Assalamu'alaikum.
Izinkan aku meroyan terlebih dahulu. Bongoknyaaaaaaaaa blog ni! Penat aku taip pepanjang untuk post Day 03 di Hatyai, tetiba hilang. Serius rasa nak campak je komputer ni. Waaaaaaaaaaa! Stress teruk! So mungkin post ni akan banyak kekurangan info sebab aku dah curahkan segala info sebelum ni tapi dah hilang. #DoneMeroyan
03/12/2019 (Selasa). Pagi ni adik-adik aku nak ke kedai dobi sebab nak basuh baju kitorang yang dah menggunung. Banyak kedai dobi di kawasan sekitar tapi kebanyakkan kedai yang kitorang tak berapa yakin nak masuk. Nasib ayah aku jumpa satu kedai yang agak proper macam yang terdapat di Malaysia. Sementara tu, anak-anak kakak aku macam biasa mandi kolam pagi-pagi. Tak jemu agaknya.
|
Paksu, maksu, Idreez dan Wan pergi mendobi. |
Semalam Idreez dah buat drama. Jam 2 pagi dia ketuk pintu bilik kitorang. Masa dia memula ketuk, aku tengok dekat viewing hole di pintu, takde sape-sape. Giler kau kalau aku bukak pintu tetiba makhluk lain yang muncul. Boleh histeria aku. Tapi knowing anak-anak kakak aku especially si Idreez, aku agak yakin nak bukak pintu. Lagipun aku takut kalau aku tak bukak pintu, buatnya memang anak kakak aku (Adam atau Idreez yang tidur dengan atuk dan wan di bilik sebelah), depan bilik ada kolam. Takut dorang terjun je. Lepas baca Qursi sekali, aku bukak pintu, sekali memang Idreez jalan sorang-sorang tengah malam buta. Hish laaaa. Rupanya dia sakit gigi. Yang peliknya camne dia boleh bukak pintu bilik sebab budak-budak normal memang tak boleh bukak lock pintu tu. Aku kejut mama Idreez yang tengah berdengkur, sekali lagi kitorang bertarung bagi dia makan ubat. Elok Idreez diam, si Nuh pulak terjaga meraung nak susu. Anak oh anak.
RESTORAN DIMSUM-ZAINA, HATYAI.
Tunggu adik-adik aku balik mendobi, baru kitorang keluar untuk brunch (breakfast + lunch sebab dah agak lewat untuk dipanggil breakfast) di Restoran Halal Dimsum-Zaina yang terletak dalam 3km dari hotel kami. Sebenarnya kawan adik aku yang cadangkan suruh makan di sini. Sedap katanya. Dekat Zaina ni pun ada dimsum. Memula malas dah makan dimsum tapi bila gi tengok, walaupun pilihan tak banyak macam dekat Chabura, tapi dimsum dia tu macam dibuat dengan penuh kasih sayang. Lagipun betul jugak mak aku cakap, alang-alang dah sampai, try je sikit. Semestinya shrimp dumpling menjadi pilihan aku. Selain tu kitorang order jugak masakan panas yang lain.
|
Pilihan dimsum tak banyak tapi agak menarik dan lain dari yang ada di Chabura. |
|
Memang besar-besar serving dia berbanding yang terdapat di Chabura Dimsum. |
|
Dulu dalam mind aku, dimsum ni yang seketoi dua je. Datang Hatyai, memang meriam dimsum dia. |
|
Menanti hidangan tiba. Mantop lah kakak aku travel with 3 boys. Dahlah shuben tak ikut. |
|
Si Nuh ni, masa kt luar dia tidur. Masa dekat bilik, dia berjaga nak main. |
|
Idreez bersama Ultraman yang paksu belikan. |
|
Walaupun ke Hatyai je, tapi bila berjalan satu family ni, memang best! |
|
Dimsum dah sampai. Memang tak banyak pun kitorang ambil. Just nak rasa. |
|
Kita makan dulu. Sedap giler shrimp dumpling ni. Serius sedap. |
|
Kali ni posing secara normal. Takde aksi nganga mulut angkat tangan. Hehe. |
|
Teh Tarik Ais favorite aku. Memang hari-hari order camni. Sedap weh! Teh Thai ni memang lain lah rasanya. |
|
Yeyyy hidangan dah sampai. Lidah Lembu Masak Sambal Petai. Mak, kakak dan adik laki aku je makan. Dorang cakap sedap giler. |
|
Ikan Masak Sweet & Sour. Sedap! |
|
Sup Ekor. |
|
Sotong Goreng Tepung. Favorite Adam. |
|
Kerabu Mangga. |
|
Kangkung Masak Belacan. |
|
Kailan Ikan Masin. |
|
Jom kita makan dulu! |
|
Penuh meja kitorang order. Makan jangan tak makan. |
|
Sungguh-sungguh mak aku makan. Hehe. |
|
Syukur di atas rezeki dari Illahi. |
Memang sedap! Dari dimsum ke masakan panas dia. Licin pinggan cuma agak pricey berbanding kedai makan sebelum ni. Tapi bagi aku, asalkan sedap, okay je nak bayar berapa pun. Dimsum dekat Zaina pun bagi aku lagi sedap dan juicy berbanding dimsum di Chabura. So, yeah, silalah ke sini kalau korang ke Hatyai.
BIG C, HATYAI.
Lepas makan, kami ke Big C yang terletak dalam 800m je dari Zaina Restoran. Big C ni sama je macam Tesco Lotus tapi barang-barang dia lagi murah banyak dari Tesco Lotus. Mak aku ralat giler beli beras dekat Tesco Lotus sebab beza banyak jugak. Hehe. Takpe, takpe. Lepas ni dah tau kalau nak shopping barang dapur di Hatyai nak tuju ke mana.
|
Tengoklah Nuh Rayyan yang comot giler makan coklat abang dia dekat Big C. |
CENTRAL MASJID, HATYAI.
Ikutkan lepas Big C, ayah aku nak solat di hotel. Bagi aku tak praktikal lah asyik ulang alik ke hotel. Takut ayah aku penat tapi bila suruh adik laki take over, ayah tak kasi. Sabor je lah. So aku Waze untuk ke Central Masjid untuk solat dahulu. Aku ingatkan nak ke masjid yang besar tu. Tapi tak tau pasaipa sampai masjid yang lain. Takpe lah. Yang penting solat kan.
|
Central Masjid Hatyai. Kecik je masjidnya dan kawasan dia sejuk berangin. |
|
Kelebihan berjalan di tempat orang Muslim. |
KIM YONG MARKET, HATYAI.
Lepas solat, kitorang ke Kim Yong Market yang terkenal dengan jualan kacang-kacang dan buah-buahan. Kakak aku nak carikan kacang yang husband dia pesan. Masalahnya nak ke Kim Yong by driving ni, adalah parking. Takde kawasan parking berdekatan untuk tarikh-tarikh ganjil. Hanya boleh parking pada tarikh genap. So kitorang terpaksa parking di Hatyai Central Market yang terletak dalam 400m dari Kim Yong Market. Tapi nak jadikan cerita, kitorang sesat dan salah jalan, so dari 400m berjalan kaki, jadi 1.2 km! Mengamuk lah ayah aku. Hahaha.
|
Kim Yong Market ni macam pekan rabu je aku rasa. |
Dah sampai Kim Yong Market, perut aku memulas gila-gila nak terberak. Cari toilet, ermmmm...takpelah. Aku tahan & berak je kat hotel nanti. Hahaha. Di Kim Yong Market memang macam-macam ada tapi sebab dah penat berjalan so takde mood nak usya sangat barang-barang dekat situ. Cuma mak dan kakak aku beli kacang dan t-shirt untuk souvenir. Bila nak balik semula ke kawasan letak kereta di Hatyai Central Market, tuktuk taknak hantar sebab dekat sangat. So kitorang menapak sekali lagi tapi kali ni 400m je. Untuk info, banyak baju cantik-cantik di Central Market Hatyai. Tapi dorang tutup jam 5pm. Tak sempat kakak aku nak shopping baju anak-anak dia.
CENTRAL FESTIVAL SHOPPING MALL, HATYAI.
Balik dari Kim Yong Market, mak dan ayah aku dah flat. Hahaha. Adik ipar aku pun. Tapi sebab aku rasa malam masih muda dan harini malam terakhir kami di Hatyai dan kami pun tak dinner lagi, so aku, kakak dan adik-adik sepakat nak keluar semula ke Central Festival untuk final shopping dan beli makanan untuk dinner. Nampak tak kitorang berempat kuat jalan? Hehe. Kitorang naik Grab untuk ke Central Festival dan kena bayar 80 baht je.
|
Adalah dalam 2 jam kitorang dekat sini. |
|
Kami empat beradik. 10 tahun sekali ni nak keluar berempat. Hehe. |
|
Sementara menunggu order kami siap di food court. Sedap giler Nasi Goreng Seafood yang aku order. |
|
Aiskrim kelapa tak lupa okay~ Saorang satu no share-share. Hehe. 1 cup berharga 40baht sahaja. |
ASEAN NIGHT MARKET, HATYAI.
Sebelum kami ke Hatyai, kakak aku dah cakap dia nak cari passport cover tapi tak sempat lagi nak cari sebelum ni. So malam ni memang kena cari sampai jumpa. Dari Central Festival nak ke Lee Garden Market, ambil masa dalam 15 minit. Bila aku tanya adik yang jual aiskrim kelapa tu, dia cadang, pergi ke Asean Night Market yang terletak dalam 200m je dari Central Festival. Kitorang ke Asean Night Market jalan kaki je dan walaweyyyy~ Happeningnya! Macam-macam ada! Makanan halal pun banyak dijual di sini. Silap tak ke sini dengan parents aku.
|
Aku prefer ke Asean Night Market sebab lebih bersih dan teratur. |
|
Kami berempat yang kuat berjalan. Hehe. |
|
Sementara tunggu passport cover kami siap, kami ke foodcourt dulu. |
|
Udang galah 150 baht satu pinggan. Beli jangan tak beli. |
|
Ada jugak makanan lain dan halal. |
|
Kedai passport cover. Boleh pilih warna cover dan masa kitorang sampai, sebab pilihan terhad, dia offer 2 passport cover for 180baht. Selalunya satu cover berharga 100 baht. |
Memang aku sangat enjoy shopping dan makan di Asean Night Market ni. Serius sangat recommend korang ke sini. Kalau bukan sebab ayah kitorang dah call suruh balik, rasanya lama lagi kitorang dekat sini. Hehe. Masa sampai hotel, berlari si Nuh nak peluk Mama dia. Drama. Hahaha. Malam ni kitorang makan ramai-ramai di bilik aku. Happy moment walaupun jam 11 malam baru dinner.
Sekian.
Notakaki:
Pada pendapat aku, skip je 'lawatan' ke Kim Yong Market. Barang-barang sana agak mahal melainkan korang nak beli kekacang. Dan kalau yang nak cari baju budak-budak, aku nampak memang Central Market Hatyai adalah pilihan terbaik. Banyak sangat pilihan dan kebanyakkannya aku tak pernah nampak dekat Malaysia.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment