Day 07: Tokyo (Part 1)

Assalamu'alaikum.

07|12|2016 Rabu. Aku tak berapa lelap nak tidur malam tadi. Satu, sebab sejuk giler. Heater tak berapa nak berfungsi. Kedua, bising kat jalan utama. Tak tidur gamaknya orang Jepun ni. Hari ni plan pertama kitorang nak ke Fujiko F. Fujio Museum a.k.a Muzium Doraemon! Adik terhensem aku yang request nak ke sini. Mengimbau kenangan lama katanyer. Adik terhensem aku ni memang peminat setia komik Fujiko F. Fujio terutamanya Doraemon & Nobita lah. Memang kitorang membesar dengan komik tu. Aku khatam kottt semua komik-komik Doraemon ni. Nama sebenar Fujiko F. Fujio ni adalah Hiroshi Fujimoto dan aku rasa mendiang sangatlah genius! Macam mana dia boleh create karakter Doraemon yang datang dari masa hadapan, Nobita yang bodoh-bodoh alang dan selalu kena buli tapi ambitious kemahen, Sizuka yang ayu dan bijak tu boleh jatuh chenta dekat Nobita (aku rooted dia kawen dengan Tagetsuki yang pandai dan hensem tu. Haha.), Sinyu yang mulut longkang tapi kaya dan suka tag team membuli dengan Giant yang kuat makan dan pembuli tegar tapi abang yang penyayang kepada Hana. Tak lupa jugak ibu Nobita yang garang dan tegas macam mak aku masa dia muda-muda dulu. Haha. Watak-watak yang wujud di alam realiti tapi diolah dengan cara yang menghiburkan. Wah gittuh skema ayat aku. Haha.


Mendiang Fujiko F. Fujio. Gambar Ihsan Internet. Untuk info lanjut mengenai muzium Doraemon ni, boleh klik sini.
Watak-watak dalam komik Doraemon.

Untuk ke Muzium Doraemon ni, tiket masuk ke muzium hanya boleh dibeli di Lawson dengan harg¥1000 untuk orang dewasa dan ¥500 untuk kanak-kanak. Muzium Doraemon ni terletak di Kawasaki dan ambil masa dalam sejam perjalanan dari Tokyo. So kitorang kena keluar awal pagi ni sebab kitorang beli tiket untuk slot 10.00am. Selepas bersiap dan sarap roti yang dibeli dekat mini mart semalam, dalam jam 8.15am kitorang pun bergerak keluar.



Masa beli tiket untuk Muzium Doraemon dekat Lawson, kita akan dapat voucher cenggini. Siap dia bagi sampul surat yang cute lagi. 

Ambil mood sebelum bergerak ke Gotanda Station. Tokyo sangat sejuk pagi ni. 

Let's go! Adam yang setia di sisi Atuk dan Wan.

Setiap lorong di Jepun ada disable lane assist. Dekat Malaysia pun banyak tempat dah implement benda ni.

Tokyo pagi-pagi agak bersih. Tapi masuk malam, penuh orang mabuk. Jujurnya bagi aku agak scary kalau kita berjalan sorang-sorang sebab kita tak tau orang mabuk tu boleh buat apa kat kita. Bukan dia sedar pun kan?

Tunggu traffic light color hijau baru boleh jalan. Keke.

Tangga untuk ke jejantas. Memang kuat betul kaki orang Jepun ni kan?
Tapi kitorang malas nak naik tangga, so mengelat sikit naik lift dalam shopping mall. Haha. Shopping mall ni connected dengan jejantas untuk ke seberang/Gotanda Station.

Dari Gotanda Station, kitorang naik JR Yamanote Line dan turun di Shinjuku Station. Then dari Shinjuku Station, kitorang naik Odakyu Line dan turun di Noborito Station. Then follow je signage untuk ke bas yang akan bawak kitorang ke Fujiko F. Fujio Museum ni. 



Orang agak ramai di Gotanda Station. Awal giler dorang ni pergi kerja. 

Alhamdulillah dapat seat. Phone sentiasa ditangan sebab nak check jalan, jadual, next plan etc. Travel agent katanyer. Gambar ni dalam train nak ke SHinjuku Station.

Then dari Shinjuka, tukar train untuk ke Noborito Station. Bagi aku, station keretapi di Tokyo tak sebersih di Kyoto dan Takayama. Dah nama pun bandar besar kan. Tapi yang penting, lagiii bersih dari station Masjid Jamek di KL. Hahaha.

Alhamdulillah dah sampai di Noborito Station!

Sebelum apa-apa, meh bergambar dulu. Haha. 

Sebab signage dia cuteeeee. So untuk ke bas yang akan bawak kita ke Muzium Doraemon, follow je signage ni.

Adik tercantik aku pun nak bergambor kenangan. Cute kan signage dia? Adik tercantik aku bebel sebab gambar ni tak proportionate. Haha.

Adik terhensem dan ayah aku pun nak samaaa. Hahaha.

Eh, Adam dan Atuk pun nak jugak? 

Mommy su dan Adam. Kawan bergaduh ni. Mommy su suka sakat si Adam ni. Adam pulak kuat melalak. Haa padan lah! 

Adam nak bergambar sorang-sorang katanyer. Nak tunjuk gambar dekat mama (kakak aku la tu).
Noborito Station masa ni tak ramai orang. Mungkin masih awal dan lagi pun kawasan Kawasaki ni terletak 45 minit dari Tokyo. Tapi station dia cool sebab ada travelator ok~  Kitorang follow je signage tu untuk ke bus stop. Bas dah siap sedia menunggu. Cute giler bas Doraemon ni! Arghhh rindu zaman kanak-kanak dulu. Kitorang memang membesar dengan komik Doraemon ni. Thanks Abah! Thanks Ibu! Sebab tak pernah missed belikan kitorang komik Doraemon masa kitorang kecik-kecik. Muah ciked!

Haaa nampak tak bas Doraemon tu? Turun je dari station, bus stop ke muzium ni sebelah kiri.

Cuteness overload!!! Comey giler shuttle bus dia!

Tambang sehala untuk  seorang adalah ¥230 kalau tak silap aku.

Dalam bas, memang semua komponen berunsurkan image Doraemon and the gang. Loceng bas yang super cute. Hakak suka!

Tengoklah seat dia. Printed dengan corak-corak elemen yang ada dalam komik Doraemon. Cute!
Bus handle pun sama! Arghh too cute to handle!
Dalam 10 minit kemudian, kitorang sampai di Muzium Doraemon a.k.a Fujiko F. Fujio Museum. Bas berhenti bertul-betul sebelah entrance muzium ni.

 Adik tercantik aku bergambar kenangan depan bas yang sangat cute ni. Haha. 

Alhamdulillah. Dapat tunaikan impian adik terhensem aku nak datang ke muzium Doraemon. Dia ni jarang nak request apa-apa sebab tu bila dia request something, kakak-kakak dia ni cuba nak tunaikan.

Masa kitorang sampai, muzium ni tak bukak lagi. Ye lah, jam 10.00am pun belum lagi. Tapi dah ramai menunggu. 

Sebab muzium pun tak bukak lagi, apa kata kita bergambar kat pokok merah ni dulu.

Adam dan Atuk. Doraemon bukan zaman Adam. So dia tak paham kenapa kitorang datang sini. Haha.

Asyik kiter je tangkap gambar kan. Hehe. Kawasan kawasaki sangat tenang sebenarnya. 
Dorang dah start panggil untuk beratur masuk muzium. Dahla cakap Jepun konfiden giler macam kita ni paham. 
Beratur please~ Ramai jugak peminat Fujiko F. Fujio ni. Ada sorang Tokwan bawak 2 cucu dia yang cute. Orang Jepun memang sangat adore mendiang Fujiko F Fujio ni.
Attendant muzium yang bercakap sopan je. Walaupun dia tau ada tourist tak faham dia cakap apa, tapi dia cakap je non-stop. Sian pulak aku tengok. 

Even sebelum masuk muzium pun, dah ada pameran sikit-sikit pasal Doraemon di bahagian dinding tu.


Doraemon dengan kuih favorite dia, Dorayaki! Cute kan display ni?

Aku nak roti ni! Tekap roti dekat buku then makan, terus dapat serap segala ilmu & info dalam buku tu. Fujiko F Fujio, you are so genius! 

Ermmm tak pasti ni display untuk apa. 

Nak jugak yang ni! Request je nak makan apa, terus ada makanan idaman dalam bekas putih tu.
Kaum kerabat Doraemon. Aku tak ingat siri ni yang mana satu.

Fujiko F Fujio dan karya. Comey giler miniature ni. Geget kang!

Doraemon sebelum telinga dia kena gigit dengan tikus. Hahaha. Dia insist yang dia keturunan kucing, bukan musang. Apa-apa je lah Doraemon. Yang penting kau memang cute!
Bila dah masuk muzium ni, aku terus ke kaunter reception dan aku tunjuk voucher yang kitorang beli di Lawson, then receptionist tu bagi audio guide device macam telefon mainan tu dan tiket untuk masuk theater Doraemon nanti. Audio device ni digunakan bila kitorang masuk kawasan exhibition. Tekan je nombor yang ada dekat exhibition tu, then dia akan explain the exhibition story kat kita. DAN tak boleh tangkap gambar ye. Sob..sob.. Mungkin dorang nak preserve exclusivity karya mendiang Fujiko F Fujio. Tapi ada bahagian exhibition yang kita boleh tangkap gambar so worry not!

Tiket untuk masuk theater. Cute kan? Lain-lain corak design dia.

Antara karya asal mendiang Fujiko F Fujio. Siap ada kesan liquid paper lagi. Somehow hati rasa sayu tengok master piece ni. How time flies~ 
Master piece black and white. Hand sketches ok! 

Manga yang dah berwarna. Pakai tangan jugak ok! Kagum gila! Dahla kemas je lukisan dia. Nobita yang pertama kali terkejut Doraemon keluar dari laci meja belajar dia.

Aku ingat siri ni! Giant is trying to change his ugly look into this handsome young man. Hahaha.

Walaupon tak faham apa yang ditulis tapi kami dapat relate sebab komik dia memang dah khatam. Excited!

Doralin spotted! Cute! Cute! Cute!
Lepas dari lalu kawasan exhibition acah-acah muzium ni, kitorang masuk ke bahagian yang sangat ceria! Warna warni dan kitorang sangat excited sebab benda-benda yang kitorang tengok dalam komik, ada depan mata in a human scale ok! Excitednya!

Adam dan Doraemon. Adam, awak patut minat Doraemon bukannya Ultraman. Ultraman tu ganas. Haha.

Reminiscing the good old days he grew up with Doraemon manga.  
Doraemon ni memang suka giler Dorayaki. Kena cari Dorayaki ni!

Christmas celebration walaupun masih lambat lagi.

Doraemon's telephone booth! Dalam komik, bila kita masuk telefon ni dan angkat gagang dan make a request starting with 'what if...' dan kemudian bila kita keluar dari booth ni, permintaan kita akan tertunai. Haha.

What if I want to go to Japan?

What if...... Genius giler idea Fujiko F Fujio ni. Di khabarkan, mendiang create scene-scene dalam komik Doraemon sebab mendiang cuba berimaginasi keinginan hati dia. Sebab tu terhasilnya telephone booth ni, Doraemon dari masa akan datang, pintu suka hati dan lain-lain.
Argh sudahhh. Adam nampak mainan ni. Budak-budak, nampak je benda-benda cenggini, confirm dia nak beli. Dahla mahai giler. Seketoi benda tu dalam ¥300 ok! Bila convert dalam RM12. Taknak dia meragam, makngah yang lembut hati ni belikan jugak. Haha.


And this is the look he gives when he wants something. Mana tak cair???

Wan main apa dengan Adam tu?

Theater Doraemon time! Tunjuk tiket yang kecik tu, then kitorang duduk depan sekali. No photos taking ok. Theater ni memaparkan salah satu siri Doraemon in Japanese. Naseb dah penah baca komik dia so boleh agak-agak dialog tu. Hehe. Bila tayangan tamat, tetiba dinding depan kitorang terbukak.
Dari dalam theater, bila wall kat depan kitorang terbukak, mata dijamu dengan outdoor ni. Cool!

Watak-watak dalam komik Parman. Salah satu karya mendiang Fujiko F Fujio.
Apa lagi? Bergambar kenangan lah. Haha. Cantik dan simple outdoor di sini.
Autumn in my heart. 
Berlari ke masa hadapan!
Lepas dah bergambar dekat luar ni, dekat bahagian atasnya ada taman yang lagi banyak elemen-elemen yang wujud dalam komik Doraemon. Tapi ayah aku macam malas nak tengok so kitorang mintak dia jagakan Adam. Haha. Jom kita gerak ke atas! Boleh lunch roti yang kitorang bawak ni. Perut dah lapar.

Ada playground untuk kanak-kanak. So Adam main dalam ni dan ayah aku tunggu kat sini. Tapi Wifi ada dekat aku. Takpe ke tu abah duduk dalam ni takde hiburan? Hahaha.
Naik spiral staircase ni untuk ke taman di atas. Kalau letak gambar tangga je, bosan pulak kan? Better letak gambar kitorang berposing. Haha.

Dari bahagian atas. See? Ada orang bergambar kat spot yang sama macam kitorang tadi. Pokok tu memang attraction lah! Haha.

Dekat bawah spiral staircase tu, ada patung Doraemon jadi batu. Cute! Aku ingat siri ni! Doraemon is stone by magic! Then kena buang kat dasar laut. Kesian dia! Then Nobita and the gang gelabah cari Doraemon. Nobita macam biasa lah, kememeh. Tak jumpa Doraemon, terus nanges. Haha. 

Kemahen ramah monyet dalam Parman manga ni.
Ok, get ready dengan lambakan gambar-gambar kitorang kat outdoor garden ni. Hahaha. Anyway, ada story tak best kat sini. Tengah kitorang menjamu roti for our lunch, tetiba ada attendant datang. Dia tak bagi makan kat sini. !@#$%^&*. Makan roti je kott. Dekat kawasan tempat duduk yang disediakan pulak tu. Dahlah buat muka ramah mesra masa sound kitorang. Rasa fake giler dia tu. Yes, aku memang emo. Hahaha. So simpan balik roti yang dah separuh masuk mulut then let us explore the taman!

Doraemon dan Nobita dan Dinasour! Masa ni siri dorang travel ke zaman lampau.

Siap ada effect kesan kolam air panas lagi. Thumbs up untuk ini! Tapi thumbs down untuk attendant yang kekwat tu. Haha. 

Comelkan dorang ni? Doraemon, Nobita dan Giant. Hahahaha.

My beautiful sister! Sama color dengan Dinasour dah. Haha.

My cutie lil' nephew, Adam!

Tadaaa~ Pintu suka hati! Tak sangka dia color pink. Haha.

Nak ke mana tu cik kak?

Adam dah rindu dekat mama ke? 

Pintu suka hati, tolong bawak aku ke kedai makan please! Haha. Kan best kalau ada pintu ni. Traveling would be easier and free! Haha.

Adik terhensem aku dengan concrete culvert! Tempat lepak Nobita dan kawan-kawan.

Nobita dan three stacked concrete culvert yang menjadi memori dalam komik Doraemon. Setiap siri wajib ada feature ni.

Nobita kena marah dengan mak dia, dia lepak sini. Giant dan Sinyu nak cari Nobita, dorang pon akan ke sini. Haha.

Dari depan, kiri kanan memang gambar dorang je. Haha. Masa kitorang ambil gambar ni, ramai yang beratur. Aku malu sikit nak bergambar kalau orang tengok, so layan dorang dua yang tak tau malu ni je la. Hahaha.

Kitorang pun beratur lama jugak tau. So korang tunggulah sampai budak dua orang ni habes posing. Hahaha.

Adam pun nak join. Muat-muat je dia dengan adik terhensem aku yang kurus tu masuk dalam concrete culvert ni.

Aku tak muat, so duduk luar culvert je la. Hahaha.

Asyik aku je ambilkan gambar so adik tercantik aku paksa aku bergambar pulak. Hahaha. Malu woi! Orang pakat tengok. 

Last posing dari aku. Haha. Lepas aku pose camni, ramai pulak yang tiru posing ni. Hahaha.

Adam nak jugak. Mak aku dah suruh cepat-cepat sebab deme yang beratur tu dah buat muka. Hahaha.

Dekat souvenir shop yang terletak sebelah cafe. Usha kejap. Macam mahal je barang-barang dalam ni.
Perut dah lapar balik sebab sempat makan sekejap je tadi. Then kitorang ke cafe dia yang terletak sebelah taman je. Kot lah ada benda halal yang boleh dimakan kan? Tapi bila tengok menu, memang takde yang halal. Nak makan roti yang kitorang bawak, karang kena halau lagi. Serius kekwat regulation kat sini. Entah pape. So kitorang beli dua cawan latte yang mahal itu. Then aku dan adik terhensem aku pegi beli Dorayaki kat souvenir shop. Mesti dorang bagi makan kuih Dorayaki tu dalam cafe dorang kan? Sebab kitorang beli dari kedai muzium ni jugak.

Menu in Japanese. Cute-cute belaka food presentation dia. Semua berunsurkan Doraemon dan kawan-kawan.

Order latte je sudahhhh. Mesti dorang ingat kitorang takde duit kan? Hahaha.
Sementara tunggu latte kitorang sampai, kitorang nak ngappp la Dorayaki mahallll yang dibeli di kedai souvenir sebelah. Sekali pelayan cafe datang. Dia cakap tak boleh makan makanan dari luar. Noharom! Rasa nak caruts je. Beli dari kedai kau jugak kot! Regulations macam !@#$%^&*! Hah amek kena maki dengan aku. Tapi dalam hati je la. Kita kat tempat orang kena behave. Hahaha.

Takyah beli pun takpe. bazir je duit. Dahla mahal sebab takdela sedap sangat Dorayaki ni. Sedap lagi Dorayaki yang mak aku beli dekat mini mart semalam.

Dah tak boleh makan tu, tengok dan bergambar je la. Haha. Satu kotak ni tak silap aku dalam RM40.

Harap comey je sebab ada gambor Doraemon. Tapi rasa kelaut. Hahaha. Inti kacang dalam ni sebab inti lain dah habis.

Adam merengek dia lapar so kitorang suruh je dia makan Dorayaki tu. Peduli hape aku. Haha. Kesian dia budak-budak lagi. Bukan tau kena tahan ke apa.

Tadaaaa~ Latte with art design. Doraemon latte untuk adik terhensem aku dan Doralin latte untuk aku. Yang lain tak nak katanyer sebab tak minum latte.

Sebelum minum, ambil gambar dulu. Hahaha.

Dalam cafe ni pun ada display komik Doraemon.


Ermmm.. tak sedap pun.. Tapi boleh lah sebab ini first time aku minum art latte.

Jom blah. Tak best muzium ni. Hahaha. Hakak sangat emo sebab regulation dia macam taik.
Tak lama pun kitorang dalam cafe tu. Takde mood sebab tak boleh makan. So kitorang pun bergerak keluar. Aku memang dah emosi masa ni sebab regulations dia yang entah apa-apa. So aku ajak mak ayah aku keluar je. Sementara tu, kat taman dah takde orang so adik-adik aku nak bergambar lagi. So dorang je yang pergi dan kitorang terus turun dan keluar dari muzium. Masa nak keluar akan lalu kedai souvenir lagi. Barang-barang dia agak mahal. Tak koser aku nak beli. Sape suruh lukakan hati aku. Hahaha.

Oh, dia takde gambar yang sebelah Doraemon ni tadi. 

Level lagi atas dari taman tadi. Adik-adik aku je pegi sebab aku dan parent dan Adam dah turun.

My beautiful sisthurrr with Korosuke. Korosuke ni kawan kepada Kiteretsu.

Alamak! Doralin kat bahagian lagi atas rupa-rupanya.

Comel kan Doralin ni? Doralin ni adik Doraemon.

Floor plan muzium Doraemon. Naseblah dah happy explore muzium ni sebelum insiden kekwat tu. Sabar je lah. Overall hakak bagi 3 bintang. 

Bas tak sampai lagi. So lepak luar kejap.
Perumahan kat sini hampir sama macam dalam komik Doraemon. Mungkin Fujiko F Fujio dapat inspirasi dari sini.

Yeayyy. Bas dah sampai. Tapi tak boleh terus naik. Driver bas nak bersihkan bahagian dalam bas dulu. Rajinnya.

Walaupun ada memori tak best kat muzium ni, kitorang still happy dapat ke sini. Muzium Doraemon, checked!
Masuk je dalam bas, kitorang terus makan roti yang dibawa. Lapar kot! Haha. Bas ni akan menuju semula ke Noborito Station. Plan seterusnya, kitorang nak ke Asakusa! Dekat sana ada restoran halal for our late lunch. Dalam bas kedua ni pun cute giler! Kali ni cushion color hijau. Nah aku belanjer gambar lagi. Haha.

Kesian Adam. Lapor sangat tu.

Orang tak ramai dalam bas ni. Masa datang macam ramai je orang. Bila dorang ni balik? Kawatir pulak aku.
Adik aku melayan perasaan dan perut yang kelaparan. 

Dah sampai di Noborito Station. Just in case masa korang sampai, bus corak Doraemon takde, anak panah color merah tu lah bus stop untuk ke muzium Doraemon.

Gambar kejap di depan Noborito Station. Leh bayang tak Japanese ni creative tahap mana? Tempat elektrik seketoi tu pon dorang boleh create jadi ala-ala mini monument menggunakan patung Doralin.

Nak jugak gambar kenangan kat sini. Keke.

Dah habes bergambar, jom naik escalator ke train platform. 
Kalau bukan disebabkan memories aku dengan Doraemon ni kuat, memang aku tak nak datang dah muzium ni. Kekwat giler regulations dia. Sabor je lah. Fuhhh.. Tarik nafas, hembus~ Haha. Anyway, it was fun datang ke sini. At least dapat jugak tengok features yang wujud dalam komik Doraemon in human scale kan?

So untuk ke Asakusa, dari Noborito Station, kitorang naik Odakyu Line dan turun semula di Shinjuku Station. Disebabkan JR Pass tak cover untuk Odakyu Line, kitorang kena beli tiket dalam ¥240 seorang (kalau tak silap aku). Then dari Shinjuku Station kitorang kena berjalan dalam 3 minit untuk ke JR Shinjuku Station. Sila rujuk Google Maps untuk fahaman & gambaran lebih tepat kalau korang nak kemana-mana ye. Then, dari JR Shinjuku Station, kitorang naik JR Chuo Line dan turun di Kanda Station. Thennnnnnn, dari Kanda Station, kitorang naik pulak Ginza Line dan turun di Asakusa Station. Fuhhhh~ Tiket untuk Ginza Line tak silap aku dalam ¥200-300 seorang. Boleh check Google Maps/Hyperdia untuk train fee yang lebih tepat.

Hahahaha. Pengsan terus kauuuu. Kesiannya lahai~

Sesampai je di Shinjuku Station, kitorang kena menapak dalam 3 minit untuk ke JR Shinjuku Station. Bakpelah buat station asing-asing. Leceh tol. Untunglah mereka sebab kamera ada dekat aku. Haha.

Shinjuku area. Checked!

Relaks dan tangkap gambar dulu. Buat apa nak rushing kan? Hahaha.

Dekat Shinjuku ni macam sebok je. Ramai orang dan sana sini ada pembinaan yang sedang dijalankan.
Di JR Shinjuku Station. Sian paksu boy kena dukung Adam yang dah terlentok.

Dah sampai Kanda Station. Train seterusnya ke Asakusa Station.

Kanda Station yang sedang dalam proses pembaikpulih kot. Aku agak terkejut bila dapat tau, sebenarnya ada 4-5 level train railway di Jepun. Canggih giler.

Cuba senyum sikit abah saya ni. Haha. Muka je serius tapi peramah yakmat ni. Haha.

Sape kata Japanese man bagi seat kat pompuan? Takde pon.

Adam dan Atuk berpisah tiada. Naseb ada 1 seat kosong untuk mak aku.

Ok, makin lengang bila nak sampai Asakusa Station.
Ada apa kat Asakusa tu yang kitorang gigih transfer train sampai 3 kali ni? Next entry aku akan story. Dah panjang sangat aku merepek untuk entry ni. Believe it or not, ada 130 keping gambar dalam entry ni. Hahaha. Kat mana lagi aku nak taburkan memori aku dan family ke Jepun kalau bukan dalam travelog sendiri kan? Keke.

Notakaki:
Kalau ikut itinerary, lepas kitorang ke muzium Doraemon, kitorang nak ke Odaiba sebab nak tengok replica Statue of Liberty dan Gundam kat sana. Tapi sebab pikir-pikir balik macam masa sangat mencemburui kitorang, so skip plan ke sana. Ada rezeki insyaaAllah datang lagi, bolehlah ke sana pulak.

Sekian.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment