Assalamu'alaikum.
Namastee everyone! Pada 28.12.2017 - 05.01.2018, aku dan family ke negara yang kaya dengan culture, tinggalan sejarah yang menakjubkan dan bersepah homeless people (sorry, itu realitinya) iaitu INDIA! And it's during WINTER! (Again! Sumpah aku stress pergi travel masa winter. Sejuk gila!) Kitorang cover Kashmir (3hari 4malam) dan Golden Triangle (New Delhi, Agra & Jaipur) selama 4hari 5malam. Like seriously aku tak pernah terfikir nak jejak India. Serabut bila dengar experience kawan-kawan. Tapi ibunda terchentalah yang beriya nak ke Kashmir. Dia tengok gambar mana tah, dia cakap cantik giler. Bayangkan sampai aku ajak ke New Zealand dia tak mau. Dia cakap Kashmir lagi lawa. Hahaha. Ok takpe, we'll see.
Alang-alang nak jejak Kashmir, kitorang plan terjah Golden Triangle jugak. Golden Triangle ni nama glamour untuk gabungan Agra, Jaipur dan New Delhi sebab kalau tengok map, ketiga-tiga daerah ni membentuk segi tiga. Anyway, taknak cakap banyak, antara persediaan yang aku dan adik terchenta dah buat untuk ke India adalah:
.
Aku rasa yang tu je kot persiapan kitorang sebab banyak agent yang uruskan. Tapi ini first time post persediaan aku tulis panjang lebor. Haha. Ikutkan banyak benda nak elaborate dekat sini tapi aku sabar je ni. Keke. Tapi yang pasti, disaat nak apply evisa tu, macam-macam emosi ada. Berdebar giler takut kena reject. USD50 woii dan menurut bacaan aku, memang aku akan stress teruk dekat India tapi disebabkan taknak berburuk sangka, aku dan ahli rombongan cuba berfikiran sepositif mungkin. Harap-harap mudah perjalanan kami nanti. Amin.
Sekian.
Notakaki:
Xoxo,
Bab-bab tiket ni selalunya serah dekat adik terchantek aku sebab dia ni sejenis pantas dan tak teragak-agak. Dia lah yang rajin check tiket promo. Tapi kekadang takdelah promo sangat. Haha. So untuk flight ticket, adik aku booked Malindo Air from KLIA to Delhi Airport. Seorang (Return) dalam RM1245. Manakala flight ticket dari Delhi ke Srinagar, aku suruh agent di India belikan. Bab-bab agent ni nanti aku citer next point. Anyway, flight dari Delhi ke Srinagar (two-way) seorang dalam RM400. Agak mahal sebab beli last minute. Two way sebab dari Delhi ke Srinagar by Go Air dan dari Srinagar Delhi by Jet Airways. Ada pengalaman tak best dengan Jet Airways ni. Nanti aku cerita.
Untuk itinerary di Kashmir, aku terjumpa satu blog yang menggunakan khidmat Lily Houseboat of Nageen di Nigeen Lake, Srinagar, Kashmir. Bukan apa, through blog reading ni, kita tau agent mana yang trusted ke tak kan? Itu yang penting sebab dengar orang cerita India ni banyak scams. Anyway, aku contact Mr. Ajaz (+91 97967 15959). So sepanjang di Kashmir, kitorang akan tinggal di houseboat milik family si Ajaz ni. Manakala untuk transportation, pun si Ajaz ni settle kan. Breakfast dan Dinner disediakan. Lunch cari sendiri. Total harga pakej untuk seorang jatuh dalam RM700. Untuk 10% deposit, disebabkan si Ajaz ni kahwin dengan orang Malaysia, dia suruh bank in dalam akaun bini dia je. Lega sebab boleh elak bayar overseas remittance fee. Balance selebihnya kami bayar sebelum ke Kashmir sebab bila kira-kira, lagi jimat bayar in RM berbanding Rupee. Keke. Anyway Ajaz ni bukan jenis fast reply to our text. Kot la ada yang nak ambil servis dia tapi bila mesej duit dah masuk ke apa, dia tak reply, jangan gabra pulak. InsyaaAllah dia sejenis boleh dipercayai.
Alang-alang nak jejak Kashmir, kitorang plan terjah Golden Triangle jugak. Golden Triangle ni nama glamour untuk gabungan Agra, Jaipur dan New Delhi sebab kalau tengok map, ketiga-tiga daerah ni membentuk segi tiga. Anyway, taknak cakap banyak, antara persediaan yang aku dan adik terchenta dah buat untuk ke India adalah:
Lepas submit dan bayar, dorang akan email yang ni nak kabo dia akan proses visa kita. Ambil masa dari 24jam ke 72jam sahaja. |
Lepas tu, dia akan email sekali lagi bagitau result application e-visa kita. See? GRANTED! Means LULUS lah tu. Alhamdulillah. |
Lepas bayar, Malindo hantar email beserta sijil insurance. Tapi diingatkan, sila pangkah travel insurance by Malindo. Irresponsible! |
Aku rasa yang tu je kot persiapan kitorang sebab banyak agent yang uruskan. Tapi ini first time post persediaan aku tulis panjang lebor. Haha. Ikutkan banyak benda nak elaborate dekat sini tapi aku sabar je ni. Keke. Tapi yang pasti, disaat nak apply evisa tu, macam-macam emosi ada. Berdebar giler takut kena reject. USD50 woii dan menurut bacaan aku, memang aku akan stress teruk dekat India tapi disebabkan taknak berburuk sangka, aku dan ahli rombongan cuba berfikiran sepositif mungkin. Harap-harap mudah perjalanan kami nanti. Amin.
Sekian.
Notakaki:
Xoxo,
|01| TIKET FLIGHT
Anyway untuk flight ticket dari KL - Delhi - Srinagar - Delhi - KL, RM1245+RM400 = RM1645. Tambah sikit lagi lepas ke London. Hahaha.
|02| ITINERARY
Disebabkan flight kitorang pada 28/12/2017 tu sampai malam di Delhi, kitorang stay sehari di Delhi sebelum esoknya fly ke Kashmir dari 29/12/2017- 01/01/2018 (4hari 3 malam) dan 01/01/2018-05/01/2018 (5hari 4malam) di Golden Triangle. Dan disebabkan bawak mak bapak dan dengar memacam cerita tak best pasal India, aku tak berapa yakin nak redah sendiri, aku dan adik plan nak ambil travel agent. Travel agent kat sini, aku assume yang plan dan handle everything. EVERYTHING dari A-Z dari accomodation, transportation, site visit, itinerary etc.
Untuk itinerary di Golden Triangle pulak, study punya study, check review di Trip Advisor, kitorang sepakat pilih GeTS Holiday sebab tengok review elok. Harap-harapnya memang elok lah dan yang paling penting trusted. Karang dah bayar deposit bagai, tetiba tertipu, tak ke meraung nanti? Anyway, aku contact dorang ni through website yang ditinggalkan di trip advisor. Kalau website tu tipu, memang kitorang pun akan tertipu. Total pakej seorang dalam RM700 jugak termasuk accomodation, transportation tapi tak termasuk Lunch dan Dinner. Breakfast boleh makan di hotel. Macam biasa dorang mintak 10% deposit, then 30% payment sebulan sebelum fly. Selebihnya 60% payment bayar dekat India. Tapi sebab nak jimat kena bayar overseas remittance fee, kitorang remit dalam 70% jugak dari jumlah keseluruhan. So 30% lagi bayar dekat sana. Lepas dah remit tu, tawakal je la. Harap-harap tak kena tipu. Keke. Remittance boleh dilakukan di Western Union atau memana bank. Ayah aku tolong remitkan di Maybank.
|03| ACCOMMODATION
Accommodation memang tak payah pikir bila ambil agent. Cuma aku booked hotel untuk sehari masa kitorang transit pada 28/12/2017. Tak sanggup nak suruh mak ayah tido dekat airport je. Anyway ramai je backpackers tido airport. Untuk transit hotel sehari, aku booked Airport Hotel Wave Delhi sebab dia provide free-airport-shuttle. Harga semalam untuk 1 family suite dalam RM220. Tapi sebab booked via booking.com, so boleh bayar cash je dekat sana.
|04| VISA
Untuk masuk India, WAJIB apply visa. Untuk rakyat Malaysia yang nak ke India sebagai pelancong, ada 2 jenis visa. Satu, Regular Visa. Boleh masuk India seberapa banyak yang kita nak tapi dalam tempoh yang ditetapkan. Tak silap dalam within 6 months dari tarikh visa diluluskan. Harga seorang dalam RM190. Nak apply regular visa ni, kena isi online, then print bersama-sama dengan dokumen yang dorang nak, then submit by hand di India Embassy. Parents dan adik terchantek aku apply regular visa. Dan ramai tourist dari Malaysia prefer untuk apply regular visa sebab sebelum submit dan bayar, officer di embassy akan semak dulu form yang diisi & dokumen yang dilampirkan untuk elak kena reject. Pendek citer, hati tu tenang sikit kalau apply regular visa & ada pelekat visa akan ditampal dalam passport.
Disebabkan aku bekerja di Brunei, untuk apply regular visa di sini tersangatlah mahal. Seorang dalam RM450 ok! Tak koser aku nak bayar sebanyak itu. Nak buat dekat KL memang tak sempat lah. So aku apply visa secara online, iaitu E-Visa. Bayaran yang dikenakan USD50 e-visa + USD 2 service charge. E-visa valid untuk double-entry (dua kali kemasukan. Contoh: masuk India kali pertama bulan January. Then February balik Malaysia. Itu dikira sekali kemasukan. Then bulan April masuk lagi India guna visa yang sama, then balik semula Malaysia. So dah dua kali kemasukan, makanan visa tu dah tak valid. Faham?) sepanjang tempoh 6 bulan dari tarikh visa diluluskan dan hanya boleh apply sebulan sebelum tarikh kita nak masuk India. Nak apply e-visa, klik sini. Banyak website scammers untuk apply e-visa ni so sila berhati-hati. E-visa ni agak mudah nak apply sebab kita hanya perlu isi maklumat secara online, then upload passport dan gambar kita dengan background putih yang di-scan, then submit dan bayar. Lepas tu dia akan hantar email samada lulus atau tak. Then, kalau lulus, kita print atas kertas A4 then masa memula jejak India, tunjuk je kertas A4 tu dekat pakcik imigresen. Kemudian, imigresen akan cop dalam passport yang kita ni pemegang E-Visa. So lepas tu nak ke Kashmir ke, Dehradun ke, Mumbai ke, dah tak payah tunjuk kertas A4 yang kita print tu sebab memula jejak kaki di airport, imigresen dah cop dalam passport kita. Faham? Tapi kena ingat, e-visa ni sekali dah submit, buatnya dia reject, kita kena apply sekali lagi, dan bayar sekali lagi. So sebelum submit tu, sila check info yang dah diisi banyak kali sampai berpinar mata especially alamat dekat India sebab ada kes, si A apply regular visa, lepas. Tapi si B guna alamat yang sama apply e-visa tak lepas. Kalau aku rajin aku buat entry khas pasal e-visa ni. Ada faham?
|05| DUIT INDIAN RUPEE
Ini memang WAJIB lah! Better tukar banyak-banyak dekat Malaysia sebab kalau tukar di India, exchange rate tak molek. Kitorang tukar overall dalam RM5400. Cukup ke idok untuk 4orang tu, kita tunggu je nanti. Keke.
|06| TRAVEL INSURANCE
WAJIB ambil travel insurance kalau nak ke luar negara. Bukan apa, takut jadi apa-apa masa travel macam terlepas flight ke, beg ter-rosak ke, sakit ke, so boleh claim insurance. Untuk travel insurance, adik terchantek I tak discuss dulu dengan I, dia terus ambil Malindo Travel Insurance. So 4 orang bayar dalam RM269.04. Tapi macam haram je polisi. Dalam polisi tulis kalau terlepas flight, boleh claim and it did happen to us (nanti aku cerita) tapi bila contact Malindo Travel Insurance, dorang cakap dorang tak cover kalau terlepas flight airlines lain. Batak giler. So please! Jangan ambil travel insurance airlines ni. Mengarut. Orang putih cakap bullshit. Hah! Marah tol ni. Hahaha. Anyway, aku cadang, sila lah ambil AXA Travel Insurance atau Maybank Travel Insurance. Harga pun tak semahal travel insurance airlines.
|07| LAIN-LAIN
Makanan kitorang bawak nasi dan lauk dari brand Brahim. Senang boleh rebus je dalam rice cooker. Yes, adik aku usung rice cooker kecik ke India sebab kitorang ragu-ragu dengan makanan dekat sana. 99.99% traveler yang ke India cakap kotor dan kalau salah makan boleh mengundang cirit-birit. Untuk baju pulak, semestinya winter jacket, long john, sweater, kasut winter dan sewaktu dengannya. Ubat-ubatan pun adik aku bawak. Oh wet tissue memang tak lupa. Banyak giler aku beli. Disebabkan pergi masa winter, krim pelembap memang tak lupa bawak. Universal traveler pun jangan lupa ye.
Walaupun pergi dengan agent, kitorang dah start rasa tak bestnya India ni dan kinda menyesal sebab plan ke sini. Hahaha. Arghh dalam banyak-banyak tempat, kenapalah kitorang ke India. Tapi bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kot lah kami dah sampai sana, tergolek-golek jatuh cinta kan? Keke.
Walaupun pergi dengan agent, kitorang dah start rasa tak bestnya India ni dan kinda menyesal sebab plan ke sini. Hahaha. Arghh dalam banyak-banyak tempat, kenapalah kitorang ke India. Tapi bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kot lah kami dah sampai sana, tergolek-golek jatuh cinta kan? Keke.
0 comments:
Post a Comment