Assalamu'alaikum.
Tertangguh pulak coretan aku di Jeju ni sebab aku baru je balik dari Europe. Adoi malas rasanya tapi sayang jugak kalau aku tak ceritakan pengalaman travel aku ni. Mana tau dapat bagi panduan kepada kawan-kawan yang sudi jenguk travel blog aku ni selain aku dapat simpan memori dan gambar masa aku travel kan? Jom! Tak yah membebel sebab travel blog untuk Europe pun dah menanti.
***
12 | 05 | 2018 Sabtu. Masa tengah berjalan balik menghala ke bus stop Seongsan Harbour Entrance, aku ternampak satu signage gambar ikan dekat kedai seberang jalan. Bila check, rupa-rupanya kedai tu dapat pengiktirafan halal dari Majlis Agama Korea. Syukur Alhamdulillah. Camne aku check halal ke tak? Pi tanya orang kedai laa. Hahaha. Aku masuk kedai dan tak sempat nak tanya apa-apa, tuan kedai dah cakap Halal Halal & tunjuk sijil halal. Dia pulak leh cakap fair English. Dia cakap ramai tourist Muslim makan kat kedai dia. No pork, No meat, No alcohol dia cakap. Dan kalau check list restoran halal di Jeju, rupanya kedai ni pon salah satu yang listed. Anyway, perut memang lapar gila. Kami order asam pedas Korea tapi yang datang, penuh satu meja. Banyak giler dia bagi side dishes. Memang pemurah orang Korea ni.
|
Beriya tokey kedai ni suruh aku tangkap gambar sijil Halal restoran dia. |
|
Di depan kedai. Nampak kan gambar ikan dekat signage atas tu? Aku baca info dari traveler terdahulu, dorang pesan, nak cari restoran 100% seafood, cari yang ada gambar ikan ke, sotong ke, udang ke. |
|
Rezeki dapat jumpa kedai ni. Alhamdulillah. |
|
Menanti hidangan. Lapor giler dah ni. Ayah aku macam biasa lah, tenung phone dia. |
|
Rezeki jumpa restoran ni setelah penat kaki berjalan. |
|
Kena bersila tu yang lemah. Lenguh kaki. |
|
Dorang hantar side dishes je dulu. Siap bagi marinate crab lagi. Untuk info, dorang tak charge side dishes ni. Memang bagi free. |
|
Mak aku memang dah lapar giler. Itu yang tak sabor tu. Haha. |
|
Tadaaaaa~ Aku panggil nama dish ni, Asam Pedas Korea. Haha |
|
Seaweed soup tu kitorang order. Ok lah asam pedas dia. Tak pedas pun. |
|
Grilled Mackerel. Aku je yang perabihkan mackerel tu. |
|
Sebelum makan, posing dulu. Padahal dah lapor giler. Haha. |
|
Hidangan yang penuh satu meja. |
|
Kita makan dulu~ |
Alhamdulillah kenyang sudah. Rezeki dapat jugak merasa asam pedas Korea. Hehe. Destinasi seterusnya kami nak ke
Seongsan Ilchulbong. Lepas bayar harga makanan tadi (aku dah tak ingat berapa), kami berjalan kaki ke Seongsan Harbour Entrance bus stop dan naik bas untuk ke Seongsan Ilchulbong.
|
Berjalan kaki lagi kita untuk ke Seongsan Harbour Entrance. Bus stop yang kami turun tadi. |
|
Jalan raya yang lengang. Kalau lah dapat sewa kereta~ |
|
Jadual bas kena rajin check Google Maps. So takdelah tunggu lama dekat bus stop ni. |
Dalam 6-7minit dah sampai dan kena menapak lagi melalui deretan kedai-kedai sebelum sampai di entrance Seongsan Ilchulbong. Subhanallah. Hat ni pun lawa jugak. Tersergam indah dan megah Seongsan Ilchulbong ni. Syukur sekali lagi. Dapat jugak jejak ke sini. Mak ayah aku tak nak naik katanya so aku dan adik je naik ke atas. Tiket masuk untuk seorang dalam KRW2,000 seorang bersamaan dalam RM8. Kami takdelah mendaki sampai atas sebab sandal aku pakai ni tak best untuk mendaki selain kami dah malas sebenarnya. Hehe.
|
Fuh letih mendaki dari bus stop ke entrance Seongsan Ilchubong ni. |
|
Sambil jalan ke entrance sambil kepala menyenget mengusha kedai-kedai tepi jalan. Kot lah ada hat berkenan. |
|
Bonda terchenta dah tak larat nak daki so beliau tunggu kat bawah je dengan ayahanda. |
|
Belah kiri adik aku tu lah kaunter tiket untuk masuk ke Seongsan Ilchubong. |
|
Tiket masuk. |
|
Kitorang berjalan dekat kawasan bawah je sebab malas nk mendaki. |
|
Tengoklah jenis sandal aku pakai. Tak koser nak mendaki pakai flat sandal ni. |
|
Berlatar belakangkan Seongsan Ilchubong. |
|
Tudung aku pun dah serupa helmet dah. Angin dekat sini memang kuat. Kalau pakai skirt, memang jadi Marilyn Monroe la korang. |
|
Kalau korang pakai skirt ke Seongsan Ilchubong. Cengginilah bakal terjadi dekat korang. Kekeke. |
|
Takleh pakai tudung bawal dekat sini. |
|
Cuaca agak mendung masa ni. So kitorang memang tak jalan sampai ke hujung pun. |
|
Spot di mana muka ko akan nampak flawless habis. Hihi. |
|
Haaa flawless tak muka I? Hahahhaa. |
|
Boleh jugak turun ke bawah. Ada orang jual makanan laut. |
|
Nampak tak kesungguhan beliau nak ambil gambar aku? Hahaha. |
|
Dekat spot meninjau. |
|
Memang kitorang abaikan je tudung tu. Senget ke apa malas nak layan dah. So sila lah pakai shawl @ pashmina kalau travel. Haha. |
|
Sebelum keluar, kira bergambar kat depan ni dulu. |
|
Seongsan Ilchubong yang mendapat pengiktirafan UNESCO Heritage. |
|
Sebab pergi masa musim bunga, so bunga merata-rata. |
Memang kawasan Seongsan ni angin kuat gila agaknya. Sejuk tangan kitorang. Lepas tu, kami bergerak turun ke bus stop yang menghala ke arah
ladang canola yang kami nampak dari tepi jalan sebelum ke Udo Island. Subhanallah dah sampai tu, memang cantik je tengok bunga kuning kecik-kecik ni. Pengusaha ladang tu kenakan KRW1,000 seorang (bersamaan RM4) dan bolehlah ambil gambar sebanyak mana kami mahu. Takde limit waktu. Actually, canola ni digunakan untuk membuat pelbagai jenis barangan sebagai contoh, minyak masak, cosmetic dan Google lah sendiri. Hihi.
|
Cik Esah dah beraksi. |
|
Abam Li pun tak nak kalah. |
|
Bab posing serah je dekat minah ni. |
|
Aku memang redho dah tak nampak sangat bunga canola. Haha. |
|
Ada lorong-lorong kecik disediakan. So takdelah kita pijak bunga canola tu. |
|
Take 1. |
|
Take 2. |
|
Take 3. |
|
Take 4. Semua dia cakap tak cantik. *rolling eyes* |
|
Baik snap gambar mak aku. Tak cerewet. Hahaha. |
|
Happy je Cik Esah tengok bunga canola. |
|
Hakikatnya. Hahahahaha. |
|
Dan sisi sebenar seorang photgrapher. Hahaha. Bukan senang nak ambil gambar beb~ |
|
Ladang Canola yang luas. |
|
Dah bermacam jenis pose kitorang try. Haha. |
|
Dan bermacam jugak lah fesyen photographer demi nak dapatkan gambar yang terbaik. Haha. |
|
Mulut pun habis muncung. |
|
Siap duduk lagi. Haha. |
|
Kat sini ada jugak disediakan props palsu untuk kita bergambar. |
|
Realitinya tak semua tempat dia cover dengan canola. Yang penting angle ambil gambar tu. |
|
Kasik zoom sikit camne rupa canola ni. |
|
Antara props yang ada di ladang canola ni. |
|
Bersama patung Haraboji. |
|
Kena rendahkan lens tu baru lah tak nampak tanahnya. Ye dok? |
|
Ada jugak prop rumah trasitional Jeju. |
|
Geram pulak tengok bunga canola banyak-banyak tu. |
|
Acah-acah jadi photographer. |
|
Peace yaww~ Happy sebab dapat bergambar dalam ladang canola. |
|
Wa cakap Lu. Memang luas ladang ni. Tapi ajaibnya kami boleh berjalan dari hujung ke hujung tanpa rasa penat. |
Alhamdulillah hari yang agak efisyen buat kami. Penuh aktiviti untuk hari ni. Sempat singgah convenience store dekat sebelah rumah dan beli sardin serta nasi instant sebab beras kami dah habis. Itu pun nasiblah aku bawak beras. Kalau tak jenuh nak mencari dengan kereta takde ni. Esok je yang tinggal untuk kami pusing Jeju ni sebab lusa dah balik. Kejap pulak rasanya. Malam ni susun lagi jadual untuk esok. Kami tak pi lagi pantai di Jeju yang ada kincir angin tu. Aku sambung next entry yang entah bila aku akan habis menulis. Haha.
Sekian.
Notakaki:
Ladang canola ni memang tepi jalan je dan ada dua-tiga pengusaha yang usahakan ladang ni sambil mencari side income, dorang bukak untuk pelancong. Dan hati-hati bila bergambar. Jangan dipijaknya bunga canola tu sebab 3/4 ladang ni memang diusahakan secara serius. Cuma 1/4 je dibuka untuk pelancong bergambar. Still, jagalah adab masa bergambar ye sebab aku tengok ada satu spot canola ni hancur orang pijak sebab nak bergambar.
Xoxo,
Lama tunggu next post cik helda😂😂
ReplyDeleteBwahahahahahaa! Bianeeeee~ Mood stuck dekat langit. Sabajap ye. Hehe.
Deleteassalamulaikum, macam credit card untuk sewa kereta tu after balik tu terminate terus ke kat tu? ke limit kan cred card? ni saya baca post bangkok awak. tapi takut tak notice hehe
ReplyDeleteHaha. sorry sebab balik bercuti ritu. Tak bukak blog. Dah reply dah kat post Bangkok tu. Anyway simpan je leklok credit card tu sebab memang banyak guna especially kalau nak travel ke Europe; dorang terima credit card je. No cash or debit.
Delete