Day 07: Tokyo, Japan. (Part 2)

Assalamu'alaikum.

07|12|2016 Rabu. Ada apa dekat Asakusa yang kitorang gigih nak ke sini sampai sanggup tukar train banyak kali? Ada Sensoji Temple! Haha. Temples dan shrines sangat banyak di Jepun ye. Aku pun tak faham kenapa aku masukkan lawatan ke temple dalam itinerary aku. Aku dah lupa. Haha. Patutlah ayah dan mak aku selalu membebel. Keke. Tapi tak silap aku, kawan aku yang cadang ke sini sebab dia baru balik dari Tokyo masa tu. Anyway, selain Sensoji Temple, kawasan Asakusa ni memang terkenal dengan shopping street dan kalau nak beli souvenir murah-murah boleh jumpa dekat sini katanyer dan bila study pasal restoran yang serve makanan halal di Jepun, salah satunya terletak berdekatan dengan Sensoji Temple. 

So, sampai je di Asakusa Station, kitorang pun menapak keluar. Orang sangat ramai dan macam blur kejap nak tuju ke mana sebab exit di train station memang memeningkan. Berpandukan kepada orang ramai, keluar dari train station tu kitorang bergerak ke arah kanan. Memang happening Asakusa ni macam Bandaraya Melaka (sesuka hati je kan aku bagi contoh. Hehe). Siap ada rickshaw lagi. Kalau nak jimat masa dan tenaga, bolehlah naik rickshaw tu untuk tour Asakusa. Tapi mahal giler kowtt~ Aku baca dalam Japan Travel Guide, 30 minit dalam 9000 yen. Tak berani nak pergi dekat sebab takut kena paksa naik. Haha. Masa tengah terpinga-pinga cari jalan ni, sorang brader penarik rickshaw ni tegur kitorang. Memula macam nak avoid la dia sebab ingatkan dia nak suruh naik rickshaw tapi rupa-rupanya dia tanya nak ke mana. Siap bagi Asakusa Maps lagi. English dia sangat fluent ok. Muka pun dah se'level' dengan Takuya Kimura. Ayah aku sempat interview dia sebab macam kagum pulak tengok dia. Pelik nape orang educated macam dia keje bawak rickshaw. Bukan senang kottt nak tarik rickshaw tu. Nak-nak ada manusia berat macam aku atas rickshaw tu. Yang aku ingat dia cakap, dia happy keje tarik rickshaw. Tersentap sekejap aku. Aku kerja dalam office, ber'aircond' dan tak guna banyak tenaga tapi happy kah aku? Things to ponder. 


Berdekatan pintu masuk ke Sensoji Temple, ada bangunan ni. Aku selalu tengok bangunan ni dalam magazine Architecture.

Main element bangunan ni adalah vertical louvers yang disusun berlainan jaraknya. Kagum kejap.

Thanks abam kacaks! So berpandukan maps yang dia bagi, kitorang pun menuju ke arah Sensoji Temple dan tadaaaa~
Bapak besar tanglung ni! Terkejut hakak memula tengok tu.



Pintu masuk ke Sensoji Temple.Ramai giler orang. Gambar ni je nampak macam tak ramai orang.
Apa lagi, bergambar lah! Hahaha.

That photo bomb. 

Dia lagik. Haha.
Masuk ke dalam, Subhanallah. Ramainya manusia kat sini.

Shopping street yang terkenal di Asakusa. Nak shopping souvenir, mehla sini.

Bila jalan ke depan lagi, jumpa shopping street sepanjang-panjang jalan tu. Memang meriah!

Macam-macam jenis souvenir ada dijual di sini. Harga pun agak murah berbanding tempat lain.
Todiah! Abah ibu dah start jeling-jeling.

Ibu memulakan misi tawar menawar. Kakak ni tak lokek bagi diskaun.

Hakak sado di Asakusa! Meriah baqhang!

Usha apa tu Abah? Ambik je kalau berkenan. Keke.

Adik tercantik aku pun nak bergambar kenangan gak.

Ramai kan orang? Dan dorang tak kisah pun kita sebok bergambar tengah-tengah tu. Tourist hotspot kottt. 

Jalan depan lagi, kitorang jumpa pokok nan hampir gersang ni. 

Kalau musim bunga, dengar citer cantik giler area ni.

Dan lagik. Naseb baju sama color dengan pokok. Keke.
Pening kejap kepala aku tengok orang ramai-ramai ni.

Jalan ke dalam, ada gate cenggini lagi. Berapa banyak gate daaa~

Abah dan ibu  dan Adam.

Inilah templenya. Tak ramai sangat orang dekat sini. Dekat depan entrance je ramai.

Di sini juga, korang boleh sewa kimono macam awek tepi aku tu. 

Blog aku, so muka aku la banyak. Hahaha.

Ok, kasi chance adik terhensem aku bergambar. Sensoji Temple as a background. 
Adik terhensem aku ni masuk dalam temple sebab dia nak tengok apa yang ada dalam tu.
Perut dah mula berbunyi. Yelah, makan apa je pagi tadi. Jom, berpandukan Google Maps, kitorang bergerak mencari restoran halal yang terletak dalam 300m je dari sebelah kanan Sensoji Temple.
Bergerak ke arcade yang terletak berdekatan dengan Sensoji Temple. 
Muka kelaparan ayah aku. Ramai giler orang Malaysia beratur nak makan kat restoran tu. Argh, stress!
See? Ramai giler Malaysian. Masing-masing tak de daya nak senyum kot. Ke orang Malaysia memang sombong kalau ke oversea ni?

Inilah arcade yang terletaknya restoran halal tu. Aku ada snap gambar restoran tu tapi tak jumpa pulak kat mana.

Apa-apa hal, bergambar dulu. Keke.

Sebab lapar sangat, so aku pegi beli aiskrim dulu. Hehe.

Restoran halal tu, berdepan je dengan kedai aiskrim ni.

Tadaaa~ Aku ambil flavor Berry apetah. Sedap!

Adam buat muka camni bila nak aiskrim. Hari-hari mintak aiskrim. Mana makngah tak cair beb.
Barisan memang tak menampakkan akan surut so kitorang decide pegi makan tempat lain. 
Bergerak keluar semula dari arcade. Taman ni terletak tengah-tengah antara arcade dan temple. Musim bunga mesti cantik giler.

Eh mana aiskrim Adam? Rasa macam ada beli aiskrim untuk dia. Haha.

Sempat lagi ko bergambar dik. Bukan selalu ye dok?

Tokyo Skytree! Dekat rupanya dengan Sensoji Temple. Tapi kitorang tak pergi sebab dah tak cukup masa.

Stress sebab lapar dan kaki sakit, duduk kejap. Masih di kawasan Sensoji Temple. Haha.
Bila dah penat, hilang terus keayuan aku yang semulajadi itu. Hahaha. Naseblah bakal mak mertua tak lalu. Kekeke.

Ibu bergambar di gate terakhir sebelum jumpa Sensoji Temple ni. Ada reason dorang buat gate banyak-banyak sebelum sampai ke temple. Konon nak sucikan diri sebelum beribadat di temple. Gittuh.

Tokyo Skytree merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj-Khalifa. Correct me if I'm wrong ok.

Dah macam Dato Vida aku tengok. Hahaha.

Lupakan hati yang lara sebab kelaparan dan kesakitan kaki. Meh bergambar kejap. Hehe.
Sob..Sob..Lapar giler tapi restoran kena beratur lama pulak tu. So bila search dekat Internet, aku terjumpa ada satu lagi restoran halal berdekatan area Shibuya Crossing yang famous sebab filem Fast & Furious itu. Apa lagi, ayuh kita ke Shibuya Crossing! Memang kitorang plan lepas pergi Sensoji Temple, pergi ke Shibuya Crossing pulak. So, untuk ke Shibuya Crossing, dari Asakusa Station,boleh naik Ginza Line berharga ¥240 dan turun di Shibuya Station. (Kalau aku bagitau harga tiket tu, means JR Pass tak cover ye.)

Bergerak ke Asakusa Station.

Family moden. Semua pakat tengok phone. Haha.

Like cucu like tokwan.
Lepas tu. Hahaha. Siannya lah Adam.

Welcome to Shibuya! Tapi kita cari makan dulu!
Bila dah sampai Shibuya, tetiba adik tercantik aku hilang dari pandangan. Dah la ramai giler orang. Masa tu memang memasing dah letih dan ayah aku pulak jenis cepat emosi. Tengok adik tercantik aku takde, mulalah dia nak angin. Adik aku tu memang sejenis jalan laju. Tapi takdelah hilang pun dia tu. Cuma dia jalan laju nak cari restoran tu sebab dia tengok mak ayah kitorang dah tak mampu nak berjalan dah. Paham-paham lah mak ayah yang sangat protective ini. Hehe. Then lepas tu menapak la kitorang bersama-sama mencari restoran halal tu tapi bila jumpa, dia tutup untuk rehat la pulak. Kena tunggu dalam sejam lagi baru dia buka.

Haaa..Nampak tak signboard 'HANASAKAJI-SAN' tu? Kedai restoran halal tu di bahagian basement.
Sementara tunggu dia bukak, aku suruh mak ayah dan Adam lepak kat cafe berdekatan dulu sebab kitorang adik-beradik nak pergi menjakunkan diri di Shibuya Crossing. Maklumlah, mak ayah aku dah surrender untuk berjalan. Sementara tu, meh kitorang adik-beradik menjakunkan diri di Shibuya Crossing. Maigawt! Ramainya orang!

Berjalan mencari Shibuya Crossing.

Wow. EXO pun masuk Jepun? EXO ni antara group KPOP yang terkenal masa ni. Tapi aku tak minat laki jambu. Aku minat Abam Gong Yoo. Kekeke.

Bangunan tinggi dan billboard besor-besor menghiasi laman Shibuya.

Ramainya manusia! Tapi first impression aku, lah crossing ni je ke? Sebab takdelah besar pun. Cuma ramai orang dan crossing dia tu bersimpang siur dari pelbagai arah.

Nampak tak my sista & brada dah ready kat seberang sana? Aku pulak tunggu diseberang sini.

Ok, get ready semua.
Lintas! Cubaan pertama gegar habis. Hahaha. Ramai kan makhluk yang melintas kat sini?

Ok, kita cuba lagi. Kasi adjust angle kamera dulu. 

Setting kena mantopp katanyer~

Layan je kakak tu. Haha. Sebenarnya takyah malu nak bergambar kat sini sebab memang ramai yang sebok bergambar kat SHibuya Crossing ni dengan pelbagai jenis aksi pelik-pelik. 

Kalau dapat buat slow motion, cantik ni. Tapi masa ni Iphone takde lagik. Hehe.

Walopon aku tak berapa nak kagum dengan crossing ni, tapi taknak ketinggalan bergambar kat sini. Keke.

Lepas dah penat dan gigih menyeberangi jalan ulang-alik banyak kali, kitorang stop kejap kat tugu anjing yang setia ni. Hichiro nama dia. Terletak bersebelahan je dengan Shibuya Crossing. Again, aku rasa biasa je dengan sejarah Hichiro ni sebab aku rasa aku lagi setia dari dia. Todiah! Hahaha.
Adik tercantik aku dan Hichiro. Gambar memang semua gegar sebab ramai tunggu giliran nak tangkap gambar dengan tugu anjing ni.

Masalah betul suruh orang tinggi tangkap gambar ni. Kita jadi pendek. Haish.

Adik terhensem aku bersama Hichiro. Cobalah untuk setia seperti Hichiro ye.
Dah puas bergambar selama sejam, kitorang terus ke restoran tu. Mengamuk parent aku karang kalau lambat-lambat sangat. Mak ayah aku dah siap masuk ke dalam kedai tu bila kitorang sampai. Dah siap order ok. Lapor benaww tu. Haha. Disebabkan lapar sangat, aku tak ambil pulak gambar kat sini. Adalah sekeping dah kamera aku dan yang lain semua video. Meleleh weh tengok shabu-shabu dia.

Banyak sebenarnya yang mak ayah aku order tapi gambar side dishes ni je yang ada untuk tatapan korang. Keke.
Pelayan dia ajar kami cara nak dip daging tu. English dia sangat fluent sebab dia study je kat Jepun. Dia orang luar. Tak ingat dari negara mana.

Telan liur dah ni. Ambil two serving je tapi banyak la jugak.

Tadaa~ Jom makan!
Bagi aku, bolehlah shabu-shabu dia tapi mak ayah aku macam sangat suka kalau berbanding dengan dinner kitorang di Yakiniku Halal Panga semalam. Taste bud orang berbeda-beda kot kan. Harga makanan aku tak ingat tapi tak silap dalam RM600-RM800 jugak untuk kami berenam. Sekali sekala katanya. Sorry aku tak ingat nama restoran tu. Maybe boleh search 'Tokyo Halal Food'. Dari Shibuya, agak dekat dengan accom kitorang dan aku serta adik-adik aku macam nak explore lagi area-area like Akihabara dan Shinjuku since this is our last night in Japan tapi mak ayah aku macam dah tak mampu nak berjalan lagi. So, kitorang suruh dorang balik ke accom dulu dengan Adam since jalan ke accom kitorang dari Gotanda Station agak mudah.

Kitorang plan nak ke Uniqlo terbesar di dunia ke? Yang terletak di Ginza.  
Kawasan dia nampak macam high-end gittuh.

Haaa melopong hakak sado. Tengok apa tu?

Bangunan high-end kan? Cantik je aku tengok.

Bangunan Dior yang buat aku melopong tengok.

Disebabkan portable wifi aku kasik dekat ayah aku, so untuk ke Uniqlo ni kitorang agak-agak dengan tanya orang.

Alhamdulillah. Jumpa. Memang besar dan tinggi. 12 level tak silap.

Rugilah kan dah datang ke Jepun tak memborong di Uniqlo. Uniqlo ni asal dari Jepun lah.

Maigawt~ Masing-masing naik shekh. Sakan memborong menghabis baki Yen yang masih banyak. Sebenarnya kitorang takut-takut nak spend masa memula sampai kat Jepun. So esok nak balik, bila check banyak lagi balance yen yang tinggal.  Souvenir pun aku tak beli sebab macam takde mood nak membeli.

Mood menyoping datang lambat. Keke. Memang penuh kiri kanan tangan kitorang. Habis dalam 12,000 yen tak silap aku. Sepatutnya boleh dapat pengecualian 8% cukai VAT tu tapi bila nak bayar baru perasan passport dekat mak aku. Adoi~

Lepas dari Uniqlo, kitorang singgah di Akihabara kejap. Saja nak usha ada apa dekat sini. Kedai gadget tersangatlah banyak. Memang tak tau nak masuk yang mana. Tapi masa kitorang sampai dalam jam 8.00pm, 80% kedai dah start nak tutup. Awal giler tutup.

Sebab banyak kedai dah tutup, tak sempat nak usha PS4, maka bergambarlah kita. Pokok masih menguning.

Manhole cover. Cute kan?

Taknak stress teruk, kitorang singgah beli Takoyaki. Besar-besar giler. Sedap!
Sejuk yakmat ye masa ni. Tak tau camne adik terhensem aku boleh tahan.

Tadaaa~ Takoyaki with extra cheese~

Sedap! Kejap je habis kitorang lahap. Hehe.

Macam lengang kan? Baru je jam 8.00pm tak silap aku. Kedai tutup awal di Akihabara.

Sempat~ Maps Akhihabara. Pada peminat gadgets boleh lah datang ke sini dari pagi. Baru puas survey harga & shopping.

Jom kita ke next stop!
Agak rugi banyak disitu sebab kitorang terlupa nak ambil passport dari ibu terchenta. Rugi tak boleh claim VAT satu hal. Safety pun satu hal. Nasiblah tak kena tahan dengan memana polis. Kalau tak memang naya. Walaupun dah tersedar lupa bawak passport, kitorang gigih jugak nak ke HardRock Cafe yang terletak di Ueno Station sebab adik terhensem aku memang peminat t-shirt HRC. Nak pegi di Osaka tak sempat so cuba sehabis daya untuk serbu yang di Tokyo. Untuk info, Hard Rock Cafe Ueno ni merupakan satu-satunya HRC yang terletak dalam train station. So senang, tak payah nak menapak jauh. Dan sekali lagi, baru kitorang tau kalau tunjuk passport, boleh dapat pengecualian VAT. Argh! Stress teruk! Banyak jugak beza harganya. Masa kitorang sampai, ada dua jejaka macam rupa Melayu tengah bershopping jugak. Lepas dok berkira-kira perlu ke tegur dorang (sebab kitorang nak pinjam passport dorang. Gigih nak dapat diskaun kan? Haha), aku gagahkan diri tegur sorang mamat ni. Nak bagi salam, ternampak kuku dia panjang giler so aku say Hi je. Dengan muka tembok, aku explained situasi kitorang yang terlupa bawak passport tapi tak malu nak mintak diskaun. Rupa-rupanya dia dari Indonesia dan dia cakap Ok, boleh. Yahoo! Sempatlah sambar t-shirt HRC 2-3 helai untuk adik dan ayah aku. (Gambar takde sebab aku takut kena halau kalau ambik gambar kedai dia. Hehe.)

Nah aku lanjerr gambar dari Internet. Inilah kedainya.

Bersebelahan je dengan cafe dia ni. Gambar ihsan Google.
Dah penat bershopping buat terakhir kali, kitorang pun balik ke tempat asal. Sampai je di accom, bersih-bersihkan diri, solat dan tido! Sebelum tido macam biasa sapu kaki dengan minyak panas. Giler sakit kaki sado aku ni berjalan. Sob..Sob.. Esoknya jam 500am kitorang dah kena bangun dan bersiap untuk ke Narita Airport. Good night Tokyo~

Sekian.

Notakaki:

Aku tak berapa attached dengan Tokyo. Mungkin sebab dia bandar yang besar dan sibuk. Rasa macam ada dekat KL je. Dan sila jangan lupa kepit passport anda dan jangan lupa untuk tanya kedai yang korang nak serbu tu ada pengecualian cukai VAT tak. Rugi tak claim weh sebab setengah-setengah negara, kita claim cukai VAT di airport macam di Perth, Australia tapi di Jepun, pengecualian cukai VAT direct di kedai sahaja. So jangan lupa tanya ya!

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment