Assalamu'alaikum.
Dah berhabuk bersawang berkarat rupanya blog aku ni. Selalu kalau aku nak travel memana, aku akan study dari blog-blog traveler lain untuk dapat general idea tentang negara aku nak pergi tu. Dan selalu jugak jumpa blog yang tulis separuh jalan. Masa tu memang aku akan omel sorang-sorang 'kenapalah slow giler dia ni tulis.' Hahaha. Tapi sekarang baru aku faham, bukan senang nak consistent menulis blog ni. Nak-nak travel blog. Bab nak pilih gambar tu yang malas. Memang tabik spring lah sape-sape yang consistent menulis pengalaman dorang dalam blog. So ayuh, tak nak buang masa, aku akan cuba curahkan segala memori yang aku ingat berkaitan trip aku dan family ke India. Antara trip yang paling mencabar buat aku dan family.
***
***
Tapi nightmare aku bermula bila nak solat Jamak Qasar Zohor, tetiba mak aku gelak kuat giler. Rupanya baju aku dekat bahagian ketiak dah terkoyak. Besar pulak tu! !@#$%^&* betol lah produk AliExpress ni. Baru pakai je baju tu. Harapnya takdelah yang nampak ketiak aku masa tu. Hahaha. Masalah utama bila semua beg kitorang dah check-in. Nasiblah aku ada bawak baju t-shirt lengan pendek dalam backpack aku. Itu pon untuk pakai masa tidur di hotel transit di New Delhi. Memang selekeh betul image aku dekat departure hall. Nasiblah aku ni bukan retis. Kalau tak memang terpampang muka aku dekat main page blog-blog hiburan. Keke. Ok done melalut.
Tepat jam 6.05pm, flight OD 205 berlepas dengan jayanya. Alhamdulillah flight sepanjang 5jam 30minit ke Delhi cun je. Ada lah sekali sekala Mr. Pilot suruh duduk & pasangkan tali keledar sebab turbulence. Benda biasa dalam flight tapi tiap kali dengar announcement cenggitu, memang kecut perut aku. Huhu.
Nasi beriyani apetah. Memang tak sedap. Pedas giler. |
Yang ni lain pulak. Adik aku punya. Dia pun cakap tak sedap. |
Mak dan ayah aku dah tertidur sebab letih sangat kot. Dari pagi lagi dah gerak dari Langkawi. |
Alhamdulillah tepat jam 915pm kami selamat mendarat di bumi kelahiran bakal jodoh aku, abam Salman Khan! Mixed feeling. First time rasa macam ni bila travel ke luar negara. Rupanya mak dan adik aku pun dok rasa macam aku rasa. Hahaha. First impression bila jejak ke dalam airport Delhi, wow~ Nice~
Tanjat gigirl nak masuk toilet ada gambar orang. Unik jugak lah kan? Sengih baik punya~ |
Ayahanda sementara menanti bonda selesaikan urusan di toilet. |
Yey! Dah sampai Delhi. |
Namasteeee~ |
Welcome to India! Bergerak menuju ke kaunter imigresen. Ini yang buat aku berdebar ni. |
Tadaaaaa~ Nampak tak ada sculpture tangan di dinding tu? Untuk info, kaunter untuk evisa, hujung sekali. |
Di sebabkan aku sorang je yang menggunakan E-visa, aku kena beratur di kaunter lain yang agak hujung dari kaunter visa biasa. Nasib orang tak ramai so cepat sangat tiba giliran aku. Aku ni ada penyakit berdebar terok bila dekat imigresen atau kastam. Dahlah aku pakai e-visa so aku agak ragu-ragu penerimaan visa jenis tu. Lepas ke idok. Mati aku kalau tak lepas. Nak pulak pakcik imigresen tu misai lentik semacam. Tapi bila aku ucap Namastee~, dia sengih manihhhh baqhang~ Terus dia cop passport dan kertas e-visa yang aku print dari rumah. Alhamdulillah, urusan di kaunter imigresen & kastam berjalan lancar. Mungkin sebab kami sampai malam.
Ikut itinerary yang aku dah buat, esoknya pada 29/12/2017, kami akan bergerak ke Kashmir. Kalau baca blog-blog traveler yang ke India, kebanyakannya akan tidur di airport sahaja sebab flight awal pagi untuk ke Kashmir. Disebabkan aku travel bersama parents yang berusia 60 tahun ke atas, tak kan lah aku nak suruh tidur atas lantai airport kan? So untuk penginapan kitorang malam ni, aku dah book Airport Hotel Wave Delhi. Dalam 15 minit drive dari hotel ke airport dan dia provide free-shuttle to airport. Sebelum fly ke India, aku dah email hotel ni, bagitahu flight detail semua. So that, bila kitorang sampai, dia dah tunggu. Tapi bila keluar dari arrival hall, takde pun sign-card nama aku. Aku dan adik keluar sampai dekat drop-off area pun takde tanda-tanda kami akan disambut. Sebab tu cepat-cepat beli simkad. Tapi bila beli simkad, lepas dua jam diaktifkan baru boleh guna. Drama apakah ini? Dah lah dekat luar sejuk giler.
Terpaksalah tebalkan muka, aku mintak tolong pakcik yang jual simkad tadi. Mintak dia call hotel kitorang. Aku bercakap dengan receptionist hotel. Memang nak marah dah. Dia baru terhegeh-hegeh nak hantar orang datang ambil kitorang. Yennadeiiii~ Lagi 15 minit, dia suruh kitorang tunggu dekat luar. Ya Auloh, memang ngeri tengok keadaan airport dekat luar. Banyak giler kereta, dengan bisingnya. Sabar je lah. Ini memang kitorang dah jangkakan.
Abam Salmannnnnn! Jumpa jugak kita di Delhi. Keke. |
Sementara tunggu shuttle datang ambil kitorang. Memasing takde mood masa ni. Inilah gambar last yang aku snap sebab lepas tu memang simpan je phone dalam poket. Takde mood. Haha. |
Lepas 15 minit menunggu dalam airport, kami pun bergerak keluar airport untuk tunggu shuttle kami sampai. Cuaca tak yah cakap. Nampak tak dekat gambar yang ada mak ayah aku tu? 13 darjah celcius dan berangin. Nasiblah tunggu tak lama dan shuttle pun sampai. Yang sampai hanyalah kereta kecil, untuk kami berempat. Beg-beg semua dia ikat atas bumbung. Ayoooyooo~ Risau sangat kalau beg-beg kami jatuh sebab aku pernah baca satu blog ni, memang ada beg yang jatuh dan hilang begitu sahaja.
Haa lebih kurang cenggini la shuttle yang ambil kitorang. Kecik giler. memang berhimpit. Teksi dalam gambar ni lawa la jugak. Realitinya memang scary kalau tengok. Hahaha. Gambar ihsan Google. |
Ya Auloh sekali lagi. Scary giler pembawakan pakcik teksi ni. Laju satu hal. Mencilok sana sini ikut suka hati dia je. Paling scary bila tetiba dia bawak kereta lawan arus ok!! Menjerit dah mak aku. Hahaha. Rupanya dia malas nak u-turn sebab hotel kitorang booked dekat seberang jalan. So tengah-tengah highway tu dia terus belok lawan arus. Adoi, mengucap panjang kitorang. Ayah aku memang diam terus. Beliau sangat berhemah bila memandu. Tetiba naik shuttle yang bawak macam hantu. Terus hilang suara beliau. Hahahaha.
Masa sampai Airport Hotel Wave Delhi, berbondong-bondong pekerja mai tolong angkat beg kitorang. Arghhh stress teruk. Tak sempat tahan memang dorang dah bawak masuk beg-beg kitorang. Tapi sebab takde duit pecah, aku buat keras. So no tips for them. Haha. Dorang tunggu dalam 2-3 minit, kitorang buat-buat kalut, so dorang pun blah. Anyway urusan di kaunter mudah tapi sebab aku tengah blur, aku rasa hotel tu charge extra RM5-10 dari harga asal. Aku dah takde mood nak bertekak. Aku bayar cash je masa tu. Silap tak swipe sebab kot la nak guna kan duit cash tu nanti. Shuttle yang ambil kitorang tu pun free walaupun consider sebagai teksi sebab memang dah termaktub dalam deal, kitorang entitled untuk free-shuttle to/from airport.
Di lobby hotel. Gambar cilok Booking.com. Realiti takdelah selawa ini. |
Dari depan hotel. Cilok dari Booking.com. |
Dalam bilik kitorang. Kemain elok tapi lantai melekit! |
Lobby hotel. Mohon jangan terpedaya dengan gambar di booking.com |
Aku memang tak recommend hotel ni sebab star rate di booking.com memang rendah. Kitorang ambil pun sebab ingat nak transit je dan hotel ni antara star rate tinggi lah masa book tu. Keduanya, bilik yang dia bagi dekat kitorang bukan Family Room ok. Ada ke patut kitorang diberi 1 katil dan 2 tilam je. Sepatutnya untuk 4 orang kenalah provide 2 katil. Ketiganya, lantai memang berdebu tahap hitam tapak kaki tahap kitorang solat pun atas katil. Keempatnya, ada lipas dalam fridge!!!! Ya Auloh buat kali ketiganya. Aku tak dapat bayang macam mana trip kitorang seterusnya nanti. Memang tawakal redho habis dah ni. Malam tu kitorang tidur dengan tarik nafas panjang-panjang dan redhoooo~ No dinner sebab tak selera nak makan apa pun. Haha. Good night Malaysia!
Sekian.
Notakaki:
Aku cadangkan korang tidur je dekat airport kalau kena transit sehari macam kitorang ni. HAHAHAHAHA! Lupa nak ingatkan. Sementara aku dan abah beli simkad, adik dan ibu aku beli air apetah dekat mart depan Arrival Hall sebab kitorang perlukan duit kecik. Ramai traveler yang ke India ingatkan kena ada duit kecil. Jangan beli barang di luar airport menggunakan duit besar sebab susah nak dapat baki balik. Wallahualam. Kita ikut je pesan orang.
Xoxo,
uuish pengalaman hotel cemtu boleh buat bebal sepanjang perjalanan. tapi alhamdulillah satu malam saja. hasben kawan baru balik New Delhi jugak.. dia kata hotel bau stoking. tu taraf 4 bintang tu da bau stoking. menariknyaa bawak mak ayah ke Yindia. hehehe sambung lagi k.. ehehe..
ReplyDeleteHahaha. bau stokin?nantikan cerita saya mcm mana hotel tu boleh bau stokin. Hahahaha. Mmg nightmare untuk first experience dkt India.
Delete