Assalamu'alaikum.
Untuk ke Summer Palace, boleh ambil
Line 4 dan turun di
Beigongmen Station (Exit D). Dari situ, gerak ke sebelah North (macam la bawak compass kan?Haha. Ikut je orang ramai-ramai masa ni sebab aku tak beli simkad lagi.) sampailah jumpa ticket booth untuk masuk ke Summer Palace. Ada lah dalam 500m dari train station ke pintu masuk Summer Palace ni. Cuaca sejuk berangin dan sangat berdebu. Bukan debu tanah tapi debu debunga yang berterbangan ditiup angin. Stress hidung aku dan terpaksa pakai mask. Inilah bahana kalau datang Beijing masa musim bunga. Langit pun tak berapa cantik. Kelabu je warnanya.
|
Di Ping'anli Station. Untuk info, train station di Beijing ni celaru lebih kurang macam di Jepun. Means exit banyak sangat dan dalam 1 station tu ada 2-3 line train. Line train tu adalah line ke mana train tu akan tuju. Line ke utara,barat, selatan, atau timur. Tapi jangan risau, sebab ada signboard tunjuk arah sebesar-besar alam. Cuma perlu tau nak naik line apa dan exit ke mana. |
|
Beigongmen Station. Kamera pun tak ready lagi. Keke. Line 4 ni bersambung terus dengan Ping'anli Station. So untuk ke Beigongmen Station dari Ping'anli, aku tak perlu nak tukar train banyak kali. Vote for Ping'anli Station! |
|
Menuju ke Summer Palace. Ada Abam jual keledek tapi risau pulak nak beli. Karang nak terberak, naya. |
|
Jalan terus je. Bagi aku, jalan-jalan seorang diri dekat sini agak selamat. |
|
Penggunaan basikal yang sangat meluas di sini. Siap ada parking khas untuk basikal. |
|
Setelah 500m menapak, sampai jugak di entrance Summer Palace. Masa ni orang memang tak ramai so aku tak perlu beratur lama. |
|
Tiket masuk ke Summer Palace |
Summer Palace ni tersangat-sangat-sangat lah besar. Menurut Travel China Guide, korang perlukan masa sehari untuk tawaf satu istana. Pendek cerita kalau sebelum masuk istana ni berat kau 100kg, keluar dari istana ni nanti berat kau akan turun sebanyak 50kg. Todiah! Dan kalau memang berminat nak menghayati kecantikan istana ni, route yang dicadangkan oleh Travel China Guide ni adalah dari:
North
Gate- Suzhou Market Street- Marble Boat- Long Corridor- Hall of Dispelling
Clouds- Tower of Buddhist Incense- Hall of Happiness & Longevity- Hall of
Benevolence & Longevity- Gallery of Literature Prosperity- East Gate.
Disebabkan aku bukanlah pencinta sejarah tegar, dan niat aku ke sini just nak usha apa yang cantik sangat Summer Palace ni, so aku beli tiket masuk sahaja berjumlah 30 Yuan seorang. Dan kalau sesapa berminat untuk explore satu istana, ada tiket-tiket lain dan pakej-pakej menarik yang korang boleh beli. Ongkosnya lagi tinggi lah. Jom teman aku masuk Summer Palace!
|
Ramainya orang. Argh, kenapa aku datang sorang-sorang ni. Boring giler nak tour tempat ni sorang-sorang. Hahaha. |
|
Adoi. Kena naik tangga ke? |
|
Sebelum naik tangga tu, stop kejap untuk menikmati pemandangan kiri dan kanan ni. Tenangnyaaaa~ |
|
Sungai di apit dengan kedai-kedai menjual souvenir. Dulu kala tak pasti apa fungsi rumah-rumah tepi sungai ni. Rumah para gundik kot. Keke. |
|
Boleh naik bot di sini. Harga aku tak pasti tapi boat tu akan bawak kita melayari keindahan taman diraja ni. Todiah! Sasteranya aku. Hehe. |
|
Nak jugak gambar sekepin' sebagai kenangan aku dah sampai sini. Hehe. Selpie time! |
|
Antara kedai souvenir yang terdapat dalam Summer Palace ini. Agak mahal harga dia jika banding di tempat lain. |
|
Waaa..ramainya orang. Aku cari jugak kot ternampak muka Malaysian, tapi macam takde pun. |
|
Selpie lagik! Hahaha. Cengginilah nasib orang pegi sorang-sorang. Nak mintak tolong orang tangkapkan, malu. Nak posing setup kamera sendiri, tak pandai lagi. Selfie stick pulak memang takde sebab tak pandai pakai. |
|
Memula aku macam malas giler nak panjat tangga ni tapi terdetik 'Why not try je. Tak larat turun balik.' |
|
Tadaaaa~ Orang tak berapa ramai atas ni sebab masing-masing malas nak panjat. Camne lah raja dulu-dulu naik atas ni. Dengan baju diraja yang besar giler tu. |
|
View dari atas menghadap ke dataran yang aku selpie sorang-sorang tadi. Keke. |
|
Kedai apetah tu. Macam takde orang je. Tengoklah langit yang kelam berjerebu itu. *sigh* |
|
Dan lagik! Mohon bersabar dengan sisthurr ye. Haha. |
|
Aaaa.. Kena memanjat lagi ke ni? Adoiii... |
|
Hiasan facade berunsurkan Chinese Architecture. Warna warni. I loike~ |
|
Bukan emas kot kan? Aku syak gentian bumbung ni bukanlah yang asal. |
|
Adoilaaaa. Naik tangga lagi ke? Aku dah berkira-kira nak turun balik sebab risau makin tinggi naik, makin banyak tangga kena daki. Nanti kalau lepas keluar dari palace ni aku dah kurus, camne? Confirm menangis mak aku. Haha. |
|
Aku tetapkan iman, aku naik jugak. Ni semua sebab rasa tercabar sorang pakcik tua pakai tongkat gigih naik tangga tu. Haha. That photo bomb. Haish. |
|
Dari dari puncak. Kalaulah awan tu kebiruan, mesti cantik. |
|
Lepas dah naik tangga tu, kena lalu lorong kecil ni. |
|
Dan tadaaa~ Sama je pemandangan dia. Haha. |
|
Aku lupa apa nama element ni. Tapi benda ni elemen penting dalam temple Buddha tak silap aku. |
|
See? Penuh dinding dengan ukiran patung-patung Buddha. Tabahnya pengukir patung ni. |
|
Zoom in sikit. Bayangkan masih utuh ukiran patung Buddha ni. Aku memang kagum dengan skill orang-orang lama ni. |
|
Cobaan untuk mengabdikan kenangan di sini. Tepi sikit la Bang. Aku pon nak gak bergambar. |
|
Haish matsaleh ni pulak kacau! |
|
Taknaklah! Malas! Stress aku! |
|
Bergerak ke bahagian lain pulak. Ramai sangat orang kat sini. |
|
Cubaan kedua. Argh! Tadi takde orang. Elok aku nak gambar, time tu jugaklah Abam ni nak sentuh-sentuh dinding pulak. Haish! |
Ya Allah, banyaknya tangga dalam Summer Palace ni. Semput aku nak mendaki. Naseblah cuaca sejuk-sejuk berangin. Alhamdulillah ini last stop yang aku kena daki. Subhanallah~ Memang cantik landscape Summer Palace ni. Aku bergerak turun ke bawah dan sepanjang-panjang jalan turun tu, dipenuhi dengan unga-bunga yang aku tak pernah tengok. Dan masa aku nak turun tu, ada booth-booth jual air dan souvenir. Nak beli air, takut terpaksa cari toilet. Aku memang tak akan guna public toilet kat sini. Haha. Dan ada satu souvenir ni yang menarik minat aku. Lawa giler!
|
Lawa kan???? Laju giler makcik ni lukis. Harga tak pasti berapa sebab kalau aku tanya pun, bukan dia faham. Dan kalau dia jawab pun, memang aku takkan faham. Keke. |
|
Going down. Tanah yang sedikit landai. |
|
Bunga apa ni eh? |
|
Tak boleh imagine esok plan nak ke Great Wall of China. Kat Summer Palace ni pun aku dah sempot dengan muka bumi dia. |
|
Bestnya kalau dapat bawak mak ayah aku ke sini. |
|
Banyak sebenarnya bunga-bunga kat sini tapi bila check kamera macam ada sekeping dua je gambar bunga. Pelik~ |
|
The Sakura! Takyah pegi Jepun. Datang je Beijing kalau nak tengok Sakura. Keke. |
|
Tenang kan? Dengar cerita musim sejuk sungai tu beku. |
|
Dan bunga yang tercantik masa tu mestilah aku! Hahahaha. Hamek kaww~ Koleksi selpie hakak sado. Kekeke. |
|
Antara binaan gerbang yang ada di Summer Palace tapi aku masuk sekejap je sebab tempat ni kena bayar tak silap aku. |
Dah penat berjalan, aku ternampak ada kaunter tiket untuk boat tour. Range harga pun berbeda-beda. Memula aku macam tak nak naik tapi rasa macam dah sampai, rugilah tak naik. Makanya,
|
20 Yuan je seorang. Kalau convert dalam RM12. Ok la kan? Tour selama 30 minit. Ada banyak pakej yang lain tapi lebih mahal lah. Aku cheapskate. Hahaha. |
|
Sekitar Summer Palace ni, banyak je operator boat. So boleh pilih nak naik yang mana satu. |
|
Malas dah nak berjalan. Jom naik boat pulak. |
|
Paham apa dia tulis? Haha. |
|
Berjalan ke arah boat. Operator dorang agak kasar so jangan kecik hati ye. Memang cara bercakap tu macam nak marah orang. |
|
Dan tadaaaa~ Kita selpie dulu sebelum boat gerak. Keke. |
|
Aku duduk belakang sekali. Sebelah aku tu pasangan cinta songsang. Haha. Silap tak ambil gambar dorang. |
|
Let's go!!! |
|
Ramai orang masa ni. Dorang cakap kalau musim panas, laaagi ramai. |
|
Pada musim sejuk, dorang cakap tasik ni akan membeku. |
|
Tak pasti apa abam-abam tu buat. Aku perasan Beijingers ni kuat bekerja tau. Dari muda hingga ke tua. Dorang macam tak pilih kerja. Thumbs up! |
|
Hakak bedah nak selpie lagik! Hahaha. Sian dia gi malu nak suruh orang tangkapkan gambar. Hahaha. |
|
Melalui kawasan gudang diraja kot. Sesuka hati je ingat tu gudang kan? Haha. |
|
Itulah Summer Palace dan untuk masuk sana tak silap aku ada bayaran yang lain. Giler ahh tinggi. Naik yang nak ke temple dia je pun aku dah semput. |
|
Macam besar je boat tu. Langit kelabu je kan? Dengar cerita kalau musim panas, awan akan membiru. Mesti cantik. |
|
Aku syak itu antara kawasan liburan diraja. Takleh bayang macam mana dorang hidup dulu-dulu. Banyak giler tangga! |
|
See? Bridge pon kemahen meninggi cenggitu. |
|
Setiap operator boat akan berhenti dekat tempat lain-lain. So kalau rajin, boleh lah survey satu-satu laluan setiap boat kat sini. Aku malas. Haha. |
|
Kagum jugak dengan Chinese Architecture ni. Ko rasa senang ke nak buat bumbung yang curvy cenggitu? |
|
Bridge terbesar di Summer Palace. Kalau tengok cerita Cina zaman dulu-dulu, scene atas bridge ni memang wajib kan? |
|
Antara element yang terdapat sepanjang tasik ni. |
|
Cantikkan bridge ni? Aku suka! |
|
Dah nak sampai jeti. |
|
Dah sampai. Jom turun! |
Boat tour ni mengambil masa dalam 30 minit. Aku ambil laluan yang terpendek sebab dia yang termurah. Baru first day kat Beijing
dan aku pergi seorang
dan aku takde credit card
so aku tak berani nak spend lelebih. Anyway, masa dalam boat tu, sebelah aku ada satu couple ni. Memula aku syak couple mak dan anak. Dalam hati memang terdetik, bagusnyalah si anak ni bawak mak jalan-jalan naik boat. Sekali aku tengok yang si mak tu nak selfie-selfie dengan si anak. Tapi bila si anak taknak, si mak ni buat mulut muncung konon-konon merajuk la tu. Euwwwwww~ Hahahaha! Bila aku turun dari boat, couple ni siap pegang-pegang tangan dan bahu. Dalam hati, huntunglahhh kau makcik. Tua-tua pun ada laki muda nak. Aku ni yang tak tua sangat pun takde sape yang nak. HAHAHAHA!
|
Ada orang main layang-layang atas bridge yang terbesar tu. Look at the sky. Arghh stress terok! |
|
Ramai giler orang atas bridge ni. Anyway boat aku naik tadi tu berhenti betul-betul sebelah bridge ni. |
|
Pakcik patah kaki pun mampu berjalan-jalan kat palace yang besar ni. Salute lah pakcik! |
|
Acara wajib. Hahaha. Jadilah, bukti aku penah step on this bridge. Keke. Orang ramai sangat kat sini so aku malas nak redah bridge ni untuk ke seberang. |
|
Nak naik bridge tu takde steps. Ada yang ni je. Aku pakai sport shoes pon rasa ngilu nak turun. |
|
Dan lagik! See? Ramai kan orang? Ke nampak kepala aku je? Keke. |
|
Pavilion. |
|
Sangat berangin kat sini sampai aku kena pegang tudung. |
|
View towards the briidge. Nampak landai tapi semput wehhh nak daki. |
|
View towards Summer Palace. Tengok dari jauh pun jadilah. |
|
Cubaan menggunakan tripod mini yang aku setup di lantai. Keke. |
|
Ok, jom keluar dari sini. Aku rasa dah turun 20kg ni. Haha. |
|
Lembu diraja kot. Tak pasti signifikasi benda ni ada kat sini. |
|
Mana pintu keluar ni?? Aku berjalan ikut kaki je. Dahla ramai giler orang. |
|
Pokok deduit yang ditanam sepanjang tasik ni. |
|
Toilet. Ramai giler melepak depan toilet. Hidung kebal gamaknya. |
|
Aku ternampak entrance/exit ni tapi aku rasa ini bukan exit yang aku cari. Aku takut kalau keluar dari exit ni, aku tak jumpa Beigongmen Station. |
|
So aku berjalan lagi. Bridge semakin jauh aku tinggalkan. |
|
Kompleks Summer Palace. Besar giler kan? |
|
Aku berjalan sampai lah ke hujung and guess what? AKu sampai balik kat tempat aku memula naik boat tadi. Argh! Stress teruk! So aku decide keluar je dari exit aku jumpa memula tadi. |
Ini semua sebab drama songsang 'ibu dan anak' tadi, terus aku sesat tak jumpa exit. Hahaha. Bila aku keluar dari exit tu, aku terus ke arah kiri sebab pikir-pikir logik, memang lah Beigongmen Station tu sebelah kiri. Ada local approach aku tapi aku buat-buat kepala tau sebab dorang cakap ramai scammer dekat sini. Aku terus berjalan dan berjalan dan berjalan tapi tak jumpa pun Beigongmen Station! Ada lah dalam lebih 10km aku berjalan kaki. Serius! Kaki dah start sakit. Nak naik bas, aku tak tau nak berhenti kat mana so teruskan je berjalan.
|
Kanan ke kiri? Aku pilih untuk ke kiri. Argh! Sepatutnya ke kanan! |
|
Dah belok kiri, jalan terus. Area yang bersih dan tenang. Aku ingatkan Beijing kotor. Sorry Beijing! |
|
Tumbuhan yang menemani aku sepanjang berjalan. |
|
Macam bahagia je jadi pokok. Hehe. |
Ikut plan asal, lepas melawat Summer Palace, aku nak ke
Temple of Heaven tapi macam dah tak daya je nak ke sana. Untuk info, Temple of Heaven ni dibina pada zaman Dinasti Yongje dan merupakan temple Diraja zaman tersebut berdoa kepada Tuhan untuk dimurahkan rezeki, cuaca yang baik dan panjang umur. Menariknya, Temple of Heaven ni dah diiktiraf as one of UNESCO World Heritage Site pada tahun 1999. Kalau dah diiktiraf UNESCO tu, bukan calang-calang tempat lah. Dekat situ jugak ada tempat riadah so mesti cantik gila! Tapi apakan daya, serius aku dah tak mampu nak menapak ke sana. Dari Summer Palace ke Temple of Heaven agak jauh rupanya. Macam dari utara ke Selatan. My bad sebab tak study bebetul lokasi tempat tu.
|
Temple of Heaven. Lawa gila! Gambar ihsan Internet. |
|
Belanja gambar pun jadilah kan? Keke. InsyaaAllah ada rezeki ke Beijing lagi, boleh datang sini. |
Di saat aku dah nak give up, aku ternampak signage metro station Xiyuan tak silap aku. Harap maaf, gambar kawasan sekitar memang takde sebab aku dah nak pengsan berjalan kaki. Haha. So, dari
Xiyuan Station, aku decide sebelum balik ke Ping'anli Station, aku nak ke
Beijing South Railway Station sebab aku nak beli tiket
Bullet Train untuk ke Shanghai pada 13/4/2017 nanti. Nasiblah seat banyak kosong. Aku siap tertido kottt sebab dari Xiyuan ke South Railway Station mengambil masa selama 45 minit.
South Railway Station tersangatlah besar! Macam-macam ada. Laparnya tapi tak jumpa pun makanan halal. So dari platform train, berayam itik dengan sesapa yang aku jumpa (sebab takde signage mana nak tuju untuk beli tiket Bullet Train ni) aku terus ke bahagian atas sekali. Sekali naik atas, aku tengok kena spot check beg macam kat airport sebelum masuk main area. Confuse sekejap aku. Betul ke ini tempat nak beli tiket train? Bila aku tanya pegawai imigresen yang jaga dekat situ, dengan muka masam dia jawab YA. *rolling eyes*
|
Besar giler! Rupanya kat sini lah beli tiket, kat sini jugak tempat nak naik Bullet Train. |
|
Untuk foreigners, kaunter tiket asing ye dengan local sebab masalah bahasa lah. So sila check bebetul sebelum beratur. Jangan jadi macam aku yang pakai beratur je. Dahla lama giler sebab orang memang ramai. |
|
Alhamdulillah. Dapat jugak tiket dan waktu yang aku nak. Nak beli tiket ni kena provide passport ye. Harga? rujuk balik post 'Persediaan ke Beijing' ye. |
Serius aku sangat keletihan. Tapi aku enjoy lawatan aku ke Summer Palace sebab sumpah cantik tempatnya. Environment pun tenang je. Kalau nak laaagi cantik, pergilah masa musim panas. Tapi disebabkan aku kesesatan ditambah dengan kepenatan berjalan dalam palace tu, aku decide lepak bilik je malam ni sebab esoknya aku nak ke Great Wall of China! Woot woot! Which side yang aku nak pegi? Sambung next entry.
Sekian.
Notakaki:
Aku memang strongly advised dapatkan simkad di Beijing atau rent Wifi untuk kegunaan di sini sebab kita memang sangat perlukan Google Maps untuk tau arah sebab signboard dorang kebanyakan in Chinese. Kalau tak memang akan sesat macam aku. Dan kalau ada pakaian lebih nak donate especially pakaian budak-budak, aku rasa boleh lah bawak masa berjalan-jalan di sekitar Beijing. Kesian aku tengok anak-anak cleaner di sana. Pakaian koyak, seluar pon koyak. Sedihnya!!!
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment