Assalamu'alaikum.
29/12/2017 Jumaat. Kami bangun dengan semangat yang positif untuk ke Kashmir. Tak adil kalau kami conclude keseluruhan trip kami di India ni hanya berpandukan pada pengalaman tidur di hotel transit ni. Kan? Anyway, flight kami ke Srinagar adalah pada jam 925am. So paling lambat pun dalam 725am dah kena ada dekat airport. Tapi kami mintak pihak hotel sediakan shuttle untuk ke airport dalam 700am. Ikutkan pakej yang aku ambil ni, provide breakfast tapi kalau dalam fridge bilik pun ada lipas, korang agak-agak kami nak makan ke apa yang hotel ni provide? Haha. Mak ayah aku pun dah tak sabar nak ke airport. Kesian dorang. Anak tak berapa nak kaya. Haha.
Seperti yang aku tulis dalam entry 'Day 00: Persediaan Menjejaki Salman Khan di India' (boleh klik
sini.) untuk lawatan kami di India menggunakan khidmat travel & tour dari GeTS Holidays. Kiranya dorang provide hotel & transportation sepanjang percutian kami di Agra-Jaipur-Delhi nanti. Alang-alang tu, kami mintak pihak GeTS Holidays belikan tiket flight ke Srinagar, Kashmir. Jadi segala tiket kami ada pada dorang. Semalam aku mintak pihak hotel call person-in-charge dari GeTS Holidays untuk datang ke hotel before 700am untuk pass segala tiket flight kami pergi & balik dari Srinagar, Kashmir. Tapi by 650am takde pun batang hidung dari GeTS Holidays. Aku dah start fikir bukan-bukan. Kena scam ke apa ni. Tapi dorang ada hantar through email, bukti pembelian tiket GoAir untuk ke Srinagar. Since nombor India dah boleh pakai, aku call sekali lagi person-in-charge tersebut. Boleh tak dia baru terhegeh-hegeh bangun dari tidur? Aku suruh dia datang terus ke airport. Tak koser kami nak tunggu dia dekat hotel ni. *Tepuk dahi*
Semalam rasa macam bersalah sebab tak bagi tips bila dorang angkat beg kitorang. Kehidupan dorang sangat dhaif. So pagi ni, ada 2 staff yang tolong angkat beg kitorang. Aku bagi 100rupees seorang. Serius tak tau berapa range harga untuk tips ni. Please jangan cakap 'JANGAN BERKIRA' kalau korang tak pernah datang India. Hah Gittuh~ Tips are everywhere ok. Bengkok kalau nak bagi tips je. Anyway, pagi ni memang shuttle teksi yang cantik & besar sikit hantar kitorang ke airport. Mungkin pihak hotel tengok besar semacam beg-beg kitorang. Hihi. Babai Airport Hotel Wave Delhi. Tak mungkin kita akan berjumpa lagi. Hahaha.
Pagi ni pun shuttle bawak agak laju tapi sopan dari semalam. Cuaca sangat sejuk dan agak berkabus. Kalau di Delhi pun dah sejuk cenggini, aku takleh bayang di Kashmir nanti sejuk macam mana. Sorry gambar memang takde langsung sebab masing-masing takde mood. Haha. Mamat GeTS Hliday ni pulak selang seminit asyik call. Gelabah la tu sebab dia dah lambat. Sumpah dowh tak faham apa dorang cakap. Haha. So aku pass dekat ayah aku. Ayah aku bab English Tamil ni dia memang power. Hahaha. Last-last mamat tu kena marah dengan ayah aku sebab asyik call je. Actually dia risau kalau kami dah masuk ke dalam bangunan terminal sebab susah untuk keluar ke bahagian drop-off. Dan dia sendiri tak boleh masuk ke dalam terminal airport. So dia mintak kami tunggu di bahagian drop-off sebelum masuk ke bangunan terminal. Memang security di airport sangat ketat. Di KLIA, public still boleh masuk di bahagian kaunter tiket kan? Di airport Delhi, once korang dah keluar dari bangunan airport, susah nak masuk balik sebab ada security spot-check. Selang beberapa minit dari kami sampai di airport, mamat GeTS tu pun sampai. Dia pass tiket-tiket kitorang dan voucher hotel untuk tour Agra-Jaipur-Delhi siap-siap. Dan kami bayar balance pakej siap-siap. So senang duit-duit dah serahkan siap-siap. Harapnya kami tak kena scam. Redho dan tawakal sesangat dah ni. Bosan kan sebab takde gambar? Sabajapppp~
|
Nah hakak lanjer gambar cilok dari Google. Memang polis yang jaga depan pintu masuk ke bangunan terminal. So silalah datang awal untuk elak tertinggal flight ke apa. Dan dorang check tiket flight yang kita print ok. Bukti kita memang nak naik flight. Kalau lupa print, tunjuk je yang dah download dalam phone. |
Alhamdulillah so far smooth je urusan kitorang nak ke Srinagar, Kashmir. Aku memang tak berani ambil gambar memula sebab takut kena tembak ke apa. Haha. Anyway, kami ke Srinagar, kashmir dengan flight Go Air. Go Air ni bagi percuma 15kg check-in luggage dan 7kg hand carry. Tapi dorang tak check pun berat hand carry. Dan aku perasan, makcik pakcik abang kakak yang jaga di kaunter, muka je masam tapi bila kita tegur dorang, dorang senyum manihh ja. Tak sombong la kiranya macam imigresen dan kastam di memana airport aku pernah jumpa. Dan dorang sangat lenient bab-bab beg ni. Terlebih 5-6kg pun dorang relaks je. Tapi masa kitorang nak check-in tu, ada satu makcik Indian ni, menjerit-jerit di kaunter sebab dia terlepas flight. Dia siap ugut orang kaunter tau. nampak macam dia somebody jugak tapi orang kaunter tak layan. Dah ko lambat, ko nak marah-marah orang kan? Tau lah frust tapi jangan la menjerit-jerit. Then aku teringat satu blog aku baca, memang itu culture dorang. jerit-jerit ni. Allahuakbar. Scary!
|
Orang dah ramai beratur untuk check-in dan drop luggage. |
|
Ibu dan adik terchantek dah pakai winter jacket siap-siap. Memang sejuk! |
|
Alhamdulillah dah dapat tiket. Kashmir mu tunggu kami datang! |
Alhamdulillah. Off to a good start! Menurut ilmu alam yang aku tau, Kashmir ni menjadi perebutan tiga negara iaitu India - Pakistan- China dan kalau nak tahu lanjut daerah-daerah belongs to which country, sila Google. Tapi yang pasti Srinagar adalah daerah dibawah jajahan kerajaan India. Oleh sebab kawalan agak ketat nak masuk Kashmir, sebolehnya korang jangan la bawak beg yang sarat untuk hand carry. Cukup sekadar bawak passport, duit, phone dan kamera je. Benda lain sila sumbat dalam beg yang masuk kargo.
|
Abah ibu di hadapan pintu masuk departure hall. |
|
Winter jacket memang dah ready siap-siap. Dengar cerita Srinagar akan sangat sejuk semasa winter. Mak kawan dari India (lupa daerah mana) dan mak dia sangat terkejut kitorang nak gi Kashmir semasa Winter. Dia cakap sejuk giler-giler. We'll see sejuk taraa mana nohh. |
|
My adik terchantek. Travelmate forever. Hehe. |
Pagi ni kitorang breakfast roti je untuk alas perut. Ada foodcourt dalam balai berlepas ni tapi macam tak halal je makanan-makanan dia. Tunggu dalam 30 minit kot, ground staff Go Air dah panggil kitorang masuk. Alhamdulillah. Flight tak delay.
|
Ibu abah aku yang excited nak ke Kashmir. |
|
Agak sempit seat Go Air ni tapi layan. Macam Air Asia jugak lah. Bezanya, dorang bagi air dekat kitorang. Hehe. |
|
Minah ni kalau cakap dari Kashmir, orang percaya. Hahahaha! |
|
Flight full pagi ni. Sebelah aku mamat India yang sangat behave. Cute je. Haha. |
Masa dalam flight, sedikit ralat sebab tak dapat duduk sebelah tingkap. Aku memang suka ambil view kepak kapal terbang dan awan. Sebelah aku pulak mamat India mana tah tapi nampak macam behave sangat. Dengan muka tak malunya, aku mintak dia tolong ambilkan gambar kepak kapal terbang dengan muka bumi Kashmir as a background.
|
Memang takde skill betul mamat ni ambilkan gambar. Hahaha. Tapi sebagai menghormati effort beliau, aku tepek jugak gambar dia ambil tu. Nampak tak muka bumi Kashmir yang dah diselaputi salji? Am sooooo excited! |
|
Aku tak puas hati gambar mamat tu ambil. So aku mintak dia ke tepi sikit. Let me show you my skill bradehhh. Hahaha. |
Hello winter! It's me! Tengok dari atas je dah nampak sejuk beku. Grrrrrrr~ Tazabarrrrrr. Mr. Pilot buat announcement tighten our seat belts dan flight G8-128 mendarat dengan saaaaangat lancarnya. Alhamdulillah. Kita sambung next entry ye.
Sekian.
Notakaki:
Untuk pemegang e-visa macam aku, masa check-in ke Srinagar, Kashmir dorang tak mintak pun kertas A4 yang aku print tu sebab masa memula sampai di Delhi semalam, pakcik imigresen misai lentik dah cop evisa dalam passport aku. Ok?
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment