Assalamu'alaikum.
02/12/2019 (Isnin). Aku terjaga dari tidur bila dengar riuh rendah suara Adam dan Reez dekat luar bilik. Rupanya kemain dorang mandi manda dekat swimming pool depan bilik. Pagi buta dah terjun kolam. Paksu dan maksu pun sama je tumpang sekaki. Nuh pun tergedik-gedik nak terjun kolam tapi bila orang letak dalam air, menggelupur nak keluar. Jakun. シ
Sempat paksu melayan Adam main bola. |
Happy budak-budak ni duduk hotel yang ada kawasan luas nak bermain. Justin Park Hatyai? Really recommended! |
RESTORAN CHABURA DIMSUM, HATYAI.
Pagi ni kitorang nak breakfast di Chabura Dimsum, Hatyai. Restoran ni sediakan dimsum halal dan memang menjadi tumpuan dan kegemaran rakyat Malaysia. Tapi adik aku cakap, masa dia datang Hatyai last year, ramai giler orang siap kena beratur panjang dan berdiri untuk makan. Alhamdulillah masa kitorang sampai, banyak pilihan dimsum, orang pun tak ramai & boleh makan dalam keadaan tenang. Selain dimsum, kami order makanan lain jugak. Korang rasa dimsum tu cukup ke untuk perut comel aku? Wakaka.
Baskets of dimsum. Dari luar kedai memang dah nampak peti letak dimsum ni. |
Giler kau kalau tak rambang mata. Aku memang tak pandai pilih mana yang sedap. |
Bab-bab pilih dimsum serahkan dekat adik ipar aku sebab dia lagi arif. Dulu dia belajar dekat Beijing. Keke. |
Budak yang ambil order ni muka cam Sufian Suhaimi kan? Hahaha. |
Apa lah yang si Reez tu stress-kan? |
Penuh meja kami order. Memang nak all out makan bila ke Hatyai. Hehe. |
Ni baru part 1 first batch. Hahaha. |
Selain dimsum, kitorang order makanan lain jugak. Aku tak ingat hat ni apa dia. Adik aku yang order. |
Aku order hat ni. Roti telur kelapa. Sedap. Oh tak lupa teh ais thai sebab sedap giler teh thai ni. |
Kakak dan adik laki aku share order nasi goreng seafood. Aku rasa 2 sudu, sedap gila. |
Happy us! Dimsum ni semua habis dalam few seconds je. Haha. |
Kakak aku yang tak peduli kamera ke tak. Yang dia nampak dimsum depan mata. Haha. |
Dan lagi aksi acah-acah ternganga-mulut-angkat-tangan tengok dimsum. Keke. |
Total kami makan dekat sini dalam 1400baht bersamaan RM180 . Murah pada aku sebab kenyang giler dan sedap jugak dimsum-nya. Adik aku cakap masa dia mai last year memang tak sedap sangat. Mungkin sebab tak ramai orang so dimsum sedap-sedap masih available masa kami sampai. Tak silap aku, kami order lebih dari 50 baskets dimsum. Giler bernafsu semua. Haha. Lepas tu kami singgah 7-E kejap sebab sebelah je dengan Chabura Dimsum ni. Niat utama nak cari burger shrimp yang viral antara keluarga aku. Keke.
Moh masuk 7-E dulu. Tak rugi pun masuk banyak kali. Hehe. |
Snacks section. Memang cantik je dia susun. Penuh pulak tu. |
Mencari burger shrimp halal dekat section ni tapi tak jumpa. Yang ada burger halal ayam tak silap aku. |
WAT HAT YAI, HATYAI.
Lepas breakfast, adik laki aku nak visit temple sebab macam tak best je datang Hatyai makan-makan je. Takde aktiviti lain. Nak lawat pantai, kitorang pun kampung dekat Langkawi. Bila aku search, ada satu temple yang menempatkan patung Buddha berbaring dan antara yang terbesar di dunia. Memang temple tu menjadi tumpuan pelancong katanyer dan masuk adalah percuma.
One of the biggest sleeping Buddha in the world. Bagi aku, tak salah nak visit rumah ibadat agama lain. Melawat temple tak membuatkan iman kau kurang. |
Kalau dalam sejarah Architecture, banyak yang bermula dari rumah ibadah. Itu membuktikan agama ni penting untuk setiap individu. |
Memang besar giler patungnya. Aku kagum camne orang leh crafting patung ni & detail-detail lain yang terdapat dekat temple ni. |
Tengoklah detail bumbung dia. Aku suka tengok mende-mende detail camni. |
Masa kami visit ni, takde pun orang tengok pelik. Tapi kalau non Muslim visit masjid, orang kita dah start berbisik sama sendiri. Benda ni kita kena didik diri kita. #donetazkirah |
One with the Buddha. |
CENTRAL FESTIVAL SHOPPING MALL, HATYAI.
Lepas visit temple, kami ke Central Festival Shopping Mall. Jarak dari satu destinasi ke destinasi lain memang dekat je. Dalam 2-3km paling jauh pun. Anyway, mak aku yang request nak ke sini. Dia cakap masa dia pi last year dengan adik aku, memacam ada dekat Central Festival tu dan dia suka shopping sana. Hari ni ayah aku drive sendiri so masa nak masuk parking, ada guard jaga dan dia mintak IC atau passport. Then tala muka dekat kamera, then dah boleh masuk parking. Memula cuak jugak tapi takde apa pun sebenarnya. Oh dan parking adalah percuma. Terbaik Hatyai!
Giler ah lama kitorang lepak sini. Siap makan lunch dan solat semua. Ada surau (di tingkat dua) dan restoran halal ye dekat foodcourt (level 5 tak silap). Ada dua section, satu Halal, satu lagi non halal. Untuk beli makan di foodcourt, kena dapatkan kad dulu. Macam kad touch & go. Kita topup duit siap-siap dalam kad tu sebelum order makanan. Semestinya favorite aku, aiskrim kelapa ada jugak. Dekat basement , kebanyakkannya jual stress food dan of course ada jugak street food halal. Memang rambang mata tengok makanan dekat basement.
Kedai roti yang terdapat di basement. |
Makan ringan-ringan kejap setelah penat bershopping. |
Kedai agar-agar yang jugak terdapat di bahagian basement. Menarik & colorful tapi tak berani nak beli sebab yang jual tu bukan Islam. |
Memang banyak street food stall dekat bahagian basement. |
Aku tak sempat try makanan ni. Laju mak aku habiskan. Haha. |
Sementara tunggu mama dorang shopping kasut, paksu bawak naik train dalam mall. Just tunjuk any receipts yang bernilai 50 baht, dah boleh naik train ni for free. |
Idreez yang dah kepenatan, tertidur sampai ternganga. |
Giler ah lama kitorang lepak sini. Siap makan lunch dan solat semua. Ada surau (di tingkat dua) dan restoran halal ye dekat foodcourt (level 5 tak silap). Ada dua section, satu Halal, satu lagi non halal. Untuk beli makan di foodcourt, kena dapatkan kad dulu. Macam kad touch & go. Kita topup duit siap-siap dalam kad tu sebelum order makanan. Semestinya favorite aku, aiskrim kelapa ada jugak. Dekat basement , kebanyakkannya jual stress food dan of course ada jugak street food halal. Memang rambang mata tengok makanan dekat basement.
TESCO LOTUS, HATYAI.
Tak habis shopping di Central Festival, kitorang nak ke Tesco Lotus pulak. Setiap kali kitorang turun Thailand, memang akan tuju ke Tesco Lotus sebab masa gi Bangkok ritu memang sakan shopping dekat Tesco Lotus. Barang yang takde dekat Malaysia macam-macam ada dekat situ. Selain harga pun murah giler. Parking adalah percuma di Tesco Lotus.
Aku dapat conclude kan, harga barangan di Tesco Lotus Hatyai agak mahal berbanding yang di Bangkok. So tak banyak pun kitorang membeli. Tak banyak pun, penuh jugak lah bonet kereta. Keke. Yang penting mak, kakak dan adik aku sambar beras sorang 1 pek (5kg). Mak aku sambar 2 pek sebab dia memang suka beras Siam.
Boots pun ada dekat Hatyai. |
Masa untuk bayar. Penuh dua troli. |
MAKAN MALAM DI RESTORAN KAI TOD DECHA , HATYAI.
Malam ni kami dinner di Kai Tod Decha yang menyediakan masakan panas halal di Hatyai. Tahun lepas adik aku dah ke sini dan dia cakap sedap ikan goreng mangga. Penat bershopping, kita makan dulu!
Bagi aku, not bad. Harga pun dalam 2000++ baht bersamaan dalam RM300++ untuk kami 10 orang yang order memacam dari ikan, somtam, tomyam, sup tulang, sayur dan memacam lagi lah. Sengkak giler perut. Syukur Alhamdulillah. Kenyang perut nak tidur malam ni. Hehe.
Besar restoran ni tapi nasiblah tak ramai sangat orang masa kami sampai. |
Dan yang tengah makan pun memang orang Malaysia je. Hahaha. |
Teh tarik thai ais favorite aku. Memang hari-hari aku order teh ni. Sedap wehhhh. Pekat likat lemak berkrim. |
Si kecik Nuh pun nak makan nasi. |
Iskh telan liur pulak aku bila tengok gambar ni. Tomyam dia bukan yang terbaik aku penah makan tapi okay lah nak basah tekak. Hehe. |
Ikan goreng mangga. Bagi aku agak dry rasanya. Tapi kerabu mangga tu sedap. Selain tu kami order ikan stim jugak. Mana cukup seekor je ikan untuk 10 orang. |
Makan kak. Makan. Nuh pun kusyuk makan. Nasib dia duduk diam je. Kalau tak memang spoil mood nak makan. |
Ayah dan adik aku pun fokus melahap ni. |
Sekian.
Notakaki:
Aku cadangkan skip je shopping di Tesco Lotus sebab ada tempat lagi murah harganya berbanding Tesco Lotus tapi itu aku cerita untuk post esok okay? Tesco Lotus di Thailand ni sama jugak macam 7-Eleven . Merata-rata.
Notakaki:
Aku cadangkan skip je shopping di Tesco Lotus sebab ada tempat lagi murah harganya berbanding Tesco Lotus tapi itu aku cerita untuk post esok okay? Tesco Lotus di Thailand ni sama jugak macam 7-Eleven . Merata-rata.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment