Assalamu'alaikum.
04/12/2019 (Rabu). Hari terakhir kami di Hatyai. Pagi ni baru terhegeh-hegeh nak kemas beg dan masukkan dalam kereta. Bila dah susun beg dalam kereta, memang CONFIRM adik laki aku dan wife dia kena balik ke Langkawi menggunakan:
1. Naik minivan dari stesen bas Hatyai ke Imigresen Hatyai. Sekepala dalam 50baht sahaja. Memang ada kaunter minivan dekat stesen bas.
2. Lepas dah sampai Imigresen Hatyai, dorang laki bini kena cop passport then jalan kaki ke Imigresen Padang Besar, Malaysia. Jarak dalam 500m.
3. Dah cop passport di Imigresen Malaysia, dorang call GRAB untuk ke stesen keretapi Padang Besar. Then beli tiket train untuk ke Arau.
4. Dari stesen keretapi Arau, dorang naik GRAB ke Jetty Kuala Perlis sebab kitorang akan masuk ke Langkawi menggunakan Ferry Langkawi Auto; feri yang membawa kereta dan penumpang ke Langkawi.
Lepas check-out dan ikut Grab yang hantar adik aku & wife dia di stesen bas, aku terus set Waze ke Padang Besar. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah di 7-Eleven terakhir sebelum kami meninggalkan Hatyai. Nak jadi rezeki, aku dapat borang 16 pek Burger Shrimp pujaan hati tu. Aku borong semua! Hahaha. Satu pek Burger Shrimp tu berharga 40 baht iaitu bersamaan dalam RM5.60.
IMIGRESEN PADANG BESAR, HATYAI.
Keadaan kami dalam Avanza. Tu pun setelah 'singkirkan' adik aku dan wife dia untuk naik minivan. Keke. |
Keadaan adik aku dan wife dia dalam minivan. Selesa dari kitorang yang berhimpit ni. Haha. |
IMIGRESEN PADANG BESAR, HATYAI.
Proses agak mudah berbanding masa memula datang. Takde sorang pun kena bayar OT. Mungkin sebab dekat papan tanda tu, duit OT bermula dari 12pm ke atas tapi kami sampai Imigresen jam 1145am. Yang aku tak faham, pasaipa kita kena bayaq kalau depa nak kerja lebih masa (OT)? Patut rakyat Malaysia boikot je datang Hatyai ni. Biaq depa ada akai sikit. HAHAHAHA! Lepas cop passport, aku dan ayah ambil kereta dan pergi ke kaunter 1 untuk serahkan semula Borang Declaration Bawak Masuk Kereta (borang ni aku dapat di Kaunter 7 masa memula masuk Hatyai), dan peliknya Outbound Form dorang tak ambil pun. Memang camtu ke?
IMIGRESEN PADANG BESAR, MALAYSIA.
Anyway, masuk pulak Imigresen Malaysia, mak aku dah peluh ketiak sebab kitorang ada bawak beras. Hahaha. Kastam suruh bukak bonet kereta dan memang dia tak dapat nak cari mana beras yang kitorang bawak. Keke.
FERI LANGKAWI AUTO.
Pendek cerita, urusan lalu Imigresen dua-dua negara takde masalah. Adik aku dan wife dia pun sampai Jeti Kuala Perlis sama dengan kitorang. Lepas solat dan makan, kereta Avanza kami mula masuk ke dalam feri. Untuk info mereka yang nak bawak kereta masuk Langkawi, mudah je. Korang boleh check laman web ni: https://langkawiauto.com/content/home/index/site:langkawiauto-link:1537#popup untuk booking secara online. Mudah dah sekarang. Macam kes kitorang, kereta kami dari Langkawi, jadi kami bayar RM470 (untuk pergi dan balik). Itu hanya untuk bayaran keluar masuk kereta sahaja. Tambang untuk penumpang lain pulak;RM18 (dewasa) dan RM14(kanak-kanak). Untuk driver pulak adalah percuma. Tiket untun penumpang boleh dibeli bila-bila masa sahaja di kaunter luar Masjid.
Dalam bahagian penumpang. Kitorang berempat jalan kaki untuk ke feri. Yang lain ikut ayah aku naik kereta. |
Kakak aku dan anak-anaknya. Penat sangat tu sis. Hehe. |
Boleh jugak berjalan di sekitar dalam feri. Subhanallah cantiknya Selat Melaka ni. |
Idreez yang awal-awal lagi dah tapau makngah suruh beli maggi. |
Lagi 15 minit nak sampai, mak ayah aku rush masuk kereta. Endup kitorang semua berhimpit camni. Sabar jap. Sabar. Nak sampai dah. Bila sampai seberang, ada kereta kakak aku dah menunggu. |
Keadaan dekat kawasan parking dalam feri. Kereta kitorang depan sekali.
Home sweet home~ #langkawi #hometown |
Tamatlah sudah percutian 4 hari 3 malam kami di Hatyai. Puas hati dan aku enjoy je. Maybe next time boleh plan travel ke tempat lain pulak. Seronok travel dengan family ni. Semoga ada lagi rezeki kami satu keluarga untuk berjalan-jalan lagi. Amin.
Sekian.
Notakaki:
Takde post-mortem untuk trip aku ke Hatyai sebab aku gi makan-makan je. Cuma aku boleh conclude kan, memang banyak makanan halal di Hatyai tapi rasa mahai dah sekarang. Baik korang ke Langkawi je. Hehe.
Notakaki:
Takde post-mortem untuk trip aku ke Hatyai sebab aku gi makan-makan je. Cuma aku boleh conclude kan, memang banyak makanan halal di Hatyai tapi rasa mahai dah sekarang. Baik korang ke Langkawi je. Hehe.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment