Alhamdulillah. Selesai jugak travelog aku ke Jepun. Makan masa berbulan nak ambik mood menulis ni. Kagum sungguh dekat mereka-mereka yang maintain rekodkan travelog dorang. Thumbs up! Pengalaman aku ke Jepun mungkin berbeza dengan orang lain sebab aku bawak parent dan trip kitorang bukanlah trip budget sangat (kepada backpacker, mungkin boleh jimat lagi banyak bergantung pada hotel & method of transportation yang korang pilih). Dari trip ni, kesimpulan aku dapat buat:
- Kalau bawak parents, jangan susun itinerary ala-ala backpackers. Kalau backpackers boleh cover 10 tempat dalam sehari, pergi dengan parents ni, boleh cover 3 tempat je sehari. Hahaha. So pepandailah susun jadual. Kesian dekat parent kalau nak suruh jalan laju-laju. Dan kesian jugak kat korang yang akan kena bebel bila parent tu dah letih. Hahaha.
- Di Jepun memang sangat sangat sangat banyak berjalan dan turun naik tangga yang sangat sangat sangat tinggi. So sila pilih kasut yang sesuai. Aku beli boot dekat Bandung dan masa beli tu, aku sangat bangga sebab murah. Hahaha. Sekali pakai di Jepun, it's killing me! Sakit giler tumit dan tapak kaki. Memang spoil mood aku untuk enjoy trip ke Jepun ni. Aku suggest, pakai je sport shoes atau mana-mana kasut yang tapak dia lembut berkusyen gittuh~
- Masa booking accommodation especially via AirBNB yang kena bayar terus masa book tu, aku cadangkan print screen page accommodation yang korang nak book especially untuk yang takde review. Jadi dekat kitorang, masa book accommodation di Tokyo, kitorang berkenan satu accom ni. Memang lawa. Tapi dia takde review sebab baru lagi. Berpandukan pada kata-kata orang yang Japanese ni berdisiplin tinggi, aku pon booked accom tu. Sekali, 2-3 bulan sebelum fly, adik tercantik aku heksaited so dia saja suka-suka nak check balik semua accom yang kitorang dah book. Sekali accom kat Tokyo tu dah berubah wajah menjadi lebih hodoh. Tak seperti yang kitorang nampak masa sebelum booking. Naseb aku ada habit suka print screen gambar interior rumah yang aku rasa cantik ni. So kitorang report dekat AirBNB bersama-sama bukti yang aku dah print screen dan gambar yang dah ditukar, kitorang dapat balik refund dan AirBNB bagi extra duit untuk kitorang book accom yang lain. Kawan aku cakap, aku antara orang bertuah sebab 1 dalam SEJUTA nak jumpa Japanese yang kaki tipu. Hahaha.
- Berbaloi beli JR Pass kalau korang plan nak travel dari satu daerah ke satu daerah. Contoh macam plan kitorang lah. Dari Kyoto nak ke Takayama. Then dari Takayama nak ke Tokyo sebab tiket shinkansen dari Kyoto to Takayama je dah dekat RM300. Tapi kalau plan nak explore Tokyo je atau Osaka je atau Kyoto je, tak yah beli JR Pass pun tak pe sebab setiap daerah tu ada offer pakej untuk public transport yang agak menjimatkan.
- Makanan halal agak susah nak jumpa di Jepun. Kalau ada pun, harga memang mahal sebab exchange rate kita tak berapa cantik dan lokasi dia agak jauh dari station. Kalau pergi ala-ala backpackers boleh la nak bantai makan kat memana restoran halal. Tapi kalau dah bawak family ni, boleh menyebabkan post-effect makan maggi selama setahun. Haha. Tapi makanan non-halal memang sangat murah di sana. Lagi satu, kebanyakan restoran di Jepun kena book at least sehari sebelum. Kalau tak book, kena beratur la untuk tunggu kekosongan dan kebanyakan restoran di Jepun beroperasi mengikut waktu makan pagi, tengahari dan malam sahaja. Dorang tak bukak straight 12jam macam kat negara kita. So better check jadual operasi restoran yang korang berniat nak pergi.
- Bagi aku Jepun agak selamat sebab rakyat dia sejenis tak ambil peduli hal orang. Even masa berhimpit dalam Japan Metro, aku tak rasa takut kena raba macam aku rasa takut kena raba kalau berhimpit dalam LRT dekat KL. Hidup dorang asyik dengan phone atau buku. Cumanya pada waktu malam, orang mabuk memang banyak. Muntah pulak merata-rata. Tapi bila siang, memang hilang semua kesan-kesan tu.
- JANGAN LUPA BAWAK UNIVERSAL ADAPTER! Hidup kitorang (especially ayah aku. Hahaha) miserable pada 2 hari pertama sebab terlupa bawak mende alah ni. Haha.
- Orang Jepun takde lah ramah sangat macam yang aku baca dari travelog orang lain tapi tahap disiplin dorang sangat tinggi. Masuk train atau bas, beratur. Merokok pun ada kawasan yang disediakan. Dan dorang bukan spesis cakap kuat-kuat macam kita. So sila behave ye especially dalam train atau bas.
- Kalau nak merasa Autumn dan Winter secara serentak, boleh pergi ke Jepun masa awal bulan 12 dan kena tau tempat mana yang masih Autumn dan tempat mana yang dah turun salji. Aku sempat rasa bermain daun kering warna-warni di Kyoto dan bermain salji di Shin-Hotaka. Tak silap aku Sapporo dan Hokaido pun turun salji awal.
- Laki Jepun bukan taste aku. Jambu yakmat! HAHAHAHAHA!
Bagi aku Jepun ni awesome sebab kebanyakan tempat di sana menggabungkan budaya, tradisi, moden dan kebersihan untuk create environment yang korang takleh dapat dan jumpa kat tempat lain. Dan yang pasti aku akan repeat ke Kyoto (Bamboo Grove & Hozugawa River Cruise aku!) dan Takayama. Mungkin lepas ni boleh ke Hokkaido dan Sapporo pulak? Semoga ada lagi rezeki untuk aku, kau atau dia untuk ke Jepun (lagi). Amin.
Sekian.
Notakaki:
Disebabkan aku pergi dengan family, so belanja ke Jepun kitorang share adik beradik. Tapi anggaran untuk kos seorang adalah dalam RM5000 dan ini termasuk flight JAL, accommodation di Kyoto, Takayama & Tokyo, JR Pass dan segala jenis pass, makan minum dan sedikit shopping. Sebenarnya boleh kurang lagi bergantung pada accommodation dan aktiviti yang korang pilih.
Notakaki:
Disebabkan aku pergi dengan family, so belanja ke Jepun kitorang share adik beradik. Tapi anggaran untuk kos seorang adalah dalam RM5000 dan ini termasuk flight JAL, accommodation di Kyoto, Takayama & Tokyo, JR Pass dan segala jenis pass, makan minum dan sedikit shopping. Sebenarnya boleh kurang lagi bergantung pada accommodation dan aktiviti yang korang pilih.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment