Assalamu'alaikum.
PADANG BESAR, MALAYSIA.
Urusan buat insurans mudah. Serahkan geran asal kereta dan passport ahli rombongan, kerani di kedai insurans tu akan settle kan semua. Sila rujuk
post aku sebelum ini untuk tahu lanjut pasal insurans ni. Aku dan ayah sempat beli 2 keping simkad AIS untuk kegunaan internet di Thailand. Ye lah, nak tengok waze semua.
|
Passport aku dan 9 orang ahli rombongan. |
Total untuk semua harga insurans dan borang-borang yang diisi adalah sebanyak RM45 dan total simkad dua keping adalah sebanyak RM40. Lepas bayar, moh la kita masuk sempadan. Masa lalu roundabout, confuse jugak mana pintu sempadan. Tapi pusing balik dekat roundabout baru jumpa. Kami lintas sempadan Malaysia dengan menaiki kereta. Tak payah turun, serahkan je passport dari dalam kereta, selesai. Yang kelirunya, bila nak rentas sempadan Hatyai. Dalam mind aku, bilanya nak cop passport ni? Bilanya nak serahkan borang-borang & insurans ni? Bilanya nak kena rentas bawak kereta ni? Kena parking ke kena jalan kaki? Hahaha. Serius celaru.
IMIGRESEN MALAYSIA-THAILAND
Actually, untuk yang bawak kereta ke Hatyai, kita boleh drive masuk je terus lalu post pemeriksaan kastam
dan parking
dan baru turun semua penumpang untuk cop passport. (
Malaysia jugak yang senang. Cop passport dari dalam kereta je.) Tapi sebab kitorang confuse, ayah aku parking dulu di luar kompleks imigresen Hatyai dan kitorang semua berjalan kaki sejauh 200m ke kompleks ketibaan untuk cop passport. Di dalam kompleks imigresen bahagian Hatyai tu, kami kena beratur untuk cop passport. Tengah beratur tu, ada pegawai panggil aku dan ayah untuk beratur di kaunter yang baru dibukak. Pegawai yang cop passport ayah aku mintak RM1. Pegawai yang cop passport aku, mintak di RM10 dekat aku konon sebab aku bawak borang T3 tu dan dia tengok ada 10 orang ahli rombongan. So total kami kena bayar dekat corrupted officer tu adalah sebanyak RM11. Nasib ahli keluarga lain tak kena bayar sebab dorang cop passport dekat pegawai lain.
|
Ayah aku parked kereta di Parking A, kemudian kami semua turun dan jalan kaki ke Imigresen Thailand. Kemudian, aku dan ayah je patah balik ambil kereta, then lalu imigrsen Thailand dan park kereta di Parking B. Kemudian baru aku ke kaunter 7 untuk serahkan borang Inbound dan dapatkan Borang Declaration Masuk Kereta ke Thailand. Lepas tu baru kami bergerak keluar menuju ke destinasi yang dah dirancang.
|
Aturan yang betul adalah drive dari Imigresen Malaysia tu, terus je lalu Imigresen Thailand, then park lah kereta di Parking B yang aku tanda dalam image di atas okay? Kemudian semua turun cop passport dan untuk pemilik kenderaan, pi serahkan Inbound Form yang dah dicop tadi di Kaunter 7 dan dapatkan Borang Declaration Bawak Masuk Kereta ke Thailand. Kalau korang pi time ramai orang, aku rasa okay je nak park kereta di Parking A sebab kurang serabut.
Anyway, untuk pemilik kenderaan macam aku, selain cop passport, aku kena serahkan Borang Senarai Penumpang (T3); INBOUND & OUTBOUND sahaja untuk dorang cop jugak. Kemudian aku dan ayah pi ambil kereta yang kami parking tadi dan lalu post pemeriksaan imigresen dan parking lagi. Sementara ahli rombongan sibuk bergambar, aku dan ayah ke kaunter 7 untuk serahkan Borang Senarai Penumpang(T3) INBOUND + Geran Kereta Original + Passport aku (sebab aku pemilik kenderaan yang ayah aku pandu tu). Kemudian pegawai di Kaunter 7 tu akan belek lama giler segala form & passport aku sebab ini pertama kali aku nak bawak masuk kereta ke Thailand. Adalah satu dua soalan dia tanya macam warna kereta, dari mana. Jawab dengan tenang ye. Lepas tu dia akan serahkan balik Geran Kereta + Passport aku bersama Borang Declaration dari jabatan Imigresen Thailand. Lepas tu, settle~ Dah boleh masuk Hatyai. Alhamdulillah. Kan aku cakap mudah je tapi renyah sebab kita tak selalu buat kan benda ni.
|
Kemain dorang bergambar sementara aku dan ayah ke kaunter 7 untuk dapatkan Borang Declaration Bawak Masuk Kereta ke Thailand. |
DANOK, THAILAND.
Tempat pertama yang kami tuju adalah
Restoran Daging Bakar Halal di Danok. Ramai recommend suruh cari dan makan daging bakar dekat Danok. Dari sempadan Padan Besar ke Danok dalam 45minit je tapi Google Maps dah bawak kitorang masuk kebun getah mana tah sampai ayah aku seram. Mak aku pulak dah bising suruh patah balik. Well, biasalah jalan dengan orang tua. Hahaha. Berpandukan kepercayaan aku dekat Google Maps, kami jumpa jugak kedai daging bakar halal tu. Jom kita makan dulu!
|
Kami order 4 set daging bakar, somtam, 2 set sup tulang, dan nasi. Air tu ingatkan free sebab dia cakap ambil sendiri. Rupanya berbayar. Memang dorang ada air bikarbonat je. |
|
Inilah kedainya. Bagi aku daging bakar Danok yang disebut-sebut adalah overrated. |
Bagi aku overpriced sebab tak sedap sangat pon macam yang digembar gemburkan. Mungkin jugak sebab currency kita jatuh so rasa mahal. Apa-apa pun perut dah kenyang, set Waze pulak untuk ke hotel kami, Justin Park di Hatyai.
JUSTIN PARK HATYAI, THAILAND.
Dari Danok ke Hatyai mengambil masa dalam 1 jam jugak. Yang aku perasan, jalan raya di Hatyai agak cantik dan tak berbonggol atau berlubang macam jalan raya di Malaysia. Sesampainya kami di hotel, anak-anak sedara aku yang jakun itu terus merengek-rengek nak mandi kolam. Yang dewasa ni rehat-rehat, baring-baring dan solat sebelum kami keluar untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke
Floating Market Khlong Hae sebab market ni bukak Jumaat-Sabtu-Ahad je dari jam 3pm sampai 9pm. Itu yang kena pi hari ni jugak.
|
Bilik yang luas dan wangi. Cuma yang tak best lantai dia licin. Banyak kali si Nuh terjatuh. |
|
Pool pada waktu malam. |
|
Pool pada waktu siang. |
|
Memang best je hotel ni sebab jauh dari kesibukan bandar Hatyai tapi kalau nak night walk to Lee Garden ke apa, memang kena panggil tuktuk atau grab. |
|
Entrance. Grab yang bawak kitorang memula memang sesat. Tak jumpa hotel ni tapi bila aku set Waze, elok je jumpa. Pelik jugak. |
|
Cantik tak bilik dia? Katil memang sangat comfy. |
|
Siap ada sofa bed. Aku rasa patut ambil 1 bilik je untuk kami berlapan sebab luas giler biliknya. Hahaha. |
|
Eii geram tol dengan si Nuh ni. |
|
Agak bahaya sebenarnya kolam di luar bilik ni especially yang bawak budak-budak lincah macam si Nuh ni. Dia kira nak terjun kolam je. |
|
Memula masuk bilik terus tiga ketoi ni serbu katil bertingkat ni. |
FLOATING MARKET KHLONG HAE.
Untuk ke Floating Market Khlong Hae, kami plan nak naik tuktuk je. Adik terchantek aku la cakap murah, tak berbaloi bawak kereta, bla bla bla.. Lagipun ayah aku macam letih nak drive tapi dalam masa sama dia tak bagi adik laki aku drive. Pening tak dapat bapak yang protective tak kena tempat ni? Hahahaha. Dan bila ayah aku tanya orang hotel, dia panggil tuktuk tu datang dan memula driver tuktuk cakap 150 baht untuk 1 tuktuk (muat 10 orang) untuk ke Floating Market tu. Tapi bila dah naik, dia ubah harga jadi 600 baht. So, terus tukar plan, aku mintak driver hantar kami ke Lee Garden Hotel sebab menurut bacaan aku, area situ memang tumpuan pelancong.
|
Muat 10 orang termasuk kanak-kanak. Tuktuk ni dulu famous lah sebagai public transport. Tapi sekrang ni orang leh prefer naik Grab. |
|
Memang sekali ni je la kitorang naik tuktuk. Saje nak bagi anak sedara aku rasa. Lagipun kitorang ramai so macam tak berbaloi nak naik tuktuk. Kalau sorang dua okay lah naik tuktuk sebab lebih jimat. |
|
Adam dan wan dalam tuktuk. |
|
Micu, Idreez dan Atok. |
|
Paksu boy. |
|
Nuh dan mamanya. Jangan terperdaya tengok muka Nuh yang lembut je ni. Buasnya ya robbi. |
|
Buas-buas pun tetap current favorite Mak Ngah. Hehe. #makngahpilihkasih |
Di Lee Garden, kitorang sempat la pusing kawasan sekitar. Sempat jugak beli aiskrim kelapa, pulut mangga dan apetah lagi. Lupa dah. Then dari Lee Garden, kitorang naik Grab untuk ke Floating Market. Surprisingly, harga Grab dalam 220baht je per car! Dah lah selesa giler untuk kami 10 orang ni. Sebelum turun dari Grab, driver tu suruh call je dia kalau nak balik ke hotel. Ok, set!
|
Dalam grab. Nuh yang dah tertidur. Pantang naik kereta mesti si Nuh tu tidur. |
|
Aku, mak dan adik ipar tengah beratur nak beli Takoyaki. |
|
Orang memang ramai tapi peniaga ni pantas giler siapkan order. |
|
Kakak yang jual somtam. Mak dan kakak aku cakap sedap giler. Dia campur seafood rebus dengan mee maggi. |
|
Mak aku yang menunggu somtamnya. Tak silap aku dalam 40baht somtam dia. |
|
Lagi nak ke malam, lagi ramai orang di Floating Market. Orang Malaysia lah ramai sekali. |
Sesak dengan manusia walaupun kitorang pi masa cuti sekolah baru bermula. Makanan-makanan yang dijual memang unik tapi bila convert ke RM, memang overpriced. Masa aku ke Floating Market ni 10 tahun lepas, murah giler dan masa tu orang tak ramai lagi. Memang sekarang ni Hatyai tempat lepak orang Malaysia. Keke. Dan aku lupa simkad AIS yang aku beli tu untuk mobile data je, so bila aku try call driver Grab tadi, memang tak dapat lah. Tapi yang peliknya, dia boleh return call aku dan kami janji untuk jumpa lagi 30 minit. Rupanya driver tu memang tunggu situ dari tadi. Kesiannyaaa~ Anyway dari Floating Market Khlong Hae ke Justin Park Hatyai agak jauh. Dalam 30 minit perjalanan. Tapi Grab charged 260baht je. Memang bagi aku tak praktikal nak naik tuktuk tapi kalau nak merasa tu boleh la.
7-ELEVEN, HATYAI.
Makanan dekat Floating Market bukan selera aku agaknya so aku tak makan sangat dekat sana. Setakat beli aiskrim kelapa dan jus epal je. Yang lain aku sambar sikit-sikit makanan anak sedara aku. Keke. So balik dari Floating Market, aku rasa lapar giler. Then aku ajak kakak dengan adik laki aku untuk ke 7-Eleven yang terletak dalam 150m dari hotel ni. Lagipun kakak aku nak beli air mineral untuk susu anak-anak dia. Memang melambak 7-E dekat Thailand ni. Dan sinilah bermulanya era ketaksuban aku dengan HALAL Shrimp Burger yang terdapat di 7-E. Sedap yarobbi! Memang lepas tu tak jumpa bila cari burger shrimp yang halal ni. Dan masa aku ke Bangkok pun, tak jumpa pun burger halal dalam 7-E. Ke memang dekat Hatyai je ada barangan halal dalam 7-E?
|
Sila cari shrimp burger ni kalau ke Hatyai or maybe Thailand. Kot ada dekat 7-E seluruh Thailand kan. Tapi aku ke Bangkok ritu tak jumpa pun. |
|
Sedap wehhh. Roti dia lembut sangat. Patty shrimp pun juicy. Kat Malaysia mana ada dah shrimp burger. Dulu Wendy ke manatah yang jual tapi dah ditamatkan penjualan. Burger Ayam Halal pun ada jugak tapi rugilah makan burger ayam je sebab dekat Malaysia leh dapat. |
|
Selain burger halal, hotdog halal pun ada. Sila cari yang ada logo halal okay? Ni kakak aku belikan untuk anak-anak dia. Mintak orang 7-E panaskan okay? |
First day di Hatyai memang tak mengecewakan. Makan je kejenya. Oleh sebab abang ipar aku tak ikut, so aku dan adik tidur sebilik dengan kakak aku sebab si Adam & si Reez cucu atok. Sebok nak tidur dengan atok #makngahmenyampah. Malam tu si Reez yang baru 4 tahun tu menangis-nangis nak Mama dia sebab dia sakit gigi. Padan muka sape suruh makan aiskrim banyak sangat dekat Floating Market kan #makngahkejam. Elok si Reez tu tertidur lepas dipaksa dan bertarung makan ubat, si kecik Nuh Rayyan pulak menangis macam kena rejam. Nak susu je ponnnnnn. Penat betul jadi mak ni kan? Memang tabik spring aku dekat kakak aku dan mak seluruh dunia. Semoga Allah panjangkan umur kalian dan segalanya dipermudahkan dalam membesar anak-anak kalian. Amin.
Sekian.
Notakaki:
Jangan salah faham pasal insurans tu. Insurans kereta masuk Hatyai tu untuk protection kita kalau kemalangan ke apa. Pegawai imigresen Hatyai tak kan tanya pun kau ada insurans kereta ke tak. Inbound outbound form tu pun boleh je nak buat sendiri. Tapi aku nak senang, aku upah orang insurans je buat. Nak senang cerita masa dekat Imigresen Hatyai tu, serahkan je lah segala borang yang ada masa nak cop passport. Pening jugak nak ingat inbound outbound form la, declaration form la. Serabut. Haha.
Xoxo,
Hai. Boleh saya dapatkan contact number driver Grab tu x?
ReplyDeleteSorry tak save tp install je apps Grab dalam phone. Lebih secure sebab Grabs akan list kan harga untuk ke destinasi pilihan.
Deletekalau driver kereta bukan pemilik kereta apa prosedurenya ya? mcm kereta pakcik, tp sya yg memandu, dia xikut trip ni
ReplyDeletePakcik kena buat surat & sign mengatakan kebenaran untuk awak pandu kereta dia. Dalam surat tu letak nama dia, nombor ic/passport, nombor kereta. So nanti submit surat ni together dengan salinan IC, Salinan Geran kereta (nak selamat bawak original geran juga) & documents berkaitan.
Delete