Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, aku baru balik dari bercuti dengan satu family ke Hatyai, Selatan Thailand. Trip kami bermula dari 1/12/2019 sehingga 4/12/2019. Sekejap je kan? Trip ke Hatyai ni macam biasa untuk relaks-relaks dan makan-makan dan special-nya trip kali ni, kakak, anak sedara dan adik laki aku dan isteri dia pun join sekali. Abang ipar aku je tak dapat join sebab ada hal kerja yang tak dapat dielakkan. Actually aku skip trip aku ke Europe pada bulan Jun lepas dan izinkan aku bercerita pasal trip Hatyai aku dulu. Nanti dah rajin baru aku story pasal Europe trip aku yang tak kurang bestnya sebab banyak nak cerita tu. Keke.
Ok, tak banyak persediaan yang aku buat untuk trip ke Hatyai ni sebab kami akan ke sana dengan menaiki dan memandu kenderaan sendiri. So di sini aku nak brief pasal apa yang perlu korang buat kalau nak ke Hatyai dengan memandu sendiri.
|01| PINTU MASUK (PINTU SEMPADAN) KE HATYAI
Menurut kajian aku, ada tiga pintu masuk sempadan yang agak famous untuk ke Thailand dari Utara Semenanjung Malaysia. Satu, di Bukit Kayu Hitam-Kedah. Dua, di Padang Besar-Perlis dan tiga, di Wang Kelian-Perlis. Pintu masuk sempadan paling glamour untuk ke Hatyai adalah di Bukit Kayu Hitam dan menurut gosip yang aku dengar, ramai giler orang dekat sini so kekadang kena Q berjam-jam lamanya. Manakala kalau korang nak memandu sendiri ke Krabi atau Phuket ke, pintu masuk sempadan adalah di Wang Kelian. Jalan ke Wang Kelian agak berbelit katanyer. Untuk ke Hatyai, kami akan melalui pintu masuk di Padang Besar.
|02| MINYAK KERETA
Pastikan isi pepenuh minyak kereta di Malaysia. Nak lagi cerdik, isi dekat station minyak berdekatan pintu masuk sempadan sebab harga minyak di Thailand memang mahal.
|03| TUKAR DUIT KE BAHT
Masa kitorang ke Hatyai, currency Ringgit Malaysia jatuh teruk la jugak. 100 BAHT = RM13.95. Sob.. sob... Nak senang kira, 100baht = RM14. Aku tukar di Merchantrade Gombak. Berbaloi giler sebab rate yang ditawarkan agak bagus berbanding money changer yang lain. Kawan adik aku tolong tukarkan duit adik aku di Merchantrade mana tah. Rate yang dia dapat laaaagiiii bagus. So rerajin la survey Merchantrade mana yang offer rate lagi bagus ye. Setiap Merchantrade lain-lain rate dia.
|04| INSURANS KERETA MASUK HATYAI
Tak kesah lah korang masuk dari mana, wajib buat insurans kereta untuk masuk ke Thailand. Bukan apa, takut malang tu tak berbau. Tapi insurans ni just cover untuk third party. Menurut bacaan aku, kalau masuk melalui Bukit Kayu Hitan boleh buat insurans kereta di Highway Changlun. Kalau masuk melaui Wang Kelian boleh buat di sekitar pekan kecil Wang Kelian dan macam kami masuk melalui Padang Besar, aku buat di Kedai Insurans Allianz. Nah aku tepek map nak ke kedai tu.
Kedai yang buat insurans kereta masuk Thailand ni senang je nak jumpa. Dekat dengan border memang ada. Perhatikan signboard sebesar alam, insyaaAllah jumpa. Kitorang ni pun nasib owner homestay di Arau yang bagitau. Anyway, untuk buat insurans kereta ni, aku kena sediakan dua benda, iaitu:
1 - Original geran kereta. WAJIB.
2 - Passport setiap ahli kumpulan. Macam kitorang, 10 orang dalam satu kereta, memang 10 passport lah.
Selepas serahkan geran kereta & passport, kerani kedai insurans tu akan serahkan TIGA benda dekat kita, iaitu:
1 - Insurans kereta (rujuk gambar bawah). Harga dalam RM25 sahaja untuk seminggu tak silap aku.
2 - Borang Arrival/Departure yang warna putih. Alaaa, borang yang kita selalu isi masa dalam flight kalau nak travel ke luar negara. Satu borang ni harga dia RM2 so kerani tu akan type in sesiap untuk setiap ahli rombongan. So nanti kita serahkan je dekat kastam masa cop passport.
3 - Borang senarai penumpang atau nama lain TM-3. Borang ni ada dua keping. Sekeping adalah INBOUND Form (diserahkan masa masuk Hatyai) & sekeping lagi OUTBOUND Form (diserahkan untuk dicop masa masuk Hatyai tapi borang ni kita simpan okay?) Harga borang ni adalah sebanyak RM10.
Stress teruk sebelum masuk Hatyai. Hahaha. Total yang kena bayar untuk settle kan hal-hal borang ni adalah sebanyak RM45 untuk sekumpulan. Itu tak termasuk duit OT yang kena bayar dekat kastam di Hatyai. Itu nanti aku cerita. Benda ni macam renyah kan? Sumpah aku tak hafal step-step ni. Aku serah diri je dekat kedai insurans & biar dorang buat semua. Malas nak fikir. Bagi je semua borang-borang ni masa cop passport di imigresen Hatyai.
|05| SIMCARD THAILAND
Di kedai insurans tu jugak ada jual simkad Thailand. Aku pilih simkad AIS yang berharga RM20 dan menawarkan unlimited data untuk 7 hari. Ada satu lagi simkad, DTAC tak silap aku. Hat ni pun harga RM20; unlimited data untuk 5 hari je tapi boleh call ke local number untuk berapa ratus minute tah. Aku rasa baik amek simkad DTAC tu sebab masa dekat Hatyai, aku nak call Grab tapi tak boleh sebab simkad aku beli tu untuk Internet Data je.
|06| ACCOMMODATION
Boleh tak aku lupa nak cerita pasal hotel kitorang di Hatyai? Haha. Aku booked 2 family rooms untuk 4 hari 3 malam di Justin Park Hatyai. 1 bilik boleh muat 4 orang dan total harga untuk 1 bilik adalah sebanyak RM750. Bahagi sendiri lah harga semalam berapa dan anggaran kasar sekepala berapa. Keke. Lokasi hotel ni agak dekat dengan Central Festival Hatyai (shopping mall terbesar di Hatyai) dan kalau nak ke Lee Garden Market memang kena naik tuktuk atau grab atau drive sendiri. Aku memang elak duduk tengah bandar sebab memang nak relaks-relaks, tak nak bising-bising. So terpulang kepada preference memasing okay? Lagipun hotel ni ada kolam renang depan bilik. So aku agak suka lah dengan hotel ni.
Aku rasa yang tu je kot persediaan aku nak masuk Hatyai dengan memandu kereta sendiri. Tak susah tapi renyah especially bab nak settlekan urusan borang-borang tu. Tapi serius mudah je. Just go with the flow. Tanya je pegawai tu kalau tak tau. Susah-susah, macam kitorang, park jauh giler pastu jalan kaki ke imigresen Hatyai. Hahaha. Nasib tak ramai orang. Hat ni aku story next post okay?
Sekian.
Notakaki:
Untuk trip ke Hatyai ni, sekali lagi kami lupa bawak travel adapter. Adoilahhh. Terlupa walaupun dekat, still negara lain. Anyway, aku difahamkan oleh host homestay kami di Arau, baru-baru ni pegawai imigresen dari Bangkok dah turun buat spot-check dekat sempadan Hatyai sebab isu duit OT (duit tambahan yang diminta oleh imigresen Hatyai) dah sampai ke HQ di Bangkok tu. Sepatutnya tak kena bayar pun duit OT tu tapi biasalah dorang makan duit haram kan. Syukur masa kitorang gi tu, ahli keluarga aku yang lain tak kena bayar pun RM1 (duit OT) tu tapi ayah aku pi dekat pegawai lain so dia mintak RM1 dekat ayah aku. Aku pulak sebab pegang borang inbound-outbound tu, masa cop borang tu, dia mintak RM10. Choi betul.
|01| PINTU MASUK (PINTU SEMPADAN) KE HATYAI
Menurut kajian aku, ada tiga pintu masuk sempadan yang agak famous untuk ke Thailand dari Utara Semenanjung Malaysia. Satu, di Bukit Kayu Hitam-Kedah. Dua, di Padang Besar-Perlis dan tiga, di Wang Kelian-Perlis. Pintu masuk sempadan paling glamour untuk ke Hatyai adalah di Bukit Kayu Hitam dan menurut gosip yang aku dengar, ramai giler orang dekat sini so kekadang kena Q berjam-jam lamanya. Manakala kalau korang nak memandu sendiri ke Krabi atau Phuket ke, pintu masuk sempadan adalah di Wang Kelian. Jalan ke Wang Kelian agak berbelit katanyer. Untuk ke Hatyai, kami akan melalui pintu masuk di Padang Besar.
|02| MINYAK KERETA
Pastikan isi pepenuh minyak kereta di Malaysia. Nak lagi cerdik, isi dekat station minyak berdekatan pintu masuk sempadan sebab harga minyak di Thailand memang mahal.
|03| TUKAR DUIT KE BAHT
Masa kitorang ke Hatyai, currency Ringgit Malaysia jatuh teruk la jugak. 100 BAHT = RM13.95. Sob.. sob... Nak senang kira, 100baht = RM14. Aku tukar di Merchantrade Gombak. Berbaloi giler sebab rate yang ditawarkan agak bagus berbanding money changer yang lain. Kawan adik aku tolong tukarkan duit adik aku di Merchantrade mana tah. Rate yang dia dapat laaaagiiii bagus. So rerajin la survey Merchantrade mana yang offer rate lagi bagus ye. Setiap Merchantrade lain-lain rate dia.
|04| INSURANS KERETA MASUK HATYAI
Tak kesah lah korang masuk dari mana, wajib buat insurans kereta untuk masuk ke Thailand. Bukan apa, takut malang tu tak berbau. Tapi insurans ni just cover untuk third party. Menurut bacaan aku, kalau masuk melalui Bukit Kayu Hitan boleh buat insurans kereta di Highway Changlun. Kalau masuk melaui Wang Kelian boleh buat di sekitar pekan kecil Wang Kelian dan macam kami masuk melalui Padang Besar, aku buat di Kedai Insurans Allianz. Nah aku tepek map nak ke kedai tu.
Kedai yang buat insurans kereta masuk Thailand ni senang je nak jumpa. Dekat dengan border memang ada. Perhatikan signboard sebesar alam, insyaaAllah jumpa. Kitorang ni pun nasib owner homestay di Arau yang bagitau. Anyway, untuk buat insurans kereta ni, aku kena sediakan dua benda, iaitu:
1 - Original geran kereta. WAJIB.
2 - Passport setiap ahli kumpulan. Macam kitorang, 10 orang dalam satu kereta, memang 10 passport lah.
Geran kereta & passport setiap ahli rombongan. |
Menunggu giliran untuk buat insurans kereta. |
Selepas serahkan geran kereta & passport, kerani kedai insurans tu akan serahkan TIGA benda dekat kita, iaitu:
1 - Insurans kereta (rujuk gambar bawah). Harga dalam RM25 sahaja untuk seminggu tak silap aku.
Aku lupa nak snap so aku ambil gambar ni dari website: http://nurmas-homestay.blogspot.com/2013/08/membawa-kereta-dan-memasuki-thailand.html |
2 - Borang Arrival/Departure yang warna putih. Alaaa, borang yang kita selalu isi masa dalam flight kalau nak travel ke luar negara. Satu borang ni harga dia RM2 so kerani tu akan type in sesiap untuk setiap ahli rombongan. So nanti kita serahkan je dekat kastam masa cop passport.
Stress teruk sebelum masuk Hatyai. Hahaha. Total yang kena bayar untuk settle kan hal-hal borang ni adalah sebanyak RM45 untuk sekumpulan. Itu tak termasuk duit OT yang kena bayar dekat kastam di Hatyai. Itu nanti aku cerita. Benda ni macam renyah kan? Sumpah aku tak hafal step-step ni. Aku serah diri je dekat kedai insurans & biar dorang buat semua. Malas nak fikir. Bagi je semua borang-borang ni masa cop passport di imigresen Hatyai.
|05| SIMCARD THAILAND
Di kedai insurans tu jugak ada jual simkad Thailand. Aku pilih simkad AIS yang berharga RM20 dan menawarkan unlimited data untuk 7 hari. Ada satu lagi simkad, DTAC tak silap aku. Hat ni pun harga RM20; unlimited data untuk 5 hari je tapi boleh call ke local number untuk berapa ratus minute tah. Aku rasa baik amek simkad DTAC tu sebab masa dekat Hatyai, aku nak call Grab tapi tak boleh sebab simkad aku beli tu untuk Internet Data je.
Laju jugak line dia. Murah pun ye. Siap boleh kongsi dengan orang lain. |
|06| ACCOMMODATION
Boleh tak aku lupa nak cerita pasal hotel kitorang di Hatyai? Haha. Aku booked 2 family rooms untuk 4 hari 3 malam di Justin Park Hatyai. 1 bilik boleh muat 4 orang dan total harga untuk 1 bilik adalah sebanyak RM750. Bahagi sendiri lah harga semalam berapa dan anggaran kasar sekepala berapa. Keke. Lokasi hotel ni agak dekat dengan Central Festival Hatyai (shopping mall terbesar di Hatyai) dan kalau nak ke Lee Garden Market memang kena naik tuktuk atau grab atau drive sendiri. Aku memang elak duduk tengah bandar sebab memang nak relaks-relaks, tak nak bising-bising. So terpulang kepada preference memasing okay? Lagipun hotel ni ada kolam renang depan bilik. So aku agak suka lah dengan hotel ni.
Entrance Justin Park Hatyai, Thailand. Area dia agak secluded dari jalan besar dan masih baru. |
Aku rasa yang tu je kot persediaan aku nak masuk Hatyai dengan memandu kereta sendiri. Tak susah tapi renyah especially bab nak settlekan urusan borang-borang tu. Tapi serius mudah je. Just go with the flow. Tanya je pegawai tu kalau tak tau. Susah-susah, macam kitorang, park jauh giler pastu jalan kaki ke imigresen Hatyai. Hahaha. Nasib tak ramai orang. Hat ni aku story next post okay?
Sekian.
Notakaki:
Untuk trip ke Hatyai ni, sekali lagi kami lupa bawak travel adapter. Adoilahhh. Terlupa walaupun dekat, still negara lain. Anyway, aku difahamkan oleh host homestay kami di Arau, baru-baru ni pegawai imigresen dari Bangkok dah turun buat spot-check dekat sempadan Hatyai sebab isu duit OT (duit tambahan yang diminta oleh imigresen Hatyai) dah sampai ke HQ di Bangkok tu. Sepatutnya tak kena bayar pun duit OT tu tapi biasalah dorang makan duit haram kan. Syukur masa kitorang gi tu, ahli keluarga aku yang lain tak kena bayar pun RM1 (duit OT) tu tapi ayah aku pi dekat pegawai lain so dia mintak RM1 dekat ayah aku. Aku pulak sebab pegang borang inbound-outbound tu, masa cop borang tu, dia mintak RM10. Choi betul.
Xoxo,
Duit OT tak sama tau, hari tu kena rm2 . Ada yg kena rm5 bahagian yg kena tunjuk kereta sekali tu
ReplyDeleteSerius? Kitorang memang tak bagi pun. Dia yang mintak. Tapi masa gi tunjuk kereta, pegawai tu tak mintak pun duit. Mungkin baru lepas kena sound dengan pegawai dari Bangkok kot. Hehe.
DeleteHi hi. Nak komen tu je. Ampunnn
ReplyDeleteHahaha hai Ros.
Delete