Maafkan aku sebab tak siapkan lagi travelogue ke Jeju ni. Malas gila! Dengan kerja di office yang melambak-lambak. Dengan trip Europe (tengah tahun) dan trip ke Hatyai yang baru je habis. Banyak tu info aku nak curahkan dekat blog ni tapi tak tau lah bila boleh start & siap. Kekeke. Ok, sambung cerita pasal Jeju. Hari terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia.
Assalamu'alaikum.
13 | 05 | 2018 Ahad. Esok dah nak balik so hari ni je yang tinggal untuk kitorang pusing-pusing Jeju. Banyak lagi tempat tak pi ni. Inilah masalah orang naik public transport. Tempat yang boleh terjah agak limited. Anyway, pagi ni kami bergerak keluar menuju ke destinasi pertama iaitu Hyeopjae Beach yang terletak di bahagian barat Hallim-eup. Kalau tengok maps, dari timur, kami nak ke arah barat Jeju. Memang agak jauh tapi di sebabkan lepas tu kami nak ke O'sulloc Tea House & Innisfree House yang terletak berhampiran dengan Hallim-eup, sebab tu lah kami decide untuk pergi Hyeopjae Beach; selain daripada hasil carian di Google yang 'mengkhabarkan' pantai Hyeopjae ni cantik giler.
|
Hyeopjae Beach. Rasa macam nak mandi je. Source: Google Image |
|
Jom menapak ke bus stop. Seronok sebenarnya naik bas di Jeju sebab tenang dan tempoh masa nak tunggu bas tak lama. |
Lama jugak masa yang kami ambil untuk sampai ke sini. Kurang lebih dalam 3-4 jam perjalanan dengan 2-3 kali tukar bas. Tetiba aku pun tak faham kenapa aku decide ke Hyeopjae Beach. Hahaha. Aku dah tak ingat route dia, tapi yang aku ingat kitorang ada berhenti dekat 1 bus stop yang dekat dengan roundabout besar, kedai 24-jam dan station minyak. Kemudian kena naik bas lain untuk ke Hyeopjae Beach. Tapi bila check jadual bas dekat bus stop tu, macam lambat lagi bas akan sampai. Adalah dalam sejam lagi. So kitorang gi lepak untuk breakfast dekat kedai 24-jam dulu.
Akhirnya sampai jugak bas selepas menunggu dalam sejam lebih. Memang bas tak kerap lalu untuk ke Hyeopjae Beach. Aku pun tak sangka rupanya Hyeopjae Beach ni jauh ke dalam. Menyesal pulak plan ke sini. Dah naik bas ni, kemudian kami turun di pekan kecik yang berdekatan dengan Hyeopjae. Kena naik bas lagi kalau nak sampai pantai. Stress giler masa ni. Padahal Langkawi (kampung aku) dan Brunei (tempat aku bekerja) di kelilingi pantai dan laut kottt. Gigih nak ke Hyeopjae jugak. Masa kitorang sampai dekat pekan kecik ni, kitorang decide nak naik teksi je untuk ke Hyeopjae Beach. Bila tahan teksi, abam teksi tu cakap, better kitorang naik bas sebab dekat je dan macam bazir je duit kalau naik teksi katanya. Dia cakap bas lagi 1-2 minit akan sampai. Dia siap tunjuk bus stop yang kitorang kena tunggu bas. Omonnaaaa~ Jujurnya abam teksi ni. Memang seminit dua lepas tu bas pun sampai. Jimat duit kitorang. Keke.
|
Pantai Hyeopjae. Ramai couples datang sini. Budaya di Korea ni kalau takde awek/pakwe dianggap loser katanyer. Hahaha. |
|
Tempat parking kereta percuma turut disediakan. |
|
Masa kitorang sampai, orang tak berapa ramai. |
|
Siap ada yang ambil sendiri gambar pre-wedding. Jimat duit. |
|
Grrrrr... Sejukkk. Angin agak kuat. |
|
Bagi aku biasa je pantainya. Takde yang menarik. Cuma batu-batu hitam ni memang banyak dekat sini. |
|
Menapak ke seberang. Nampak kan aku pakai sandal tu? Lecey lah pakai sandal ni. Tak selesa nak berjalan. |
|
Papan tanda amaran. Dilarang berenang kot. |
|
Antara kedai yang terdapat di sini tapi macam tutup je. |
|
Jom turun ke pantai. Air tengah surut tu. |
|
Biasa je kan pantainya? Ke sebab kitorang dari Langkawi? So rasa biasa je pantainya. |
|
Biasa tak biasa, kita posing dulu! |
|
Aku memang stress dengan fesyen aku di Jeju. Macam selekeh giler. Haha. |
|
Mende tu dik oi? |
|
Kasut memang memainkan peranan yang penting kalau nak berjalan. Spoil mood pakai sandal. |
|
Luas & lapang pantai nya. |
|
Cantik lah pulak aku rasa gambar ni. Keke. |
|
Acah-acah selfie. Pantai dan pasir di sini agak kebiruan dan halus. |
|
Mak ayah aku dah malas nak layan kitorang bergambar. Haha. |
|
Menung apa tu ibu? |
|
Aku paksa abah & ibu turun ke pantai untuk bergambar. Hehe. |
|
Berjam nak sampai ke sini. Rugi lah kalau duduk je. Hehe. |
|
Romantika De'Amour. |
|
Dan lagi. Cantik je pantai dia tapi bagi aku idok berbaloi untuk kes macam kitorang yang kena naik bas ni. Hehe. |
|
Laut dia biru lembut je. |
|
Kami mintak tolong sorang mamat ni ambilkan gambar. Kumowo~ |
Bagi aku, okay lah pantainya. Takde lah wow sangat. Kincir angin macam jauh je dari pantai ni. Nampak kecik je. Lepas dah tengok pantai, kitorang cari cafe untuk lepak-lepak sambil minum kopi & makan kek sempena birthday ayah aku semalam tapi macam tak jumpa pun cafe menarik. So kitorang masuk je satu kedai bakery ni. Mood masa ni dah kelaut sebab letih berjalan kot. Bayangkan separuh hari baru sampai di Hyeopjae Beach ni.
|
Bergambar depan hotel cantik. Kalau duduk hotel tu, memang luas pemandangan tengok laut. |
|
Kitorang beli je roti & kek keju. Banyak jugak kitorang beli dekat sini tapi entah mana tah gambar. Yang ada, sekeping ni je. Layan~ |
Dah separuh hari tapi baru singgah Hyeopjae Beach je. Kalau yang bawak kereta, aku rasa berbaloi lah ke sini. Tapi kalau naik public transport, macam tak berbaloi je melainkan korang memang duduk sebulan dua dekat Jeju. Next destination kitorang adalah O'sulloc Tea Museum dan Innisfree House. Macam biasa nasib orang takde kereta ni, naik bas lah. Aku dah tak ingat bas nombor berapa tapi memang muncul je nombor bas tu bila Google. Bas datang agak punctual dan masa dalam bas, aku nampak dari jauh ada kincir angin. Jakun gila wehhh tengok kincir angin besar cenggitu!
|
Dari dalam bas. Langit pun macam dah mendung. |
|
Kalau dari pandangan atas, memang nampak banyak kincir angin ni. |
|
Gambar ni dari dalam bas yang bergerak. Kita kasik zoom sikit. Kalau bawak kereta, memang aku dah mintak ayah aku masuk sampai ke dalam. |
|
Babai kincir angin~ Memula nak ke Jeju memang aku berangan nak bergambar dengan kau dari dekat. Tapi apekan daya. |
O'sulloc Tea Museum dan Innisfree ni terletak dalam satu kawasan. Sebenarnya kitorang nak ke Innisfree je sebab nak cari perfume. Adik aku cakap perfume Innisfree bau best. Masa turun dari bas, aku ternampak orang Malaysia baru turun dari kereta. Terus rasa sedih sebab kitorang kena naik bas. Mesti dorang rasa gigihnya kitorang nak jimat duit. Hahahaha. #justkidding Anyway, kitorang tak masuk pun muzium teh ni. Kitorang bergambar dekat luar je selepas 'pinjam' toilet dorang. Keke.
|
Acara wajib bermula. Hahaha. |
|
Next~ Senget gambar dia aku snap. Sis dah malas dah nak snap gambar. |
|
Walaupun malas dah nak bergambar, tapi mana boleh tak bergambar kan. Karang nyesal~ Keke. |
|
Jom ke Innisfree House pulak. Kawasan ni memang lapang je. |
|
Lapang je Innisfree House ni. Ingatkan orang tak ramai. Sekali masuk dalam, masyaaAllah~ |
|
Sempat lagi bergambar kenangan sebelum masuk ke dalam. Keke. |
|
Banyak product kecantikan dalam ni. Paling aku nak cari adalah perfume. |
|
Jem roti yang dibungkus macam krim tangan. Memula macam ragu nak beli. |
|
Jem roti. Ada tiga perisa je. Aku try yang oren tu. Not bad. Tapi bagi aku not worth it la beli sebab mahal. Baik beli jem biasa je sebab rasa dia sama je. |
|
Facial mask pun wajib beli jugak kalau ke sini. Wangi sangat. Setahu aku barangan Innisfree ni menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan sahaja. Sebab tu bau products dia fresh semacam. |
|
Krim mende tah tapi aku tak beli. Krim-krim ni aku susah nak pakai sebab tak berapa nak disiplin. Nanti bazir je. |
|
Cik Esah siap bawak bakul lagi. Macam banyak je nak shopping tu. Hihi. |
|
Yang mak aku pegang tu adalah pewangi rumah atau kenderaan. Wangi giler wehhhh. Aku beli 'Peony' tak silap. Memang lembut je baunya. Kalau aku ke Jeju memang aku nak cari lagi. |
|
Beli ke tak tu? Mak aku ni kalau dia nak beli, memang aku caya je sebab dia memang pakai krim-krim semua ni. Kira tak rugi lah kalau belikan untuk dia. Hehe. |
|
Peta jeju yang diperbuat dari apetah aku tak ingat. |
|
Comel kan warnanya? |
|
Ok, gambar penutup lepas dah shopping dan bayar. |
Untuk Innisfree, aku shopping jem roti (bagi souvenir dekat adik & kakak), pewangi kereta & perfume badan. Aku suka yang Peony. Wangi dan lembut baunya. Menyesal aku beli 1 botol je sebab memang sedap sangat baunya dan tahan lama. Next time pergi Jeju memang aku nak borong perfume dekat sini. Harga pun mampu milik. Lepas kuar dari Innisfree, kami ternampak ladang teh. Kecik je ladangnya tapi boleh lah nak bergambar sekeping dua. Hihi.
|
Tak boleh lawan yang dekat Cameron Highland tapi boleh lah untuk bergambar kenangan. |
|
Untuk anak-anak yang masih mempunyai mak bapak, aku sangat galakkan bawak mak bapak korang berjalan-jalan tau. Kalau tak dapat pergi luar negara, dalam negara pun dah okay sangat. |
|
Naik pulak warna baju adik aku. Baju merah memang buat gambar vazzzz~ |
|
Orang pun tak ramai bergambar dekat sini. |
Dan settle 'lawatan' dekat sini, kami plan nak balik je sebab dah tak larat. Lagipun esok kami dah nak balik ke Malaysia so kena kemas barang-barang lagi. Tapi sebelum tu, parents aku nak singgah Jeju World Cup Stadium sebab kononnya nak tunjuk dekat adik laki aku yang fanatik dengan bola. Untuk info, pada tahun 2002 FIFA World cup telah diadakan di sini. Itu yang parents aku gigih nak ke sini. Sayang benor dekat anak laki bongsu tu sampaikan ke Jeju pun teringat dekat adik bongsu aku tu.
|
Bergambar di depan signage Jeju World Cup Stadium. |
|
Layan je lah walaupun aku tak minat nak ambil tahu pasal bola. Hehe. |
|
Stadium kat belakang tu leh tempatkan 35,657 orang dalam satu-satu masa. Info ni aku dapat dari Wikipedia. |
|
Kecik je stadium dia. Dari info Wikipedia jugak, stadium ni berkonsepkan mulut gunung berapi yang sememangnya ikon Jeju. Ye ke? Aku tengok, banyak je stadium cenggini rupa bentuknya. Hehe. |
|
Gambar blur. Well, malas nak cakap apa. Haha. |
|
Bila tengok balik gambar ni, macam besar la pulak stadiumnya. Tapi tengok depan-depan macam kecik je. |
|
Kaunter tiket. Kalau ada game ni mesti ramai orang kan? |
|
Dahla tengok. Babai~ |
Untuk bukan peminat bola sepak macam aku, aku tak faham sangat signifikasi lawat stadium ni. Haha. Tapi layankan je kehendak mak ayah. Dekat sebelah stadium ni ada emart. So kitorang masuk kejap shopping apa-apa yang patut. Aku nak beli nasi instant untuk dinner kitorang. Tetiba nyesal sebab tak beli banyak-banyak untuk bawak balik Malaysia.
|
Mak dan ayah aku dah start cranky sebab dorang dah penat kot. Padahal dorang yang nak ke sini. |
|
Nak jadi cerita, bateri phone kitorang semua dah flat. Tak boleh nak access wifi. So, berpandukan tanya orang macam ayam itik dan logik akal untuk balik ke Seongsan-eup. |
|
Dah jumpa bus stop yang dicari. |
Sekian aktiviti kitorang untuk hari ini. Ambil kau, aku garapkan semua dalam satu post. Hahaha. Malam ni kitorang makan makan, kemas beg dan barang-barang dan tidur. Sebelum tu aku dah check nombor bas yang akan bawak kitorang ke Airport Jeju. Dan tak lupa jugak check masa dia sampai dekat bus stop rumah so takdelah kitorang tertunggu-tunggu.
Flight kami pulang ke Malaysia adalah pada jam 250 petang. So ngam-ngam waktu check out 11am kami naik bas ke Airport. Syukur bas yang stop di bus stop berdekatan homestay kami ni akan direct ke Airport Jeju so tak payah nak turun naik bas dengan beg-beg ni. Babai Jeju~ Ada rezeki aku akan datang lagi dan aku akan pastikan aku buat lesen memandu Antarabangsa dari Malaysia punya.
Sekian.
Notakaki:
Pastikan korang ada di airport Jeju at least 3 jam awal sebab orang agak ramai cuma bagi aku kastam dan staff Air Asia dorang tak cerewet. Dan lepas cop passport, kami sempat solat di dalam balai menunggu. Dorang memang sediakan surau yang cantik sangat bagi aku. Ambil wudhu di dalam toilet then solat di surau. Make sure tak banjir toilet tu sebab budaya dorang toilet kena kering okay?
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment