasa panas.

Dalam cable car(return).

Muka aku yang dah terbakar.

Haaa hadaplah gambar kitorang dalam cable car masa turun.
Masa naik ada sekeping je gambar. Haha.

Tak pakai blusher ye. Memang terbakar bergambar dekat atas.
So make sure pakai Vaseline ke, krim SPF50++ ke untuk halang
kulit dari kering teruk disebabkan pancaran matahari. 

Hussin cakap itu rumah-rumah persinggahan. Boleh duduk situ kalau tiba musim lain.

Kasik zoom sikit. Hish sapelah yang nak duduk sini. Macam scary je.
Pernah tengok drama Hollywood bertajuk 'Frozen'?
Bukan kartun animasi tu. Tapi citer pasal mereka-mereka yang
terperangkap di pergunungan salji dan bawah tu ada serigala. Scary!

Kitorang empat beradik tapi dua orang lagi tak dapat ikut.

Nak datang lagi ke deknon? Keke.

Haaa Hussin cakap itu tapak kaki serigala. Bahaya katanya
Dalam cable car yang agak dhoif. Hehe.

Masa sampai di station pertama cable car (kaunter tiket), dah nampak yang penarik sledge kami sudah menunggu. Adoi, aku kesian satu hal. Sakit bontot naik sledge tu tau. Tapi kena naik jugak sebab dah bayar dan agak jauh kalau nak berjalan dan aku trauma dah jatuh tadi. Naik jugak lah dan sama macam tadi, tertonggeng-tonggeng aku jatuh. Kejap kiri kejap kanan. Haha. Dah lah ada anjing tau! Harapnya dia tak lalu kawasan kitorang lalu. Sampai separuh jalan, aku dan ayah bangun. Kitorang nak berjalan je. Sambil aku pimpin ayah aku. Takut terjatuh. Hihi.




Alhamdulillah berjaya jugak kami sampai di tempat parking. Hussin dah bayar duit sledge (memang dari awal dia dah pesan biar dia bayar semua dulu) dan tiba lah masa orang yang tarik sledge mintak tips. Dorang ikut kitorang sampai ke tempat parking, sambil tarik-tarik baju ayah aku. Kesian giler tengok. Yang tarik sledge tu 4 orang je tapi yang ikut kitorang lebih dari 10 orang. Dah bagi 100 rupees seorang tapi tak puas hati lagi. Mintak lagi tips so kitorang buat bodoh dan cepat-cepat masuk van. Tapi Allah je tahu betapa sayunya hati aku. Kalau duit cukup, memang aku bagi sorang 500 rupees tapi kami baru dua hari dekat Kashmir. Tak pasal duit habis bagi tips je. Serius, kemurungan kejap aku dan ayah sebab mengenangkan dorang yang dah tarik kami berdua. (In fact, ayah aku sebut-sebut pasal tips untuk penarik sledge ni sampai ke Delhi. Punyalah dia ralat bagi 100 rupees je.)

Anyway, dalam 330 petang dah turun tu, lapar balik dan kami tak bayar lagi duit-duit Hussin yang dia dah dulukan bayar sledge, cable car dan ski mobile. So Nadeem singgah dekat restoran yang di recommend oleh Hussin untuk kami makan tengah hari di situ. Sambil Hussin kira-kira berapa kami kena bayar dia, kami order dulu makanan. Sambil menghadap banjaran Himalaya.

Dah makan maggi, kita makan lagi!

Restoran ni bebetul bila keluar dari gunung Gulmarg. Harga agak mahal dari kawasan luar tapi layan je lah.
Kitorang order roti naan dan ayam tandoori. Just alas perut sebab  dah cakap dekat Nadeem 

tak nak lunch tapi dia singgah jugak. Mungkin dia dapat komisyen kan. 
Bagi aku takdelah mahai giler dan tak rugi pun nak try plus niat tolong si Nadeem sama.

Menunggu hidangan tiba. 

Tak berapa nampak banjarannya. Tapi kalau depan-depan memang jelas.

Kamera phone je kan. Sebab tu kot tak berapa clear background banjaran.
Seingat aku kitorang tumpang solat di restoran ni sebab pemiliknya
Muslim dan ada disediakan surau.
Selesai makan dan bayar, kitorang jumpa Hussin pulak. Ajak makan sekali, dia tak nak. Nadeem pun sama. Tak tau apa dorang makan. Aku dah tak ingat berapa kami bayar dekat Hussin tapi berdasarkan pada kiraan aku, Hussin mark-up harga sikit dekat tiket cable car. Sikit sangat dia ambil untung. Haha. So kitorang halalkan je. Lagipun kalau takde Hussin, kami rasa pening jugak kami nak deal dengan orang-orang dekat atas tu. So lepas dah selesai makan tengahari, dan dah bayar duit Hussin, kami meninggalkan Gulmarg dengan 1001 kenangan bermain salji dan Nadeem tanpa ditanya, on tethering Internet, aku dapat satu email URGENT dari GeTS Holidays. Katanya flight kami dari Srinagar ke New Delhi pada 1/1/2018 dah reschedule waktunya dan dorang perlukan confirmation daripada aku samada setuju dengan waktu baru atau tak. Di sebabkan nombor yang aku beli tak dapat line di Kashmir, aku bagi dorang nombor Nadeem. Spoil mood kejap bila tau flight diubah jadual.

So dah puas hati main salji dan beli baju yang ayah aku nak, kitorang sampai houseboat dalam jam 600 petang. Hari dah nak gelap. Sama macam semalam, lepas dinner laju-laju mandi dan solat dan guna toilet dan dah dapat bercakap dengan agent GeTS Holidays yang kami setuju dengan waktu baru. Dan malam ni jugak kawan Uncle Nabi datang nak jual cadar dan kain pasang sebab sebelum keluar ke Pahalgm, mak aku tanya Uncle Nabi macam mana nak beli cadar macam yang dalam houseboat ni. Mak aku kenan. Hehe. Sambar jugaklah kain pasang yang bagi aku agak mahal tapi sebab kesian, beli jugaklah.

Sakan kau. Dengan pakai ponchonya. Shawl aku pegang tu dia nak jual RM10.
Sorry to say, tpi bagi aku macam kain buruk je. So nampak tak permainan dorang?

Inilah bed sheet yang mak aku beli dari peniaga Shikara tu.
 Harga lepas tawar 3600 rupees bersamaan dengan RM200++.


Nanti aku update barang-barang yang kami beli di akhir entry India ok? Doakan aku dapat tidur nyenyak malam ni. Amin. Good night!

Sekian.


Notakaki:

Masa nak naik sledge tu, sorang akan tarik kita dan akan ada lagi sorang akan tolak dari belakang. Aku diingatkan oleh Hussin jangan bagi orang tolak dari belakang sebab nanti dia mintak extra charge. Jenuh aku tepis-tepis dorang-dorang yang sesuka je pegang belakang aku (sebab dorang konon nak tolak aku dari belakang untuk lajukan sledge). Sampai aku jerit 'DON'T TOUCH ME!' baru dorang tak sentuh belakang aku. End-up Hussin lah yang tukang tolak aku dan ayah. Hahaha. 


Xoxo,



Share:

0 comments:

Post a Comment