Day 03: (Part 1) - Masjid Niujie & Tiananmen Square, Beijing.

Assalamu'alaikum.

12|04|2017 Rabu. Plan hari ni aku nak visit Tiananmen Square dan Forbidden City. Woot woot! Ikutkan plan asal, aku nak visit dua tempat ni pada hari pertama aku sampai iaitu hari Isnin. Tapi sehari sebelum fly ke Beijing, kawan baru aku dari group FB Backpackers Buddies Malaysia (BBM) bagitahu yang dua tempat ni tutup on Monday! Thanks Redzuan!

Macam biasa bergerak ke Ping'anli Station ditemani dengan air milo kotak untuk alas perut. Pelik jugak sebab aku makan maggi je sepanjang berada di Beijing tapi tak delah menggelupur kelaparan. Selalunya, hmmmmm... Untuk ke Tiananmen Square, kena naik Line 1 dan boleh turun samada di Tiananmen West atau East Station. Macam aku turun di Tiananment East Station (Exit B). Sekali aku keluar dari station, ya Allah, ramai gila manusia tengah beratur!!! Barisan manusia dari pintu masuk Tiananmen Square sampai lah ke Tiananmen East Station Exit B ok! Lemah terus semangat nak jenguk dua tempat ni. Dahlah pagi ni panas giler. Dan aku sejenis tak suka menunggu atau beratur lama-lama atau bersesak-sesak dengan manusia nak-nak dalam panas.

Disebabkan aku decide tak nak beratur lama-lama, dan aku tau memang kalau masuk akan bersesak dengan manusia dalam tu, nah aku belanja gambar Tiananmen Square ihsan dari Google Image je.

Tiananmen Square merupakan dataran awam yang terbesar di dunia. Sebab tu tourist yang datang ke Beijing akan datang ke sini. Dataran merdeka pun aku tak pernah pegi lepak ambil gambar. Kekeke. Gambar ihsan Google Image.
Untuk masuk ke Tiananmen Square ni ada police spot check lagi. Beg semua di scan. Dengar cerita sebab kerajaan China nak banteras gerakan anti-komunis, sebab tu dorang sangat berhati-hati untuk elak rusuhan berlaku dalam Tiananmen Square barangkali. Ye lah, Tiananmen Square tu dah macam nadi negara China. Selain tu, Tiananmen Square ni bersambung dengan Forbidden City. Pendek cerita, aku skip lawatan ke dua tempat ni. Ralat? Tak pun sebab aku kan dah pergi Summer Palace. Memanglah lain tapi Architecture dia lebih kurang sama. Lagipun ada tempat lagi best aku nak tuju. (Ayat nak sedapkan hati sebab dah skip lawatan ke sini. Haha.)

Gigih aku bergerak ke seberang sebab nak ambil gambar dari depan Tiananmen Square ni. Semalam datang malam tak nampak apa.

Pengasas ideology communism katanyer. 

Takde ke software nak bagi kecikkan muka? Hahaha. Selpie dari jauh sudahlah. Aku tengok ramai jugak yang give up lawatan ke sini. 

Maps di Tiananment East Station. Exit B.

Dari Exit B. Tengoklah tu. Ramai giler beratur. Nak masuk sini kena spot check barang. Sebab tu memang lambat.

Bagi chance dengan warga China untuk tunaikan kewajipan dorang datang sini. Padahal aku yang malas nak beratur lelama. Keke.

Dekat Forbidden City pulak ada apa? Apesal malas sangat ko nak Google sendiri ni ha?! Ok, Forbidden City ni merupakan istana rasmi diraja dari Zaman Ming sampailah Qing so adalah dalam 500tahun jugak dia berfungsi sebagai kediaman-pejabat-pentadbiran rasmi raja-raja and their household and of course lah termasuk gundik-gundik yang beribu lemon jumlahnya. Sebab tu nama dia Forbidden City atau dalam bahasa kita, Kota Larangan. Agak rugi sebenarnya aku tak masuk ke sini sebab Forbidden City ni listed as one of UNESCO Heritage Site dan  UNESCO iktirafkan Forbidden City sebagai 'muzium' yang mempunyai koleksi terbesar well-preserved ancient wood structure di dunia! Dengar cerita, kalau masuk ke sini, korang akan dapat tengok jugak tempat mabeles raja-raja simpan gundik-gundik dorang yang beribu tu. Tak tau lah sape lagi untung. Raja yang banyak gundik tu ke or gundik-gundik yang duduk dalam tempat mabeles itu.

Haaa, besar tak? Entrance je ada 4. Rumah kita pintu masuk-keluar ada 2 je dah rasa insecure especially kalau duduk sengsorang, malam-malam pulak tu. Gambar ihsan Wikipedia.


Forbidden City. Architecture dia hampir sama dengan Summer Palace sebab architecture of Forbidden City  ni memang memberi kesan pada  architecture di South-East. Gambar ihsan Google.
Giler ah banyak tangga. Sempot kot kalau hidup zaman dulu. Dunia sekarang memang tersangatlah moden kan? Gambar ihsan Google Image.

Tak nak buang masa, aku turun semula ke train platform sebab aku decided nak terus ke next destination iaitu Masjid Niujie! Masjid Nuijie dibina pada tahun 996 Masihi pada zaman Liao Dinasti dan di upgrade semula oleh Maharaja Kangxi masa zaman Qing Dinasti dan masjid ni merupakan masjid yang TERTUA di Beijing. Haaaa..power tak sejarah aku? HAHAHA! Aku re-phrase dari Wikipedia je nih. Kekeke. Di Niujie ni khabarnya area masyarakat Islam. So banyaklah kedai menjual makanan halal kat sini. Untuk ke Masjid Niujie sangat mudah. Ambil Line 2 dan turun di Changchung Jie Station (Exit A). Then naik bas bernombor 88 atau 10.

Sweet terok tak aku? Siap bagi lakaran map mana nak naik bas 88/10. HAHAHAHA!
First time naik bas di Beijing, first impression aku, wow! Sangat efisyennya sistem bas dekat sini! Menyesal aku sesat teruk-teruk sebab takut naik bas. Satu, ada attendant yang jaga so dia akan buat annoucement mana lokasi terkini bas tu. Dua, siap ada information route bas tu ditampal di dalam bas. Dekat information tu, memang dah ada indication, bus stop mana yang dekat dengan metro station. Kiranya kalau kau sesat, naik je bas. Lepas tu check la mana metro station terdekat yang dia akan berhenti. Tambah kalau kau ada Yikatong Card (Beijing Transportation Card) tambang bas hanya 1 YUAN tak kira kau turun kat mana! Murah terok! Oh dan jangan risau, information yang ada dalam bas telah disediakan dengan tulisan rumi.

So untuk ke Masjid Niujie, menurut bacaan aku, kena turun di Niu Jie Li Bai Si Station. Tapi sebenarnya boleh je turun di Niu Jie Station kalau nak. Lagi dekat sebenarnya dengan Masjid Niujie. Dan kalau turun di Niu Jie Station, memang sebelah je dengan Supermarket Halal. Itu aku cerita kemudian. Anyway, bila aku turun di Niu Je Li Bai Si Station, aku jadi sangat excited sebab merata-rata kedai makanan halal. Arghh, patut aku ke sini on my first day! Perut pun macam dah berbunyi, so aku nak makan dulu dan ternampak satu restoran halal yang agak besar. Jom kita makan dulu!

Masa ni tengah mencari-cari Masjid Niu Jie.
Papan tanda jalan di Niujie.

Ada restoran halal jugak dekat bangunan tu tapi malaslah nak seberang jalan.

Restoran ni ada jual sate. Besar giler sate dia. Aku terlupa nak snap gambar depan restoran ni. Lapor sangat kot. Keke.
Memula masuk restoran ni, aku macam blur giler sebab takde sepatah pun perkataan/ejaan rumi/translation dekat menu. Gambar pun takde dalam menu. Semua tulisan cina je. Then aku ke kaunter, renung je papan tanda makanan dekat atas cashier. Then aku tunjuk gambar Lameen yang menarik minat aku (sebab makanan lain semua pelik-pelik je tengok.) then acungkan jari hantu, then bayar. Hahaha. Lepas tu sekali lagi, terpinga-pinga, nak kena duduk ke apa ni. Tapi aku tengok customer yang dah order, semua pakat beratur tunggu makanan dekat kaunter sebelah cashier dan aku pun ikut lah sekali.

Lepas bayar, kena tunggu dekat sini rupanya untuk ambil makanan yang dah diorder.  Aku pon tunjuk resit yang dihulur oleh cashier, chef uli mee aku on the spot ok! Then tadaaaaaa~

Lamee! Nyummeh! Wajib cari Laamee kalau datang ke China. Harga 13 Yuan semangkuk. Sup dia sangat fresh, mee dia kenyal yang tak muak, dengan hirisan daun sup yang menaikkan selera dan tak lupa jugak kepingan daging lembu yang lembut dan senang dihadam dan sambal cili membara yang menaikkan lagi nafsu makan. Sangatlah banyak portion dia. I feel blessed!

Nampak tak kekenyalan mee dia yang dibuat on the spot masa aku bagi order Sambal kena tambah sendiri sebab orang cina tak makan pedas katanya.

Jempot makan~ Arghhhh rindunya! Tapi beringat ye, portion makanan di China besar-besar dan banyak. Sorang punya meal boleh share 3-4 orang kot?

Menyesal jugaklah aku tak datang sini awal-awal sebab mudah sangat nak datang ke sini. Aku bukanlah peminat tegar mee-mee ni sebab cepat muak tapi memang sedap giler Lamee dia. Tak rasa muak dan kenyal dan sup dia tu. Wallawehhh. Rasa fresh sangat.. Wajib try ok? Lepas dah kenyang, bergeraklah aku mencari Masjid Niujie. Masjid Niujie ni ikutkan lagi dekat kalau turun bas di Niujie Station. Cuma kena seberang jalan je. Tapi kalau aku turun di Niujie Station tadi, mesti aku tak perasan ada retoran halal yang serve Lamee yang sedap itu. Hihi. Anyway, Masjid Niujie ni, betul-betul mengadap jalan. Dan kalau nak masuk, macam kena bayar tapi masa aku masuk tu, dorang tak mintak duit pun.

Berjalan mengikut hati. Haha. Disebabkan takde Internet dan aku tak terpikir nak print map bagai, so aku tawakal je bila berjalan di Beijing ni. Aku tergerak hati nak lintas jalan bila nampak dinding merah tu.

Taman bersebelahan dengan Masjid Niujie. Tapi ranting je tinggal. Dan..
Tadaaa~ Jumpa jugak Masjid Niujie.

Entrance of Masjid Niujie, Beijing.
Minaret depan masjid yang tak boleh digunakan lagi atas faktor usia.
Lakaran pelan Masjid Niujie.


Minaret Masjid Niujie. Architecture masjid ni pelbagai. Ada yang bertingkat-tingkat, ada yang 1 level je tapi tinggi ya rabbi, dan kalau tengok planning Masjid Niujie ni, rendah je element-element masjid ni kalau nak dibandingkan dengan masjid di negara kita. Masjid Niujie ni more to  Chinese courtyard concept.

Walaupun masjid ni agak simple tapi complicated giler details dia. Tabahnyalah sapa yang tukang kayu ni.

Small opening yang terdapat di bahagian pagar.

Ornament detail pada bahagian bumbung merupakan salah satu element penting dalam Chinese Architecture.

Masjid Niujie. Checked! Gambar ni takde sape-sape ambilkan. Aku setup sendiri tripod mini yang aku beli di Lazada.

Sekali lagi tripod miri berkhidmat. Hihi.

Bahagian solat wanita. Asing dengan lelaki. Jujurnya aku rasa planning masjid ni lagi praktikal dari masjid di negara kita. Aku memang tak suka sangat binaan masjid tinggi-tinggi ni. Kesian dengan old people nak naik tangga bagai.

Bersih giler kan? Takde seketoi sampah pun di sini.

Warna warni. Sejuk hati tengok sebab aku memang suka tengok benda warna-warni ni.

Ruangan solat untuk kaum hawa. Ada kakak ni tunjukkan aku tempat berwudhu. Then boleh solat di sini tapi disebabkan tak masuk waktu Zohor lagi, so aku Solat Tahiyyatul Masjid je.

Selpie sekepin' bukti aku dah sampai Masjid ni. Haha.

Masjid tertua di Beijing yang masih utuh berdiri ditengah-tengah arus kemodenan. Hah, gittuh!

Ada selipar disediakan kalau nak ke toilet. Aku tak pergi pun toilet kat sini. Tak terasa nak membuang. Keke.

Jom balik. Macam dah lama je kat sini. 

Nampak macam naga. 
Lepas keluar dari Masjid, aku lintas jalan untuk ke Supermarket Halal yang berdekatan dengan Niujie Bas Stop  (Aku saje story detail kot ada yang tercari-cari jalan macam aku.). Macam menarik je sebab khas untuk barang-barang yang halal. Suasana sekitar Niujie agak tenang dan again, sangat bersih!


Pemandu dekat area Niujie ni macam berjenis sikit. Kiranya ikut peraturan jalan-berhenti bila merah. Tak macam pemandu dekat area hotel aku duduk tu. Lampu merah main jalan je.

Ramai giler orang beratur dekat kedai jual roti ni. Sedap terok kot kan? Tapi sebab aku malas nak beratur, aku terus masuk dalam supermarket halal kat sebelah tu. 

Erkk.. Apa tu?

Pendapat peribadi, aku kurang selera tengok makanan dekat sini. Haha.

Buah-buahan pun ada tapi macam mahal la jugak.

Nampak tak kaki ayam tu? Telan liur je mampu.
Dah habes tawaf dan memborong seketoi-dua, aku terus ke Niujie Bus Stop yang terletak depan supermarket halal ni. Sekali bas nombor 10 lalu so aku naiklah, sebab aku nak turun di memana metro station. Plan aku seterusnya, aku nak ke Yuyuantan Garden! Kata pergi musim bunga, haruslah mencari bunga sakura kan? Woot woot! Untuk ke Yuyuantan Garden, kena ambil Line 1 dan turun di Military Museum Station. Sekali bas ni tak lalu pun metro station dan station terakhir adalah di satu kawasan yang aku memang tak tau kat mana.

Dalam bas. Bersih dan efisyen. Terpaksa compare dengan public bus di Malaysia. Para menteri woit, korang jalan-jalan oversea tu, sila lah bawak balik something yang bermanfaat untuk rakyat Malaysia. Malu lah sikit, Beijing pun boleh provide sistem bas yang sistematik dan bas yang helok untuk rakyat dia. Bicara aku di dalam hati. Kekeke.

Station terakhir. Blank sekejap sebab tak tau nak ke mana lepas ni.

Banyak bas dekat berhenti dekat sini. Tapi takde bas yang aku boleh naik.

Blank~ Satu nama pun tak familiar untuk aku.

Nak naik teksi, tak berani. So aku jalan je kaki cari another bus stop sebab aku ada reference bas nombor apa aku boleh naik untuk ke Yuyuantan Garden. Antaranya bas nombor 114,717,165,132,68,13,21,103 dan banyak lagi. Hahaha. So penting ye untuk print sekali laluan bas. Jangan fokus dekat metro line je.

Aku berjalan menyusuri kedai-kedai ni. Happening sebenarnya area dekat sini.
Adalah dalam 1km aku berjalan, tak nampak pun nombor-nombor bas yang aku boleh naik untuk ke Yuyuantan Garden. Dan kebetulan masa nak give up dah, aku beratur je dekat bus stop yang satu ni, sekali aku terperasan bas nombor 717 akan berhenti dekat bus stop ni. Yahoo! Untuk ke Yuyuantan Garden, aku check banyak jugak bas untuk ke situ dan antaranya ada bas 717. Bas 717 ni akan berhenti di Yuyuantan East Gate Station dan walaupun aku tak tau exact location tu, tapi bila tengok ada perkataan 'Yuyuantan', kira sohih lah tu. Dan masa naik bas tu, orang sangat ramai. Dan yang buat aku terharu, ada sorang makcik cina tua ni bagi aku alas kusyen dan suruh aku duduk (alas kusyen sebab ada space dekat lantai bas yang kau boleh duduk. Haha) dan walaupun dia tau aku orang luar, senyuman manis tak lekang bila dia tengok aku dah membuatkan aku rasa bahagia berjalan-jalan dekat Beijing ni walaupun asyik sesat. Todiah! Gittuh! Hahahaha.

Sekian.

Notakaki:

Kalau nak naik bas untuk ke mana-mana, make sure korang tau nama bus stop berdekatan tempat yang nak dituju. Don't worry, bas di Beijing mempunyai papan tanda untuk route bus yang kita naik tu. Dan bas di sana akan berhenti di setiap bus stop indicated dalam papan tanda tu so tak tekan loceng pun takpe. Paham ke? Dah macam maze bahasa aku ni. Haha.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment