Assalamu'alaikum.
Bangun pagi, mak aku cakap dia macam nak demam sebab sejuk sangat. Kitorang bangun pagi memang terus lepak bilik mak ayah sebab panas sikit (ayah aku rajin bangun masukkan kayu dalam pendiang api tu). Bab nak mandi pagi tu paling liat. Sebab air sejuk gila! So taktik kitorang, mandi malam sebelum catuan elektrik bermula dan pagi ni kitorang cuci muka dan bersih sikit-sikit. Macam biasa, pagi-pagi khadam Uncle Nabi akan masuk ke houseboat untuk check dan panaskan kawasan ruang tamu dan bilik kitorang. Sarapan untuk pagi ni pulak, capati dengan kari ayam. Nyummeh! Selain tu ada jugak air teh halwa yang terkenal di Kashmir. Wangi dan fresh rasanya.
Hari ni, kami nak ke
Pahalgm / Pahalgam yang terletak di daerah Anantnag dan merupakan kawasan pelancongan ngetop di Kashmir. Dari Nigeen Lake ke Pahalgm mengambil masa kurang lebih 2 jam 30 minit. Jauh kan? Kenapa kami beriya nak ke Pahalgm? Pahalgm ni nama lainnya turut dikenali sebagai Mini Switzerland. Adik terchantek aku pernah ke Switzerland so dia nak banding tengok elok lagu mana Pahalgm ni. Hehe. Aku nak ke sana sebab tengok cerita Bhajrani Bhaijaan lah! Helok terok viewnya tapi dalam movie tu, dorang pi time Spring. Winter ni lain sikit lah kot kan?
Semalam borak-borak dengan Uncle Nabi. Sambil dia tunjuk album dia muda-muda dulu, dia berceritalah pasal Kashmir. Dia cakap ada satu lagi destinasi cantik namatey iaitu Sonamarg. Movie Bhajrani Bhaijaan shot dekat situ jugak. Dia cakap antara Pahalgm dan Sonamarg, Sonamarg cantik lagi tapi pada musim sejuk, Sonamarg ditutup bila ada salji tebal dan dia bagitau, dia dah call tanya kawan dia, kitorang tak boleh ke Sonamarg sebab dah ditutup berikutan salji tebal. Sob..sob..
|
Sebelum ke kereta, kami berposing di kawasan taman nan kering. |
|
Serba pink harini. |
|
Nampak tak matahari tu? Padahal baru pukul 8 pagi. |
|
Hari ni merupakan malam terakhir kami di Kashmir. Esok dah nak gerak ke Delhi. Tu yang bergambar dekat taman ni dulu. |
|
Tinggal ranting je pokok dekat sini. Uncle Nabi cakap kalau tengah peak winter, memang penuh salji kawasan ni. |
|
Sian. Datang Kashmir baru 3 hari seluar dah rabak. Hihi. |
So off to Pahalgm! Masa dalam perjalanan ke sana, selepas traffic light, kereta kami di tahan oleh polis India yang bersenapang ok! Ya Auloh, cuak gila! Nadeem turun dengan dokumen apetah dan nampak dia bercakap-cakap dengan polis-polis tu. Lepas Nadeem masuk kereta, dia bagitahu itu memang procedure normal kalau polis nampak orang Kashmir bawak pelancong. Kiranya dorang nak tengok permit sah Nadeem sebagai pemandu pelancong. Nadeem cakap jangan risau sebab walaupun Kashmir berperang dengan kerajaan India tapi polisi dorang, tak boleh kacau pelancong sebab pelancongan merupakan sumber pendapatan terbesar Kashmir. Fuhhh lega~ Perjalanan diteruskan.
|
Menurut Nadeem, itu masjid tertua di Kashmir. |
|
Tapi sebab kitorang kejar masa, jadi tak singgah lah. Tapi cantik kan masjid ni? |
Bila hampir tiba di Pahalgm, kami lalui jalan raya yang agak sempit di lereng bukit. Tapi Nadeem park kereta tepi jalan sebab dia nak tunjuk view lereng bukit yang bagi aku agak ohsem. Kalau spring atau summer lagi ohsem aku rasa.
|
Ada bukit, ada sungai. Kurang hijau je ni. Hehe. |
|
Hari Cik Esah. Memang kita suka tangkap gambar mak sendiri kan? |
|
Dakkk. Dia bukan tengah marah.. Memang muka serius tapi bila bersembang, ayah aku lah paling ramah. Hihi. |
|
Aku suka gambar ni sebab rasa macam painting walaupun keadaan keliling agak kering. |
|
Cantik kan? Aku rasa macam painting bila tengok depan-depan. |
|
Ayah aku yang relaks je pakai sweater. Sejuk wehhhhh~ |
|
Ibu bapa bersama anak kesayangan mereka. Wakaka. |
|
Anak yang terpinggir. Hahaha. |
Dari atas ni, kami rasa macam cantik je yang dekat bawah tu sebab ada sungai. So kami mintak Nadeem drive ke bawah yang ada sungai tu. Bagusnya Nadeem ni dia tak bantah. Dia ikut je. Senang hati berjalan dengan orang macam Nadeem.
|
Senang jadi laki. Ada sekeping gambar sebagai kenangan dah la. Haha. |
|
Kami mula beraksi. Hehe. |
|
Tadaaaa~ Kemahen Cik Esah kita. |
|
Kasi zoom lagi. |
|
Cik Esah dan Bang Li. Aku cakap dekat mak ayah aku, untung dorang anak-anak bawak jalan. Hihi. Tapi sebenarnya kitorang lagi untung dibesarkan oleh mereka berdua. Gitchewww~ |
|
Hakak photographer ada sekeping je gambar. Sejuk-sejuk ni takde mood sangat nak posing. |
|
Port yang sama, model yang berbeza. Hihi. |
|
Cik Esah sini sini. Angle ni takde lagi. Hehe. |
|
Takut gambar tadi tak jadi. Sekali lagi Cik Esah. Hihi. |
|
Photographer family kami. |
|
Kasi zoom kat muka pulak. Hahaha. |
|
See? Senang laki ni. Laju dorang naik atas dah. Kita hat pompuan ni
kalau boleh setiap angle nak ada muka kita. Haha/ |
|
Angle lain pulak. Haha. Tadi tak nampak rumah belakang tu. Air sungai ni sejuk gila ok. |
|
Rindu pulak suasana dekat sini. Hihi. |
|
Ok dah. Bye~ |
Lepas puas bergambar dekat sungai, kitorang gerak ke tempat pony ride. Orang cakap kalau datang ke Pahalgm wajib try pony ride. Heksaited? Not really sebab mak aku macam nak demam. Aku pulak dengan tak cukup tidurnya sebab cirit birit semalaman. Rasa nak muntah pun ada. Ikutkan aku tak nak naik sebab takut tercirit pulak nanti tapi fikir rugi sebab dah sampai. Gamble je lah. Apa nak jadi, jadi. Haha.
|
Dah start nampak salji di tepi jalan. |
Masa kitorang sampai, sama macam Gulmarg, berpusu-pusu manusia serbu kami. Bagi aku sangat stress percutian yang macam ni. Rasa sesak semak otak. Nasib datang dengan parents. Kalau aku sorang, memang aku back-off je. Tak koser nak serabut kepala bargain itu ini. Yes! Dekat sini pun kena bargain untuk kos sewa pony. Dekat papan tanda yang super kecik, yang ditampal dekat kaunter, total ada 5 route untuk pony ride. Aku tak ingat apa route-nya tapi yang aku tau, bajet kitorang untuk seorang adalah 1000 rupees. Kitorang ambil route nombor 2 dan 3 (kalau ikut dekat papan tu lah. Sorry takde gambar.) yang sepatutnya berharga 1500 rupees. Tapi adik aku bargain macam mafia, dapat lah 1000 rupees untu perjalanan dalam 1jam 30min. Kitorang acah-acah nak cancel tak nak naik. Hihi. Nadeem, dari dalam kereta lagi dia dah cakap dia tak boleh campur sebab dorang ni agresif kalau dia campur tangan plus dia pun pemandu pelancong. Next trip dia kena jumpa dorang ni lagi. Aku tak tau orang lain macam mana tapi travel style kena bargain ni bukan style aku. Semak weh! Serabut pun ada orang dok mai serbu kita. Selain tu dorang ada tawarkan khidmat ambil photo kitorang sepanjang pony ride tu. 300 rupees satu gambar. Hmmm takpe lah. Mahai.
|
Ayah aku bergambar dengan tokey pony. Agresif gak pakcik ni. Sekali dia tengok adik aku lagi agresif,, surrender terus kawan. Hahaha. |
|
Menanti adik aku tengah fight harga. Hahaha. Kesian dia. Bab-bab lawan harga serahkan dekat dia sebab dia berani sikit. Hahaha. |
|
OK! Dorang setuju nak bagi 1000 rupees je. Jom naik! |
|
Aku macam nak muntah time ni. Nama pony aku, Raja. Baik pony ni. |
|
Babai Nadeem. Nadeem ni baguih gila. Dia nak beli arang untuk pendiang api dekat rumah dia. Dia cakap arang paling berkualiti dan murah ada di Pahalgm. Dia mintak izin kitorang dulu boleh tak nak tumpang bawak arang dekat bonet kereta. Adoilah Nadeem. Boleh sangat aihhhh~ |
|
Ok let's go! Adik aku la tukang ambil gambar sebab kamera Canon ada dekat dia. Aku takut nak keluarkan Iphone aku. Baru beli bhaii~ Hehe. |
|
Banyak giler pony. Kalau peak Winter season, salji penuh dekat sini. |
|
Turn left. Menuju ke kawasan gunung. Masa ni jalan smooth lagi walaupun aku dah start sakit celah kangkang. Hahaha. |
|
Ok terus je. Jalan dia tak berapa cun lah. Becak sana sini kesan salji mencair. |
|
Urghh urghhh tak sedapnya perut ini. |
Allahukabar. Sakit gila weh celah kangkang. Sorry kalau ada yang rasa kurang sopan tapi aku nak bagitau pengalaman sebetulnya naik pony ni. Awal-awal tu jalan flat ok lah. Tetiba lalu jalan yang sedikit berbukit. Lepas tu baru lah jalan mendatar balik. Fuhh~
|
Salji sikit-sikit baru. |
|
Aku dan adik dah kedepan. Mak dan ayah dibelakang. |
|
Posing kejap sementara tunggu ayah dan mak aku. |
|
Ambil gambar dulu. |
|
The pony rider in a winterrrrr~ |
|
Dari sisi lain pulak. Hahaha. |
Kami sampai di check point pertama. Subhanallah. Memang cantik. Dorang yang bawak pony kami suruh bergambar dekat sini. Bagi kamera dan dorang tolong ambilkan gambar. Sayang sebab tak nampak kawasan keseluruhan. Mamat tu tak tau butang nak zoom out kot.
|
Us. The pony rider. Hihi. |
|
Kabur gambar ni tapi boleh lahh. |
|
Haaa ni baru nampak semua. Tapi itulah view dekat belakang tak nampak sangat. Bahana tak check phone lepas orang dah tangkap gambar. |
|
Thumbs up ye Cik Esah. Dia tak tau apa yang menanti dia di depan nanti. Hahaha. |
|
Cumii..cumii..cumii.. Sorang anak mak, sorang anak ayah. Haha. |
|
Travel mate paling cool. Syukur dorang jenis layan je. |
|
Perjalanan diteruskan. Kesian adik aku takde gambar dia. Dia tukang ambil gambar orang. |
|
Mamat yang bawak kitorang cakap ni tempat penggambaran drama Bhajrani Bhiajaan jugak. |
|
Baik mamat ni. Cuma dia tak pandai sangat speaking English. |
|
Tapi kejap-kejap tanya 'Are you happy?' Hahaha. Aku tak rasa aku happy so aku gelak je. |
Ingatkan dah relaks je naik pony di kawasan mendatar. Sekali dorang bawak kitorang naik cerun bukit ok! Mak aku dah mengucap panjang. Antara dialog-dialog yang keluar dari mulut mak aku:
"ALLAHHHH! Nak turun abang. Nak turun."
"Astagfirullahhal'azim. Allahuakbar."
"Ya Allah nak turun abang"
"Arghhhhhhhhh. Ya Allah Ya Allah"
Dan banyak lagi la. Hahahaha. Sumpah nak tergelak. Hahahaha. Aku dan adik pun menjerit jugak sekali sekala. Scary bhai! Pony adik aku lagi jahat. Dia lalu dekat betul-betul lereng bukit. Pastu acah-acah nak tergelincir. Nyaring bhai adik aku menjerit. Hahaha. Pony aku, Raja, baik je. Cuma sekali sekala dia macam nak tergelincir. Memang aku dok sapu kepala Raja, suruh jalan elok-elok. Mak aku dekat belakang memang dah ber-okestra. Hahaha. Ayah aku biasa naik kuda, so dia relaks je. Dia lah yang dok suruh kitorang lay back sikit badan ke belakang. Dia kata jangan lawan pony tu. Follow the rhythm katanyer.
|
Haaa dah start nak naik cerun dah ni. Thanks adik sebab ambilkan gambar kitorang. |
|
Haaa ko bayangkan naik pony dekat kawasan cenggini. Ini ok lagi. Tadi dekat cerun tu, lagi scary. Takde gambar la. Giler apa nak ambil gambar masa pony tu pun tengah struggle bawak kitorang naik cerun kan? |
Dan akhirnya, selepas melalui pengalaman yang super scary itu, kami sampai di puncak and the view was magnificent!!! Lawa dan memang nampak macam dekat Switzerland.
|
Ni tak cantik lagi. Aku rasa kalau salji tebal nampak la bersih sikit kan? |
|
Urghh kena naik lagi ke atas. Senak perut i~ |
|
Tanah yang lecak sebab salji tak turun tebal lagi. |
|
Nak bawak pi mana lagi bang oi. Kematu dah bontot kami. |
|
Hahaha. Amboi Cik Esah siap thumbs-up. Sapa tah hat jerit kuat sangat tadi? Hahaha. |
|
Lega dah sampai destinasi yang dituju. |
|
Sian dia tak banyak gambar tengah ride pony. Hehe. |
|
Boleh pulak dorang sidai baju tengah sejuk beku ni. |
|
Jom kita posing dulu! |
|
Macam Switzerland tak? Hihi. |
|
My hero yang pro ambil gambar candid. |
|
Gunung ganang yang dekat belakang tu kot orang dok cakap macam Switzerland? |
|
Kalau zoom in nampak lah macam dekat Switzerland sikit. Hihi. |
|
Aku yang menahan perut memulas-mulas. |
|
Aku terpaksa zoom in sebab view bawah-bawah tu berapa cantik. |
|
Apsal memasing menyandar ke belakang ni? Haha. |
|
Salji yang tak tebal lagi berbanding di Gulmarg. |
|
Banyak ambil gambar cenggini yang nampak bukit je sebab keadaan sekeliling yang agak tak cantik. |
|
Mini Switzerland. Hmmm boleh lah. Kalau salji tebal lagi cantik kot. |
Selesai posing dalam 30 minit, kitorang bergerak turun, lalu jalan tadi. Apa lagi, berdrama lah mak aku. Hahahahaha. Dia tanya takde jalan lain ke tapi mamat yang bawak kitorang cakap memang itu je jalannya. Nak turun curam ni lagi scary ok! Ya Allah dengan peha dah sakit, dengan rasa pony ni macam tak kuat je, macam-macam la rasa. So yeah, Cik Esah pun mula ber-okestra sekali lagi. Hahaha.
"ALLAHHHH! Nak turun abang. Nak turun."
"Astagfirullahhal'azim. Allahuakbar."
"Ya Allah nak turun abang"
"Arghhhhhhhhh. Ya Allah Ya Allah"
"Tobat tak nak naik dah!"
Masa dah turun dari cerun tu, boleh pulak dorang bawak kitorang lalu jalan yang mendatar sampailah ke tempat kitorang memula naik pony. Masa pergi tu, awal-awal lagi dorang dah bawak kitorang lalu cerun. Siot jek. Ingatkan takde jalan lain. Saje nak torture hati dan perasaan kitorang kan? Aku syak sebab kitorang bargain harga pony ride, sebab tu dorang 'ajar' kitorang. Hahaha.
|
Jom balik. |
|
Nasib lah masa nak balik jalan landai je. |
|
Kitorang pergi bukan masa peak season. So takde lah ramai sangat orang. Yang kitorang jumpa sepanjang pony ride tu pon, local tourist dari India. |
Masa dah turun dari pony, aku pass duit tips dekat ayah aku. Sorang kitorang bagi tips dekat yang bawak kitorang tadi, 250 rupees (sebab tak nak menyesal macam semalam. Haha). Tapi yang bawak ayah dan mak aku mintak lebih lagi. Then yang bawak aku tu cuit dia sambil geleng kepala. Dia bagi signal as if 'dah-dah lah tu. Jangan tamak. Nasib orang bagi tips'. Melampau dorang ni. Gaji dapat, tips lagi. Serius, dekat sini semua benda mintak tips. So my advise is, bargain gila-gila harga activity yang korang nak buat. Selebihnya bagi lah tips dekat orang yang bawak kita tu. Gaji dorang paling tinggi pun 2000 rupees je. Dorang survive dengan duit tips je. Ini Nadeem yang bagitahu. Tapi kami pun kena lah survive. Baru 3 hari di Kashmir, duit kami dah separuh habis ok. Padahal makan pagi dan malam disediakan. Kitorang barely makan tengah hari. Shopping pun semalam je yang datang houseboat. Itu pun setakat beli kain pasang sorang satu dan kain cadar. Ok, dah penat membebel, kitorang nak balik ke Nigeen Lake sebab nak kejar masa untuk naik Shikara. Harini malam terakhir kami di sini. Esok flight kami ke Delhi dah di jadual semula dari jam 3 petang ke 130 petang. So petang ni je yang ada untuk kami naik Shikara. Sambung di next entry ya. Babai Pahalgm~
Sekian.
Notakaki:
Satu benda yang aku tak terfikir. Patut bawak la makanan macam biskut ke keropok ke dari Malaysia dan bagi dekat dorang kan? Sedikit ralat disitu sebab kami ada lah bagi keropok dan biskut yang kami bawak untuk alas perut dan memang dorang ambil. Kalau ada rezeki kami jejak ke Pahalgm, aku memang nak bawak macam-macam dari Malaysia bagi dorang makan. Aish mata masuk habuk tetiba. Babai.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment