Post-Mortem Trip di Jeju, South Korea.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah syukur berjaya jugak aku habiskan menulis pengalaman aku dan family Ke Jeju, South Korea selepas setahun lebih balik dari Jeju. Hahaha. Bagi aku, suasana dan udara antara Jeju dan Seoul sangatlah berbeza. Patutlah orang Korea pun suka ke Jeju. Aku tak rasa nak repeat ke Seoul tapi aku memang terasa nak ke Jeju lagi. Ketenangan-nya tu lain macam. 

Anyway, macam biasa di setiap post travel aku, 10 konklusi yang aku dapat rumuskan untuk trip aku di Jeju. Setiap orang pandangan mungkin berbeza. 

(1) Untuk yang nak sewa kereta, WAJIB WAJIB WAJIB buat International Driving Permit MALAYSIA!!! Trip kali ni memang bagi pengajaran besar kat aku supaya berbangga dengan negaraku Malaysia. Serius aku dapat nampak betapa hebatnya Malaysia di mata duniah. Gitchew~ Bayangkan orang Brunei, Indonesia, Filipina tak boleh drive di Korea tapi kita boleh. 

(2) Hotpot Seafood. Aku faham budaya orang Malaysia yang travel ke luar negara ni nak berjimat tapi tolonglah cari dan rasa makanan di Jeju especially Hotpot Seafood. Memang puas yarobbi bila makan. Berpeluh-peluh sebab panas dan pedas tapi berbaloi. Nak makan tu pon jangan main redah sebab Jeju jugak terkenal dengan Babi Hitam dia. So make sure kedai tu diiktiraf halal dan tak menjual babi.

(3) Udara Jeju. So far bagi aku, udara Jeju paling best. Nyaman semacam. Kalau lah aku dapat menetap di Jeju memang rezeki terbesar kot? Aku syak setiap musim memang cantik & best. Kalau ada rezeki aku nak bawak family kakak aku ke Jeju masa winter. Nak bagi anak sedara aku yang tiga ketoi tu main salji.

(4) Public transportation di Jeju sangat efisyen. Well, memang lah tak macam di Seoul tapi dorang dah naik taraf sistem public transport dorang. Tak perlu tunggu lama dan memang boleh kemana-mana dengan bas. Siap disediakan WIFI percuma lagi. Malaysia pun tak buat macam ni tau. Kalau korang naik kereta sekali pun, sila lah try naik bas di Jeju especially pada waktu pagi. Memang best!

(5) Kos sara hidup di Jeju yang tak mahal sangat. Maksudnya, masih mampu la nak beli pape dekat Jeju tu. Makanan pun tak mahal sangat. Selalu orang tanya aku pasal point ni. Berapa ringgit yang dorang nak kena tukar & bawak kalau nak ke Jeju. Aku rasa sorang tu bawak RM1000 pun dah okay kot?

(6) Pasar basah. Antara pasar basah Seogwipo atau pasar basah Dongmun, aku suggest pergilah membeli di pasar basah Dongmun sebab peniaga dia lebih telus dan harga lebih murah berganda berbanding di Seogwipo. Pilihan pun lebih banyak di pasar Dongmun.

(7) Kalau tanya mana nak duduk kalau ke Jeju, aku memang cadangkan korang duduk di sekitar Jungmun. Serius weh lawa giler area situ dan best giler dan tenang giler dan rasa homey sangat. Dari Jungmun ke Jeju City dalam sejam by bus tapi still worth it lah sebab banyak tourist spot di sekitar Jungmun berbanding di Jeju City.

(8) T-Money banyak kegunaan rupanya. Bukan setakat untuk bayar harga bas (oh boleh share 4 orang untuk 1 kad kalau nak naik bas) tapi boleh guna jugak untuk beli pape di 7-eleven. Adik aku redeem balance kad tu di 7-eleven tapi tak silap aku ada certain amount yang leh redeem. So make sure topup card tu ikut keperluan.

(9) Masa dalam balai berlepas di Airport Jeju, aku tengok pelancong China macam naik hantu dok berebut barang apetah. Kitorang tak berani nak join rebut. Dan ada lah sorang minah dari Malaysia ni aku terdengar dia tanya sorang pegawai airport boleh ke kami join jugak rebut barang free tu. Tapi pegawai tu cakap tak boleh so sampai sekarang misteri apa kebenda yang pelancong dari negara China tu rebutkan. Anyone yang tahu?

(10) Jeju merupakan destinasi Muslim-friendly. Banyak jugak ruangan untuk solat disediakan. Ringankan mulut untuk bertanya boleh ke tumpang solat. Walaupun masih ada segelintir warga tua yang akan tengok hijabi ni pelik semacam, tapi abaikan mereka.


Sekian dari aku. Memang berbaloi kami ke Jeju ni. Tenang jiwa raga kejap setelah menempuh episod duka di India. Hahaha. Aku memang sangat galakkan kawan-kawan ke Jeju sebab travel kos yang tak tinggi sangat, makanan hala senang dapat dan environment Jeju yang best. 


Notakaki:

Sebelum masuk ke balai berlepas di Airport Jeju, aku dah beli aiskrim pintal satu sebab nak habiskan duit T-Money tu lah. Jenuh aku nak habiskan. Dahlah orang dah panggil untuk final call. Serius rasa kebas mulut-mulut ni sumbat aiskrim tu. Sekali balik Malaysia, melambak aiskrim dari Korea. Cait. Gigih aku teringin nak makan aiskrim Korea. 


Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment